I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Monday, August 12, 2013

BAGAIMANA HENDAK MENJADI PENTERNAK AYAM KAMPUNG BERJAYA?

Pemandangan daripada ruang dapur rumah, halaman yang sentiasa bersih dijaga, mendamaikan jiwa merenung ke halaman belakang rumah emak, di kampung ku,....

Nampak dari dapur itu, reban ayam kampung ternakan adik lelakiku,Mohd Nasir, yang mempunyai semangat kecintaan kepada kampung,tanah dan ternakan, Dia memilih untuk menjadi penternak ayam kampung, biar lah dia benar-benar berjaya sebagai usahawan ternakan ayam kampung suatu hari nanti



Pemandangan daripada celah tingkap dapur,... macam taman pun ada, padahal ia halaman belakang rumah saja.....



Reban ayam kampung yang adik ku bina sendiri, binaan yang kemas dan teliti,cantik dan rapi.... 



Semuga suatu hari nanti reban ini menjadi bertambah besar dengan jumlah ternakan yang banyak, Bagaimana untuk mengembangkan bisnes adik ini?. Aku menjelajahi ruangan laman web Agensi kerajaan dan blog-blog, mencari ruang dan peluang untuk adik ku.....



Dibahagian belakang reban ayam ini ada lagi ruang tanah yang luas, juga di bahagian kiri dan kanan reban,.. jika boleh dibesarkan untuk ternakan burung puyoh pula??





Seekor ayam betina sedang mengeramkan telur,..... biar cepat membiak!!



Anak-anak ku bersama Pak Jang nya, Mohd Nasir,bakal usahawan ternakan ayam kampung yang berjaya satu hari nanti!!!


.......................................................................................................

Aku membaca untuk mencari ruang dan peluang bagi adikku mengembangkan bisnesnya,.... Aku amat berbesar hati jika ada lah yang sudi membantu adik ku mengembangkan usaha ternakan ayam kampung nya, dan berjaya sebagai seorang usahawan satu hari nanti!!!






Komponen Dan Kadar Bantuan
Menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan (maksimum RM 10,000) bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi seperti:
  • kursus persediaan / latihan pra-pelaksanaan
  • peralatan / mesin
  • bengkel / premis / ruangniaga
  • bahan mentah
  • modal pembangunan & operasi
Di bawah program PPP untuk tempoh RMKe9 projek-projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan kepada empat (4) kategori iaitu:
  • Perusahaan sumber asas tani seperti perusahaan memproses gula, perusahaan membuat hasil produk daripada rotan dan anyaman mengkuang dan nipah, perusahaan membuat kek dan roti, perusahaan ubatan tradisional daripada herba tempatan dan sebagainya.
  • Perniagaan seperti berniaga secara kecil-kecilan di ruang atau sudut perniagaan atau kiosk, perniagaan makanan dan minuman, penjaja statik atau bergerak, dsb.
  • Aktiviti perkhidmatan seperti aktiviti-aktiviti menjahit dan reka fesyen pakaian, mengusahakan kedai gunting rambut dan salon kecantikan, menjalankan khidmat urut tradisional dan sebagainya.
  • Aktiviti Pertanian
Kaedah Pelaksanaan

Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
  • Agensi-agensi KKLW.
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta.
  • Kementerian / Agensi lain.

Muat Turun:


Dalam ruangan ini,aku membaca pengalaman seorang usahawan tani yang berjaya, very interesting...

Untuk merealisasikan hasrat kerajaan berkenaan, beberapa projek ekonomi pertanian telah diberikan secara pakej kepada 100 orang peserta terpilih dengan nilai bantuan sebanyak RM10,000.00 seorang. Semua peserta diwajibkan menghadiri Kursus Pembangunan Modal Insan dan Kursus Teknikal sebelum melaksanakan projek, termasuklah En Mohd Zulkafli bin Che Man. Selain itu, peserta juga dibimbing dan projek mereka dipantau serta diselia oleh Jabatan dan Agensi teknikal yang terlibat dalam bidang masing-masing. Manakala FAMA dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan.

En Zulkafli yang memulakan projek ternakan ayam kampung pusingan pertama sebanyak 600 ekor telah mengurus dan menjaga ternakan dengan baik dimana daripada jumlah ayam yang diternak, hanya 4 ekor sahaja yang mati. Ini disebabkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh beliau terhadap projek, dan atas inisiatif serta hasrat beliau untuk lebih berjaya, dengan sedikit nasihat dan idea yang diberikan oleh PPK Kuala Krai, beliau telah memasarkan sendiri ayam ayam yang diternak. Hasilnya beliau telah memperolehi pendapatan jualan ayam pusingan pertama sebanyak lebih daripada RM6,000.00 sedangkan peserta lain hanya memperolehi antara RM2,000.00 hingga RM3,500.00 sahaja.Sejak dari itu, Zulkafli tidak menoleh kebelakang lagi. Ternakan pusingan kedua dimulakan pada pertengahan Februari 2011 dengan memasukkan sejumlah 1,000 ekor anak ayam. Selain itu, bagi memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan semasa, beliau telah mewujudkan 3 orang mantee (penternak ayam kampung) dibawah kelolaannya sendiri dikawasan berdekatan. Dalam usaha mengembangkan lagi pemasaran dan sebagai memenuhi permintaan yang semakin meningkat, beliau telah membuat perjanjian tidak rasmi dengan PPK Kuala Krai, dimana beliau telah dilantik sebagai agen pemasar ayam kampung yang diternak oleh semua peserta e-Kasih yang lain. Sehingga kini, beliau telah membeli kesemua ayam kampong daripada 10 orang penternak yang terlibat, yang semuanya adalah peserta program e-Kasih. Kesemua ayam yang dibeli adalah dijual sebagai ayam proses segar dengan kadar harga antara RM9.00 hingga RM9.50/kg. Kini beliau boleh berbangga kerana beliau telah dikenali di Kuala Krai sebagai pembekal utama ayam kampong.

Setelah mengusahakan projek ini selama 4 bulan, En Zulkafli telah berhenti daripada menjadi penoreh getah dan menumpukan masa sepenuhnya terhadap usaha yang dijalankan ini. Dan Alhamdulillah, sehingga akhir Mei 2011, beliau telah memperolehi nilai jualan ayam kampung terkumpul sebanyak hampir RM50,000.00 dengan purata jualan sebulan sebanyak RM12,500.00.
BESAR HARAPANKU ADIK JUGA BOLEH BERJAYA SEPERTI BELIAU DI ATAS INI.........

Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan atau petani dibuat secara berterusan dan bukannya bersifat bermusim seperti semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan nelayan atau petani.


TAPI, BAGAIMANA CARA UNTUK DAPATKAN BANTUAN TERSEBUT??. ADA SESIAPA BOLEH BANTU SAYA??  PLEASE DO CONTACT ME ; 019-9948960. THANK YOU





......................................................................................................









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.