SINOPSIS
CERITA
SofiyaKu
Seorang
Cinta benar-benar tidak mengenal
siapa yang mencintai dan dicintai. Jika tidak begitu, mana mungkin seorang
petani bertemu jodoh dengan hartawan, seorang nelayan bertemu jodoh dengan
doktor, seorang gadis cantik bertemu jodoh dengan jejaka ‘biasa’, seorang gadis
miskin bertemu lelaki tua yang kaya dan sebagainya. Begitu juga, tidak hairan
jika seorang anak murid mencintai gurunya, hingga sanggup menunggu hingga
dirinya dewasa. Sebagaimana sebuah cerita benar di sebuah negeri di Pantai
timur, terdapat seorang guru yang berstatus janda berumur pertengahan 40-an
berkahwin dengan anak muridnya. Terharunya, anak murid itu belajar dengannya
ketika di tingkatan 5, kemudian sebaik sahaja habis konvo graduasi ketika
umurnya baru 25 tahun, dia terus mencari guru nya itu dan melamarnya. Begitu
lah, kasih sayang Amar Haiqal terhadap gurunya, Sofiya Hani, walaupun guru itu
hanya mengajar nya selama beberapa bulan sahaja. Ramai yang tidak senang akan
kisah cinta mereka seperti papa Haiqal sendiri, Dato Hashim, peguam muda, Adam
Husni, dan Tengku Syakinah, wanita yang sepatutnya menjadi isteri Haiqal.
Ditambah pula dengan status Sofiya dengan umurnya yang sudah ingin mencecah ke
angka 40. Walaupun banyak ujian dan cabaran yang datang, ia sedikit pun tidak
menggoyahkan cinta Haiqal terhadap gurunya. Kesetiaanya cintanya sukar ditemui
dalam cinta antara seorang jejaka dan seorang gadis. Ini cinta yang luar biasa.
Dan, cinta luar biasanya itu seteguh batu karang di dasar lautan!
PENGENALAN; DUNIA INI SEBUAH OPERA
‘Perkara
sebegini menggemparkan sekolah, walaupun saya tahu ia bukan fenomena yang aneh,
di tempat lain, di negeri lain, memang ada berlaku, saya mengakuinya, tapi
disini, disekolah ini, ini lah kali pertama kami menerima kes sebegini cikgu…’
Haji Mahmud, pengetua di sebuah sekolah
menengah di pinggir pekan Tanjung Malim itu mendongak kearah seorang guru muda
dihadapannya sambil menarik nafas dalam. Bunyi kipas yang sudah uzur berpusing
ligat pada siling ibarat muzik latar kepada perjumpaan antara seorang guru muda
dengan majikannya.
‘Cikgu
Sofiya, awak dengar kah? Jangan diam saja, saya perlukan penjelasan awak
sekarang!’ Haji Mahmud merenung wajah guru sementara dihadapannya. Semakin
direnung tampak jelas wanita dihadapannya itu semakin cantik, dengan suaranya
yang lemah-lembut, dengan budi bahasanya, ditambah dengan wajah nya yang putih
bersih dengan solekan nipis, tidak hairan jika guru tersebut diminati ramai
pelajar lelaki disekolah itu.
‘Ermm…
maafkan saya Ustaz. Saya pun tak tahu apa yang patut saya cakap, saya akan
berjumpa dengan budak itu selepas ini, dan akan menjelaskan kepadanya apa yang
tidak harus dia lakukan’ Sofiya Hani mendongak lelaki dalam lingkungan 50-an
yang sejak tadi merenungnya. Dia sedar bukan itu jawapan yang hendak didengar
oleh tuan pengetua!
‘betulkah
dia selalu belajar dirumah sewa awak?’
Sofiya
Hani hanya mengangguk.
‘berapa
ibubapanya bayar kepada awak?’
‘Owhh…
Sofiya Hani menggeleng. Haji Mahmud tersenyum dengan pandangan mata yang sukar
ditafsirkan.
‘kenapa
awak tak minta bayaran? Dia bukan orang miskin? Anak dato tu, awak tahu tak
ayah dia berpangkat dato?’ Haji Mahmud bersuara sinis sambil memandang reaksi
pada wajah wanita muda itu.
Sofiya
Hani menggeleng.
‘tak tahu.
Saya tak minta apa-apa sebab saya suka mengajar, dan saya tidak terdesak
hendakkan duit anak murid saya, saya akan mengajar sesiapa saja yang datang
hendak belajar, cumanya, tiada pula budak lain datang, hanya dia saja, kerana
itu saya mengajar dia ustaz. Pelik saya dengan kata-kata sinis ustaz, sebab
saya tiada apa-apa yang hendak disembunyikan pun!’
Haji
Mahmud masih memandang tepat ke wajah wanita muda itu. Sofiya Hani pula resah
gelisah pada tempat duduknya.
‘Hmm…
begini lah cikgu. Cikgu cuba nasihatkan pelajar itu terlebih dahulu, atau saya
akan bawa dia ke pihak lembaga disiplin. Harap tiada lagi laporan sampai ke
telinga saya tentang perbuatan dia yang melampaui batas terhadap cikgu selepas
ini. Cikgu boleh balik dulu, semua guru pun dah balik tu!’ Haji Mahmud
melonggarkan tali lehernya, membiarkan Sofiya Hani bangun dari tempat duduknya.
‘baik lah
ustaz, saya akan cuba nasihat dia, terima kasih banyak ustaz!’ Sofiya Hani
menunduk hormat sebelum keluar dari bilik pengetua.
Adlini dan
Sabrina sudah menunggu di luar pejabat. Sofiya Hani menghampiri mereka dengan
wajah mencuka.
‘kenapa
Fiya? Tak pernah-pernah pengetua panggil kau, Fiya!’ Sabrina mencapai tangan
Sofiya Hani, digenggamnya tangan yang pucat lesi itu. Sofiya Hani mendongak,
kemudian mencebik.
‘Ishh..
jom lah ke kereta. Kejap lagi ‘dia’ keluar tu!’ Adlini menarik tangan Sofiya
Hani dan Sabrina beredar dari situ. Kedua-dua nya menurut sahaja langkah
Adlini.
‘kau ingat
tak? Aku pernah cakap tentang budak yang selalu datang belajar dengan aku kat
rumah tu kan!’ Sofiya Hani mula bercerita sambil melangkah kearah kereta
Sabrina. Masing-masing mengangguk.
‘apa yang
salah pulak?’ Adlini menoleh Sofiya Hani.
‘budak tu
kan syok kat aku, kau pun perasan kan!’ Sofiya Hani mengeluh lagi.
‘tak lah,
aku tak pelik pun, yang aku pelik tu macamana boleh kantoi, Fiya?’ Sabrina menekan punat automatik ditangannya sebelum
membuka pintu kereta Honda Accordnya.
‘Ha’ah
Fiya, ramainya guru yang dating
dengan pelajar sendiri. Zaman moden ni pemikiran manusia pun moden dan terbuka
lah!. Sab, kau pun pernah terima surat cinta daripada pelajar tahun lepas kan?’
Adlini menoleh Sabrina disebelahnya setelah mereka memasuki perut kereta.
Sabrina hanya mengangguk setuju sebelum mula memandu keluar dari kawasan
sekolah.
‘entah
lah, aku cuma makan dengan budak tu kat bilik Muzik, kebetulan baru habis kelas
aku masa tu, lepas tu budak tu suapkan aku mee goreng yang opah dia masak. Dia
pun mungkin tidak ada niat apa-apa melainkan dia lihat aku senang pegang pen,
tanda buku lagi!’
Sofiya
Hani menarik nafas dalam.
‘Dia suap
kau dengan tangan dia?’ Sabrina membuat serkap jarang. Sofiya mengangguk
perlahan.
‘Ya lah.
Tak kan dengan kaki pulak!’ Sofiya Hani menepuk peha Sabrina, kelakar.
‘lepas
tu?’ Adlini yang tidak sabar-sabar hendak tahu memusingkan badannya ke
belakang, supaya dia boleh menatap wajah pan-Asia guru sementara yang diminati
ramai itu.
