I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Thursday, December 31, 2015

Love and to love

Why should be a 'bengis' lecturer? Why don't we choose to be a tolerate lecturer and treat them as our son or daughter and sometimes as our friends even some other times have to treat them as our students.

Whether we are a teacher or a lecturer...our vision is same. Our target is one to produce new generation that could contribute to themselves n their family as to the country.

Then.. Teach them, elaborate n explain, show and guide them without any sign of disappointed and tiredness plus be patient in delivering knowledge in the classroom.

To all my students.... Whom I love and care may all of you be an excellent somebody in future. Insyallah..by Allah always be on your side you will manage ur life successfully... Aaamiin

Thanks for your love ;)

Tuesday, December 22, 2015

When your old car is broken

Im not a rich person. To have Wira Proton as my car is a grateful thing in life. The car is my second home after the small house of mine somewhere in Malaysia.

I can build a kind of closet in the bonnet with clothes, shoes, blanket n all things inside. So when we stop at the mosque in the city n my girl want to take a shower she just pick out soap shampoo towel and clothes from the bonnet to the bathroom.

My car also become a bed for us. My children like to sleep in the car as they are at home in their bed. When I bring my son to the hospital at the middle of the night .. His younger sister will take a deep sleep in the car in the parking lot in front of the emergency loading bay.

My car is our bookshelf. There are many books in the car. My girl likes reading novel and there are many novels and magazines in the car. I drive and she's reading besides me while listening to the fly fm radio. That is her hobby. While I am in my aerobic class, she just lay in the car reading her novel.

It is very real house for us. I love my car even it is just Wira Sedan the old car...not BMW or Mercedes.

Now...my car is broken. she is alone in the workshop for couples of days. And.. I'm losing my leg. I dnt know what to do in the house without my car.

It is very difficult to borrow others car. Even they have 10 cars in the garage but to borrow it no....only in a dream. I call my friends here and there to borrow their car. They give so many reason which I could not say it is true or not but... I can't borrow it.

And..only this man with his wife. A lovely kind hearted couple who can borrow their Honda CRV to me. Every time my car in the workshop they will borrow their car. Only ALLAH can pay them with the best rewards for what they done..for their kindness to me here. Crying with thanks to them......

Yasmin is writing ,....,...,...............,..........................

Saturday, October 24, 2015

PERKONGSIAN; DOMAIN KERJA SEORANG GURU


Pendahuluan
Istilah profesional pada umumnya adalah orang yang mendapat upah atau gaji daripada apa yang dikerjakan, baik dikerjakan secara sempurna mahupun tidak. (Martinis Yamin, 2007). Dalam konteks ini bahawa yang dimaksud dengan profesional adalah guru. Pekerjaan profesional ditunjang oleh suatu ilmu tertentu secara mendalam yang hanya mungkin diperoleh dari lembaga-lembaga pendidikan yang sesuai sehingga kerjanya didasarkan kepada ilmu yang dimilikinya yang dapat dipertang gungjawabkan secara ilmiah (Wina Sanjaya, 2008). Dengan demikian seorang guru perlu memiliki kemampuan khusus, kemampuan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang yang bukan guru, ‘a teacher is person in charged with the responsibility of helping others to learn and to behave in new different ways’ (Cooper, 1990).[i] Standard Guru Malaysia pula ialah suatu sistem penilaian yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi suatu penilaian instrumen bagi menambahbaik profesionalisme keguruan dan meningkatkan sistem pendidikan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.[ii] Peningkatan kemahiran dan profesionalisme keguruan harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi melahirkan modal insan yang berkualiti, samada oleh guru itu sendiri melalui amalan refleksi sebagai seorang guru, atau secara formal mengikuti latihan ikhtisas di institusi perguruan berpandukan Standard Guru Malaysia (SGM). Model Standard Guru Malaysia (SGM) yang telah dikeluarkan pada tahun 2009 ini merupakan satu penanda aras yang digunakan bagi melahirkan guru yang berkualiti yang perlu dijadikan rujukan oleh para guru dan juga bakal guru (Nur Hafizah & Rohana, 2013).



