I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Tuesday, April 21, 2020

“Sofiya Ku Seorang” NOVEL / HOBIKU MENULIS.



SINOPSIS CERITA
SofiyaKu Seorang
Cinta benar-benar tidak mengenal siapa yang mencintai dan dicintai. Jika tidak begitu, mana mungkin seorang petani bertemu jodoh dengan hartawan, seorang nelayan bertemu jodoh dengan doktor, seorang gadis cantik bertemu jodoh dengan jejaka ‘biasa’, seorang gadis miskin bertemu lelaki tua yang kaya dan sebagainya. Begitu juga, tidak hairan jika seorang anak murid mencintai gurunya, hingga sanggup menunggu hingga dirinya dewasa. Sebagaimana sebuah cerita benar di sebuah negeri di Pantai timur, terdapat seorang guru yang berstatus janda berumur pertengahan 40-an berkahwin dengan anak muridnya. Terharunya, anak murid itu belajar dengannya ketika di tingkatan 5, kemudian sebaik sahaja habis konvo graduasi ketika umurnya baru 25 tahun, dia terus mencari guru nya itu dan melamarnya. Begitu lah, kasih sayang Amar Haiqal terhadap gurunya, Sofiya Hani, walaupun guru itu hanya mengajar nya selama beberapa bulan sahaja. Ramai yang tidak senang akan kisah cinta mereka seperti papa Haiqal sendiri, Dato Hashim, peguam muda, Adam Husni, dan Tengku Syakinah, wanita yang sepatutnya menjadi isteri Haiqal. Ditambah pula dengan status Sofiya dengan umurnya yang sudah ingin mencecah ke angka 40. Walaupun banyak ujian dan cabaran yang datang, ia sedikit pun tidak menggoyahkan cinta Haiqal terhadap gurunya. Kesetiaanya cintanya sukar ditemui dalam cinta antara seorang jejaka dan seorang gadis. Ini cinta yang luar biasa. Dan, cinta luar biasanya itu seteguh batu karang di dasar lautan!


PENGENALAN; DUNIA INI SEBUAH OPERA
‘Perkara sebegini menggemparkan sekolah, walaupun saya tahu ia bukan fenomena yang aneh, di tempat lain, di negeri lain, memang ada berlaku, saya mengakuinya, tapi disini, disekolah ini, ini lah kali pertama kami menerima kes sebegini cikgu…’ Haji Mahmud,  pengetua di sebuah sekolah menengah di pinggir pekan Tanjung Malim itu mendongak kearah seorang guru muda dihadapannya sambil menarik nafas dalam. Bunyi kipas yang sudah uzur berpusing ligat pada siling ibarat muzik latar kepada perjumpaan antara seorang guru muda dengan majikannya.
‘Cikgu Sofiya, awak dengar kah? Jangan diam saja, saya perlukan penjelasan awak sekarang!’ Haji Mahmud merenung wajah guru sementara dihadapannya. Semakin direnung tampak jelas wanita dihadapannya itu semakin cantik, dengan suaranya yang lemah-lembut, dengan budi bahasanya, ditambah dengan wajah nya yang putih bersih dengan solekan nipis, tidak hairan jika guru tersebut diminati ramai pelajar lelaki disekolah itu.
‘Ermm… maafkan saya Ustaz. Saya pun tak tahu apa yang patut saya cakap, saya akan berjumpa dengan budak itu selepas ini, dan akan menjelaskan kepadanya apa yang tidak harus dia lakukan’ Sofiya Hani mendongak lelaki dalam lingkungan 50-an yang sejak tadi merenungnya. Dia sedar bukan itu jawapan yang hendak didengar oleh tuan pengetua!
‘betulkah dia selalu belajar dirumah sewa awak?’
Sofiya Hani hanya mengangguk.
‘berapa ibubapanya bayar kepada awak?’
‘Owhh… Sofiya Hani menggeleng. Haji Mahmud tersenyum dengan pandangan mata yang sukar ditafsirkan.
‘kenapa awak tak minta bayaran? Dia bukan orang miskin? Anak dato tu, awak tahu tak ayah dia berpangkat dato?’ Haji Mahmud bersuara sinis sambil memandang reaksi pada wajah wanita muda itu.
Sofiya Hani menggeleng.
‘tak tahu. Saya tak minta apa-apa sebab saya suka mengajar, dan saya tidak terdesak hendakkan duit anak murid saya, saya akan mengajar sesiapa saja yang datang hendak belajar, cumanya, tiada pula budak lain datang, hanya dia saja, kerana itu saya mengajar dia ustaz. Pelik saya dengan kata-kata sinis ustaz, sebab saya tiada apa-apa yang hendak disembunyikan pun!’
Haji Mahmud masih memandang tepat ke wajah wanita muda itu. Sofiya Hani pula resah gelisah pada tempat duduknya.
‘Hmm… begini lah cikgu. Cikgu cuba nasihatkan pelajar itu terlebih dahulu, atau saya akan bawa dia ke pihak lembaga disiplin. Harap tiada lagi laporan sampai ke telinga saya tentang perbuatan dia yang melampaui batas terhadap cikgu selepas ini. Cikgu boleh balik dulu, semua guru pun dah balik tu!’ Haji Mahmud melonggarkan tali lehernya, membiarkan Sofiya Hani bangun dari tempat duduknya.
‘baik lah ustaz, saya akan cuba nasihat dia, terima kasih banyak ustaz!’ Sofiya Hani menunduk hormat sebelum keluar dari bilik pengetua.

