I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Friday, December 20, 2013

KISAH SEORANG FREELANCE WRITER / WHATSAPP ONLY:01111004781

   Hampir 3 tahun aku menceburkan diri dalam bidang penulisan di alam maya ini. Semua bertitik-tolak daripada minatku untuk menulis. Aku memang suka menulis. Menulis cerpen, menulis madah, menulis novel, menulis karangan, ,menulis diari. Tapi yang lecehnya adalah menulis surat kerana perlu berformat.

Dalam masa 3 tahun ini, berbagai jenis ragam orang yang aku jumpa. Ada yang okay, ada yang cerewet, ada yang baik hati, ada yang berkira, ada yang over demand, ada yang itu dan ada yang ini.....

Tapi, disini juga aku menemui insan yang boleh dijadikan kawan, seorang kakak, seorang abang, seorang adik,....... Ada yang sampai jemput datang ke rumah... itu lah istimewanya ukhwah dalam talian. Bermula daripada upah menaip tesis dan esei, atas dasar saling mempercayai, saling memahami, saling 'give and take', yang jauh bisa menjadi dekat. Yang tak kenal bisa menjadi kenal. ...

Apakah TIPS seorang freelance writer?. MUDAH SAHAJA ...... MEMANG KERJA UNTUK MENCARI WANG TAMBAHAN , TETAPI BIAR JUJUR DAN IKHLAS KERANA ALLAH TAALA.

Siapa kata kerja menulis ni senang?. Guna OTAK DAN MINDA UNTUK BERFIKIR - MENGARANG - MEMANIPULASI KARANGAN = MIGRAIN. Kerana itu tadi dikatakan saling memahami. Pemilik tugasan pun akur upah sepadan dengan otak yang bekerja... jika hendak merasainya,.. cuba saja menulisnya sendiri, boleh rasa otak yang berasap untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan orang kepada kita. Jadi, memang WANG upah itu diambil kira. Tetapi, JANGAN LUPA PULA MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN KERJA KITA INI DENGAN ALLAH. Kerana ALLAH JUA LAH YANG MEMBERI ILHAM KEPADA KITA MENULISNYA, ALLAH YANG MEMBANTU DAN MEMBERI PANDUAN KITA MENYIAPKANNYA.... KERANA AMANAH YANG TELAH DIBAYAR UPAH KEPADA KITA.

Teringat seorang customer Indian pernah menelefon ku dan mengadu ' dia ada meminta tolong kepada seorang penulis dari utara tanah air, wang sudah dibayar, tetapi bila hendak minta tugasan, penulis itu matikan telefonnya. Sampai kesudah the teacher tidak dapat tugasannya, jadi, dia terpaksa meminta aku menulis untuknya. Aku pun berkata kepada kakak itu ; The lady yang senyap saja selepas ambil wang upah itu pun bukan senang hatinya. Berani pula dia guna wang itu untuk makan anak2 nanti?.

Jangan lah begitu... NAU'ZUBILLAH. Bagaimana menyuapkan makan anak2 dengan wang yang tidak halal?. Menjadi darah daging, mempengaruhi hati dan akhlak peribadi.

KERANA ITU LAH.... PENTINGNYA JUJUR DAN IKHLAS DALAM BEKERJA, WALAUPUN DI DALAM TALIAN, SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH JUA.

Ada juga customer yang cerewet dan menyalahkan penulis bila dapat markah rendah... Atau kerana mahal. MUDAH SAJA; Cari saja penulis lain ramai di dalam talian ini, atau buat sendiri!!. Penulis menulis berdasarkan tajuk dan GUIDELINE or rubrik yang diberi, markah diluar KUASA penulis. Seorang penulis yang baik biar lah menulis tugasan orang ITU SEPERTI MENULIS TUGASAN SENDIRI, SEOLAH DIA SENDIRI HENDAK MENGHANTAR KEPADA LECTURER NYA, JADI DIA AKAN BUAT SEBAIK MUNGKIN. Selepas itu.... SERAHKAN PULA KEPADA ALLAH TAALA ,.. TAWAKKAL. Selalunya yang tidak yakin tidak perlu lah diterima tugasan itu, lebih baik pemiliknya menulis sendiri. Sedangkan kita ini sekadar hendak membantunya, mungkin saja kesibukan masa, kebutuhan idea, sakit, banyak urusan, jadi dia mengupah kita membantu nya.....