Penilaian Kendiri

Bagi menjamin guru yang dihasilkan adalah berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar, tiga aspek utama, iaitu nilai dan amalan profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran amat penting diberi penekanan utama. Keupayaan memperoleh ketiga-tiga aspek ini pula sewajarnya diukur berdasarkan pada satu standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Standard Guru Malaysia,[iii] dengan 4 domain iaitu, kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran, kemahiran Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran, kemahiran Memantau, Mentaksir Dan Menilai, dan kemahiran Mengurus Bilik Darjah.

Penilaian kendiri dapat dilakukan samada secara online atau pun offline, dan hasil daripada penilaian instrumen dapat dirujuk sebagai penilaian diri seorang guru tersebut, contoh seperti yang dilihat dalam jadual dibawah;


Jadual 1; Domain Diri

1.1
Domain Diri


SKOR
3.29









SKOR
Skor anda di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min.( 3.01< skor >3.50 )
Pencapaian fungsi utama secara tekal serta memerlukan  penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang.

KOMEN
Anda berada pada tahap baik dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan bagi Domain Diri.

Pegangan nilai diri anda pada tahap yang baik dan anda boleh memberikan sumbangan yang berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

CADANGAN
Bagi membolehkan anda berada pada tahap cemerlang, anda dicadangkan supaya meningkatkan amalan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Domain Diri.

Untuk membolehkan anda mengamalkan nilai-nilai murni secara berkesan, anda dicadangkan supaya membuat pembacaan tambahan berkaitan dengan nilai-nilai murni.

Sekiranya anda masih kurang jelas untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut, anda dinasihatkan berbincang dengan rakan sejawat anda.

Jadual 2; Hala tuju Pendidikan












2.1
Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran



SKOR
2.5










SKOR
Skor anda kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )

Tidak mencapai tahap standard fungsi utama secara tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih baik.


KOMEN
Anda tidak mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.


CADANGAN
Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, sila berbincang secara serius dengan pensyarah/tutor anda untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.


Anda perlu mendapat bimbingan daripada rakan / pakar supaya pengetahuan dan kefahaman anda semakin mantap dan jelas.

Anda juga perlu membaca dan merujuk buku-buku tentang perkara yang berkenaan supaya anda dapat mengetahui dan memahami dengan baik.















2.2
Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan



SKOR
3










SKOR
Skor anda di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )

Pencapaian fungsi utama  tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik.


KOMEN
Anda kurang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.


CADANGAN
Sekiranya anda pelajar di IPG anda perlu berbincang dengan pensyarah / tutor anda.

Anda juga perlu membuat pembacaan lanjut untuk meningkatkan pengetahuan tentang falsafah, matlamat dan objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.















2.3
Kandungan mata pelajaran yang diajarkan




SKOR
3










SKOR
Skor anda di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )

Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik.


KOMEN
Anda belum dapat mencapai kompetensi penegetahuan dan kefahaman kandungan mata pelajaran yang diajarkan.


CADANGAN
Anda perlu berbincang dengan pensyarah / tutor anda dan membuat pembacaan lanjut untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

Anda juga diminta merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran yang diajarkan.















2.4
Kandungan Ilmu Pendidikan




SKOR
4










SKOR
Skor anda di antara 3.51 sehingga 4.00 daripada julat skor min.( 3.51< skor >4.00 )

Pencapaian fungsi utama adalah secara tekal dan menepati tahap standard yang di hasratkan.


KOMEN
Anda mempunyai kompetensi pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan jelas dalam ilmu pendidikan.


CADANGAN
Anda perlu mengekalkan dan berusaha menambah pengetahuan dan pemahaman melalui penglibatan dalam kursus, seminar dan sebagainya.















2.5
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum




SKOR
2










SKOR
Skor anda kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )

Tidak mencapai tahap standard fungsi utama dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.


KOMEN
Anda tidak mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan sumber pendidikan.


CADANGAN
Anda perlu mendapat bimbingan dan berbincang secara serius dengan rakan anda bagi mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang jelas.

Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah/tutor anda, bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan sumber pendidikan.















2.6
Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif




SKOR
3










SKOR
Skor anda di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )

Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik.


KOMEN
Anda kurang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pelbagai strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


CADANGAN
Anda disarankan berbincang dengan pengetua / guru besar / pentadbir / guru senior untuk mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan jelas.

