Pendahuluan
Istilah profesional pada umumnya adalah orang
yang mendapat upah atau gaji daripada apa yang dikerjakan, baik dikerjakan
secara sempurna mahupun tidak. (Martinis Yamin, 2007). Dalam konteks ini bahawa
yang dimaksud dengan profesional adalah guru. Pekerjaan profesional ditunjang
oleh suatu ilmu tertentu secara mendalam yang hanya mungkin diperoleh dari
lembaga-lembaga pendidikan yang sesuai sehingga kerjanya didasarkan kepada ilmu
yang dimilikinya yang dapat dipertang gungjawabkan secara ilmiah (Wina Sanjaya,
2008). Dengan demikian seorang guru perlu memiliki kemampuan khusus, kemampuan
yang tidak mungkin dimiliki oleh orang yang bukan guru, ‘a teacher is person in charged with the responsibility of helping others
to learn and to behave in new different ways’ (Cooper, 1990).[i]
Standard Guru Malaysia pula ialah suatu sistem penilaian yang digubal oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi suatu penilaian instrumen bagi menambahbaik
profesionalisme keguruan dan meningkatkan sistem pendidikan. Dokumen ini
disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan
institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru
berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan
penambahbaikan berterusan.[ii]
Peningkatan kemahiran dan profesionalisme keguruan harus dipertingkatkan dari
semasa ke semasa demi melahirkan modal insan yang berkualiti, samada oleh guru
itu sendiri melalui amalan refleksi sebagai seorang guru, atau secara formal
mengikuti latihan ikhtisas di institusi perguruan berpandukan Standard Guru
Malaysia (SGM). Model Standard Guru Malaysia (SGM) yang telah dikeluarkan
pada tahun 2009 ini merupakan satu penanda aras yang digunakan bagi melahirkan
guru yang berkualiti yang perlu dijadikan rujukan oleh para guru dan juga bakal
guru (Nur Hafizah & Rohana, 2013).
Penilaian Kendiri
Bagi menjamin guru yang
dihasilkan adalah berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan
keberkesanan mengajar, tiga aspek utama, iaitu nilai dan amalan profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran amat penting diberi penekanan utama. Keupayaan memperoleh
ketiga-tiga aspek ini pula sewajarnya diukur berdasarkan pada satu standard
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Standard Guru
Malaysia,[iii] dengan
4 domain iaitu, kemahiran Menyediakan Perancangan
Pengajaran Dan Pembelajaran, kemahiran Melaksanakan Pengajaran Dan
Pembelajaran, kemahiran Memantau, Mentaksir Dan Menilai, dan kemahiran Mengurus
Bilik Darjah.
Penilaian kendiri dapat dilakukan
samada secara online atau pun offline, dan hasil daripada penilaian instrumen
dapat dirujuk sebagai penilaian diri seorang guru tersebut, contoh seperti yang
dilihat dalam jadual dibawah;
Jadual 1;
Domain Diri
1.1
|
Domain
Diri
|
|||||||||
|
||||||||||
|
SKOR
|
3.29
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda di
antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min.( 3.01< skor >3.50 )
Pencapaian fungsi utama secara tekal serta memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang. |
||||||||
|
KOMEN
|
Anda berada
pada tahap baik dalam Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan bagi Domain Diri.
Pegangan nilai diri anda pada tahap yang baik dan anda boleh memberikan sumbangan yang berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. |
||||||||
|
CADANGAN
|
Bagi membolehkan anda berada pada
tahap cemerlang, anda dicadangkan supaya meningkatkan amalan nilai-nilai
murni yang terkandung dalam Domain Diri.
Untuk membolehkan anda mengamalkan nilai-nilai murni secara berkesan, anda dicadangkan supaya membuat pembacaan tambahan berkaitan dengan nilai-nilai murni. Sekiranya anda masih kurang jelas untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut, anda dinasihatkan berbincang dengan rakan sejawat anda. |
Jadual 2;
Hala tuju Pendidikan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.1
|
Falsafah,
matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran
|
||||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
2.5
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda
kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )
Tidak mencapai tahap standard fungsi utama secara tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih baik. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda tidak
mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif
pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Sekiranya
anda seorang pelajar di IPGM, sila berbincang secara serius dengan
pensyarah/tutor anda untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Anda perlu mendapat bimbingan daripada rakan / pakar supaya pengetahuan dan kefahaman anda semakin mantap dan jelas. Anda juga perlu membaca dan merujuk buku-buku tentang perkara yang berkenaan supaya anda dapat mengetahui dan memahami dengan baik. |
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.2
|
Falsafah,
matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan
|
||||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda
di antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00
)
Pencapaian fungsi utama tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda
kurang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang falsafah, matlamat dan
objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Sekiranya
anda pelajar di IPG anda perlu berbincang dengan pensyarah / tutor anda.