Adlini dan Sabrina sudah menunggu di luar pejabat. Sofiya Hani menghampiri mereka dengan wajah mencuka.
‘kenapa Fiya? Tak pernah-pernah pengetua panggil kau, Fiya!’ Sabrina mencapai tangan Sofiya Hani, digenggamnya tangan yang pucat lesi itu. Sofiya Hani mendongak, kemudian mencebik.
‘Ishh.. jom lah ke kereta. Kejap lagi ‘dia’ keluar tu!’ Adlini menarik tangan Sofiya Hani dan Sabrina beredar dari situ. Kedua-dua nya menurut sahaja langkah Adlini.
‘kau ingat tak? Aku pernah cakap tentang budak yang selalu datang belajar dengan aku kat rumah tu kan!’ Sofiya Hani mula bercerita sambil melangkah kearah kereta Sabrina. Masing-masing mengangguk.
‘apa yang salah pulak?’ Adlini menoleh Sofiya Hani.
‘budak tu kan syok kat aku, kau pun perasan kan!’ Sofiya Hani mengeluh lagi.
‘tak lah, aku tak pelik pun, yang aku pelik tu macamana boleh kantoi, Fiya?’ Sabrina menekan punat automatik ditangannya sebelum membuka pintu kereta Honda Accordnya.
‘Ha’ah Fiya, ramainya guru yang dating dengan pelajar sendiri. Zaman moden ni pemikiran manusia pun moden dan terbuka lah!. Sab, kau pun pernah terima surat cinta daripada pelajar tahun lepas kan?’ Adlini menoleh Sabrina disebelahnya setelah mereka memasuki perut kereta. Sabrina hanya mengangguk setuju sebelum mula memandu keluar dari kawasan sekolah.

‘entah lah, aku cuma makan dengan budak tu kat bilik Muzik, kebetulan baru habis kelas aku masa tu, lepas tu budak tu suapkan aku mee goreng yang opah dia masak. Dia pun mungkin tidak ada niat apa-apa melainkan dia lihat aku senang pegang pen, tanda buku lagi!’
Sofiya Hani menarik nafas dalam.
‘Dia suap kau dengan tangan dia?’ Sabrina membuat serkap jarang. Sofiya mengangguk perlahan.
‘Ya lah. Tak kan dengan kaki pulak!’ Sofiya Hani menepuk peha Sabrina, kelakar.
‘lepas tu?’ Adlini yang tidak sabar-sabar hendak tahu memusingkan badannya ke belakang, supaya dia boleh menatap wajah pan-Asia guru sementara yang diminati ramai itu.
‘lepas tu, cikgu Karim masuk secara tiba-tiba, tak ada nak ketuk pintu tak ada nak bagi salam, lepas tu dia terus nampak lah apa yang budak tu buat, terkejut kot dia, terus keluar balik!’
Adlini dan Sabrina ketawa.
Sofiya Hani pula yang kehairanan, ternganga. ‘Kenapa?’
‘patut lah. Kau tak tahu ke yang cikgu Karim tu pengampu nombor satu pengetua kot!’ Sabrina menerangkan situasi sebenar di sekolah itu.
‘aku tak pelik lah kantoi, cikgu tu memang sentiasa nak cari salah orang kau tahu tak? Kadang-kadang, yang orang tak buat pun dia kata kita buat!’ Adlini menambah.
‘Owhhh, begitu ke?’ Sofiya Hani melepaskan keluhan nya lagi, kecewa.
‘relaks lah Fiya, pedulikan lah si Karim tu! Tapi kau hati-hati lah lepas ni ya, jangan kantoi lagi lah. Kau ingatkan lah budak tu jugak. Kau pun sayang dia kan!’ Sabrina memandang wajah Sofiya Hani melalui cermin pandang belakang keretanya sambil ketawa. Sofiya Hani yang mendengar tersenyum, mengangguk.
‘aku pun sayang jugak pada budak tu. Tak salah kan aku sayang budak tu? Macam aku sayang pelajar-pelajar aku yang lain lah, lagi pun budak tu, comel apa!’ Sofiya Hani agak terhibur dengan gurauan kawan-kawannya.
‘tak salah lah, aku pun nak jugak kalau ada!’ Adlini menyampuk. Mereka ketawa lagi.
‘jom, kita pekena cendol dulu!’ Sabrina memberhentikan keretanya di hadapan sebuah gerai mamak di tengah-tengah pekan Tanjung Malim itu.