Sesungguhnya, dalam hal ini, dalam apa urusan pun,.. pemberi dan penerima itu harus saling percaya, saling faham dan saling bertolak-ansur... sama2 IKHLAS KERANA ALLAH, PASTI SAHAJA ALLAH AKAN MEMBANTU. BUKAN KAH ALLAH ITU SELALU SAJA MEMBANTU DAN MENOLONG KITA.......

Pemilik tugasan boleh berehat, upah sudah diberi,..... Relax /Gambar hiasan.





................................................................






Sunday, December 15, 2013

KIMBAP KOREA YANG ENAK - BUSAN 2013

Masa ni kami di Taejongdae Park, sebuah tanjung di pulau kecil di luar BUSAN. Nak pergi ke sana naik busa dari hadapan JAGALCHI MARKET bus no 08. Terus bus tu berhenti perhentian terkhir di kaki bukit Taejongdae Park.

Sarapan kami pagi itu ialah KIMBAP Rasanya?. SEDAP, MACAM BERAS PULUT, MANIS, DALAM NYA ADA TELUR DADAR,MEE RAMYEON, LOBAK KAROT,SAYUR, DISALUT DENGAN RUMPAI LAUT KERING.



Sedappppp...


JOM KITA TENGOK RESEPINYA DALAM GOOGLE.......

Bahan-bahan 

  • 1 paket kepingan seaweed
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 bungkus crab meat
  • 1 biji timun - dihiris memanjang
  • 3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Mayonis
  • Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula


Cara-cara

  1. Img_2600
    Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.
  2. Img_2604
    Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.
  3. Img_2603
    Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis.
  4. Img_2605
    Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).
  5. Img_2606
    Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi.
  6. Img_2607
    Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc.
  7. Img_2610
    Gulungkan kepingan seaweed yang berisi bahan-bahan itu tadi.
  8. Img_2609
    Potongkan pendek2 dan hidangkan.
  9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Dikongsi daripada laman RESEPI - http://www.myresipi.com/top/detail/19896




JOM MASAK HOTTEOK korean food

Satu lagi kueh KOREA. D imana-mana pun mesti nampak ada ahjumma jual kueh nie, Aku beli masa di Namdaemun dan di Busan... Memang sedap, ada pelbagai.... ada yang berinti honey, berintikan sesame seed, berintikan vegetables and cheese, MEMANG SEDAPPPPP




Itu lah Hotteok... sebiji tu 1,500 won. Aku suka makan yang inti sesame seed,sedappppp


Nampak sedappp,... Memang sedappp.......






JOM KITA CUBA BUAT KUEH NI NAK?...... KITA GOOGLE RESEPI DULU......


Bahan-bahan:
Tepung, air, yis kering, garam, minyak sayuran, gula, gula perang, walnut, dan serbuk kayu manis.


Cara buat doh hotteok:

Letakkan 1 cawan air suam ke dalam mangkuk adunan.

Tambah 2 sudu makan gula putih, 2 ts yis, ½ ts garam, 1 sudu makan minyak sayur-sayuran, dan kacau dengan baik.

Tambah 2 cawan tepung gandum dan kacau dengan sudu beras, atau dengan tangan.

Biarkan kenaikan doh. Ia perlu duduk dengan penutup ditutup pada suhu bilik selama 1 jam.
Selepas satu jam doh akan meningkat dua kali ganda saiznya. Uli untuk mengeluarkan buih gas dalam doh.



Dah jadi macam dalam gambar di atas tu,.. bubuh saja kat tengah2 nya inti sebelum di goreng...



Buat INTI Hotteok :

Campurkan ½ cawan gula perang, 1 ts serbuk kayu manis, dan 2 sudu walnut cincang dalam mangkuk.

Anda boleh menggunakan keju mozzarella untuk pemadat. Cipta inti anda sendiri dengan bahan-bahan kegemaran anda!








BOLEH STUDY LAGI HOW TO MAKE THIS PANCAKE FROM THE LINK BELOW;










Saturday, December 14, 2013

JOM CUBA MASAK TTEOKBOKKI ALA-KOREA

Hari tu sepanjang seminggu di Seoul aku tak dapat makan TTEOKBOKKI nie,... Banyak nya mereka masak campur daging,.... Huhu

So,. aku pun search RESEPI dalam google.. Aku nak buat sendiri lah......








Mula-mula kena buat KUEH BERAS NYA DAHULU


1. Bahan-bahan :

Tepung beras 300 g
Air 110g
Minyak bijan 3 sendok makan


2 . Cara membuatnya : 

Tuangkan air sedikit demi sedikit pada tepung beras, kemudian aduk pelan-pelan dengan menggunakan tangan. Haluskan dengan menggunakan tirisan. Setelah kukusan sudah mengeluarkan wap, kukus tepung beras itu hingga masak. Kemudian, angkat lalu dibuat menjadi adunan sambil mengoleskan dengan minyak supaya tidak melekit

Kemudian, di potong sepanjang bilah mancis, Kalau rasa macam belum masak, rebus lah dalam 5 minit pulak




Kemudian, kita siapkan kuah nya pulak....