‘lepas tu,
cikgu Karim masuk secara tiba-tiba, tak ada nak ketuk pintu tak ada nak bagi
salam, lepas tu dia terus nampak lah apa yang budak tu buat, terkejut kot dia,
terus keluar balik!’
Adlini dan
Sabrina ketawa.
Sofiya
Hani pula yang kehairanan, ternganga. ‘Kenapa?’
‘patut
lah. Kau tak tahu ke yang cikgu Karim tu pengampu nombor satu pengetua kot!’
Sabrina menerangkan situasi sebenar di sekolah itu.
‘aku tak
pelik lah kantoi, cikgu tu memang
sentiasa nak cari salah orang kau tahu tak? Kadang-kadang, yang orang tak buat
pun dia kata kita buat!’ Adlini menambah.
‘Owhhh,
begitu ke?’ Sofiya Hani melepaskan keluhan nya lagi, kecewa.
‘relaks
lah Fiya, pedulikan lah si Karim tu! Tapi kau hati-hati lah lepas ni ya, jangan
kantoi lagi lah. Kau ingatkan lah budak tu jugak. Kau pun sayang dia kan!’
Sabrina memandang wajah Sofiya Hani melalui cermin pandang belakang keretanya
sambil ketawa. Sofiya Hani yang mendengar tersenyum, mengangguk.
‘aku pun
sayang jugak pada budak tu. Tak salah kan aku sayang budak tu? Macam aku sayang
pelajar-pelajar aku yang lain lah, lagi pun budak tu, comel apa!’ Sofiya Hani
agak terhibur dengan gurauan kawan-kawannya.
‘tak salah
lah, aku pun nak jugak kalau ada!’ Adlini menyampuk. Mereka ketawa lagi.
‘jom, kita
pekena cendol dulu!’ Sabrina memberhentikan keretanya di hadapan sebuah gerai
mamak di tengah-tengah pekan Tanjung Malim itu.
Sofiya
Hani membuka pintu rumah sewanya selepas mendengar ketukan dipintu. Seorang
pelajar lelaki dengan sebuah topi Nike tersangkut diatas kepala mengukir
senyuman kearahnya dengan beberapa buah buku ditangan. Pelajar tingkatan 2 ABS
itu lah yang selama ini menyebabkan gossip liar mengenai kehadiran nya di
sekolah itu.
‘Hayqal,
masuk lah!’ Sofiya Hani melangkah masuk ke ruang tamu rumah sewa setingkat yang
dikongsinya bersama dua orang rakan serumah yang lain, juga guru, tetapi
mengajar di sekolah berlainan di pekan tersebut.
‘semalam
Qal tunggu cikgu kat depan sekolah sampai pukul 4.00 petang, cikgu tak
keluar-keluar, Qal cari kat bilik guru, kat pejabat tak ada!’ Haiqal duduk
disebuah kerusi rotan yang terdapat diruang tamu tersebut, memerhati pergerakan
guru kesayangannya.
Owhhh…..
Sofiya Hani menghela nafas. Perasaan belas menerpa benaknya.
‘Owhhh..
kesian nya Haiqal. Maaf lah Qal, cikgu kena panggil dengan pengetua semalam
gara-gara Qal suapkan cikgu dalam bilik Muzik tu! Lepas ni Qal tak boleh dah
rapat sangat dengan cikgu ketika di sekolah ya, nanti silap hari bulan Qal kena
panggil dengan pengetua!’ Sofiya Hani menceritakan apa yang telah berlaku
kepadanya petang semalam. Haiqal memandang tepat wajah guru yang disayanginya
itu.
‘Qal Cuma
suapkan cikgu jer, kenapa? Itu pun tak boleh ke? Cikgu Karim tu saja, dengki
sebab dia tak dapat nak ngorat cikgu, bukan Qal peluk cikgu pun!’ Haiqal
mencebik tidak puas hati dengan tindakan cikgu Karim dan pengetua terhadap cikgu
nya. Sofiya tersenyum, duduk disebelah Haiqal.
‘pandai
ya, membebel macam nenek tua, padahal baru tingkatan 2, lupakan saja lah okay,
tapi, lepas ini jangan terlalu rapat sangat dengan cikgu ketika disekolah,
boleh kan? Sofiya Hani menepuk peha Haiqal lembut sambil tersenyum.
‘okay lah
cikgu, Qal cuba, demi cikgu, tapi Qal masih boleh datang sini kan?’ Haiqal
menoleh guru disebelahnya. Sofiya Hani mengangguk dengan senyuman terukir.
‘okay,
sekarang Qal buat dulu latihan yang cikgu bagi kat sekolah pagi tadi, cikgu nak
masak sekejap ya, lepas ni kita boleh makan sama-sama. Lepas makan nanti cikgu
ajarkan bab yang baru pulak!’ Sofiya Hani bersedia untuk bangun sebelum dia
merasakan tangannya dipegang oleh Haiqal.
‘ya?’
Sofiya Hani duduk kembali.
‘cikgu, cikgu
tahu tak yang Qal sayang sangat kat cikgu. Bukan main-main tau cikgu, Qal
serius ni! Boleh tak cikgu tunggu Qal besar? Nanti Qal boleh jaga cikgu!’
Haiqal menggenggam tangan gurunya erat. Sofiya Hani ketawa. Lucu bila
memikirkan budak tingkatan 2 berfikiran seperti orang yang sudah dewasa. Haiqal
mencebik.
‘cikgu tak
percaya tak apa, tapi, cikgu berjanji lah dengan Qal, please, please!’ Haiqal
menatap wajah gurunya dengan memek muka mengharap. Sofiya Hani ketawa lagi.
‘Comel
betul wajah itu bila ‘buat memek muka’ mengada-ngada…. Desis hati Sofiya Hani
lucu. Telatah budak itu selalu membuatkannya rasa terhibur, bahagia!
‘okay
Haiqal, kerana cikgu juga sayangkan Haiqal, So cikgu janji!’ Dicubitnya hidung
mancung Haiqal sebelum beredar terus ke ruang dapur.
‘cikgu dah
janji tu tau, janji betul-betul!’ suara Haiqal dari arah ruang tamu hinggap di
telinganya. Menggeleng-geleng dia dengan telatah dan perangai Haiqal.
Sofiya
Hani selesai memasak sotong masak sambal tumis dan sayur sawi, sibuk dibantu
oleh Haiqal yang tiba-tiba tidak ada mood
nak belajar, katanya. Padahal hanya alasan hendak kedapur membantunya, itu lah
ragam budak yang menawan hatinya itu!
‘Sedapnya
cikgu, pandai betul cikgu masak!’ Haiqal yang sedang mengunyah seketul kepala
sotong yang diambilnya dari dalam kuali bersuara ramah dan girang. Sofiya Hani
tersenyum.
‘nanti
bila dah besar, Qal cari lah isteri yang lebih pandai masak daripada cikgu!’
Sofiya Hani mengilar Haiqal sambil mencedok nasi ke pinggan Haiqal di meja
makan kecil diruang dapur. Haiqal yang mendengarnya ketawa.
‘tak payah
cari lah cikgu, saya dah ada ‘orang istimewa’ pun, dia memang pandai masak!’
‘Owhh..
kecik-kecik dah pandai cintan-cintun ya, PMR pun belum tentu lulus tau!’ Sofiya
Hani ketawa sambil membuat memek muka mengejek. Haiqal ketawa.
‘apa lah
cikgu ni, cikgu lah ‘orang istimewa’ tu!’
Gulp……….
Gurauan
budak jangan di ambil kira! Desis hati Sofiya mematangkan diri sendiri.
‘Ishh…..
riuhnya kamu berdua ni, sampai aku bagi salam pun tak dengar dah!’ Dahlia yang
baru pulang dari kelas tambahan petang di sekolahnya menjenguk ke ruang dapur.
Sofiya Hani dan Haiqal yang sedang menikmati makanan mendongak kearahnya
serentak.