Sofiya Hani membuka pintu rumah sewanya selepas mendengar ketukan dipintu. Seorang pelajar lelaki dengan sebuah topi Nike tersangkut diatas kepala mengukir senyuman kearahnya dengan beberapa buah buku ditangan. Pelajar tingkatan 2 ABS itu lah yang selama ini menyebabkan gossip liar mengenai kehadiran nya di sekolah itu.
‘Hayqal, masuk lah!’ Sofiya Hani melangkah masuk ke ruang tamu rumah sewa setingkat yang dikongsinya bersama dua orang rakan serumah yang lain, juga guru, tetapi mengajar di sekolah berlainan di pekan tersebut.
‘semalam Qal tunggu cikgu kat depan sekolah sampai pukul 4.00 petang, cikgu tak keluar-keluar, Qal cari kat bilik guru, kat pejabat tak ada!’ Haiqal duduk disebuah kerusi rotan yang terdapat diruang tamu tersebut, memerhati pergerakan guru kesayangannya.
Owhhh….. Sofiya Hani menghela nafas. Perasaan belas menerpa benaknya.
‘Owhhh.. kesian nya Haiqal. Maaf lah Qal, cikgu kena panggil dengan pengetua semalam gara-gara Qal suapkan cikgu dalam bilik Muzik tu! Lepas ni Qal tak boleh dah rapat sangat dengan cikgu ketika di sekolah ya, nanti silap hari bulan Qal kena panggil dengan pengetua!’ Sofiya Hani menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya petang semalam. Haiqal memandang tepat wajah guru yang disayanginya itu.
‘Qal Cuma suapkan cikgu jer, kenapa? Itu pun tak boleh ke? Cikgu Karim tu saja, dengki sebab dia tak dapat nak ngorat cikgu, bukan Qal peluk cikgu pun!’ Haiqal mencebik tidak puas hati dengan tindakan cikgu Karim dan pengetua terhadap cikgu nya. Sofiya tersenyum, duduk disebelah Haiqal.
‘pandai ya, membebel macam nenek tua, padahal baru tingkatan 2, lupakan saja lah okay, tapi, lepas ini jangan terlalu rapat sangat dengan cikgu ketika disekolah, boleh kan? Sofiya Hani menepuk peha Haiqal lembut sambil tersenyum.
‘okay lah cikgu, Qal cuba, demi cikgu, tapi Qal masih boleh datang sini kan?’ Haiqal menoleh guru disebelahnya. Sofiya Hani mengangguk dengan senyuman terukir.
‘okay, sekarang Qal buat dulu latihan yang cikgu bagi kat sekolah pagi tadi, cikgu nak masak sekejap ya, lepas ni kita boleh makan sama-sama. Lepas makan nanti cikgu ajarkan bab yang baru pulak!’ Sofiya Hani bersedia untuk bangun sebelum dia merasakan tangannya dipegang oleh Haiqal.
‘ya?’ Sofiya Hani duduk kembali.
‘cikgu, cikgu tahu tak yang Qal sayang sangat kat cikgu. Bukan main-main tau cikgu, Qal serius ni! Boleh tak cikgu tunggu Qal besar? Nanti Qal boleh jaga cikgu!’ Haiqal menggenggam tangan gurunya erat. Sofiya Hani ketawa. Lucu bila memikirkan budak tingkatan 2 berfikiran seperti orang yang sudah dewasa. Haiqal mencebik.
‘cikgu tak percaya tak apa, tapi, cikgu berjanji lah dengan Qal, please, please!’ Haiqal menatap wajah gurunya dengan memek muka mengharap. Sofiya Hani ketawa lagi.
‘Comel betul wajah itu bila ‘buat memek muka’ mengada-ngada…. Desis hati Sofiya Hani lucu. Telatah budak itu selalu membuatkannya rasa terhibur, bahagia!
‘okay Haiqal, kerana cikgu juga sayangkan Haiqal, So cikgu janji!’ Dicubitnya hidung mancung Haiqal sebelum beredar terus ke ruang dapur.
‘cikgu dah janji tu tau, janji betul-betul!’ suara Haiqal dari arah ruang tamu hinggap di telinganya. Menggeleng-geleng dia dengan telatah dan perangai Haiqal.

Sofiya Hani selesai memasak sotong masak sambal tumis dan sayur sawi, sibuk dibantu oleh Haiqal yang tiba-tiba tidak ada mood nak belajar, katanya. Padahal hanya alasan hendak kedapur membantunya, itu lah ragam budak yang menawan hatinya itu!
‘Sedapnya cikgu, pandai betul cikgu masak!’ Haiqal yang sedang mengunyah seketul kepala sotong yang diambilnya dari dalam kuali bersuara ramah dan girang. Sofiya Hani tersenyum.
‘nanti bila dah besar, Qal cari lah isteri yang lebih pandai masak daripada cikgu!’ Sofiya Hani mengilar Haiqal sambil mencedok nasi ke pinggan Haiqal di meja makan kecil diruang dapur. Haiqal yang mendengarnya ketawa.
‘tak payah cari lah cikgu, saya dah ada ‘orang istimewa’ pun, dia memang pandai masak!’
‘Owhh.. kecik-kecik dah pandai cintan-cintun ya, PMR pun belum tentu lulus tau!’ Sofiya Hani ketawa sambil membuat memek muka mengejek. Haiqal ketawa.
‘apa lah cikgu ni, cikgu lah ‘orang istimewa’ tu!’
Gulp………. 
Gurauan budak jangan di ambil kira! Desis hati Sofiya mematangkan diri sendiri.

‘Ishh….. riuhnya kamu berdua ni, sampai aku bagi salam pun tak dengar dah!’ Dahlia yang baru pulang dari kelas tambahan petang di sekolahnya menjenguk ke ruang dapur. Sofiya Hani dan Haiqal yang sedang menikmati makanan mendongak kearahnya serentak.
‘makan cikgu!’ Haiqal mempelawa. Walaupun Dahlia mengajar di sekolah lain, tetap dipanggilnya ‘cikgu’ juga.
‘Ha’ah, makan dulu Qal, cikgu masih penat lagi ni!’ Dahlia tersenyum mengenyit mata kearah Sofiya Hani. Sofiya Hani menggeleng kepala, lucu pun ada dengan niat Dahlia untuk mengusiknya.
‘nanti kau ambik saja lauk dalam kuali tu ya Lia!’ Sofiya Hani bersuara sebaik sahaja Dahlia bersedia untuk beredar ke kamar nya.
‘okay!’ Dahlia berpaling sambil tersenyum sebelum menghilang ke dalam kamarnya.
‘opah Qal tak marah ke asyik datang sini saja? Kawan-kawan Qal tak pelik ke?’ Sambil menyuap nasi ke mulutnya, Sofiya Hani bersuara, memerhati Haiqal makan dengan tenang di hadapannya. Sayang sungguh dia terhadap budak berhati lurus dihadapannya itu. Perasaan yang sememangnya aneh, pelik, tapi membahagiakan dirinya.
‘opah tak kisah, sebab papa dan mami pun duduk jauh, tapi pakcik Husam, dia selalu marah-marah. Qal buat dono saja, malas nak hiraukan pun. Kawan-kawan pun Qal tak peduli, bukan Qal ada kawan baik pun!’ Haiqal mengeluh perlahan. Sofiya Hani terdiam. Simpati menerpa benaknya lagi. Haiqal budak yang pandai, cuma dia pendiam dan seperti anti-sosial ketika berada di sekolah, hanya berkawan dengan beberapa orang sahaja. Ibubapa pula duduk di KL, sibuk dengan bisnes dan amat jarang menziarahinya di kampong. Apa salahnya jika budak seperti Haiqal ingin menumpang kasih dengan nya, apa yang kecoh sangat di sekolah tu?
‘cikgu fikirkan apa tu?’ wajah Haiqal hanya dalam jarak 2 inci daripada wajahnya.
Ouchhh… Pap! Ditepuknya dahi Haiqal.
‘Ya Allah, terkejut betul cikgu, ishh…. Suka betul nyakat cikgu kan?’ Sofiya Hani menarik hidung mancung Haiqal geram, Haiqal segera melarikan segera wajahnya sambil ketawa.
‘cepat lah makan tu, bila nak belajarnya kalau asyik nak bersembang dengan cikgu saja? Tak lama lagi ujian penggal kan, dengan kerja kursus yang belum siap lagi!’ Sofiya Hani menjegilkan mata kearah Haiqal yang masih ketawa.
‘Hahaha….. okay lah cikgu ku!’ Haiqal kembali ke tempat duduknya menyuap sisa nasi di pinggan. Sofiya Hani sedaya upaya menahan tawa.

