I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Monday, July 8, 2013

MENULIS DAPAT DUIT 2013

1. Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah menganjurkan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013 seperti tahun-tahun sebelum ini. Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia bagi tahun 2013 ini terbuka kepada 4 kategori dari peringkat sekolah rendah sehingga perseorangan.
Pertandingan ini paling mencabar kerajinan dan usaha anda untuk buat kajian sejarah di tempat berhampiran anda. Anda kena cari sumber yang betul sahih, boleh menemubual tokoh sejarah, dokumen, artifak atau mana-mana yang berkaitan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2013Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan boleh terus ke artikel Cik Laili>>>Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2013.

2. Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013

Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013.
Untuk makluman, pertandingan ini juga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Penyertaan dibuka kepada murid sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 (Kategori A), Murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Kategori B) dan rakyat malaysia 18 tahun ke atas (Kategori C). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2013. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan download borang boleh terus ke >> Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2013.

3. Pertandingan Menulis Novel Remaja dan Kanak-kanak

Peraduan menulis novel remaja dan kanak-kanak ini dianjurkan oleh Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema novel ialah “Cintakan Negara”. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2013. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan download borang boleh terus ke>>Pertandingan Menulis Novel Remaja dan Kanak-kanak.


Read more: http://www.ciktom.com/minat-menulis-jom-buat-duit-dengan-menulis/#ixzz2YSSnKYhM









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.