‘makan
cikgu!’ Haiqal mempelawa. Walaupun Dahlia mengajar di sekolah lain, tetap
dipanggilnya ‘cikgu’ juga.
‘Ha’ah,
makan dulu Qal, cikgu masih penat lagi ni!’ Dahlia tersenyum mengenyit mata
kearah Sofiya Hani. Sofiya Hani menggeleng kepala, lucu pun ada dengan niat
Dahlia untuk mengusiknya.
‘nanti kau
ambik saja lauk dalam kuali tu ya Lia!’ Sofiya Hani bersuara sebaik sahaja
Dahlia bersedia untuk beredar ke kamar nya.
‘okay!’
Dahlia berpaling sambil tersenyum sebelum menghilang ke dalam kamarnya.
‘opah Qal
tak marah ke asyik datang sini saja? Kawan-kawan Qal tak pelik ke?’ Sambil
menyuap nasi ke mulutnya, Sofiya Hani bersuara, memerhati Haiqal makan dengan
tenang di hadapannya. Sayang sungguh dia terhadap budak berhati lurus
dihadapannya itu. Perasaan yang sememangnya aneh, pelik, tapi membahagiakan
dirinya.
‘opah tak
kisah, sebab papa dan mami pun duduk jauh, tapi pakcik Husam, dia selalu
marah-marah. Qal buat dono saja,
malas nak hiraukan pun. Kawan-kawan pun Qal tak peduli, bukan Qal ada kawan
baik pun!’ Haiqal mengeluh perlahan. Sofiya Hani terdiam. Simpati menerpa
benaknya lagi. Haiqal budak yang pandai, cuma dia pendiam dan seperti
anti-sosial ketika berada di sekolah, hanya berkawan dengan beberapa orang
sahaja. Ibubapa pula duduk di KL, sibuk dengan bisnes dan amat jarang
menziarahinya di kampong. Apa salahnya jika budak seperti Haiqal ingin menumpang
kasih dengan nya, apa yang kecoh sangat di sekolah tu?
‘cikgu
fikirkan apa tu?’ wajah Haiqal hanya dalam jarak 2 inci daripada wajahnya.
Ouchhh…
Pap! Ditepuknya dahi Haiqal.
‘Ya Allah,
terkejut betul cikgu, ishh…. Suka betul nyakat cikgu kan?’ Sofiya Hani menarik
hidung mancung Haiqal geram, Haiqal segera melarikan segera wajahnya sambil
ketawa.
‘cepat lah
makan tu, bila nak belajarnya kalau asyik nak bersembang dengan cikgu saja? Tak
lama lagi ujian penggal kan, dengan kerja kursus yang belum siap lagi!’ Sofiya
Hani menjegilkan mata kearah Haiqal yang masih ketawa.
‘Hahaha…..
okay lah cikgu ku!’ Haiqal kembali ke tempat duduknya menyuap sisa nasi di
pinggan. Sofiya Hani sedaya upaya menahan tawa.
Sejak
balik dari sekolah lagi Haiqal sudah ada dirumahnya. Berbaring di kerusi
panjang dengan lebam dan bengkak pada wajah. Gugur juga airmata Sofiya ketika
menuam tuala panas kepada kesan-kesan bengkak dan lebam pada wajah Haiqal yang
sedang tidur selepas letih bergaduh di luar pagar sekolah.
Arghhh…..
Haiqal menggeliat dan terjaga. Segera Sofiya Hani mengesat airmata yang
bergenang dipipinya. Belas sungguh dia melihat keadaan anak muridnya itu, sudah
lah mak dan ayahnya jauh.
‘sakit
ya?’ Sofiya Hani berhenti menuam, memandang wajah Haiqal belas. Haiqal mengangguk
sambil memejam matanya rapat. Terbayang bagaimana Munir dan Hanif mengejek
cikgu kesayangannya, dengan gelak tawa dan kata-kata kurang sopan, hingga dia
hilang sabar. Tanpa dia sedar airmatanya perlahan membasahi pipi! Pedih terasa
hingga ke tangkai jantungya. Bukan sedih, tapi dia marah, darah mudanya
menggelegak!
‘eh,
Haiqal, kenapa nangis pulak ni?’ Sofiya Hani yang masih duduk menghadapnya
terkejut. Segera dikesat airmata pada pipi Haiqal. Haiqal pula sepantas kilat
menyambar tangan Sofiya Hani, diciumnya tangan itu, kasih. Sofiya Hani semakin
terkejut.
‘Macam
budak kecik saja!’ Sofiya menggelengkan kepalanya.
‘tak sakit
pun lebam dan bengkak ni, sakit lagi hati Qal bila dia orang cakap yang
bukan-bukan pasal cikgu, Qal tak boleh tahan!’ Haiqal bangun, dan duduk di
sebelah Sofiya Hani. Sofiya Hani menarik nafas dalam, mendengar cerita Haiqal
penuh khusyuk.
Owhhhh….
Sofiya Hani memeluk Haiqal, menitis airmatanya. Mengapa budak ini harus sakit
kerana dirinya? Sofiya kesal. Haiqal teresak-esak di bahu Sofiya Hani.
‘Ohhhh…
okay, lepas ni kita cerita lagi, sekarang Qal pergi mandi dulu ya. Nanti apa
kata cikgu Lia dan cikgu Yana tengok mata Qal merah!’ Sofiya meleraikan
pelukannya, mengesat airmata pada wajah Haiqal.
‘Qal
sayang sangat pada cikgu. Cikgu jangan tinggalkan Qal ya!’ Haiqal menatap wajah
gurunya, dengan segenab perasaan kasih.
‘ya
sayang, cikgu pun sayang pada Haiqal. Qal pergi mandi dulu ya sayang!’ Sofiya
Hani mencubit pipi Haiqal lembut. Haiqal kemudiannya bangun menuju ke bilik air
di hujung dapur. Sofiya Hani menyediakan tuala mandi dan sepersalinan pakaian
petang untuk Haiqal. Terdapat beberapa helai pakaian Haiqal dirumahnya
sementelah kerap sangat Haiqal berada disitu.
Malam itu
Haiqal berkeras tidak mahu pulang ke rumah opahnya. Dahlia pula keluar dengan
tunangnya sejak maghrib belum juga pulang. Liyana pulang ke kampong sempena
cuti hujung minggu. Sofiya Hani sudah menyediakan tempat tidur Haiqal diruang
tamu, dibentangnya toto berhadapan televisyen.
‘betul ni
Qal tak nak balik? Nanti opah risau tau!’ Sofiya Hani duduk menghadap peti
televisyen bersama Haiqal yang dipaksanya memegang buku Sejarah. Haiqal menoleh
nya.
‘tak nak. Qal nak tidur sini temankan cikgu.
Kesian cikgu duduk sorang - sorang!’ Haiqal memandang tepat wajah guru
kesayangannya. Sofiya Hani turut menatap wajah anak murid nya yang cukup
‘istimewa’ itu dengan senyuman.
‘Ermmm…
boleh lah. Cikgu cuma bimbangkan opah Qal saja. Nanti pak cik Husam mengamuk
macamana?
‘tak ada
lah, cikgu jangan lah bimbang, Qal kan lelaki!’ Haiqal senyum menyeringgai.
‘excuse
me, bukan lelaki, ‘budak lelaki’ ya Qal!’ Sofiya Hani ketawa. Haiqal mencebik.
‘Haiqal……
’
‘ya cikgu,’
‘cikgu
sayang Haiqal, Qal nanti besar jadi lelaki yang baik ya, yang
bertanggung-jawab, yang suka tolong orang, dan……
Sofiya
Hani terhenti disitu.
‘dan…
‘dan,
andainya terjumpa dengan cikgu dimana-mana, harap Qal tidak sombong dengan
cikgu!’ Segera Haiqal menggeleng.
‘Qal
janji, Qal akan sayang cikgu sampai bila-bila, tak kan sombong dengan cikgu,
malah Qal dah mintak dengan Tuhan supaya dapat jaga cikgu nanti. Qal nak ambil
cikgu jadi isteri Qal, boleh kan cikgu?’