Sejak balik dari sekolah lagi Haiqal sudah ada dirumahnya. Berbaring di kerusi panjang dengan lebam dan bengkak pada wajah. Gugur juga airmata Sofiya ketika menuam tuala panas kepada kesan-kesan bengkak dan lebam pada wajah Haiqal yang sedang tidur selepas letih bergaduh di luar pagar sekolah.
Arghhh….. Haiqal menggeliat dan terjaga. Segera Sofiya Hani mengesat airmata yang bergenang dipipinya. Belas sungguh dia melihat keadaan anak muridnya itu, sudah lah mak dan ayahnya jauh.
‘sakit ya?’ Sofiya Hani berhenti menuam, memandang wajah Haiqal belas. Haiqal mengangguk sambil memejam matanya rapat. Terbayang bagaimana Munir dan Hanif mengejek cikgu kesayangannya, dengan gelak tawa dan kata-kata kurang sopan, hingga dia hilang sabar. Tanpa dia sedar airmatanya perlahan membasahi pipi! Pedih terasa hingga ke tangkai jantungya. Bukan sedih, tapi dia marah, darah mudanya menggelegak!
‘eh, Haiqal, kenapa nangis pulak ni?’ Sofiya Hani yang masih duduk menghadapnya terkejut. Segera dikesat airmata pada pipi Haiqal. Haiqal pula sepantas kilat menyambar tangan Sofiya Hani, diciumnya tangan itu, kasih. Sofiya Hani semakin terkejut.
‘Macam budak kecik saja!’ Sofiya menggelengkan kepalanya.
‘tak sakit pun lebam dan bengkak ni, sakit lagi hati Qal bila dia orang cakap yang bukan-bukan pasal cikgu, Qal tak boleh tahan!’ Haiqal bangun, dan duduk di sebelah Sofiya Hani. Sofiya Hani menarik nafas dalam, mendengar cerita Haiqal penuh khusyuk.
Owhhhh…. Sofiya Hani memeluk Haiqal, menitis airmatanya. Mengapa budak ini harus sakit kerana dirinya? Sofiya kesal. Haiqal teresak-esak di bahu Sofiya Hani.
‘Ohhhh… okay, lepas ni kita cerita lagi, sekarang Qal pergi mandi dulu ya. Nanti apa kata cikgu Lia dan cikgu Yana tengok mata Qal merah!’ Sofiya meleraikan pelukannya, mengesat airmata pada wajah Haiqal.
‘Qal sayang sangat pada cikgu. Cikgu jangan tinggalkan Qal ya!’ Haiqal menatap wajah gurunya, dengan segenab perasaan kasih.
‘ya sayang, cikgu pun sayang pada Haiqal. Qal pergi mandi dulu ya sayang!’ Sofiya Hani mencubit pipi Haiqal lembut. Haiqal kemudiannya bangun menuju ke bilik air di hujung dapur. Sofiya Hani menyediakan tuala mandi dan sepersalinan pakaian petang untuk Haiqal. Terdapat beberapa helai pakaian Haiqal dirumahnya sementelah kerap sangat Haiqal berada disitu.

