I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 01125522013


Tuesday, June 11, 2013

CINTA REMAJA, APA YANG BERNILAI?

         Kadang-kadang aku bosan dengan telinga aku ni. Bukan apa, setiap hari mesti ada mendengar perkara yang tidak baik terutama bila guru-guru bercerita dan bergosip di kantin atau pun di bilik guru. Tidak ada penyumbat pula, jika tidak pasti telingaku ini aman.Akhir-akhir ini mereka berbual tentang sikap pelajar-pelajar yang sedang gila dan mabuk bercinta atau dipanggil bergewe.

         Ada pelajar yang tidak siap kerja sekolah, kerana sibuk ber SMS. Ada pelajar yang hanyut ketika guru mengajar, kerana terbayangkan wajah si betinanya. Ada pelajar yang ditangkap bercium mulut di belakang bangunan hampir siap. Ada pelajar lelaki yang sanggup bertumbuk hingga berdarah kerana berebutkan betina. Ada pelajar yang pelajaran nya dahulu cemerlang sudah merosot kerana serangan angau, tidak sempat study kerana sibuk SMS dan CHATTING.

        kADANG-KADANG AKU PUN JADI PELIK, Kenapa lah mereka ini kemaruk nya bercinta. Berbeza sungguh dengan zaman aku dahulu belajar. Aku pun pernah sekolah menengah, aku pun ramai peminat, aku pun ada terima surat cinta. TAPI AKU MUJUR LAH TAK KEMARUK DAN MABUK MACAM BUDAK2 SEKARANG NI, bila diajukan kepada mereka, pasti mereka jawab, MANA SAMA ZAMAN DULU DAN SEKARANG?.

        Meamang tak sama lah, BUDAK DULU PEMALU,BUDAK SEKARANG HILANG MALU. BUDAK DULU INGAT MAK BAPAK SUSAH, BUDAK SEKARANG TAK INGAT,INGAT GEWE SAJA. BANYAK LAH BEZA NYA KAN!. ( Ini sindiran dan kiasan).

        Kalau aku dengar sesiapa berbual dan berdiskusi tentang perkara CINTAN-CINTUN REMAJA NI, Aku nak utarakan 2 persoalan sahaja.


1.  SETAKAT MANA AYAH DAN IBU PENTING DALAM HIDUP KAMU?. SIAPA YANG SELALU DEKAT DENGAN KAMU DARI KECIL, IBU DAN AYAH ATAU PEREMPUAN ATAU LELAKI YANG KAMU SEDANG GILAKAN ITU???  SI DIAKAH YANG MENYAYANGIMU KETIKA KAMU SAKIT, KETIKA KAMU SEDIH, KETIKA KAMU LAPAR?.

MORALNYA ; Sayangi lah ibu dan ayah kamu dulu. Mereka orang yang paling mencintaimu. Apa yang kamu mahu lakukan untuk mebalas jasa mereka, menunjukkan kasihmu pada mereka. Dahulukan cita-citamu demi kejayaan diri sendiri dan itu lah yang membahagiakan hati orang tuamu.
Kekasih waktu sekolah ini kerana mainan nafsu, kerana itu Islam mengajar cara menundukkn nafsu. CINTA HAKIKI DISEDIAKAN ALLAH APABILA KAMU BERAKAD NIKAH DENGANNYA KELAK, BERSABARLAH. KAMU MENDAHULUKAN ORANG TUAMU, ALLAH MEMBERESKAN SOAL CINTA MU.

2.   KAMU YAKINKAH ITU JODOHMU?. KAMU DAH YAKIN KAH NANTI NAK KAHWINI DIA?. KAMU TAHU KAH DIA ITU JODOHMU?. SUDAH BERJANJI, SEMUA ORANG MEMANG BOLEH JANJI, MENUNAIKAN JANJI ITU BERAT. SUDAH DIRESTUI KONONYA?. SETAKAT MANA LAH JAUHNYA TU. CINTA MONYET YANG MEMBUATMU KHAYAL,TERSENYUM SENDIRI MACAM ORANG MENTAL,ITU DIRESTUI??

MORAL NYA ;  Kejar CITA-CITA dahulu. Aku dulu, aku ingat titik peluh arwah ayahku jatuh ke bumi masa dia menoreh getah, ku tenung wajah tuanya, aku pegang tangan kasarnya, TAK TERGAMAK AKU HENDAK GAGAL DALAM SPM, TAK TERGAMAK AKU NAK BERCINTAN-CINTUN PULAK.... KASIH PADA AYAH DAN EMAK buat aku jadi ulat buku, siang malam study ketika kwn2 tidur aku study dalam bilik study, x takut hantu,kerana apa?. KERANA HENDAK HADIAHKAN KEJAYAAN KPD ORANGTUAKU....... Tak tahu lah kalau itu kamu rasa tak penting bagi kamu kan,....Keras nya hati mu!! Bila dah berjaya nanti, tiba masanYa,ALLAH sendiri menghantar jodoh kepada mu untuk dinikahi, selamat dari DOSA ZINA KAN....
Apa perasaan kamu bila tahu isteri mu dulu pernah bercinta dgn orang lain zaman sekolah??.... Lain lah kalau kamu tiada perasaan.....





   ............. fikir-fikir kan, timbang-timbang kan lah wahai REMAJA ISLAM!................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.