Sofiya
Hani ketawa. Lucu mendengarnya!
‘okay lah
tu, boleh Haiqal, kenapa pulak tak boleh?’ Sofiya menepuk peha Haiqal lembut,
sebelum mengangkat punggung untuk masuk ke kamar nya.
‘cikgu
janji kan?’ Haiqal menarik tangan gurunya lembut. Sofiya Hani berpaling.
‘ya, cikgu
janji. Selamat malam, tidur baik-baik ya!’
‘cikgu…’
Haiqal bangun, berdiri betul-betul di hadapan Sofiya Hani.
‘boleh
Haiqal nak peluk cikgu?’
Sofiya
Hani mengukir senyuman, kemudian mengangguk.
Haiqal
memeluk guru yang dikasihinya erat, tidak mahu dia melepaskan gurunya, kalau
boleh sentiasa dia hendak duduk dekat dengan wanita itu siang dan malam.
‘okay,
cikgu masuk tidur dulu ya!’ Sofiya Hani menatap wajah Haiqal seketika selepas
pelukan dileraikan oleh Haiqal.
‘I love
you cikgu!’
‘I love
you too Haiqal!’ Sofiya Hani mendekatkan wajahnya ke wajah Haiqal, diusap
rambut pada ubun-ubun anak muridnya itu penuh kasih, sebelum segera dia beredar
ke kamar tidurnya tanpa berpaling kearah Haiqal lagi, bimbang Haiqal kelak
salah faham terhadap kasih-sayangnya, walaupun dia hanya seorang budak, dia
tetap seorang lelaki kan!
Tok tok
tok!!!
Ketukan
keras bertalu pada pintu hadapan rumah sewa itu menyebabkan Sofiya Hani
terjaga. Segera teringat akan Haiqal yang sedang tidur diruang tamu. Sofiya
Hani pantas bangun dari katilnya, melangkah kearah ruang tamu…..
Arghhhh….
itu lah permulaan kisah pahit nya terpaksa meninggalkan Haiqal tanpa pamit,
namun, takdir Allah Taala pula menemukan mereka pada halaman kisah yang
berikutnya selepas selang beberapa tahun.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
BAB SATU; RAHSIA HATI.
Air kopi
di atas meja sudah hampir sejuk tidak disentuhnya. Kopi segera mix yang
dibelinya di pasaraya setiap akhir bulan, banyak lagi dalam balang, tiada siapa
hendak menyentuhnya sementelah dirumah itu hanya ada dia dan mama sahaja sambil
ditemani oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia.
‘Tak kerja
hari ni Fiya?’, Puan Salmah keluar dari bilik tidurnya berhampiran ruang makan
sambil menyanggul rambut yang sudah memutih tanda sudah tua. Sofiya yang
termenung di meja makan sejak tadi menoleh. Tangan nya masih memegang kole
berisi air kopi yang sudah dingin. Sebuah senyuman dilemparkan kepada mama,
penuh kasih.
‘tak lah
mama, ada kerja sikit di KL kejap lagi, mama nak pergi beli lauk kat pasar ke?,
Fiya boleh temankan mama dulu!’, Sofiya tersenyum ke arah mamanya yang sedang
menarik kerusi duduk berhadapan dengan nya. Hanya dia dan mama sahaja penghuni
tetap yang mendiami banglo 2 tingkat setengah peninggalan arwah ayah itu, sejak
arwah ayah meninggal kerana derita penyakit barah paru-paru, 2 tahun yang lalu.
‘boleh lah
Fiya, selalu Fiya sibuk saja, pagi-pagi dah keluar, malas mama nak ganggu, tapi
tak sedap juga mama asyik pergi seorang diri’, Puan Salmah mengangguk kearah
anak perempuan nya itu, merenung wajah anak gadis itu. Sudah berumur 35 tahun,
namun, masih belum mahu berumah-tangga semula, selepas jodoh pertamanya hanya
bertahan beberapa bulan sahaja. Sudah tiga lamaran orang di tolak, degil benar
dia! Entah siapa gerangan lelaki yang ditunggunya, Puan Salmah pun tidak tahu.
Sebuah sesalan sebak tiba-tiba menerpa ruang hatinya! Dia masih ingat bagaimana
sedihnya Sofiya ketika dipaksa pindah ke KL meninggalkan kampung sebelah
ibunya, meninggalkan kawan-kawan termasuk ‘si dia’ di Perak dulu. Walaupun
Perak itu tidak jauh, tetapi sudah berapa tahun dia dan anaknya tidak pernah
menjenguk kampung halaman. Salmah sendiri yang tidak tahu cerita sebenar tidak
mampu berpisah dengan Sofiya memandangkan itu lah seorang sahaja permata hatinya.
Salmah panik apabila memikirkan kerasnya hati anak lelakinya, Ikmal Saufi yang
telah tinggal bersama nenek sebelah suaminya di Ipoh sejak kecil, bersikap
sangat keras terhadap Sofiya, hingga menyebabkan adik nya itu menyandang
gelaran ‘janda muda’ pada awal usia. Sekarang Salmah sendiri tidak tahu dimana
mahu mencari siapakah gerangan ‘si dia’ yang mengikat hati Sofiya yang tidak
pernah Sofiya ceritakan kepadanya, ditambah dengan berbagai rahsia besar dalam
hidup Sofiya, yang pasti hendak disimpannya sampai bila-bila. Sofiya memang
seorang perahsia, semuanya rahsia!
‘maaf lah
mama, banyak pulak job akhir-akhir
ni, maklum lah, bos Fiya tu nak berhenti dah, nak pencen, jadi, macam-macam
idea dia bagi, kita lah yang letih menguruskan nya, Fiya izinkan mama kahwin
lagi,mama tak nak!. Ada lah mama dapat kawan nak pergi pasar ke, bank ke,
masjid ke, shopping ke!’, Sofiya tersenyum manja memandang wajah mamanya yang
sentiasa tenang walau seribu masalah mendatang. Sofiya terkilan dengan
kesibukan nya setiap hari, tanpa ada banyak masa menemani mamanya. Kerjanya
tidak menentu. Kadang-kadang hari minggu pun ada meeting, out-station! Bukan senang memegang jawatan sebagai senior
executive officer II di sebuah syarikat hartanah yang besar dan gah, BUMI JASA
Development Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato Kasrin. Sudah 3 tahun dia
menyandang jawatan panas itu, sebelum ini dia hanya seorang ketua pegawai
bahagian sumber manusia yang sekarang dipegang oleh Azril Musa, seorang lelaki
perengus yang merimaskan!
‘Nak kena
cubit Fiya ni!, kamu tu, mama tengok macam tak sanggup pegang jawatan tu,
lepaskan saja pada orang lain, gaji banyak tak penting lah sayang, yang penting
hidup sihat, bahagia, berkeluarga, berapa kali sudah mama kata kita berniaga
sendiri saja, duit peninggalan arwah papa lebih daripada cukup untuk buka
sebuah bisnes, Fiya berangan nak buka restoran dan café kan, mama sokong
sangat, tak sia-sia arwah papa belikan saham yang banyak untuk anak-anak dia,
kerja sendiri ni lebih senang urus masa, tidak lah terikat dengan orang, dengan
tugas, macam sekarang ni! Air tu nak minum ke tak nak?, mama buatkan air lain
nak tak?’. Puan Salmah mengangkat punggung beredar ke ruang dapur. Sofiya hanya
mampu tersenyum, dia tahu apa yang bermain di benak mamanya. Yang mama tidak
tahu dia tidak minat memasak, jika diberi pilihan, dia lebih suka membuka
sebuah resort! Berangan!
Terkenang
kepada arwah papa, sejak remaja lagi dia tinggal di Paka, Terengganu bersama
papa dan mama meninggalkan kenangan pahit manis bercampur baur kepada dirinya.