Anda juga perlu membuat pembacaan lanjut untuk meningkatkan pengetahuan tentang falsafah, matlamat dan objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. |
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.3
|
Kandungan
mata pelajaran yang diajarkan
|
|
|||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda di
antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )
Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda belum
dapat mencapai kompetensi penegetahuan dan kefahaman kandungan mata pelajaran
yang diajarkan.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda perlu
berbincang dengan pensyarah / tutor anda dan membuat pembacaan lanjut untuk
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kandungan mata pelajaran yang
diajarkan.
Anda juga diminta merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran yang diajarkan. |
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.4
|
Kandungan
Ilmu Pendidikan
|
|
|||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
4
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda di
antara 3.51 sehingga 4.00 daripada julat skor min.( 3.51< skor >4.00 )
Pencapaian fungsi utama adalah secara tekal dan menepati tahap standard yang di hasratkan. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda mempunyai
kompetensi pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan jelas dalam ilmu
pendidikan.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda perlu
mengekalkan dan berusaha menambah pengetahuan dan pemahaman melalui
penglibatan dalam kursus, seminar dan sebagainya.
|
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.5
|
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan
kurikulum dan kokurikulum
|
|
|||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda
kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )
Tidak mencapai tahap standard fungsi utama dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda tidak
mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pengintegrasian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dan sumber pendidikan.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda perlu
mendapat bimbingan dan berbincang secara serius dengan rakan anda bagi
mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang jelas.
Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah/tutor anda, bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan sumber pendidikan. |
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.6
|
Strategi
untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
|
|
|||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda di
antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )
Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda
kurang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang pelbagai strategi untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda
disarankan berbincang dengan pengetua / guru besar / pentadbir / guru senior
untuk mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan jelas.
Sekiranya anda seorang pelajar IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah / tutor anda dan membuat pembacaan lanjut untuk meningkatkan pengetahuan tentang pelbagai strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. |
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.7
|
Kaedah
pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran
|
|
|||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda kurang
daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )
Tidak mencapai tahap standard fungsi utama dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda tidak
mempunyai kompetensi pengetahuan dan kefahaman yang mantap dan tepat tentang
pentaksiran dan penilaian serta penyelidikan tindakan untuk menambah baik
amalan pengajaran dan pembelajaran.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda
dikehendaki mendapatkan bimbingan daripada pakar-pakar pentaksiran dan
penilaian serta penyelidikan tindakan untuk meningkatkan pengetahuan yang
mantap dan jelas.
Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, sila berbincang secara serius dengan pensyarah / tutor untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman bidang ini bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran. |
|
||||||||
|
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2.8
|
Potensi
murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu
|
|
|||||||||
|
|
||||||||||
|
SKOR
|
2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda
kurang daripada 2.5 daripada julat skor min.( skor < 2.5 )
Tidak mencapai tahap standard fungsi utama dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. |
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda tidak
mempunyai pengetahuan dan kefahaman untuk mengenal pasti dan mengembangkan
potensi individu.
|
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda
disarankan mendapat bimbingan daripada pakar dalam bidang ini bagi membantu
anda mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang jelas.
Sekiranya anda seorang pelajar di IPGM, anda disarankan mendapat bimbingan secara serius dengan pensyarah/tutor anda untuk meningkatkan pengetahuan untuk pelbagai teknik mengenal pasti dan mengembangkan potensi individu. |
|
||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadual 3;
Kemahiran pengajaran
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3.1
|
Kemahiran
Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
|
|||||||||
|
||||||||||
|
SKOR
|
3.0909091
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda
di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min.( 3.01< skor >3.50
) Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih memerlukan
penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang.
|
||||||||
|
KOMEN
|
Anda
berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru.
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda
dicadangkan supaya berbincang dengan rakan sejawat dan meneliti contoh
perancangan yang terdapat di sekolah anda.
Anda juga diminta merujuk buku-buku yang berkaitan dengan penyediaan |
||||||||
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3.2
|
Kemahiran Melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran
|
|||||||||
|
||||||||||
|
SKOR
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda di
antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )
Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. |
||||||||
|
KOMEN
|
Anda belum
berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Sekiranya
anda seorang pelajar IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah anda untuk
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar lebih menarik.
