I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 0129199728


Thursday, June 27, 2013

KAD INGATAN BUAT TEACHER

tERHARU SUNGGUH TEACHER DENGAN INGATAN PELAJAR-PELAJAR INI


tEACHER TAK LUPA KALIAN SEMUA, DAN INGAT TEACHER DALAM DOA KALIAN YA,...


Melihat seni tangan yang halus,dapat ku rasakan lembut hatinya, baik, pendiam.. TERIMA KASIH Asmawati, teacher sgt menghargai seni tangan Asma ini. Salah seorang pelajar tingkatan 5 IK, diam di belakang tanpa suara ketika aku mengajar. Bila dia angkat tangan, aku datang mendekat, baru lah dia bertanya apa yang dia tak faham.

Mengajar kelas akhir - Guru kena banyak sabar. Kena gunakan hikmah, kena ambil hati mereka untuk mereka minat belajar, mereka minat pelajaran yang kita ajar, mereka ikut apa yang kita tunjuk-ajar.

Kaedah individu digunakan. Guru pergi dari meja ke meja menunjuk-ajar para pelajar. Memang lambat dan ambil masa, tapi Insyallah ia berkesan dan berbaloi. Bila guru pergi dari seorang murid kepada seorang murid, guru dapat tahu apa sebenar masalah mereka, dan guru boleh beri panduan atau tunjuk-ajar secara lebih specific lagi.Contoh ; Pergi ke meja A, A akan beritahu dimana dia tidak faham,dan kita sebagai guru boleh mengatur cara untuk memberi kefahaman kpd A secara lebih fokus. Ada yang tidak faham cara mencari isi penting, Guru boleh menunjuk-cara petua mendapatkan isi penting daripada isi sebuah karangan, mengajar mereka secara individu cara menulis summary hingga mereka faham bagaimana hendak menulisnya kelak.

Rezeki masing-masing dewasa kelak tiada siapa yang tahu, maka, guru terus lah mengajar mereka dengan ikhlas, Insyallah mereka akan berjaya dengan berkat keikhlasan guru mengajar, dan doa untuk mereka.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.