Terpisah daripada abang Ikmal sejak kecil merupakan salah satu perkara yang
benar-benar memberi kesan kepada dirinya sebagai seorang adik lantaran abang
Ikmal yang lebih manja dengan nenek memilih untuk membesar bersama nenek di
Ipoh, Perak. Sekarang susah benar untuk dia meraih perhatian dan kemanjaan
daripada abangnya sendiri, tambah lagi bila abangnya sudah berumahtangga.
Kenangan manis dapat sentiasa bermanja, mendapat belaian kasih-sayang papa dan
mama sepanjang waktu kanak-kanak tidak dapat dilupakan, sementelah dia anak
bongsu Engineer minyak itu. Sayangnya, sekarang papa sudah tiada!
‘hmmm, tak
payah lah ma, kata nak pergi pasar, jom kita minum teh tarik kat luar!, bawa
kereta baru mama ya, kereta ‘legend’
nak minta bibik basuh lah!’, Sofiya turut bangun, membontoti mamanya ke dapur,
memeluk mamanya dari belakang. Kereta arwah papa sentiasa setia menemani mereka
berdua, sebab itu digelar kereta legend,
siapa sangka Volkswagen arwah papa itu masih berkilat dan elok lagi, seperti
baru!. Puan Salmah menggeleng sambil tersenyum. Anak yang manja sejak kecil,
kekal sampai hari ini sikap keanak-anakkannya itu walaupun sudah pertengahan
30-an.
‘Kereta
mama tu Fiya kena hantar servis dahulu, Fiya saja bawa mama, tapi biar lah mama
tengok dulu apa yang tak ada dalam peti tu, Fiya pergi bersiap sekarang!, nanti
lambat pula janji dengan siapa tadi entah’, Puan Salmah cuba mengingati siapa
yang hendak Sofiya temui di KL tadi.
‘mana ada
Fiya sebut nama lah ma, Fiya nak jumpa client
syarikat saja, not client actually,
partner Dato Kasrin, tapi lambat lagi, lunch
hour nanti!’, Sofiya tergelak kecil sambil beredar ke tingkat atas, mencari
Bik Siti yang mencuci bilik air di kamar tidurnya sebentar tadi.
HRV 2.4
berwarna hitam metallic kesayangan nya di parkir nya di bahu jalan. Penuh sesak
ruang parkir berhampiran Stadium Shah Alam apabila tibanya waktu pasar pagi.
Ramai pengunjung dan penggemar pasar pagi dari seluruh pelusuk Shah Alam, mahu
pun pelanggan dari luar Shah Alam. Sofiya membetulkan topi berwarna putih yang
menutupi kepalanya, Rayban di sangkut pada bahagian hadapan baju t-shirt putih
yang dipakainya. Mengekori mama yang mula menyusuri gerai demi gerai dalam
kawasan lapang yang sangat luas berhampiran stadium Melawati itu, sambil
memerhati gelagat para penjual, peraih, dan pengunjung pasar.
‘mama, tak
nak berhenti makan dulu, itu ada Char kueh teow ma!’, Sofiya sangat teruja
melihat seorang penjual makanan di salah sebuah gerai menggoreng Char kueh
teow kegemarannya di medan selera yang
disediakan dalam kawasan pasar tani berkenaan.
‘Mari lah
cepat kalau nak makan tu, nanti mama nak pergi cari ketam dan telur ikan
pulak!’, Puan Salmah memerhati kearah meja-meja pelanggan yang agak sesak itu.
‘disana tu
ma!’, Sofiya mendahului mamanya kearah meja kosong yang sedang dibersihkan oleh
seorang pekerja. Puan Salmah mengekori anaknya yang serba lincah itu tanpa
banyak soal lagi. Sofiya sudah duduk di kerusinya, mengambil order daripada
seorang pekerja yang berdiri dihadapannya.
‘ma nak
minum apa?’, Sofiya memegang lengan mamanya manja. Sifat manjanya tidak pernah
lekang walau seminit pun!
‘mama nak
Nescafe tarik, dan mee goreng basah ya dik!’, Puan Salmah mendongak kearah
pekerja yang masih menunggu order
daripadanya, seorang anak muda yang kelihatan sangat innocent, menyebabkan Sofiya tiba-tiba teringatkan seseorang.
‘Errr…
kejap. Awak pernah sekolah menengah di Tanjung Malim tak dulu?’
Puan
Salmah menepuk lengannya sambil tersenyum. Sofiya memandang wajah mamanya.
Salahkah soalannya tadi?
‘tak kak,
saya sekolah kat Klang saja!’ pekerja itu menjawab sopan, sebelum meminta izin
untuk beredar.
‘kenapa
Fiya tiba-tiba tanya? Kerja kat sini tak mungkin orang dari Perak sana tu!’
Puan Salmah memandang wajah anaknya. Sofiya sekadar tersenyum hambar. Wajah
pekerja itu iras dengan seseorang dalam mindanya. Malu lah kalau mama tahu!
‘lama dah
kita tak makan pecal ma!’ Sofiya melarikan diri daripada terus ditanya mama,
terbayang dimatanya akan pecal masakan Mbah Ginam yang dulu selalu menjadi
sarapan paginya.
Puan
Salmah hanya mengiyakan. Terbayang wajah tua Mbah Ginam, jiran rumahnya ketika
mereka masih menetap di Ipoh semasa dia masih kecil dulu, sebelum arwah papanya
diarah bertugas di Paka. Dan, sebelum dia berpisah dengan seseorang yang
mengajarnya erti zaman remaja seorang budak yang taksub pada guru kesayangannya
itu! Sebuah keluhan dilepaskannya berat.
‘boleh
saja nanti kita balik sana ziarah Mbah tu jika Fiya nak makan pecal tu, entah
apa khabar Mbah sekarang agaknya’, Puan Salmah memerhati tingkah pekerja yang meletakkan
sarapan pagi yang mereka tempah di meja. Sofiya mengangguk setuju.
‘kita ajak
abang Mal sekali ma, boleh jengok kebun atok di Tanjung Malim jugak, entah
pokok durian yang arwah papa tanam tu dah berbuah!’, Sofiya mengenggam tangan
mamanya, melemparkan senyuman, sebelum menjamah Char keh teow kegemarannya.
Merindui abang Ikmal yang tidak begitu mahu melayannya, lebih banyak masanya
hanya dengan isteri dan anak-anaknya sahaja.
‘ha’ah,
nanti kita balik sana, entah betul ke Pak Hamid boleh menjagakan kebun atok tu,
cepat lah makan, nanti ada kerja di KL kan!’
BAB DUA; RINDU DIPENDAM.
Kenyang
menikmati Char kueh teow bersama mama pagi tadi masih terasa, belum ada tanda
hendak menjamah makanan lagi. Suasana di ruang makan The Tea Longue aman dan
mendamaikan tengahari itu, jauh daripada hiruk-pikuk di luar hotel.
‘Cik puan
Sofiya Hani Zaini!’, Sofiya yang sedang membaca SMS dan emel mendongak. Seorang
lelaki tinggi lampai bertali leher coklat berdiri di sebelahnya, dengan
senyuman terukir dibibir.
‘Owhhh,
ya, saya Sofiya Hani. Saudara ini staf baru Encik Mahmood, wakil daripada
MUTIARA Holdings ke? Tak pernah jumpa sebelum ni?’ Sofiya menjemput lelaki itu
duduk. Perlahan gerangan yang dipanggil staf
baru Encik Mahmood itu mengambil tempat berhadapan dengan Sofiya.
‘Ya cik
puan, saya Farid, Encik Mahmood minta saya jadi wakil untuk berjumpa cik puan
pada hari ini, err, jika boleh saya tahu, siapa lagi yang akan hadir bersama
cik puan?’ Farid mendongak kearah CEO muda syarikat Dato Kasrin itu. Sungguh
bergaya orangnya, cantik wajahnya, manis dipandang, dengan bulu keningnya yang
tebal hitam, ditambah dengan bibirnya basah berwarna merah jambu, dengan makeup
yang tidak terlalu tebal, tetapi kecantikannya sudah cukup terserlah.