Malam itu Haiqal berkeras tidak mahu pulang ke rumah opahnya. Dahlia pula keluar dengan tunangnya sejak maghrib belum juga pulang. Liyana pulang ke kampong sempena cuti hujung minggu. Sofiya Hani sudah menyediakan tempat tidur Haiqal diruang tamu, dibentangnya toto berhadapan televisyen.
‘betul ni Qal tak nak balik? Nanti opah risau tau!’ Sofiya Hani duduk menghadap peti televisyen bersama Haiqal yang dipaksanya memegang buku Sejarah. Haiqal menoleh nya.
 ‘tak nak. Qal nak tidur sini temankan cikgu. Kesian cikgu duduk sorang - sorang!’ Haiqal memandang tepat wajah guru kesayangannya. Sofiya Hani turut menatap wajah anak murid nya yang cukup ‘istimewa’ itu dengan senyuman.
‘Ermmm… boleh lah. Cikgu cuma bimbangkan opah Qal saja. Nanti pak cik Husam mengamuk macamana?
‘tak ada lah, cikgu jangan lah bimbang, Qal kan lelaki!’ Haiqal senyum menyeringgai.
‘excuse me, bukan lelaki, ‘budak lelaki’ ya Qal!’ Sofiya Hani ketawa. Haiqal mencebik.
‘Haiqal…… ’
‘ya cikgu,’
‘cikgu sayang Haiqal, Qal nanti besar jadi lelaki yang baik ya, yang bertanggung-jawab, yang suka tolong orang, dan……
Sofiya Hani terhenti disitu.
‘dan…
‘dan, andainya terjumpa dengan cikgu dimana-mana, harap Qal tidak sombong dengan cikgu!’ Segera Haiqal menggeleng.
‘Qal janji, Qal akan sayang cikgu sampai bila-bila, tak kan sombong dengan cikgu, malah Qal dah mintak dengan Tuhan supaya dapat jaga cikgu nanti. Qal nak ambil cikgu jadi isteri Qal, boleh kan cikgu?’
Sofiya Hani ketawa. Lucu mendengarnya!
‘okay lah tu, boleh Haiqal, kenapa pulak tak boleh?’ Sofiya menepuk peha Haiqal lembut, sebelum mengangkat punggung untuk masuk ke kamar nya. 
‘cikgu janji kan?’ Haiqal menarik tangan gurunya lembut. Sofiya Hani berpaling.
‘ya, cikgu janji. Selamat malam, tidur baik-baik ya!’
‘cikgu…’ Haiqal bangun, berdiri betul-betul di hadapan Sofiya Hani.
‘boleh Haiqal nak peluk cikgu?’
Sofiya Hani mengukir senyuman, kemudian mengangguk.
Haiqal memeluk guru yang dikasihinya erat, tidak mahu dia melepaskan gurunya, kalau boleh sentiasa dia hendak duduk dekat dengan wanita itu siang dan malam.
‘okay, cikgu masuk tidur dulu ya!’ Sofiya Hani menatap wajah Haiqal seketika selepas pelukan dileraikan oleh Haiqal.
‘I love you cikgu!’
‘I love you too Haiqal!’ Sofiya Hani mendekatkan wajahnya ke wajah Haiqal, diusap rambut pada ubun-ubun anak muridnya itu penuh kasih, sebelum segera dia beredar ke kamar tidurnya tanpa berpaling kearah Haiqal lagi, bimbang Haiqal kelak salah faham terhadap kasih-sayangnya, walaupun dia hanya seorang budak, dia tetap seorang lelaki kan!
  
Tok tok tok!!!
Ketukan keras bertalu pada pintu hadapan rumah sewa itu menyebabkan Sofiya Hani terjaga. Segera teringat akan Haiqal yang sedang tidur diruang tamu. Sofiya Hani pantas bangun dari katilnya, melangkah kearah ruang tamu…..
Arghhhh…. itu lah permulaan kisah pahit nya terpaksa meninggalkan Haiqal tanpa pamit, namun, takdir Allah Taala pula menemukan mereka pada halaman kisah yang berikutnya selepas selang beberapa tahun.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

BAB SATU; RAHSIA HATI. 
Air kopi di atas meja sudah hampir sejuk tidak disentuhnya. Kopi segera mix yang dibelinya di pasaraya setiap akhir bulan, banyak lagi dalam balang, tiada siapa hendak menyentuhnya sementelah dirumah itu hanya ada dia dan mama sahaja sambil ditemani oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia.
‘Tak kerja hari ni Fiya?’, Puan Salmah keluar dari bilik tidurnya berhampiran ruang makan sambil menyanggul rambut yang sudah memutih tanda sudah tua. Sofiya yang termenung di meja makan sejak tadi menoleh. Tangan nya masih memegang kole berisi air kopi yang sudah dingin. Sebuah senyuman dilemparkan kepada mama, penuh kasih.
‘tak lah mama, ada kerja sikit di KL kejap lagi, mama nak pergi beli lauk kat pasar ke?, Fiya boleh temankan mama dulu!’, Sofiya tersenyum ke arah mamanya yang sedang menarik kerusi duduk berhadapan dengan nya. Hanya dia dan mama sahaja penghuni tetap yang mendiami banglo 2 tingkat setengah peninggalan arwah ayah itu, sejak arwah ayah meninggal kerana derita penyakit barah paru-paru, 2 tahun yang lalu.
‘boleh lah Fiya, selalu Fiya sibuk saja, pagi-pagi dah keluar, malas mama nak ganggu, tapi tak sedap juga mama asyik pergi seorang diri’, Puan Salmah mengangguk kearah anak perempuan nya itu, merenung wajah anak gadis itu. Sudah berumur 35 tahun, namun, masih belum mahu berumah-tangga semula, selepas jodoh pertamanya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Sudah tiga lamaran orang di tolak, degil benar dia! Entah siapa gerangan lelaki yang ditunggunya, Puan Salmah pun tidak tahu. Sebuah sesalan sebak tiba-tiba menerpa ruang hatinya! Dia masih ingat bagaimana sedihnya Sofiya ketika dipaksa pindah ke KL meninggalkan kampung sebelah ibunya, meninggalkan kawan-kawan termasuk ‘si dia’ di Perak dulu. Walaupun Perak itu tidak jauh, tetapi sudah berapa tahun dia dan anaknya tidak pernah menjenguk kampung halaman. Salmah sendiri yang tidak tahu cerita sebenar tidak mampu berpisah dengan Sofiya memandangkan itu lah seorang sahaja permata hatinya. Salmah panik apabila memikirkan kerasnya hati anak lelakinya, Ikmal Saufi yang telah tinggal bersama nenek sebelah suaminya di Ipoh sejak kecil, bersikap sangat keras terhadap Sofiya, hingga menyebabkan adik nya itu menyandang gelaran ‘janda muda’ pada awal usia. Sekarang Salmah sendiri tidak tahu dimana mahu mencari siapakah gerangan ‘si dia’ yang mengikat hati Sofiya yang tidak pernah Sofiya ceritakan kepadanya, ditambah dengan berbagai rahsia besar dalam hidup Sofiya, yang pasti hendak disimpannya sampai bila-bila. Sofiya memang seorang perahsia, semuanya rahsia!
‘maaf lah mama, banyak pulak job akhir-akhir ni, maklum lah, bos Fiya tu nak berhenti dah, nak pencen, jadi, macam-macam idea dia bagi, kita lah yang letih menguruskan nya, Fiya izinkan mama kahwin lagi,mama tak nak!. Ada lah mama dapat kawan nak pergi pasar ke, bank ke, masjid ke, shopping ke!’, Sofiya tersenyum manja memandang wajah mamanya yang sentiasa tenang walau seribu masalah mendatang. Sofiya terkilan dengan kesibukan nya setiap hari, tanpa ada banyak masa menemani mamanya. Kerjanya tidak menentu. Kadang-kadang hari minggu pun ada meeting, out-station! Bukan senang memegang jawatan sebagai senior executive officer II di sebuah syarikat hartanah yang besar dan gah, BUMI JASA Development Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato Kasrin. Sudah 3 tahun dia menyandang jawatan panas itu, sebelum ini dia hanya seorang ketua pegawai bahagian sumber manusia yang sekarang dipegang oleh Azril Musa, seorang lelaki perengus yang merimaskan!
‘Nak kena cubit Fiya ni!, kamu tu, mama tengok macam tak sanggup pegang jawatan tu, lepaskan saja pada orang lain, gaji banyak tak penting lah sayang, yang penting hidup sihat, bahagia, berkeluarga, berapa kali sudah mama kata kita berniaga sendiri saja, duit peninggalan arwah papa lebih daripada cukup untuk buka sebuah bisnes, Fiya berangan nak buka restoran dan café kan, mama sokong sangat, tak sia-sia arwah papa belikan saham yang banyak untuk anak-anak dia, kerja sendiri ni lebih senang urus masa, tidak lah terikat dengan orang, dengan tugas, macam sekarang ni! Air tu nak minum ke tak nak?, mama buatkan air lain nak tak?’. Puan Salmah mengangkat punggung beredar ke ruang dapur. Sofiya hanya mampu tersenyum, dia tahu apa yang bermain di benak mamanya. Yang mama tidak tahu dia tidak minat memasak, jika diberi pilihan, dia lebih suka membuka sebuah resort! Berangan!