1/4 buah bawang bombay
30 g lobak
2 buah cendawan kering
1 buah cabai hijau dan merah
1 sdt minyak goreng
1 sdt minyak bijan

2. Bahan-bahan untuk perencah
1 sdm serbuk cabai merah
1 sdm lada hitam ,  cabai besar merah
1 sdm bawang putih yang dicincang halus
1/2 sdm gula pasir
3 sdm air rebusan daging
sedikit biji bijan, lada hitam, dan minyak bijan




 Cara memasaknya :
Tteuk dicampurkan dengan minyak bijan. Potong 

melintang bawang bombay dan lobak. Hiris tipis cendawan hitam 

kering yang telah direndam dengan air panas hingga lunak. 

Potong melintang cabai hijau dan merah. Campurkan semua bahan 

untuk perencah. Panaskan minyak dalam kuali lalu masukkan 

kuah perencah. Setelah ia masak, masukkan bawang bombay, 

lobak, dan cabai. Masukkan dan tumislah hingga perencah tadi 

diresap pada tteok. Tteokbokki siap disajikan. 

( ref. http://world.kbs.co.kr )





JOM KITA CUBA........................................






Thursday, November 7, 2013

CRAB SOUP FOR DENGUE FEVER




iNGREDIENTS;

a. Ketam 2 ekor
b. 2 biji buah pelaga
c. Kayu manis sepanjang jari kelingking
d. Sekuntum bunga lawang
e. Bawang putih 5 biji ditumbuk
f. Halia sebesar ibu jari diketuk
g. Serbuk lada hitam/lada putih
h. 3 cawan air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak untuk menumis
k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang



# Not a crab you find in the sea/ seashore okay,... please choose a crab which living in the river, what we called as KETAM NIPAH...


This is KETAM NIPAH.....







.................................................................................................................................





Sunday, November 3, 2013

PAYUDARA SAKIT DAN BENGKAK...


Pokok Sepang?.... untuk rawatan bengkak dan sakit payu dara


Sekiranya anda selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal

 payudara, ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan

 dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan

 ramuan tersebut pada payudara anda berulang kali. Seelok-

eloknya dilakukan pada waktu malam.






Friday, November 1, 2013

penyakit KOLESTROL berbahaya


Jika anda atau kenalan anda sedang mendapat rawatan 

penyakit kolesterol, boleh baca kombinasi doa-doa ini:

1. Surah al-Fatihah.

2. Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24.

3. dan baca doa di atas.




....................................................................................

JOM MASAK JANTUNG PISANG...

JANTUNG PISANG

Semalam aku pergi pasar minggu berhampiran rumahku, ternampak seorang mak cik tu jual jantung pisang. Aku terus teringat dulu masa tingkatan 5, kakak angkat ku tumis jantung pisang cili dengan kerang. 

Hari ni aku rasa nak masak lah jantung pisang ni; Aku buka laman resepi, ingat nak tumis macam kakak angkat aku buat, tapi tengok lemak jantung pisak seorang kakak blogger ni macam sedap pulak.... Sebelum buat masak lemak, aku rebus dulu dengan secubit garam bagi dia lembut, sebelum dihiris untuk masaka lemak putih itu nanti..






Nanti kita tengok sedap ke tak,.. jom kita cuba!!





Sunday, October 13, 2013

ikan masin duri goreng cili,sedapnya!



Bahan;
ikan masin duri,
bawang merah/besar
cili kering,
minyak untuk menumis


CUBA LAH,MESTI SEDAP!!!





Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat


Bahan-bahan; Halia, bawang putih,cuka epal madu,lemon... direbus hingga pekat, jadikan ubat minum setiap pagi



Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. 

Resepi ini 
diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. 

Friday, October 4, 2013

Anda mahu sentiasa kelihatan muda,PETUA CARA ISLAM



Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Petua Untuk Menghilangkan 
Kerutan Di Wajah atau Mata

Pilihan 1: Minyak Kelapa - Urut wajah anda dengan minyak kelapa sebelum tidur. Cara ini terbukti cukup efektif untuk mencegah timbulnya kerutan.

Pilihan 2: Krim Campuran - Buat krim campuran yang terbuat dari madu, minyak zaitun dan krim, lalu sapukan ke wajah anda. Ia dipercayai efektif untuk menghilangkan kerutan.