Anda dicadangkan supaya membaca dan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. |
||||||||
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3.3
|
Kemahiran
Memantau, Mentaksir dan Menilai
|
|||||||||
|
||||||||||
|
SKOR
|
3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda di
antara 2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min.( 2.51< skor >3.00 )
Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. |
||||||||
|
KOMEN
|
Anda
kurang berupaya mempelbagaikan strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian
untuk menilai objektif pembelajaran.
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Sekiranya
anda seorang pelajar IPGM, anda perlu berbincang dengan pensyarah anda untuk
mempelbagaikan strategi pemantauan pentaksiran dan penilaian untuk menilai
objektif pembelajaran.
Anda perlu membaca, menyemak dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini bagi meningkatkan kemahiran anda. |
||||||||
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3.4
|
Kemahiran
Mengurus Bilik Darjah
|
|||||||||
|
||||||||||
|
SKOR
|
3.3333333
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SKOR
|
Skor anda
di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min.( 3.01< skor >3.50
)
Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang. |
||||||||
|
KOMEN
|
Anda telah
berjaya menguruskan bilik darjah dengan efisien dan bermakna dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
|
||||||||
|
CADANGAN
|
Anda perlu
membuat rujukan tambahan dan berbincang dengan rakan anda untuk meningkatkan
kebolehan mengurus bilik darjah dengan efisien dan bermakna.
|
||||||||
|
||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapatan Kajian
Merujuk kepada Jadual 3 dalam Instrumen SGM diatas,
iaitu hasil daripada penilaian kendiri guru tersebut, dapat dihuraikan dapatan
kajian nya seperti dibawah; iaitu;
Domain: 3.1
Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran
Dimana, guru tersebut mendapat
skor di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min (3.01< skor
>3.50). Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih
memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang. Guru juga didapati
telah berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran wajib dilakukan sebelum seorang guru melangkah masuk kedalam kelas
bagi memulakan pengajarannya. Dibawah ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa
perancangan pengajaran dan pembelajaran wajib disediakan oleh seorang guru
sebelum memulakan sesi p&p dalam kelasnya, iaitu;
“ 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian.
Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur
tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir”
(i) RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pengajaran Tahuan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaanyang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.
4. Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah
dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi
kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran
Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat
dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi
kuasa.[iv]
Menurut Burden & Byrd (1999),
perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat
mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat
keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat
memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank,
1995). Ini kerana secara psikologinya beliau telah bersedia dengan material
pengajaran mahupun mood dan aura ‘mengajar’ apabila melangkah masuk kedalam
kelas, dan beliau dapat menyempurnakan sesi pengajaran dengan yakin dan lancar
selepas persiapan yang telah dilakukannya. Seterusnya, perancangan pengajaran
dan pembelajaran ini juga membantu para guru menghabiskan sukatan pelajaran
yang telah ditentukan dengan teratur, dan murid juga dapat memahami isi
pengajaran dengan teratur dan berkesan.
Domain: 3.2
Kemahiran Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran
Dimana, guru telah mendapat skor di antara
2.51 sehingga 3.00 daripada julat skor min (2.51< skor >3.00). Ini
menunjukkan bahawa Pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan
penambahbaikan untuk mencapai tahap lebih baik. Namun, dari skor itu, guru
tersebut dilihat belum berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan, mungkin kerana beliau seorang guru baru dan belum mempunyai banyak
pengalaman mengajar di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
melibatkan banyak komponen, iaitu pelajar atau murid, guru, objektif
pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran, ABBM dan penilaian atau
refleksi.Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai tahap yang
maksima, dan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh seorang guru
dan salah satu diantaranya adalah strategi pengajaran dan pembelajaran. Maka,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah dengan menggunakan
variasi strategi pengajaran yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid
terhadap isi pembelajaran dengan objektif yang tercapai.
Domain: 3.3
Kemahiran Memantau, Mentaksir Dan Menilai
Dimana, guru mendapat skor di antara 2.51
sehingga 3.00 daripada julat skor min (2.51< skor >3.00) yang menunjukkan
pencapaian standard fungsi utama kurang tekal dan memerlukan penambahbaikan
untuk mencapai tahap lebih baik. Sepertinya beliau sebagai seorang guru masih kurang
berupaya mempelbagaikan strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk
menilai objektif pembelajaran. Kemahiran dalam strategi pemantauan, pentaksiran
dan penilaian untuk menilai objektif pembelajaran dalam bilik darjah adalah
amat penting. Disini lah peranan guru berfungsi sebagai seorang pendidik dan
pengurus murid-muridnya dengan berkesan. Pantasnya, semua kemahiran ini mampu
menjadikannya seorang guru yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti jua.