Terkenang kepada arwah papa, sejak remaja lagi dia tinggal di Paka, Terengganu bersama papa dan mama meninggalkan kenangan pahit manis bercampur baur kepada dirinya. Terpisah daripada abang Ikmal sejak kecil merupakan salah satu perkara yang benar-benar memberi kesan kepada dirinya sebagai seorang adik lantaran abang Ikmal yang lebih manja dengan nenek memilih untuk membesar bersama nenek di Ipoh, Perak. Sekarang susah benar untuk dia meraih perhatian dan kemanjaan daripada abangnya sendiri, tambah lagi bila abangnya sudah berumahtangga. Kenangan manis dapat sentiasa bermanja, mendapat belaian kasih-sayang papa dan mama sepanjang waktu kanak-kanak tidak dapat dilupakan, sementelah dia anak bongsu Engineer minyak itu. Sayangnya, sekarang papa sudah tiada!
‘hmmm, tak payah lah ma, kata nak pergi pasar, jom kita minum teh tarik kat luar!, bawa kereta baru mama ya, kereta ‘legend’ nak minta bibik basuh lah!’, Sofiya turut bangun, membontoti mamanya ke dapur, memeluk mamanya dari belakang. Kereta arwah papa sentiasa setia menemani mereka berdua, sebab itu digelar kereta legend, siapa sangka Volkswagen arwah papa itu masih berkilat dan elok lagi, seperti baru!. Puan Salmah menggeleng sambil tersenyum. Anak yang manja sejak kecil, kekal sampai hari ini sikap keanak-anakkannya itu walaupun sudah pertengahan 30-an.
‘Kereta mama tu Fiya kena hantar servis dahulu, Fiya saja bawa mama, tapi biar lah mama tengok dulu apa yang tak ada dalam peti tu, Fiya pergi bersiap sekarang!, nanti lambat pula janji dengan siapa tadi entah’, Puan Salmah cuba mengingati siapa yang hendak Sofiya temui di KL tadi.  
‘mana ada Fiya sebut nama lah ma, Fiya nak jumpa client syarikat saja, not client actually, partner Dato Kasrin, tapi lambat lagi, lunch hour nanti!’, Sofiya tergelak kecil sambil beredar ke tingkat atas, mencari Bik Siti yang mencuci bilik air di kamar tidurnya sebentar tadi.

