I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 0129199728


Monday, July 6, 2015

ILMU DAN ADAB MENUNTUT ILMU

KELEB IHAN MENUNTUT  ILMU
Kata Saiudina Ali k.w:
Ilmu itu lebih baik dari harta kerana:
-Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan Fir’aun.
-Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaga.
-Orang yanh mempunyai ilmu, ramai sahabatnya, manakala orang orang yang mempunyai harta ramai musuhnya.
-Ilmu itu jika diajarkan akan bertambah, manakala harta pula jika dibelanjakan akan berkurangan.
-Orang yang berilmu diseur dengan nama kebesaran dan kemuliaan, manakala orang yang berharta pula diseur dengan kecelaan dan kebakhilan.
-Ilmu tidak peerlu dijaga daripada pencuri, manakala harta pula perlu dijaga dari kecurian.
-ilmu dapat member syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat member syafaat kepada orang lain, manakala orang yang berharta, akan dihisab di Hari Kiamat.
-Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.
-Ilmu dapat menerangkan hati, manakala harta pula akan mengeraskan hati.
-Orang yang berilmu mendakwa kehambaan ( bersifat rendah diri), manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.


Kata Imam Al-Ghazali:
العلم بلا عمل جنون  * والعمل بلا علم لا يكون
 Ertinya:
“Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu adalah sia-sia.”





ADAB-ADAB SEORANG PELAJAR MUSLIM
Adab terhadap Allah SWT
1.       Cintakan Allah SWT
2.       Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.
3.       Takut dan harap kepada Allah SWT.
4.       Bersyukur apabila diberi nikmat.
5.       Bersabar apabila diberi nikmat.
6.       Melihat taufik dan hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
7.       Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT.
8.       Tidak berputus asa, sentiasa  mengharapkan rahmat daripada Allah SWT.
9.       Melakukan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
10.   Beriman dengan penuh keyakinan terhadap qadha’ dan qadar Allah SWT, kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmat disebaliknya yang tidak diketahui.


Adab terhadap Nabi saw
1.       Cintaka Nabi saw.
2.       Beriman dan percaya dengan segala perkara yang dinyatakan oleh Baginda saw.
3.       Kasihkan keluarga, sahabat dan sekelian umat Baginda saw.
4.       Memperbanyakkan selawat keatas Baginda saw.
5.       Memulia dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
6.       Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda dan bertawassul dengan Baginda saw.
7.       Mengadakan majlis memperingati Baginda saw seperti sambutan Mailidur Rasul, peristiwa Isra’ Mikraj dan sebagainya.
8.       Menyebut nama Baginda saw dengan penuh adab seperti ‘Saidina Muhammad’ atau ‘Rasulullah’ atau ‘Nabi Allah’. Jika nama Baginda dan nama para anbia’, aulia’ dan orang-orang soleh tidak disebut dengan panggilan yang mulia, amalan seseorang itu boleh gugur dan dia akan mendapar dosa dan azab di akhirat kelak (sekiranya tidak bertaubat).
9.       Selalu menziarahi makam Baginda saw samaada dengan roh atau jasad.
10.   Selalu memuji Baginda saw dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak-akhlak Baginda saw.


Adab Bersama Guru
1.       Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul.
2.       Bertutur dengan lemah-lembut dan mudah dan penuh rendah diri.
3.       Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
4.       Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormatkannya.
5.       Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
6.       Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
7.       Hindari dari menyinggung perasaan guru.
8.       Mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka.
9.       Selalu menziarahi mereka atau menziarahi makam mereka setelah mereka meninggal.
10.   Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.


Adab Bersama Ibubapa
1.       Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.
2.       Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
3.       Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
4.       Segera menjawab panggilan mereka.
5.       Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan)
6.       Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
7.       Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
8.       Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menhadiahkan kepada mereka bacaan ayat-ayar Al-Quran, tahlil dan sebagainya.
9.       Memohon dan mendoakan untuk kesejahteraannya di dunia dan di akhirat.
10.   Berbincang apa-apa masalah dengan mereka dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

  
ADAB MEMILIH SAHABAT
1.       Pilih rakan yang berakhlak mulia dan taat pada agama.
2.       Pilih rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
3.       Pilih rakan yang ikhlas dalam segala perkara.
4.       Pilih rakan yang mahu membantu di waktu susah dan senang.
5.       Pilih rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
6.       Pilih rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7.       Pilih rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
8.       Pilih rakan yang mengingatkan kita kepada ALLAH dan p[erkara kebaikan.
9.       Hindari teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
10.   Hindari teman yang pemalas dalam segala perkara 

ADAB BELAJAR
1.       Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada AllahSWT kerana dosa adalah kegelapan.
2.       Berwudhu’, membersihkan diri, persekitaran dan pakaian.
3.       Perbetulkan niat , belajar untuk menghilangkan kejahilan, untuk meninggi kan syiar-ayiar agama Alah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4.       Membaca Al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji.
5.       Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam (waktu sahur), antara Maghrib dan Isya’ dan pada waktu pagi.
6.       Selalu merijuk kepada guru.
7.       Selalu berbincang atau membuat ‘study group’ bersama rakan-rakan.
8.       Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.
9.       Menunjuk ajar apabila diminta.


PETUA  DAN HIKMAT
4 PERKARA YANG DAPAT MENAMBAHKAN AKAL DAN MENGUATKAN  MINDA:
1.       Meninggalkan perkataan yang sia-sia.
2.       Bersugi.
3.       Duduk bersama orang-orang soleh.
4.       Duduk dalam majlis para ulama’.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.