Sekiranya anda seorang pelajar IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah / tutor anda dan membuat pembacaan lanjut untuk meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai strategi untuk mewujudkan  persekitaran pembelajaran yang kondusif.















2.7
Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran




SKOR
2










SKOR
Skor anda kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )

Tidak mencapai tahap standard fungsi utama dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.


KOMEN
Anda tidak mempunyai kompetensi pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan tepat tentang pentaksiran dan penilaian serta penyelidikan tindakan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.


CADANGAN
Anda dikehendaki mendapatkan bimbingan daripada pakar-pakar pentaksiran dan penilaian serta penyelidikan tindakan untuk meningkatkan pengetahuan yang mantap dan jelas.

Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, sila berbincang secara serius dengan pensyarah / tutor untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman bidang ini bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.















2.8
Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu




SKOR
2










SKOR
Skor anda kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )

Tidak mencapai tahap standard fungsi utama dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.


KOMEN
Anda tidak mempunyai pengetahuan dan kefahaman untuk mengenal pasti dan mengembangkan potensi individu.


CADANGAN
Anda disarankan mendapat bimbingan daripada pakar dalam bidang ini bagi membantu anda mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.
Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, anda disarankan mendapat bimbingan secara serius dengan pensyarah/tutor anda untuk meningkatkan pengetahuan untuk pelbagai teknik mengenal pasti dan mengembangkan potensi individu.














       


Jadual 3; Kemahiran pengajaran











3.1
Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran


SKOR
3.0909091









SKOR
Skor anda di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min.( 3.01< skor >3.50 ) Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang.

KOMEN
Anda berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru.

CADANGAN
Anda dicadangkan supaya berbincang dengan rakan sejawat dan meneliti contoh perancangan yang terdapat di sekolah anda.
 Anda juga diminta merujuk buku-buku yang berkaitan dengan penyediaan












3.2
Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran


SKOR
3









SKOR
Skor anda di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )

Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik.

KOMEN
Anda belum berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

CADANGAN
Sekiranya anda seorang pelajar IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah anda untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik.

Anda dicadangkan supaya membaca dan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.












3.3
Kemahiran Memantau, Mentaksir dan Menilai


SKOR
3









SKOR
Skor anda di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )

Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik.

KOMEN
Anda kurang berupaya mempelbagaikan strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk menilai objektif pembelajaran.

CADANGAN
Sekiranya anda seorang pelajar IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah anda untuk mempelbagaikan strategi pemantauan pentaksiran dan penilaian untuk menilai objektif pembelajaran.

Anda perlu membaca, menyemak dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini bagi meningkatkan kemahiran anda.












3.4
Kemahiran Mengurus Bilik Darjah


SKOR
3.3333333









SKOR
Skor anda di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min.( 3.01< skor >3.50 )

Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang.

KOMEN
Anda telah berjaya menguruskan bilik darjah dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN
Anda perlu membuat rujukan tambahan dan berbincang dengan rakan anda untuk meningkatkan kebolehan mengurus bilik darjah dengan efisien dan bermakna.















Dapatan Kajian

Merujuk kepada Jadual 3 dalam Instrumen SGM diatas, iaitu hasil daripada penilaian kendiri guru tersebut, dapat dihuraikan dapatan kajian nya seperti dibawah; iaitu;

Domain: 3.1 Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran
    Dimana, guru tersebut mendapat skor di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min (3.01< skor >3.50). Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang. Guru juga didapati telah berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Perancangan pengajaran dan pembelajaran wajib dilakukan sebelum seorang guru melangkah masuk kedalam kelas bagi memulakan pengajarannya. Dibawah ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa perancangan pengajaran dan pembelajaran wajib disediakan oleh seorang guru sebelum memulakan sesi p&p dalam kelasnya, iaitu;
 
“ 3.  Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,

iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir”

(i) RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pengajaran Tahuan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaanyang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.[iv]


   Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Ini kerana secara psikologinya beliau telah bersedia dengan material pengajaran mahupun mood dan aura ‘mengajar’ apabila melangkah masuk kedalam kelas, dan beliau dapat menyempurnakan sesi pengajaran dengan yakin dan lancar selepas persiapan yang telah dilakukannya. Seterusnya, perancangan pengajaran dan pembelajaran ini juga membantu para guru menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditentukan dengan teratur, dan murid juga dapat memahami isi pengajaran dengan teratur dan berkesan.