Domain: 3.4
Kemahiran Mengurus Bilik Darjah
Dimana, guru mendapat skor sebanyak 3.3333333
iaitu di antara 3.01 sehingga 3.50 daripada julat skor min (3.01< skor
>3.50). Pencapaian standard fungsi utama secara tekal tetapi masih
memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap cemerlang. Beliau telah berjaya menguruskan
bilik darjah dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran mengurus bilik darjah ini menunjukkan bahawa tugas
seorang guru bukan sahaja mendidik dan mengajar, bahkan guru juga adalah seorang
pemimpin dan pengurus. Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan
suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya
kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif
yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Proses ini melibatkan pembinaan
suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi
pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan
sendiri (Noraini Idris, 2009). Disini, fungsi dan peranan seorang guru
memastikan kekondusifan bilik darjah supaya murid-murid dapat mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan ceria dan penuh semangat.
Secara keseluruhannya, dalam domain 3 ini,
guru ini didapati telah berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Beliau juga dilihat
belum berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, dan kurang
berupaya mempelbagaikan strategi pemantauan, pentaksiran dan penilaian untuk
menilai objektif pembelajaran. Namun, beliau telah berjaya menguruskan bilik
darjah dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Dapat disimpulkan disini bahawa, sebagai seorang guru yang masih
baru berkhidmat sebagai seorang guru, beliau belum mahir dalam menguasai
strategi pengajaran yang variasi dan menarik serta belum juga menguasai
kemahiran memantau, mentaksir dan menilai murid-murid. Namun, pastinya beliau
akan meningkatkan semua kemahiran tersebut dari semasa ke semasa untuk
menjadikan diri beliau seorang guru yang berkualiti dikalangan anak-anak
muridnya. Diperhatikan juga bahawa beliau seorang guru yang ramah mesra dengan
murid-murid, mempunyai psikologi dalam menguruskan murid-murid dalam bilik
darjahnya hingga mereka memberi kerjasama yang baik dalam menghidupkan suasana
bilik darjah yang kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka. Ini dapat dikenal daripada cara beliau mengurus bilik darjah dengan
baik dan efektif. Seterusnya, beliau juga seorang guru yang rajin dan berdaya
saing. Walaupun sibuk dengan hal keluarga dan rumahtangga, namun beliau masih
dapat menyiapkan rancangan pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Dimana ini
menunjukkan sikap daya saing dan kerajinan beliau dalam menjalankan
tanggung-jawab yang diberi kepada beliau sebagai seorang guru.
Pelan
Tindakan Peribadi
Dalam domain pertama seperti dalam Jadual 3 diatas, Kemahiran
Menyediakan Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran. Walaupun guru ini didapati
telah berjaya mencapai kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Namun, bagi tujuan
penambahbaikkan yang memberangsangkan, beliau dicadangkan supaya berbincang
dengan rakan sejawat dan meneliti contoh perancangan yang lebih baik lagi yang
terdapat di sekolah, mungkin beliau boleh dapatkan daripada para guru senior
atau rakan-rakan guru daripada sekolah lain yang mengajar matapelajaran yang
sama. Beliau juga diminta merujuk kepada buku-buku yang berkaitan dengan
penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran samada di perpustakaan dalam
kampus IPG, atau pun daripada took-toko kedai buku. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran amat penting bagi seorang guru kerana ia membantu guru mengatur
perjalanan sesi pengajaran dengan lebih kemas dan teratur, dan guru dapat
mengajar dengan lebih yakin dan memberi persembahan yang menarik perhatian
murid-murid.
