I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 0129199728


Friday, September 6, 2013

TUGAS SUAMI & SUAMI YANG MALAS

Bila sebut pasal kahwin, semua orang rasa teruja. Masing-masing bersemangat hendak kahwin. Sebut kahwin ingat terus adegan dalam kelambu, itu lah saja yang mereka tahu,terutama muda-mudi sekarang.Namun, itu lebih baik daripada termengandung sebelum nikah, semasa masih sekolah.



SATU YANG MEREKA LUPA, Selepas kahwin, berat TANGGUNG-JAWAB DAN AMANAH ALLAH yang dipikul. Terutama oleh si suami/Husband/LELAKI.

Tugas lelaki itu apa?. Sebagai ketua keluarga, yang bekerja untuk memberi makan dan pakai anak dan isteri. Suami itu imam, bermakna dia tahu sembahyang,tahu hukum ALLAH, sebab dia akan menjadi IMAM dalam solat jemaah ahli keluarganya, dia yang akan mengajarkan Quran, memberi bimbingan dan mendidik anak dan isteri tercinta. Suami itu pemimpin, apabila sebut pemimpin, suami harus tegas dalam mencorak kehidupan keluarganya kearah agama ALLAH. Bukan suami yang ikut telunjuk anak isteri, suami yang diam saja bia anak tak tutup aurat, suami yang diam saja bila isteri keluar dengan lelaki lain. Itu bukan suami !!

Menyentuh soal KETUA KELUARGA yang bekerja untuk menyara anak dan isteri, BERAPA RAMAI SUAMI YANG TIDAK BEKERJA DAN HANYA MENUNGGU DUIT DAN BELANJA DARIPADA ISTERI???

Suami jenis pemalas, cuma tahu buat anak saja, tahu makan dan tidur saja. Isteri tunggang-langgang bekerja,dari pagi ke malam, dari siang ke siang lagi, untuk menanggung suami tercinta dan anak-anak. Apabila disuruh keluar bekerja, macam2 lah alasan diberikan. Ada saja ALASAN DAN SEBAB. Ada juga suami yang malas bekerja, sangggup jaga anak dan mengemas rumah. Baginya, itu pun kerja juga. Hantar isteri pergi kerja, pergi mengopi dahulu, kemudian jaga anak, kemas rumah dan masak nasi di rumah, petang ambil isteri dari tempat kerja. Mula-mula mungkin tak mengapa, kalau dah bertahun begitu, apa perasaan isteri??. Sempurnakah kehidupan berumah-tangga begitu??. TEPUK DADA BOLEH TANYA DIRI SENDIRI.
Ada juga suami pemalas yaang tak nak kerja, tapi berlakon pergi kerja, alih-alih isteri tahu dia bercinta pula di tempat lain, yang begini pun ada.
Kesimpulannya, MACAM-MACAM JENIS SUAMI ADA DI PASARAN!!!

Apakah peranan seorang suami dalam ISLAM?

http://airmien.wordpress.com/2009/04/07/tanggungjawab-seorang-suami-mengikut-islam

http://blogmotivasionline.blogspot.com/2013/04/peran-suami-dalam-membina-keluarga-sakinah.html


http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/09/tanggungjawab-suami-1-tanyalah-ustaz.html

http://demibahagia.com/tugas-suami-dalam-islam



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.