I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 0129199728


Tuesday, December 10, 2013

FOURTH DAY - MORNING IN HONGDAE

 Pagi itu adik tak nak keluar GH,.. Tak nak ikut jalan2 sekitar Hongdae. Kaki semua sakit,. sejuk sangat, penat sangat. Okay lah adik sayang, adik tinggal dalam bilik, tapi mesti kunci pintu rapat(for safety). Lagi pun Hongdae tu jiran sebelah Sinchon saja, dekat sangat, 5 minit sampai.

Aku dan abang long keluar dalam keadaan salji turun, suhu -2'C . Sebab tak dapat pergi restoran Gary Leessang yang jauh dari situ, kami nak pergi jenguk RESTORAN HAHA OPPA RUNNING MAN tu. Tak dapat pergi ke RESTORAN GARY sebab cuaca,.. salji yang kami tak biasa,.lain lah orang korea, aku tengok skirt pendek selamba saja dalam salji, macam tak sejuk jer!!!


Salji turun dengan sejuk angin menyusuk tulang sum-sum ku sebaik pintu rumah GH dibuka..... CABARAN, FIGHTING!!


Macam tu rupanya salji!!!... Kemaruk pula aku,dalam sejuk menggigil,sempat lagi aku cuba nak tangkap salji yang turun tu,.hinggap di baju aku, hinggap di muka aku,.. OHHHH....Macam tenggelam dalam air batu jer!!!!


Singgah jap kat GS25, Kedai macam pasar mini lah disini. Apalagi kalau tak cari susu pisang,.abaang long suka cari pau red bean dan chocholatte panas.



Kami menaiki teksi ke Hongdae. Habis 5,000 won. Nampak bangunan bentuk macam kat bawah ni,iaitu bangunan SASANG MADANG ( Running man pernah filming di bangunan ni kan!),  kita tahu dah belakang bangunan tu arah kiri adalah RESTORAN HAHA,.Senang sangat nak cari restoran Oppa Haha tu,...

Nampak tak signboard kuning di belakang bangunan SASANG MADANG yang tersergam ni?. Restoran HAHA sebaris dengan bangunan yang nampak signboard kuning tu!!!...


Comel kartun tu!. Simbol HAHA OPPA yang comel dalam RUNNING MAN. Kami pun cross the road nak ke restoran tu,...


Tapi malangnya,. Haha tak ada,.. Restorannya tu buka dari petang ke tengah malam,. Pagi tutup. Haha pula katanya pergi filming.. SEDIH,. DATANG JAUH BERIBU2 BATU TAPI TAK DAPAT JUMPA ANY MEMBER OF RM ESPECIALLY MC.... Uhuk, uhuk..


Kami pun jalan-jalan sekejap sekitar Hongdae,... Cantiknya Hongdae, dengan poko berwarna-warni,. kagum sungguh, Hebat ciptaan ALLAH TAALA... 


Abang long terjumpa sebuah kedai jual seluar jean for men and women, skinny type of jean. Tersangkut sehelai seluar jean putih ( 19,000 WON). Okay lah, abang dah dapat sehelai seluar jean,.. cukup lah tu buat kenangan pernah sampai ke Korea ni....


Jalan ke arah HONGIK UNIVERSITY.  Teringat aku pak cik teksi tu, nak nyebut Hongik university sampai sengau hidung aku baru lah dia faham,... ;)


Tak dapat masuk restoran HAHA,.Kami pun terus lagi menuju ke arah TRICK EYE MUSEUM yang berhampiran. Cuma kena belok kiri dan kanan saja lah kalau jalan kaki, tapi kami ambil teksi,.tak sempat panas punggung dah sampai,.habis 3,000 won. Huhuhu.....


Walaupun dalam keadaan hujan salji yang amat4 dingin,.. ramai orang datang berkunjung ke museum ini termasuk lah aku dan anak ku,...Tiket dapat voucher aku ambil daripada Internet,.dapat lah diskaun sikit. 

So, tiket masuk kami pada pagi itu ialah 12,000 won seorang ( TRICK EYE MUSEUM + ICE MUSEUM). SAYANGNYA GAMBAR2 AKU DAN ANAK KU BERPOSING DALAM MUSEUM2 TU TAK DAPAT LAGI KU TUNJUKKAN DISINI KERANA TERSIMPAN DALAM KAMERA LUMIX DAN USB PUN TAK ADA. INSYA ALLAH, Nanti aku masukkan gambar2 kami dalam MUSEUM ini di lain halaman .



Ini adalah sarapan kami dua beranak pagi ini. SEDAP NYA LAH!!!!. Nasi nya macam beras + pulut + nasi dagang kita. Di tengah2 nasi gumpal tu ada tuna dan cheese. SEDAP TAK TERKATA LAH, Harga nya 1,500 won. Nak cuba buat sendiri lah nanti!!


Pukul 12.30 kami dah balik ke Sinchon semula. Singgah beli kek dulu, abang long nie, macam2 nak,asyik lapar saja.....


Macam2 kek ada,.. Abang nak kek oreo. Kami tanya ada campur apa2 yang tak sepatutnya tak?. Bila dah yakin tak ada, abang pun beli satu. Aku beli sandwich tuna untuk adik. Kek OREO tu 7,000 won, dan sandwich adik 5,000 won termasuk AMERICANO FREE. 


Sementara tunggu kek dan sandwich siap,.... Aku lihat sekeliling kedai, kedai high-class jugak lah. Macam mak2 datin jer yang hangout kat situ, chatting among them,.....


Mungkin tempat lepak yang suitable sebab salji turun lebat kat luar tu. Di bahagian belakang bangunan kedai ni adalah GH aku,... jalan kaki laju2 dalam salji, nak cepat masuk kedalam rumah,... SEJUK!!!!!



Bersambung ke sesi petang di MYEONGDONG................




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.