I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Sunday, July 7, 2013

SAMBUNG MASTER DENGAN DANA MYBRAIN

BANTUAN DARIPADA KERAJAAN

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

SYARAT UMUM
(a) Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
(b) Tiada had umur.
(c) Pemohon mestilah:
·         Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap; atau
·         Kakitangan swasta; atau
·         Pensyarah IPTS
(d) Penjawat awam atau badan berkanun sama ada tetap atau kontrak tidak layak memohon .
(e) Pemohon tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
(f) Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
·         Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
·         Memiliki sijil kelayakan profesional yang telah diberi nilai taraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda;
dan
·         Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.