I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Saturday, September 14, 2013

SEPAGI DALAM DEWAN BESAR UPSI, KAMPUS PROTON CITY


Pagi itu,11 september 2013, aku bertolak dari rumah adik di Klang, bersama adik sekeluarga, dan anak-anak ku. Emak tidak dapat hadir kerana keuzuran, adik-adik yang lain dengan kerja yang tak dapat ditinggalkan. Aku sampai dalam jam 930  pagi, semua graduan sudah berada dalam dewan ini,.... malunya aku, masuk dengan selamba dan mengambil tempat duduk di row yang paling belakang...

Pengalaman naik pentas kali kedua....

Kali pertama dulu, pada september 1999, di dewan besar Bukit Jalil, oleh UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, menerima ijazah dengan kepujian.

Kali ini, setelah bertahun lamanya, debar terasa apabila tiba giliran naik ke pentas,kali ini di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,PROTON CITY,TG MALIM,PERAK.. berbaris nak naik pentas tu pun rasa macam nak terkucil jer,...
Atas  pentas tu, aku tak peduli dah, terus ambil scroll dan turun,. sekejap saja x sampai lah 1 minit aku atas pentas tu,..... memang satu pengalaman yang mendebarkan tetapi manis untuk dikenang,.... Aku melangkah ke tempat duduk sambil berkata dalam hati,lepas ni anak-anak aku pulak merasakan penglaman seperti ini

Aku ambil gambar TAN SRI DATO SERI PANGLIMA DR. ABDUL RAHMAN BIN ARSHAD, Pro Canselor yang sampaikan scroll berlalu pulang dalam perarakan,..... semua berdiri tanda hormat,.aku pun curi ambil gambarnya,.. tak nampak jelas...

Adik dan anak-anak ku di belakang dewan, menyaksikan hari bersejarah bagi ku ini. Terima kasih adik dan anak-anak tersayang kerana sudi berkongsi kegemilangan bersama dengan ku....


Kawan yang ku kenali ketika di dalam dewan, Cikgu Sajidah dr MRSM Trolak,.. Terima kasih friend, dan selamat berjaya menjadi seorang guru yang berdedikasi.......


..................................................................................................




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.