‘Errrr,
Encik Farid nak minum?. Kita ambil order dahulu, sementara saya menunggu peguam
syarikat kami dan wakil syarikat Insuran sampai, jalan jammed katanya di Pandan Indah!’ Sofiya yang agak rimas direnung
oleh Farid bersuara sekadar hendak menjaga hubungan silaturahim. Sebelum ini Encik
Mahmood yang hadir setiap kali meeting diadakan, tapi kali ini dengan orang
baru pulak. Seperti ada kemajuan disitu kan!
‘Okay,
boleh saja!’, Farid memberi isyarat kepada salah seorang pelayan di restoran
itu datang ke meja mereka.
Sofiya
juga menoleh, memerhati seorang anak muda sedang membawa kertas menu di tangan
menghampiri dia dan Farid. Mana lah si Adam Husni ni, tak sedap lah rasa aku
duduk macam ni, si Marina pun tak Nampak batang hidung lagi!
Sofiya
membiarkan Farid mengambil order, sementara jejari runcingnya sibuk menaip SMS
kepada dua orang ‘Hantu’ yang belum menampakkan diri!
‘kenapa
macam resah saja?, tak selesa dengan saya ke?, saya ambil pasta for four salready. You mahu apa-apa tak?
Yogurt? Aiskrim?’ Farid tersenyum melihatkan Sofiya menyisir rambut panjang dan
kerinting halus yang berwarna perang itu dengan jemari runcingnya sambil
memandang kearah pintu masuk, dia kelihatan sungguh menawan!
‘tak, it’s okay!’, Sofiya yang sudah tidak
keruan rasa menjawab ringkas.
‘Aiskrim?
Farid menyebut tentang aiskrim, teringat dia akan seorang budak matang yang
sangat suka berkongsi aiskrim dengannya suatu masa dahulu. Hmmm… Hiba mendesah
dalam dada teringat akan anak muda yang hilang entah dimana dan kemana.
Lirih
wajah Sofiya berubah serta-merta melihat susuk tubuh Adam di muka pintu. Dalam
diam dia menarik nafas lega!
‘Hai
semua, maaf lambat!’, Adam Husni, seorang lelaki hitam manis yang tidak kurang
juga gaya segaknya mengambil tempat di sebelah Sofiya sambil bersalaman dengan
Farid.
‘Thank God
Adam, ingat terpaksa tangguh meeting
tadi, kenalkan Encik Farid, wakil Encik Mahmood untuk hadir disini pada hari
ini’ Sofiya saling memperkenalkan kedua lelaki itu.
‘Orang
baru di syarikat Tan Sri Halim?’, Adam mendongak kearah Farid sambil tangannya
menyelak buku catatan di meja. Seorang pelayan datang ke meja menghidangkan jus
Strawberry, pasta dan sardine sandwich seperti di pesan oleh Farid.
‘Ha’ah,
baru masuk kerja dalam 5 bulan, actually
baru habis belajar di Australia, balik sini then
tak lama lepas tu dapat masuk syarikat itu’, Farid seorang yang mudah mesra.
Masing-masing mendengar dengan minat. Adam sudah mula menghirup jus di
hadapannya.
‘kita
makan dulu, after makan terus mulakan meeting lah, Marina tak dapat datang
kerana ada hal, SMS dia baru sampai, so, kita go on saja lah!’, Satu persatu dan jelas Sofiya mengatur majlis
ringkas itu. Farid yang menatap wajahnya sejak tadi mengangguk setuju.
‘Okay,
silakan semua!’, Adam mengangkat gelas berisi jus Strawberry dirapatkan kepada
gelas Sofiya, sambil melemparkan senyuman kepada Farid. Sofiya agak kekok
diperlakukan begitu dihadapan Farid yang baru dikenali, namun, tetap mengikut
rentak Adam Husni.
‘ya,
silakan, enak sungguh rasanya!’, Farid melirik Sofiya dengan senyuman bermakna.
Sofiya sekadar mengangguk sebelum turut menikmati juadah tengahari itu. Terasa
seolah Farid sedang hendak ‘mengoratnya’, namun, hatinya tiada ‘perasaan’.
Perasaan cintanya hanya pada seseorang, yang jelas entah dimana, entah wujud
atau tidak lagi! Bukan lah cinta sebenarnya, mungkin perasaan kasih, atau hanya
sekadar perasaan sahaja. Dalam kepalanya
hanya kerjaya. Teks meeting seolah sudah menari dalam kotak fikirannya, makan
nya menjadi lambat beralun, tidak seperti Adam Husni yang bersungguh menghadap
rezeki, dan orang baru itu? Farid? Sofiya mendongak seketika, dia mencuri
pandang…….
BAB TIGA; LELAH DIRASA.
Sofiya
sudah kehabisan tenaga. Dia keletihan. Badannya dibaringkan di sofa berwarna
kuning raja di ruang tamu. Bik Siti juga sudah berehat didalam biliknya di
sebelah ruang dapur kering selepas menghidangkan hidangan makan malam di meja
makan sebentar tadi. Kedengaran suara Puan Salmah mengaji al-Quran dari arah
biliknya dibelakang ruang tamu itu. Setiap channel pada skrin layar TV flat
jenama VIERA 50” ditekan, tiada satu pun yang mencuit hatinya. Malah dia hampir
terlelap.
Tit! Tit!
Iphone 7S nya di atas meja kopi berbunyi.
‘hai Fiya,
buat apa tu?’, Melisa yang sentiasa ceria dan cepat mesra mengekek di hujung
gagang. Sofiya menggeliat.
‘Aku baru
balik kerja, letih badan aku ni, come
here and massage me please!’, Sofiya membiarkan jari-jemarinya bermain
dengan rambut kerintingnya yang panjang di paras pinggang sambil merenung kipas
siling yang berputar ligat di atas kepalanya.
‘hei
mengada-ngada lah bos ni!, kau tak tanya pun aku kat mana ni?’, Melisa yang
ligat dengan salon kecantikan dan Andaman itu terus mengekek kuat. Sakit
telinga Sofiya dibuatnya.
‘okay,
okay, kau kat mana tu?, jangan kata kau kat depan rumah aku, aku letih ni!’,
Sofiya berasa tidak sedap hati. Dia benar-benar tiada daya untuk melayan
karenah sahabat baiknya itu. Melisa selalu membuat kejutan ketika tenaganya
habis seharian di pejabat.
Melisa
ketawa semakin kuat.
‘buka lah
pintu pagar ni, aku nak masuk!’, Melisa menjerit di hujung talian sebelum
talian diputuskan.
Dah agak
dah, aduh, Ini mesti nak ajak aku hang
out! Sofiya memprotes dalam hati, tak pernah ditunjuk terang-terangan
dihadapan sahabat baiknya itu.
‘siapa tu
Fiya?, kenapa macam histeria saja mama dengar?’, Puan Salmah berdiri di anak
tangga ruang tengah rumah dengan Al-quran kecil di tangan.
Sofiya
berpaling menoleh mamanya dengan senyuman keletihan tanpa bersuara, lalu terus
melangkah perlahan kearah pintu utama. Melisa sudah tercegat di hadapan pintu
pagar, dengan ketawanya yang belum reda. Sofiya menjuihkan bibirnya.
‘malam ni
kemana pulak kau nak ajak aku ya?, esok aku ada meeting dengan Dato tau.
Massage aku dulu please!’, Sofiya membiarkan Melisa memeluk lengannya masuk ke
dalam rumah, duduk di sofa empuk tempat Sofiya landing tadi di ruang tamu.
‘okay,
okay, meh aku urutkan, engkau ni kan, tadi meeting, esok meeting lagi, dari
dulu tiap hari kau meeting, tak da kerja lain ka?’, pelat Kedah Melisa mula
berterabur jika dia tidak puas hati sambil tangan andamnya mula mengurut bahu
dan belakang badan Sofiya.
‘Eh, kau
ni pulak yang lebih, ikut suka hati boss aku lah!, Sofiya menyiku sahabatnya
yang bermulut becok itu sambil merasakan nikmatnya diurut ketika sedang letih.
