I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 0129199728


Monday, September 23, 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI

" Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka ia mendapat pancaran cahaya di antara dua Jumaat yang di laluinya." ( HR Al-Hakim mengatakan sanadnya shahih )

Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat.” (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an:
“ Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya.” ( HR Ibnu Katsir)

Kesimpulannya, pada hari Jumaat disunatkan untuk umat Islam membaca Surah Al-Kahfi. Banyak kelebihan yang ada apabila kita membacanya.

Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itu membaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah Nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya.

Pada kebiasaannya orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah Nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.

Moga-moga perkongsian maklumat ini memanafaatkan kita semua. InsyaAllah...

http://p2sttj.wordpress.com/2010/01/21/keutamaan-bacaan-surah-di-malamhari-jumaat-al-kahfi/


Sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan telah habis waktunya... sedangkan hari esok tinggallah harapan yang indah... adapun hari ini adalah realiti yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.