I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Sunday, December 8, 2013

TRAVEL TO KOREA - FIRST DAY IN KOREA

Abang long duk study jadual penerbangan dan lorong check-in

Subuh lagi aku dah keluar dari Salak Tinggi ke LCCT,.. orang kata better tunggu awal,.aku 5 jam awal dah ada di hadapan lorong2 check-in,... Lebih baik tunggu daripada terlepas dan macam2 masalah yang tak dapat diduga......




Document have been verified ( pASSPORT & Boarding pass)

Tepat kul 5 subuh, kaunter check-in ke Busan pun buka,.... antara orang terawal berurusan di kaunter,. Tunjukkan passport dan boarding pass, letak luggage dalam tray,... dalam 10 minit siap,.... Alhamdulillah tiada masalah



Duduk menunggu di balai pelepasan selepas imigresen gate

Maklum saja dalam tu sejuk, asyik ke tandas lah sampai waktu nak berlepas.....



Tiba waktu untuk nak terbang......

Memang tak sabar lah nak terbang, beli tiket dah lama,.. mesti dah tak sabar nak tengok mcamana lah negara orang nanti ya,.... ini semua RUNNING MAN punya pasal lah,.. mujur dengan rezeki ALLAH TAALA, Ada orang sponsor tiket, dapat lah aku pergi dgn anak2,.....



Dalam AIR ASIA X....

Semua perkara lah antara paling awal,... naik flight pun awal,. orang tengah sibuk2 cari seat, kami dah duduk dah....



Cari seat nombor berapa..



Dah nak terbang,..

Cahaya pagi di LCCT, cerah cuaca negaraku ini,.. Baca ayat Qursi dulu, 4 Qul dulu,.. Bismilahillazi dulu....Semuga ALLAH TAALA peliharakan sepanjang penerbangan, sepanjang pengembaraan ke negara orang nanti, sampai lah kembali semula ke tanah air tercinta



Langit Malaysia lagi....

Langit sekitar Malaysia masih cantik kan,.. cerah, terang, bersih.....



Tak nampak apa2 kat luar,...

Ini pula rupa langit swaktu nak sampai di Busan,.menandakan lapisan awan tebal pekat,.. matahari x dapat tembus, sejuk beku lah negara di bawah lapisan awan tebal ini



BUSAN dari atas.....

Dah nak landing, nampak lah bandar BUSAN dalam kabus dan asap putih tebal. Dari dalam flight macam tak ada apa2 saja kan,... tunggu lah dah sampai nanti,..Uhhhhh



Gimhae airport

Kami sampai tepat jam 4.05 waktu Korea



Sempat bergambar dengan seorang budak kindergarten yang cekap bermain smartphone,.. kecik-kecik un jarinya macam jari orang besar jer bermain atas papan smartphone tu,..



Canggih

Peti makanan kat atas tu macam betul2 punya, bukan lukisan,.. Boleh beli kalau  sedang lapar sangat nie,. 



Actress 'The Strange Housekeeper'

Sempat lagi adik posing depan gambar pelakon korea yang cantik tu,.. tak dapat jumpa artis, jumpa gambarnya pun okay lah,...



Busan scenery from the train

Dari Gimhae airport, kami terus keluar cari subway ke Busan Station untuk ke Seoul. Keluar saja daripada Gimhae airport tu, YA ALLAH,.. sejuk giler2 punya sejuk lah. Terperanjat kami. Abang long kata, ibu, sejuknya aircond kat Korea ni!. Huhu... Dah lah memang belum beli baju sejuk, kononya nak beli kat Seoul nanti lah.... Ini pengalaman pertama kami apabila menjejakkan kaki di bumi ini



Satu perkataan - cantik!

Dari dalam metro subway ke Busan Station,.kami merakam pemandangan sekitar. Memang cantik kan, dengan pokok2 berwarna merah, oren dan jingganya,.. memang beautiful!! Macam jakun jer, ambil gambar sana, snap sini,.. orang korea yang duk bersumbat dalam metro tu tengok jer kami kejakunan,.sebenar mereka pun jakun tengok kami, x pernah nampak orang Malaysia kot,...Hihi



Busan Station...


Busan Station Building

Keluar dari Metro elevator, jalan ke depan sedikit, nampak dah dataran lapang Bangunan Busan Station, memang besar lah bangunan nya. Dengan mengusung beg besar, memanjat tangga tinggi pulak tu nak masuk ke dalam bangunan tu,... Beli tiket KTX untuk 3 orang 39,000 WON X 3 person. Mahal sedikit berbanding Mugunghwa Train ( 28,000 won x 3 person), tapi cepat sampai sebab keretapi laju kan,. 2 jam lebih dah sampai ke SEOUL. Kalau Mugunhwa Train kena tunggu 5 jam setengah baru sampai SEOUL,....



Dalam KTX, Adik dah letih dan mengantuk....

Apabila sampai di Seoul Station ,.. Kami terus sahaja keluar cari teksi ke Sinchon nak check-in guesthouse disitu,.. x larat dah nak menapak ke subway platform. Teksi ke Sinchon dalam hujan ribut yang very34 sejuk menusuk ke tulang berharga 5,600 won.



............... BERSAMBUNG...................






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.