Dan, akhirnya matanya terpejam sambil mulut Melisa belum bernoktah membebel,
bercerita tentang kerenah pelanggan yang datang ke salonnya sepanjang hari.
Sofiya mendengar sahaja tanpa menyampuk sedikit pun, Cuma tangannya menjamah
dan mulutnya mengunyah fun fries yang
dibawa oleh Melisa.
‘Lisa,
baru habis kerja ke?’, Puan Salmah menyapa dari arah belakang usai solat Isyak.
Melisa yang baru selesai mengurut Sofiya yang sedang berangan itu menoleh.
‘ya
auntie, malas nak balik rumah sewa, singgah sini lah dulu, hajat nak ganggu dia
ni, tapi kena jadi tukang urut pulak!’, Melisa tersenyum lebar sambil menumbuk
bahu Sofiya.
Aduh!
‘kalau
begitu, makan disini dulu lah, auntie ada masakkan ketam lemak cili api untuk
Fiya, boleh kita makan sekali!’, Puan Salmah tersenyum sambil memegang bahu
anak perempuannya.
‘Owhhh, sedapnya!’,
Melisa menoleh Sofiya mengangguk tanpa kata lagi.
‘mama tak
panggil abang ke?, Fiya rindu lah nak makan dengan abang!’, Sofiya mencubit
pipi Melisa lalu menapak kearah ruang makan di dapur kering membontoti mamanya.
‘mama
telefon dia petang tadi, kak Bie kamu kata abang out-station pergi Kedah, mama telefon handset dia tak dapat!’, Puan
Salmah menghidang makanan sambil dibantu oleh Melisa dan Bik Siti yang
dipanggil keluar oleh mama. Sofiya sudah duduk di meja makan, masih keletihan.
‘ Uhhh
baunya!’, Sofiya memerhati mamanya menghidang semangkuk besar ketam lemak cili
api dihadapannya. Sungguh menggoda!
Masing-masing
sudah mengambil tempat. Sofiya yang duduk di sebelah mama menadah tangan ketika
mama membaca doa makan.
‘ermmmm,
sedapnya auntie!, rezeki Lisa ni!’, Melisa tersenyum lebar sambil menikmati
rezeki di hadapan matanya. Puan Salmah senyum mengangguk kearah Melisa.
‘Siti,
mari makan sekali!’, Puan Salmah mendongak Bik Siti, amah Indonesia sekitar
umur 30-an yang sedang menuang air jus ke dalam gelas itu.
‘Oh, tidak
mengapa buk,selepas ini saja!’, Bik Siti menolak dengan sopan.
Sofiya
terus saja meratah ketam yang enak tanpa mempedulikan sesiapa lagi,dek kerana
lapar bercampur penat.
Melisa
baru saja pulang, Sofiya menyisir rambut perangnya yang panjang paras pinggang
di balkoni selepas naik mandi, sambil menikmati angin malam yang segar dan
mendamaikan. Biar pun tiada bintang, malam tetap terang dek simbahan lampu
jalan yang menerangi Taman perumahan Selesa Home seluas puluhan ekar itu.
Klik!
Sofiya
menoleh kearah komputer pribadinya di atas meja berhampiran katil. Ada emel?
Sofiya melangkah perlahan kearah komputer yang sudah lama tidak dijamahnya. Dia
tiada masa untuk duduk menghadap komputer hanya untuk membuang masa.
‘Hai, saya ni, Farid, you remember?. Ini ada I attachkan
file pelan kawasan Sungai Merbok yang mungkin boleh esok you tunjukkan dahulu
kepada Dato Kasrin ya!. Sweet dream beautiful woman!’
Sofiya
sekadar membaca, tidak pula membalasnya. Dia membelek CD muzik Kitaro sebelum
memasukkannya kedalam CPU, dan kemudian alunan indah muzik Kitaro berkumandang
perlahan memenuhi ruang bilik berwarna purple dan kuning air itu. Matanya sudah
layu, segera dia menghempaskan tubuhnya keatas tilam empuk di katil kayu jati
antik itu.
‘Nak tidur
dah sayang?’, matanya yang hampir lelap dibuka berat. Puan Salmah membetulkan
comforter yang menutupi sebahagian tubuh anak nya.
‘mama,
selamat malam ma!’, Sofiya membiarkan mamanya mencium dahinya lembut, sebelum
dia mencium tangan Idola hidupnya itu.
‘ya nak,
esok ada meeting lagi kan!’, Puan Salmah duduk dibirai katil anak perempuannya.
Sofiya hanya mengangguk perlahan, matanya sangat mengantuk, tak tertahan. Puan
Salmah mengusap rambut anaknya, sebelum menutup lampu dan keluar dari bilik
itu.
BAB EMPAT; MENAHAN SERIBU RASA
Suasana di
ruang tamu rumah Dato Hashim agak tegang. Masing-masing menegakkan pendapat
mereka sendiri. Dato Hashim mengurut dada, menahan panas hatinya dengan
tingkah-laku anak lelaki sulongnya yang menolak mentah-mentah permintaan Tengku
Mazlan, sahabat karib dalam perniagaan nya yang telah diusahakan belasan tahun
itu.
‘bertenang
lah papa, beri masa pada abang Qal, kasihan Una tengok abang tu!’, Husna
mengurut bahu papanya sambil menoleh Datin Kasidah yang sibuk mengetik SMS pada
Note 6 di tangannya. Entah siapa lah yang mami SMS waktu-waktu begini!
‘mana
abang kamu dah pergi?, papa belum habis ayat lagi dia dah hilang!’ Dato Hashim
menoleh kearah Husna, anak bongsunya yang manja itu. Dia akur yang dia memang
kalah jika berhadapan dengan satu-satunya puteri tunggalnya itu. Itu lah
kelemahannya sebagai seorang bapa.
‘apa lagi
lah abang, kalau bukan ke futsal, atau pun pergi melukis di kedai dia!, papa
nak minum air tak?’, Husna memeluk lutut papanya kasih. Dia kasihkan papanya, dia
juga kasihkan satu-satunya abangnya! Dalam banyak keadaan, Husna selalu
tersepit ditengah-tengah, tidak tahu siapa yang harus disokongnya.
‘abang,
ini SMS daripada Tengku Norani, dia kata, Kina masih menangis dalam bilik tidak
mahu makan!’, cuak Datin Kasidah memandang wajah suaminya
‘bik!’,
Husna memnjerit memanggil Bik Munah yang tidak nampak kelibatnya. Papa dan mami
sedang berdiskusi dengan serius tentang masalah abang Qal yang menyerabutkan
kepalanya.
Husna
bangun menuju ke ruang dapur Banglo Sri Wangi itu, mencari bibik nya entah
dimana.
‘Bibik!!!’
Hingga ke laman belakang dapur basah, Husna menempik lagi.
‘Owhh
maafkan bibik Una, bibik menyiram anak pokok chili abang Qal dibelakang itu!’,
termengah-mengah seorang perempuan Indonesia dalam lingkungan umur 30-an muncul
dihadapan Husna Syana.
‘papa
dengan mami sedang tegang tu, bibik kena lah buatkan air, bibik buatkan jus
orange ya!’, Husna membebel memerhatikan langkah bik Munah ke ruang dapur,
segera menenggek air panas atas dapur.
‘air sejuk
bik, papa suka jus orange sunquick kan, bawakan kek cheese sekali!’, Husna
geram pula melihat cara bibiknya melakukan kerja waktu itu, lalu, ditinggalkan
menuju ke ruang tamu dimana papa dengan mami masih berbincang.
‘cepat
bik!’, Husna sekali lagi memecah kesunyian di rumah besar itu.
Selang
beberapa minit kemudian, Bik Munah berlari anak dengan dulang di tangan, Husna
mengambil tempat duduk dihadapan Skrin TV besar di sudut kanan ruang tamu itu,
tidak mahu masuk campur perbincangan ibubapa nya.
Dato
Hashim berdiri di ambang pintu rumahnya, Datin Kasidah setia menemani Dato
Hashim sementara menunggu Talib membersihkan Mercedes-Benz GL 63 AMG, SUV putih metallic kesayangannya di garaj.