Dalam domain kedua pula, iaitu mengenai
kemahiran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru ini didapati belum lagi
berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Oleh itu, sekiranya
beliau seorang pelajar IPGM, beliau perlu berbincang dengan pensyarah atau
penyelia untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar lebih
menarik. Terdapat variasi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menarik yang pastinya disukai dan mampu menarik fokus murid-murid terhadap
matapelajaran nya. Misalnya, kaedah dan teknik bercerita, dan kaedah ini amat
digemari oleh murid-murid kecil. Selain itu, terdapat banyak lagi kaedah dan
teknik pengajaran yang lain, seperti kaedah induktif, deduktif, pemusatan
murid, pemusatan bahan dan sebagainya. Ditambah lagi dengan penggunaan Internet
dan Multimedia yang pelbagai dan mudah didapati pada hari ini, guru seharusnya
sentiasa kreatif mengolah dan menyusun bagaimana hendak melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran nya supaya tidak membosankan dan berjaya menarik
perhatian murid-murid untuk memfokus dan memahami isi kandungan pelajaran nya. Beliau
dicadangkan supaya membaca dan merujuk buku-buku yang berkaitan dengan
kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam domain berkenaan Kemahiran Memantau,
Mentaksir Dan Menilai, beliau didapati belum lagi mahir dalam menguasai
strategi pengajaran yang variasi dan menarik serta belum juga menguasai
kemahiran memantau, mentaksir dan menilai murid-murid. Sekiranya beliau seorang
pelajar IPGM, beliau perlu berbincang dengan pensyarah untuk mempelbagaikan
strategi pemantauan pentaksiran dan penilaian bagi menilai objektif
pembelajaran. Ini kerana kemahiran-kemahiran ini penting dalam menjalankan
tugas sebagai seorang guru yang professional dan berkualiti. Beliau mempunyai
tugas yang besar, iaitu memantau dan menilai kemajuan mutu murid-murid, modal
insan supaya mereka menjadi warga negara yang maju dan cemerlang. Oleh itu, beliau
perlu banyakkan membaca, menyemak dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini bagi
meningkatkan tahap profesionalisme nya sebagai seorang guru. Dalam konteks ini, guru perlu
meningkatkan kualiti diri melalui kursus, seminar dan forum pendidikan dan
tugas-tugas pendidikan. IPGM kini diperkenalkan kepada Standard Guru Malaysia
sebagai mekanisma menjamin kualiti dirinya sebagai seorang guru. Ini menjadi
pemangkin kepada transformasi seorang guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha
mewujudkan jaringan seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain
juga, pastinya melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf
dunia.
Berikutnya, dalam domain mengenai Kemahiran
Mengurus Bilik Darjah, walaupun beliau telah berjaya menguruskan bilik darjah
dengan efisien dan bermakna dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,
namun beliau perlu membuat rujukan tambahan dan berbincang dengan rakan anda
untuk meningkatkan kebolehan mengurus bilik darjah dengan lebih efisien dan
bermakna. Kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait rapat dengan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Abdullah Sani, 2006). Pengurusan
bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran
bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah
agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti
penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran
(Haliza & Joy Nesamalar, 2009).[v]
Nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, perpaduan, dan semangat kekawanan
dapat dipupuk dalam proses menghidupkan suasana bilik darjah yang selesa,
kondusif dan ceria. Dan, suasana sebegini menaikkan semangat dan fokus dalam
diri masing-masing terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Selain itu, seorang guru yang mampu mengurus bilik darjah juga mampu
mengawal tingkah laku anak muridnya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Beliau mampu memerhati dan mengenal kepelbagaian watak anak
muridnya, dan mampu juga membuatkan anak murid hormat dan patuh terhadap
kata-katanya. Sebagaimana yang disebut dalam sebuah kajian lepas, iaitu seorang
guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar
agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan
tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Oleh itu, selain daripada
perbincangan dengaan rakan-rakan guru, beliau juga boleh meminta nasihat dan
pandangan guru besar dalam hal memperbaiki tugas sebagai seorang pengurus bilik
darjah, dan akhirnya beliau boleh merujuk kepada pensyarah di IPG atau
bahan-bahan bacaan di perpustakaan.
Dan, yang terakhir, dalam hal Etika
profesyen keguruan. Sebagai seorang guru, guru ini bersiap sedia untuk sentiasa
memperbaiki mutu dan kualiti dirinya sebagai seorang guru yang professional. Untuk menjadi seorang guru yang
profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya
iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka
bukan sahaja berkemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan,
malah sikap, tingkahlaku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kualiti pendidikan sebenarnya banyak
bergantung kepada kualiti seorang guru kerana guru yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi, besikap professional, baik dan penyayang boleh membuatkan
pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid-murid yang mengikutinya. Seorang guru
tidak harus bersikap yang buruk dan negatif, kerana ini hanya akan mencemar
profesionalisme dirinya sebagai seorang guru yang berkualiti. Antara etika
profesionalisme nya sebagai seorang guru yang berkualiti ialah;
1. Dia
tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
2. Dalam
semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
3.
Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan
murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
4. Dia
haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.
5. Dia
haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa
dan agama dan kepercayaaan.
6. Dia
haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk
membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima
oleh masyrakat.
7. Dia
haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak
kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
8. Dia harus
mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu
mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta
dan rohani.
9. Dia harus
menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri
murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak
berkenaan.
10. Dia
haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
11. Dia
tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,
masyarakat awam dan negara.
12. Dia
haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
13. Dia
tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
14. Dia
haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap
murid-murid.
15. Dia
tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
16. Dia
tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
17. Dia
tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
murid-muridnya.
18. Dia
tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau
ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
19. Dia
tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
20. Untuk
mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara
yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).
21. Dia
tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Kesimpulan
Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam
profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan
ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran
murid di sekolah (David et al., 2003). Peningkatan profesionalisme keguruan ini
hanya dapat diukur dengan jelas dan terperinci dengan instrument yang
disediakan oleh Standard Guru Malaysia (SGM). Disamping itu, pengukuran dan
penilaian SGM ini juga adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti, mempunyai
tahap amalan etika profesionalisme keguruan, berpengetahuan dan berkemahiran,
terutama bagi guru-guru baru. Maka, dengan itu, selepas melakukan penilaian
mengikut standard SGM, para guru sentiasa mempunyai peluang untuk merefleksi
diri dan amalan pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang guru terutama
selepas setiap sesi pengajaran dalam bilik darjah. Proses merefleksi dan
menilai diri ini membuka jalan bagi seorang guru untuk menjadi seorang guru
yang hebat, berprofesionalisme dan berkarismatik.
_________________________________________________________________
Rujukan
Azizi Yahaya Rosnani Mohd Nor, Sharifuddin
Ismail & Amir Hamzah Abdul. Keberkesanan
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Matapelajaran Teknikal.
Daripada kajian tesis yang dilihat dalam halaman, http://eprints.utm. my/10557/1/3.pdf
BAB 13. PROFESIONALISME,
KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN KUALITI GURU. Daripada laman web, http://repository.um.edu.my/91704/1/
BAB%2013%20LAPORAN%20AKHIR%20PROFESIONALISME%20GURU%20edit
ed%2030%20April-2.pdf
Hasfarina Abas
(2012). Pengurusan Bilik Darjah.
Dikeluarkan dalam laman web, http://eprints.utm.my/31564/3/HasfarinaAbasMFP2012CHAP1.pdf.
Nur
Hafizoh Idrisa, Rohana Hamzaha (2012). Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru
Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi. Laman web, www.jurnalteknologi.utm.my
| eISSN 2180–3722 | ISSN 0127–9696.
Nur Hafizoh Idris & Rohana Hamzah (2013). Nilai
Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru
Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi (Social Sciences) 60 (2013) 31–37.
Dikeluarkan daripada laman web, http://www.
jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/download/1445/1148
Pedagogi dalam Pendidikan. Dibaca dan
dikeluarkan daripada laman web, http://
pedagogi-pendidikan.blogspot.com/2013/06/definisi-perancangan-pengajaran-dan.html
Petikan ucapan bekas
Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Dilihat
daripada laman web, http://sembangkerjaya.com/archive/index.
php/t-1134.html
Profesionalisme Guru, daripada laman web, http://gurudanprofesionalisme.blogspot.
com/2010/05/makna-profesionalisme-guru.html
SHAHRIR
AFFANDI B. DAUD (2009). KEBERKESANAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Dilihat dalam laman web, https://ml.scribd.com/doc/22235829/
KEBERKESANAN-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
SITI
DAHLIAH BINTI PATTA (2014). PENGARUH
DEMOGRAFI TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM
PENDIDIKAN PERAKAUNAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. FAKULTI
PENGURUSAN DAN EKONOMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Download daripada laman
web, file:///C:/Users/TC%20YASMIN
/Downloads/ SITI%20DAHLIAH%20PATTA%20(D20101038382).pdf
SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.
KP (BS)
8591/Jilid XV/ (3).
9 Mac
1999. Dikeluarkan daripada laman web, http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html
..........................................................................................................................................
Lampiran
1
(Ada dlm file praktikal upsi/D/ SGM Domain 3)
Lampiran
2
(Excel..ada dalam file)