Pilihan 3: Lemon - Sapukan sari jeruk lemon ke kulit wajah beberapa kali sehari. Selain menghilangkan kerutan, ia juga dapat membantu menghilangkan bintik hitam di wajah.

Pilihan 4: Nanas - Haluskan nanas kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 5 - 10 minit. Cara ini dapat membantu mengatasi kerutan yang mengganggu penampilan.

Pilihan 5: Tepung Kunyit - Buat pasta dengan mencampurkan tepung kunyit dan air tebu. Kemudian sapukan pada wajah anda. Cara ini dapat membantu mencegah munculnya kerutan di wajah.

Pilihan 6: Jus Campuran - Sapukan jus campuran nanas hijau dan apel ke wajah anda setiap hari. Cara ini boleh membersihkan muka dari garis-garis halus dan kerutan.






Friday, September 27, 2013

MENGUBAT SAKIT MIGRAIN CARA ISLAM

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Monday, 24 January 2011 at 00:03


Ambil daun misai kucing  dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'

"Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"
Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

NOTA: Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.



………………………………………………………………………………..



Tuesday, September 24, 2013

PETUA KESIHATAN JANTUNG DAN TUBUH BADAN


Buka link ini, berbagai petua berguna untuk kesihatan anda semua.......




HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT ALQURAN ALKARIM
(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidor, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Bsrangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidor nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Hadith yang lain mengatakan:
Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membeca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.
Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.
Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafian dan akan mencapai hakikat iman.
Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia malahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.
Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
(17) SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perampuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(20) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar daru kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia ajan mendapat rezeki yang murah.
(21) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di dunia dan akhirat.
(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, mescaya Allah akan mengurnikan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(24) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(25) SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang biasa.
(28) SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(29) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(32) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(33) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(36) SURAH SABA’ (Saba’)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.”
Hadith yang lain mengatakan : “Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..”
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :”Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmuyang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andailata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang diapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap simbahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan degagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.
(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(40) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
PERKONGSIAN DARIPADA BLOG ; DOA AYAT DAN ZIKIR.WORDPRESS.COM


http://sihatbebas-azmi.blogspot.com/

cara membuka salur darah Jantung Tersumbat 

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yangtersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal


Cara menyediakan:

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU SIHAT INI........
Minyak zaitun murni berkualitas tinggi. Minyak zaitun terbukti secara ilmiah dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah, menyehatkan jantung, mencegah kanker, melancarkan pernafasan, mencegah peradangan lambung, meningkatkan pertumbuhan tulang, menghambat penuaan sel-sel kulit dan sebagai antioksidan

Monday, September 23, 2013

PETUA sakit lutut dan Bengkak Sendi


RAWAT SENDIRI - Sakit Lutut dan Bengkak Sendi


Bahan-bahan yang diperlukan:
1- Satu sudu kapor sirih
2- Satu biji limau nipis (perah ambil airnya)
3- Satu sudu madu lebah
4- Air
Gaul semua bahan-bahan tadi dan sapu di tempat yang sakit kemdian dibalut sebelum tidur
Doa yang perlu dibaca:
1- Al Fatihah
2- Selawat Syifa’
3- Surah al Hasyr ayat 21-23


daripada; darus syifa.

Saturday, September 7, 2013

The secret of Aloe vera leaves in MEDICATION




1.  Get rid of headaches
You just have to throw away the leaf skin and take its contents (such as jelly), then pounded to pieces. Take the contents of aloe vera leaves were crushed, then tape it to your forehead. With this, your headache heal quickly.

2.  For those with high blood pressure, aloe vera leaves boiled with a little water and drink it every day the broth

Besides, it also can used as, to ; 

1. Cool skin sunburn, especially for those who regularly work outdoors.

2. Overcome skin problems due to the weather, such as dry skin, redness, peeling, and mild irritation or rash.

3. Lightens the redness of bruises on the body.

4. Overcoming discomfort caused razors.

5. Coping with mild burns.

6. Relieves skin blistering.

7. Can be used as an anti-aging cream or to overcome premature wrinkles.

8. Treat rashes from contact with sap.

9. Overcoming itching due to insect bites.

10. Use daily to fade scars and stretch marks, white lines or red due to pregnancy.

11. Treating minor cuts result knife chipped or scratched.

12. Dull blackish spots spots on the skin.

13. Can be useful as a substitute for hair conditioner and jelly.

14. Can be used to reduce acne.

15. Used to speed up cold sore healing.

16. Can be used as a natural body lotion.