HRV 2.4 berwarna hitam metallic kesayangan nya di parkir nya di bahu jalan. Penuh sesak ruang parkir berhampiran Stadium Shah Alam apabila tibanya waktu pasar pagi. Ramai pengunjung dan penggemar pasar pagi dari seluruh pelusuk Shah Alam, mahu pun pelanggan dari luar Shah Alam. Sofiya membetulkan topi berwarna putih yang menutupi kepalanya, Rayban di sangkut pada bahagian hadapan baju t-shirt putih yang dipakainya. Mengekori mama yang mula menyusuri gerai demi gerai dalam kawasan lapang yang sangat luas berhampiran stadium Melawati itu, sambil memerhati gelagat para penjual, peraih, dan pengunjung pasar.
‘mama, tak nak berhenti makan dulu, itu ada Char kueh teow ma!’, Sofiya sangat teruja melihat seorang penjual makanan di salah sebuah gerai menggoreng Char kueh teow  kegemarannya di medan selera yang disediakan dalam kawasan pasar tani berkenaan.
‘Mari lah cepat kalau nak makan tu, nanti mama nak pergi cari ketam dan telur ikan pulak!’, Puan Salmah memerhati kearah meja-meja pelanggan yang agak sesak itu.
‘disana tu ma!’, Sofiya mendahului mamanya kearah meja kosong yang sedang dibersihkan oleh seorang pekerja. Puan Salmah mengekori anaknya yang serba lincah itu tanpa banyak soal lagi. Sofiya sudah duduk di kerusinya, mengambil order daripada seorang pekerja yang berdiri dihadapannya.
‘ma nak minum apa?’, Sofiya memegang lengan mamanya manja. Sifat manjanya tidak pernah lekang walau seminit pun!
‘mama nak Nescafe tarik, dan mee goreng basah ya dik!’, Puan Salmah mendongak kearah pekerja yang masih menunggu order daripadanya, seorang anak muda yang kelihatan sangat innocent, menyebabkan Sofiya tiba-tiba teringatkan seseorang.
‘Errr… kejap. Awak pernah sekolah menengah di Tanjung Malim tak dulu?’
Puan Salmah menepuk lengannya sambil tersenyum. Sofiya memandang wajah mamanya. Salahkah soalannya tadi?
‘tak kak, saya sekolah kat Klang saja!’ pekerja itu menjawab sopan, sebelum meminta izin untuk beredar.
‘kenapa Fiya tiba-tiba tanya? Kerja kat sini tak mungkin orang dari Perak sana tu!’ Puan Salmah memandang wajah anaknya. Sofiya sekadar tersenyum hambar. Wajah pekerja itu iras dengan seseorang dalam mindanya. Malu lah kalau mama tahu!
‘lama dah kita tak makan pecal ma!’ Sofiya melarikan diri daripada terus ditanya mama, terbayang dimatanya akan pecal masakan Mbah Ginam yang dulu selalu menjadi sarapan paginya.
Puan Salmah hanya mengiyakan. Terbayang wajah tua Mbah Ginam, jiran rumahnya ketika mereka masih menetap di Ipoh semasa dia masih kecil dulu, sebelum arwah papanya diarah bertugas di Paka. Dan, sebelum dia berpisah dengan seseorang yang mengajarnya erti zaman remaja seorang budak yang taksub pada guru kesayangannya itu! Sebuah keluhan dilepaskannya berat.
‘boleh saja nanti kita balik sana ziarah Mbah tu jika Fiya nak makan pecal tu, entah apa khabar Mbah sekarang agaknya’, Puan Salmah memerhati tingkah pekerja yang meletakkan sarapan pagi yang mereka tempah di meja. Sofiya mengangguk setuju.
‘kita ajak abang Mal sekali ma, boleh jengok kebun atok di Tanjung Malim jugak, entah pokok durian yang arwah papa tanam tu dah berbuah!’, Sofiya mengenggam tangan mamanya, melemparkan senyuman, sebelum menjamah Char keh teow kegemarannya. Merindui abang Ikmal yang tidak begitu mahu melayannya, lebih banyak masanya hanya dengan isteri dan anak-anaknya sahaja.
‘ha’ah, nanti kita balik sana, entah betul ke Pak Hamid boleh menjagakan kebun atok tu, cepat lah makan, nanti ada kerja di KL kan!’