Domain: 3.2 Kemahiran Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran
               Dimana, guru telah mendapat skor di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min (2.51< skor >3.00). Ini menunjukkan bahawa Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. Namun, dari skor itu, guru tersebut dilihat belum berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, mungkin kerana beliau seorang guru baru dan belum mempunyai banyak pengalaman mengajar di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas melibatkan banyak komponen, iaitu pelajar atau murid, guru, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran, ABBM dan penilaian atau refleksi.Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai tahap yang maksima, dan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh seorang guru dan salah satu diantaranya adalah strategi pengajaran dan pembelajaran. Maka, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah dengan menggunakan variasi strategi pengajaran yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid terhadap isi pembelajaran dengan objektif yang tercapai.


Domain: 3.3 Kemahiran Memantau, Mentaksir Dan Menilai
                Dimana, guru mendapat skor di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min (2.51< skor >3.00) yang menunjukkan pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. Sepertinya beliau sebagai seorang guru masih kurang berupaya mempelbagaikan strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk menilai objektif pembelajaran. Kemahiran dalam strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk menilai objektif pembelajaran dalam bilik darjah adalah amat penting. Disini lah peranan guru berfungsi sebagai seorang pendidik dan pengurus murid-muridnya dengan berkesan. Pantasnya, semua kemahiran ini mampu menjadikannya seorang guru yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang berkualiti jua.


Domain: 3.4 Kemahiran Mengurus Bilik Darjah
    Dimana, guru mendapat skor sebanyak 3.3333333 iaitu di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min (3.01< skor >3.50). Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang. Beliau telah berjaya menguruskan bilik darjah dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mengurus bilik darjah ini menunjukkan bahawa tugas seorang guru bukan sahaja mendidik dan mengajar, bahkan guru juga adalah seorang pemimpin dan pengurus. Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Proses ini melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Disini, fungsi dan peranan seorang guru memastikan kekondusifan bilik darjah supaya murid-murid dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan ceria dan penuh semangat.



    Secara keseluruhannya, dalam domain 3 ini, guru ini didapati telah berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Beliau juga dilihat belum berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, dan kurang berupaya mempelbagaikan strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk menilai objektif pembelajaran. Namun, beliau telah berjaya menguruskan bilik darjah dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dapat disimpulkan disini bahawa, sebagai seorang guru yang masih baru berkhidmat sebagai seorang guru, beliau belum mahir dalam menguasai strategi pengajaran yang variasi dan menarik serta belum juga menguasai kemahiran memantau, mentaksir dan menilai murid-murid. Namun, pastinya beliau akan meningkatkan semua kemahiran tersebut dari semasa ke semasa untuk menjadikan diri beliau seorang guru yang berkualiti dikalangan anak-anak muridnya. Diperhatikan juga bahawa beliau seorang guru yang ramah mesra dengan murid-murid, mempunyai psikologi dalam menguruskan murid-murid dalam bilik darjahnya hingga mereka memberi kerjasama yang baik dalam menghidupkan suasana bilik darjah yang kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini dapat dikenal daripada cara beliau mengurus bilik darjah dengan baik dan efektif. Seterusnya, beliau juga seorang guru yang rajin dan berdaya saing. Walaupun sibuk dengan hal keluarga dan rumahtangga, namun beliau masih dapat menyiapkan rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Dimana ini menunjukkan sikap daya saing dan kerajinan beliau dalam menjalankan tanggung-jawab yang diberi kepada beliau sebagai seorang guru.



Pelan Tindakan Peribadi
Dalam domain pertama seperti dalam Jadual 3 diatas, Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran. Walaupun guru ini didapati telah berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Namun, bagi tujuan penambahbaikkan yang memberangsangkan, beliau dicadangkan supaya berbincang dengan rakan sejawat dan meneliti contoh perancangan yang lebih baik lagi yang terdapat di sekolah, mungkin beliau boleh dapatkan daripada para guru senior atau rakan-rakan guru daripada sekolah lain yang mengajar matapelajaran yang sama. Beliau juga diminta merujuk kepada buku-buku yang berkaitan dengan penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran samada di perpustakaan dalam kampus IPG, atau pun daripada took-toko kedai buku. Perancangan pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi seorang guru kerana ia membantu guru mengatur perjalanan sesi pengajaran dengan lebih kemas dan teratur, dan guru dapat mengajar dengan lebih yakin dan memberi persembahan yang menarik perhatian murid-murid.


