I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 01125522013


Tuesday, July 7, 2015

PERKONGSIAN TENTANG BPG DAN PERGURUAN

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai peneraju utama dalam kontek latihan guru dalam perkhidmatan, badan pengawal kualiti pendidikan guru dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi penekanan untuk memastikan pemantapan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).  BPG  merancang dan menyelaras pelaksanaan inisiatif Kualiti Guru dalam PPPM (2013-2025) untuk memastikan pelaksanaan transformasi pendidikan.

BPG sebagai peneraju utama dalam latihan pendidikan guru bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti.  Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang.

PPGB merupakan salah satu inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. 

Menurut Huling-Austin (1990) dalam Modul PPGB edisi 2010, PPGB merupakan “planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year”.  BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GURU BAHARU bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. 

banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk Guru Baharu (Humphrey, Wechsler, & Bosetti, 2007; Norasmah, Mohammed Sani, Zamri, 2007; Russell, 2006).

Antara masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah penyesuaian diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar.  Di samping itu, GB perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri dari pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005). 

guru yang mengikuti PPGB bagi sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah telah dapat mempamerkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey, et al., 2007).

Guru Baharu yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke, Karson, & Wheeler, 2006).

Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah, et al., 2007). 

Konsep pendidikan guru yang bersepadu menyarankan satu program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan pra perkhidmatan, program induksi sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Norasmah, et al., 2007).



Tugas Guru Baharu      
-  Melaksanakan tugas sebagai guru seperti:
·         memasuki kelas tepat pada waktunya
·         menyiapkan buku rekod pengajaran
·         mengurus kelas 

·         memeriksa tugasan murid
·         memastikan kehadiran murid
·         menyimpan data sistem maklumat murid
·         melaksanakan pengurusan fail dengan sistematik
·         hal-hal lain yang berkaitan dengan tugas yang diarahkan
- Meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan secara formal dan informal
Mematuhi etika profesion keguruan


Tanggungjawab Guru Baharu
i.   Memberikan kerjasama terhadap pentadbir dan rakan sekerja yang memerlukan bantuan profesional
ii.             Menunjukkan sikap keprihatinan kepada keperluan pembelajaran murid
iii.           Berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat terutama masyarakat sekeliling
iv.         Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana PDP yang kondusif dan efektif
v.             Meneroka dan melaksanakan pelbagai pendekatan PDP
vi.           Membina jaringan dengan rakan, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah
vii.      Mengurus hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stres, teknik belajar, motivasi kendiri dan pembentukan sahsiah
viii.     Mempamerkan tingkah laku yang boleh menjadi model atau contoh bagi murid
ix.           Menjaga kebajikan dan keselamatan murid
x.             Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa
xi.           Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan rakan sekerja.










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.