Entah mengapa dalam banyak-banyak kereta mewah yang ada di garaj, itu sahaja
pilihan suaminya!
‘Qal balik
pukul berapa malam tadi?’, Dato Hashim memandang wajah isterinya.
Talib
membuka pintu kereta untuk majikannya.
‘dalam
pukul 2 pagi, abang, abang jangan berkeras sangat dengan dia ya, kasihan Sidah
tengok anak kita tu, dia seorang saja anak lelaki kita bang, kalau jadi apa-apa
nanti macamana?’Ayatnya mati disitu, suara Husna dan Hayqal dari dalam rumah
membantutkan bicaranya.
‘baik lah
Sidah, abang ni kan papa mereka, nanti abang fikirkan Sidah, abang nak pergi ni!’,
Datin Kasidah mencium tangan suaminya, sejurus menoleh kedalam rumah, tiada
pula bayang anak-anak mereka muncul.
‘tak
mengapa tu, mereka sedang makan breakfast!’,
Dato Hashim masuk kedalam perut kereta mendengarkan kata-kata isterinya. Sudah
lambat dia masuk pejabat hari itu.
Datin
Kasidah mengiringi pemergian suaminya hingga hilang disebalik pagar tembok
yang tinggi mengelilingi rumahnya,
sebelum menjengok anak-anaknya di ruang makan
‘sedap nya
mee goreng ni, mami masak ke?’, Husna yang sudah siap berbaju kurung untuk ke
kampus sedang menikmati hidangan pagi di meja.
‘ya lah,
mami masak kan sedap!’, Haiqal menolak kepala adiknya.
‘abang!’,
Husna membalas pula.
‘eh, mana
adab di meja makan ni?, cepat lah makan tu?, Una kelas tambahan pukul 9 kan?,
sekarang dah pukul berapa? Datin Kasidah turut menikmati juadah pagi yang
disendukkan oleh Bik Munah dihadapannya
‘biasa lah
dia ni mami, suka ponteng!’, Haiqal menghirup air Nescafe panas dihadapannya
usai menikmati mee goreng masakan ibunya
Husna
menjelir lidah kearah abangnya.
‘Qal
hantar adik biar sampai depan pusat tusyen nya, jangan di bahu jalan, nanti
adik tak masuk kelas pulak!’, Datin Kasidah seolah memahami kerenah anak-anak
bersuara.
Haiqal
ketawa berdekah-dekah. Pandai mami nya menyindir Husna Syana.. Ha ha ha
‘Una tak
nak abang Qal hantar, Una nak mami hantar!’, Husna membuat memek muka merajuk,
geram disakat oleh abangnya begitu.
‘mami tak
ada apa nak dibeli, mami tak keluar hari ni, Qal jangan lah usik adik lagi!’,
Datin Kasidah menjeling anak lelakinya. Pemuda yang sudah berusia 25 tahun itu,
tetapi masih suka menyakat adiknya, belum matangg lagi, pantaskah hendak
ditunangkan kerana urusan bisnes orang tua, huh!
Haiqal
masih ketawa.
‘Una
mintak belikan kereta, mami dan papa tak bagi, Una nak naik dengan mami, tak
nak naik dengan orang separuh cacat ni!’, Husna meneguk air susu segar di
cawannya geram.
‘okay lah
mami, Qal pergi kedai dulu ya, mami settle
kan lah budak tak cukup umur tu!’, Haiqal dengan ketawa yang masih bersisa
menicum tangan ibunya sebelum mencapai baju kot yang tersangkut di kepala sofa
dan menuju ke garaj.
Husna
menjelir lagi kearah abangnya, Datin Kasidah menggeleng kepala, memang boleh
pening menghadapi kerenah dua orang anaknya itu. Dari kecil sampai ke besar lah
mereka macam tu!
‘terpaksa
lah mami keluar, Una Una!’, Datin Kasidah menghabiskan mee gorengnya sebelum
naik ke tingkat atas menyalin pakaian.
‘sayang
mami!’, Husna yang masih mengunyah mee dipinggan menjerit kearah ibunya yang
berlari anak ke tingkat atas rumah besar itu.
Haiqal
mundar-mandir dalam ruang kedainya. Dia benar-benar tertekan. Permintaan dan
desakan papa bermain dalam kotak fikirannya. Dia tak mungkin dapat mengahwini
perempuan yang dia tidak cinta. Dia bukan lelaki yang mudah jatuh cinta kot!
Apakah cinta dan perkahwinan boleh dipaksa? Bahagia ke berkahwin tanpa ada
perasaan cinta dan sayang?
‘Encik
Haiqal, Dato panggil encik datang ke pejabatnya!’, Murni, kerani dari pejabat
Dato Hashim menelefon telefon Sony Xperia S2 miliknya.
‘sekarang?,
saya baru buka kedai ni!’.
‘ya, dato
kata sekarang encik!’, suara gusar Murni melelahkan Haiqal. Papa selalu macam
tu, buat muka serius sampai kerani dia pun takut!
‘okay,
kejap lagi saya datang!’, Huh!, papa, papa, selagi aku tak bagi jawapan yang
memuaskan hati nya, pasti tak akan selesai! Haiqal duduk dimeja, gambar potret
lama seorang gadis tersenyum manja sambil memeluk anak kucing diatas mejanya
direnung lama, hiba terasa menekan dada!
‘dimana
aku nak cari engkau wahai permaisuri hatiku?’, gumam hati lelakinya sambil
melangkah berat menuju ke pejabat pengarah urusan Titian Network Sdn Bhd,
sebuah syarikat pengiklanan yang megah di Lembah Kelang itu.
BAB LIMA; DIPAKSA DAN TERPAKSA.
‘duduk
Qal!’, Dato Hashim yang sedang berbual dengan Tengku Mazlan di sofa mendongak
kearah pintu bilik pejabatnya. Owhhh,
serba salah Haiqal dibuatnya, dia tidak tahu pula papanya ada tetamu, tetamu
yang membuatnya menjadi semakin tertekan lagi!
Haiqal
bersalaman dengan Tengku Mazlan, sebelum mengambil tempat duduk berhadapan
mereka berdua. Dato Hashim dan Tengku Mazlan memandang tepat kearahnya. Dada
Haiqal berdebar, namun sedaya-upaya bibirnya mengukir senyum.
‘Uncle nak
dengar sendiri daripada mulut Haiqal, supaya semua perkara jelas!’, suara garau
lelaki hartawan yang selalu menolong papa dalam dunia perniagaan itu menjadikan
Haiqal terasa disepit dan terhimpit.
Dato
Hashim mengangguk setuju.
‘papa,
uncle, Haiqal belum bersedia menerima Tengku Syakinah menjadi isteri Haiqal
lagi, Haiqal minta maaf banyak-banyak uncle, papa, ini soal hati dan Haiqal
rasa tidak boleh dipaksa, Haiqal tidak mahu Tengku Syakinah tidak bahagia
nanti, lagi pun Haiqal baru 25 tahun, terasa masih mentah lagi nak pikul
tanggung-jawab yang besar begitu!’, tulus Haiqal bersuara, dan seketika
menunduk merenung karpet coklat yang menghiasi lantai pejabat papa.
‘Haiqal
kena faham bahawasanya umur bukan menjadi masalah, perniagaan papa dan uncle
Tengku harus dijaga juga, ini melibatkan jatuh naik saham dalam perniagaan kita
ni Haiqal, perniagaan keluarga kita!’, kata-kata papa bukan lah sokongan
positif untuk nya kala itu, Haiqal mendiamkan diri. Hanya itu yang dia dapat
buat ketika itu!
#UNTUK TAHU LEBIH LANJUT KISAH HAIQAL DENGAN CINTA ANEHNYA.... BOLEH PRE-ORDER NOVEL 38 BAB INI....Email kepada ALAMAT DIBAWAH.
'PRE-ORDER' RM20 (hubungi: imaninuryase@gmail.com)