    Dalam domain kedua pula, iaitu mengenai kemahiran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru ini didapati belum lagi berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Oleh itu, sekiranya beliau seorang pelajar IPGM, beliau perlu berbincang dengan pensyarah atau penyelia untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik. Terdapat variasi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik yang pastinya disukai dan mampu menarik fokus murid-murid terhadap matapelajaran nya. Misalnya, kaedah dan teknik bercerita, dan kaedah ini amat digemari oleh murid-murid kecil. Selain itu, terdapat banyak lagi kaedah dan teknik pengajaran yang lain, seperti kaedah induktif, deduktif, pemusatan murid, pemusatan bahan dan sebagainya. Ditambah lagi dengan penggunaan Internet dan Multimedia yang pelbagai dan mudah didapati pada hari ini, guru seharusnya sentiasa kreatif mengolah dan menyusun bagaimana hendak melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran nya supaya tidak membosankan dan berjaya menarik perhatian murid-murid untuk memfokus dan memahami isi kandungan pelajaran nya. Beliau dicadangkan supaya membaca dan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.  


    Dalam domain berkenaan Kemahiran Memantau, Mentaksir Dan Menilai, beliau didapati belum lagi mahir dalam menguasai strategi pengajaran yang variasi dan menarik serta belum juga menguasai kemahiran memantau, mentaksir dan menilai murid-murid. Sekiranya beliau seorang pelajar IPGM, beliau perlu berbincang dengan pensyarah untuk mempelbagaikan strategi pemantauan pentaksiran dan penilaian bagi menilai objektif pembelajaran. Ini kerana kemahiran-kemahiran ini penting dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru yang professional dan berkualiti. Beliau mempunyai tugas yang besar, iaitu memantau dan menilai kemajuan mutu murid-murid, modal insan supaya mereka menjadi warga negara yang maju dan cemerlang. Oleh itu, beliau perlu banyakkan membaca, menyemak dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini bagi meningkatkan tahap profesionalisme nya sebagai seorang guru. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan kualiti diri melalui kursus, seminar dan forum pendidikan dan tugas-tugas pendidikan. IPGM kini diperkenalkan kepada Standard Guru Malaysia sebagai mekanisma menjamin kualiti dirinya sebagai seorang guru. Ini menjadi pemangkin kepada transformasi seorang guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha mewujudkan jaringan seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain juga, pastinya melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf dunia.


    Berikutnya, dalam domain mengenai Kemahiran Mengurus Bilik Darjah, walaupun beliau telah berjaya menguruskan bilik darjah dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, namun beliau perlu membuat rujukan tambahan dan berbincang dengan rakan anda untuk meningkatkan kebolehan mengurus bilik darjah dengan lebih efisien dan bermakna. Kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait rapat dengan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Abdullah Sani, 2006). Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran (Haliza & Joy Nesamalar, 2009).[v] Nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, perpaduan, dan semangat kekawanan dapat dipupuk dalam proses menghidupkan suasana bilik darjah yang selesa, kondusif dan ceria. Dan, suasana sebegini menaikkan semangat dan fokus dalam diri masing-masing terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, seorang guru yang mampu mengurus bilik darjah juga mampu mengawal tingkah laku anak muridnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Beliau mampu memerhati dan mengenal kepelbagaian watak anak muridnya, dan mampu juga membuatkan anak murid hormat dan patuh terhadap kata-katanya. Sebagaimana yang disebut dalam sebuah kajian lepas, iaitu seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Oleh itu, selain daripada perbincangan dengaan rakan-rakan guru, beliau juga boleh meminta nasihat dan pandangan guru besar dalam hal memperbaiki tugas sebagai seorang pengurus bilik darjah, dan akhirnya beliau boleh merujuk kepada pensyarah di IPG atau bahan-bahan bacaan di perpustakaan.


    Dan, yang terakhir, dalam hal Etika profesyen keguruan. Sebagai seorang guru, guru ini bersiap sedia untuk sentiasa memperbaiki mutu dan kualiti dirinya sebagai seorang guru yang professional. Untuk menjadi seorang guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka bukan sahaja berkemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan, malah sikap, tingkahlaku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kualiti pendidikan sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti seorang guru kerana guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, besikap professional, baik dan penyayang boleh membuatkan pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid-murid yang mengikutinya. Seorang guru tidak harus bersikap yang buruk dan negatif, kerana ini hanya akan mencemar profesionalisme dirinya sebagai seorang guru yang berkualiti. Antara etika profesionalisme nya sebagai seorang guru yang berkualiti ialah;

1. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

2. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

3. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

4. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.

5. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.

6. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
7. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

8. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

9. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

10. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

11. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.

12. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.

13. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.

14. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.

15. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

16. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
17. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.

18. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.

19. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

20. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).

21. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan



Kesimpulan
Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003). Peningkatan profesionalisme keguruan ini hanya dapat diukur dengan jelas dan terperinci dengan instrument yang disediakan oleh Standard Guru Malaysia (SGM). Disamping itu, pengukuran dan penilaian SGM ini juga adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti, mempunyai tahap amalan etika profesionalisme keguruan, berpengetahuan dan berkemahiran, terutama bagi guru-guru baru. Maka, dengan itu, selepas melakukan penilaian mengikut standard SGM, para guru sentiasa mempunyai peluang untuk merefleksi diri dan amalan pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang guru terutama selepas setiap sesi pengajaran dalam bilik darjah. Proses merefleksi dan menilai diri ini membuka jalan bagi seorang guru untuk menjadi seorang guru yang hebat, berprofesionalisme dan berkarismatik.

_________________________________________________________________

Rujukan
Azizi Yahaya Rosnani Mohd Nor, Sharifuddin Ismail & Amir Hamzah Abdul. Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Matapelajaran Teknikal. Daripada kajian tesis yang dilihat dalam halaman, http://eprints.utm. my/10557/1/3.pdf

BAB 13. PROFESIONALISME, KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN KUALITI GURU. Daripada laman web, http://repository.um.edu.my/91704/1/ BAB%2013%20LAPORAN%20AKHIR%20PROFESIONALISME%20GURU%20edit ed%2030%20April-2.pdf

Hasfarina Abas (2012). Pengurusan Bilik Darjah. Dikeluarkan dalam laman web, http://eprints.utm.my/31564/3/HasfarinaAbasMFP2012CHAP1.pdf.

Nur Hafizoh Idrisa, Rohana Hamzaha (2012). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi. Laman web, www.jurnalteknologi.utm.my | eISSN 2180–3722 | ISSN 0127–9696.

Nur Hafizoh Idris & Rohana Hamzah (2013). Nilai Profesionalisme Bakal Guru              Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi (Social Sciences) 60 (2013) 31–37. Dikeluarkan daripada laman web, http://www. jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/download/1445/1148
  
Pedagogi dalam Pendidikan. Dibaca dan dikeluarkan daripada laman web, http:// pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-perancangan-pengajaran-dan.html

Petikan ucapan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dilihat daripada laman web, http://sembangkerjaya.com/archive/index. php/t-1134.html

Profesionalisme Guru, daripada laman web, http://gurudanprofesionalisme.blogspot. com/2010/05/makna-profesionalisme-guru.html

Profesionalisme Perguruan, daripada halaman http://webmastering1.tripod.com/nan tha/rank2.html

SHAHRIR AFFANDI B. DAUD (2009). KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Dilihat dalam laman web, https://ml.scribd.com/doc/22235829/ KEBERKESANAN-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
SITI DAHLIAH BINTI PATTA (2014). PENGARUH DEMOGRAFI TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN PERAKAUNAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Download daripada laman web, file:///C:/Users/TC%20YASMIN /Downloads/ SITI%20DAHLIAH%20PATTA%20(D20101038382).pdf

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3). 9 Mac 1999. Dikeluarkan daripada laman web, http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html


 ..........................................................................................................................................
Lampiran 1
(Ada dlm file praktikal upsi/D/ SGM Domain 3)

Lampiran 2
(Excel..ada dalam file)





















[i] Profesionalisme Guru.
[iii] Petikan ucapan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
[iv] SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999
[v] Hasfarina Abas (2012)