BAB DUA; RINDU DIPENDAM.
Kenyang menikmati Char kueh teow bersama mama pagi tadi masih terasa, belum ada tanda hendak menjamah makanan lagi. Suasana di ruang makan The Tea Longue aman dan mendamaikan tengahari itu, jauh daripada hiruk-pikuk di luar hotel.
‘Cik puan Sofiya Hani Zaini!’, Sofiya yang sedang membaca SMS dan emel mendongak. Seorang lelaki tinggi lampai bertali leher coklat berdiri di sebelahnya, dengan senyuman terukir dibibir.
‘Owhhh, ya, saya Sofiya Hani. Saudara ini staf baru Encik Mahmood, wakil daripada MUTIARA Holdings ke? Tak pernah jumpa sebelum ni?’ Sofiya menjemput lelaki itu duduk. Perlahan gerangan yang dipanggil staf baru Encik Mahmood itu mengambil tempat berhadapan dengan Sofiya.
‘Ya cik puan, saya Farid, Encik Mahmood minta saya jadi wakil untuk berjumpa cik puan pada hari ini, err, jika boleh saya tahu, siapa lagi yang akan hadir bersama cik puan?’ Farid mendongak kearah CEO muda syarikat Dato Kasrin itu. Sungguh bergaya orangnya, cantik wajahnya, manis dipandang, dengan bulu keningnya yang tebal hitam, ditambah dengan bibirnya basah berwarna merah jambu, dengan makeup yang tidak terlalu tebal, tetapi kecantikannya sudah cukup terserlah.
‘Errrr, Encik Farid nak minum?. Kita ambil order dahulu, sementara saya menunggu peguam syarikat kami dan wakil syarikat Insuran sampai, jalan jammed katanya di Pandan Indah!’ Sofiya yang agak rimas direnung oleh Farid bersuara sekadar hendak menjaga hubungan silaturahim. Sebelum ini Encik Mahmood yang hadir setiap kali meeting diadakan, tapi kali ini dengan orang baru pulak. Seperti ada kemajuan disitu kan!
‘Okay, boleh saja!’, Farid memberi isyarat kepada salah seorang pelayan di restoran itu datang ke meja mereka.
Sofiya juga menoleh, memerhati seorang anak muda sedang membawa kertas menu di tangan menghampiri dia dan Farid. Mana lah si Adam Husni ni, tak sedap lah rasa aku duduk macam ni, si Marina pun tak Nampak batang hidung lagi!
Sofiya membiarkan Farid mengambil order, sementara jejari runcingnya sibuk menaip SMS kepada dua orang ‘Hantu’ yang belum menampakkan diri!
‘kenapa macam resah saja?, tak selesa dengan saya ke?, saya ambil pasta for four salready. You mahu apa-apa tak? Yogurt? Aiskrim?’ Farid tersenyum melihatkan Sofiya menyisir rambut panjang dan kerinting halus yang berwarna perang itu dengan jemari runcingnya sambil memandang kearah pintu masuk, dia kelihatan sungguh menawan!
‘tak, it’s okay!’, Sofiya yang sudah tidak keruan rasa menjawab ringkas.
‘Aiskrim? Farid menyebut tentang aiskrim, teringat dia akan seorang budak matang yang sangat suka berkongsi aiskrim dengannya suatu masa dahulu. Hmmm… Hiba mendesah dalam dada teringat akan anak muda yang hilang entah dimana dan kemana.
Lirih wajah Sofiya berubah serta-merta melihat susuk tubuh Adam di muka pintu. Dalam diam dia menarik nafas lega!
‘Hai semua, maaf lambat!’, Adam Husni, seorang lelaki hitam manis yang tidak kurang juga gaya segaknya mengambil tempat di sebelah Sofiya sambil bersalaman dengan Farid.
‘Thank God Adam, ingat terpaksa tangguh meeting tadi, kenalkan Encik Farid, wakil Encik Mahmood untuk hadir disini pada hari ini’ Sofiya saling memperkenalkan kedua lelaki itu.
‘Orang baru di syarikat Tan Sri Halim?’, Adam mendongak kearah Farid sambil tangannya menyelak buku catatan di meja. Seorang pelayan datang ke meja menghidangkan jus Strawberry, pasta dan sardine sandwich seperti di pesan oleh Farid.
‘Ha’ah, baru masuk kerja dalam 5 bulan, actually baru habis belajar di Australia, balik sini then tak lama lepas tu dapat masuk syarikat itu’, Farid seorang yang mudah mesra. Masing-masing mendengar dengan minat. Adam sudah mula menghirup jus di hadapannya.
‘kita makan dulu, after makan terus mulakan meeting lah, Marina tak dapat datang kerana ada hal, SMS dia baru sampai, so, kita go on saja lah!’, Satu persatu dan jelas Sofiya mengatur majlis ringkas itu. Farid yang menatap wajahnya sejak tadi mengangguk setuju.
‘Okay, silakan semua!’, Adam mengangkat gelas berisi jus Strawberry dirapatkan kepada gelas Sofiya, sambil melemparkan senyuman kepada Farid. Sofiya agak kekok diperlakukan begitu dihadapan Farid yang baru dikenali, namun, tetap mengikut rentak Adam Husni.
‘ya, silakan, enak sungguh rasanya!’, Farid melirik Sofiya dengan senyuman bermakna. Sofiya sekadar mengangguk sebelum turut menikmati juadah tengahari itu. Terasa seolah Farid sedang hendak ‘mengoratnya’, namun, hatinya tiada ‘perasaan’. Perasaan cintanya hanya pada seseorang, yang jelas entah dimana, entah wujud atau tidak lagi! Bukan lah cinta sebenarnya, mungkin perasaan kasih, atau hanya sekadar perasaan sahaja.  Dalam kepalanya hanya kerjaya. Teks meeting seolah sudah menari dalam kotak fikirannya, makan nya menjadi lambat beralun, tidak seperti Adam Husni yang bersungguh menghadap rezeki, dan orang baru itu? Farid? Sofiya mendongak seketika, dia mencuri pandang…….


BAB TIGA; LELAH DIRASA.
Sofiya sudah kehabisan tenaga. Dia keletihan. Badannya dibaringkan di sofa berwarna kuning raja di ruang tamu. Bik Siti juga sudah berehat didalam biliknya di sebelah ruang dapur kering selepas menghidangkan hidangan makan malam di meja makan sebentar tadi. Kedengaran suara Puan Salmah mengaji al-Quran dari arah biliknya dibelakang ruang tamu itu. Setiap channel pada skrin layar TV flat jenama VIERA 50” ditekan, tiada satu pun yang mencuit hatinya. Malah dia hampir terlelap.
Tit! Tit! Iphone 7S nya di atas meja kopi berbunyi.
‘hai Fiya, buat apa tu?’, Melisa yang sentiasa ceria dan cepat mesra mengekek di hujung gagang. Sofiya menggeliat.
‘Aku baru balik kerja, letih badan aku ni, come here and massage me please!’, Sofiya membiarkan jari-jemarinya bermain dengan rambut kerintingnya yang panjang di paras pinggang sambil merenung kipas siling yang berputar ligat di atas kepalanya.
‘hei mengada-ngada lah bos ni!, kau tak tanya pun aku kat mana ni?’, Melisa yang ligat dengan salon kecantikan dan Andaman itu terus mengekek kuat. Sakit telinga Sofiya dibuatnya.
‘okay, okay, kau kat mana tu?, jangan kata kau kat depan rumah aku, aku letih ni!’, Sofiya berasa tidak sedap hati. Dia benar-benar tiada daya untuk melayan karenah sahabat baiknya itu. Melisa selalu membuat kejutan ketika tenaganya habis seharian di pejabat.
Melisa ketawa semakin kuat.
‘buka lah pintu pagar ni, aku nak masuk!’, Melisa menjerit di hujung talian sebelum talian diputuskan.
Dah agak dah, aduh, Ini mesti nak ajak aku hang out! Sofiya memprotes dalam hati, tak pernah ditunjuk terang-terangan dihadapan sahabat baiknya itu.
‘siapa tu Fiya?, kenapa macam histeria saja mama dengar?’, Puan Salmah berdiri di anak tangga ruang tengah rumah dengan Al-quran kecil di tangan.
Sofiya berpaling menoleh mamanya dengan senyuman keletihan tanpa bersuara, lalu terus melangkah perlahan kearah pintu utama. Melisa sudah tercegat di hadapan pintu pagar, dengan ketawanya yang belum reda. Sofiya menjuihkan bibirnya.
‘malam ni kemana pulak kau nak ajak aku ya?, esok aku ada meeting dengan Dato tau. Massage aku dulu please!’, Sofiya membiarkan Melisa memeluk lengannya masuk ke dalam rumah, duduk di sofa empuk tempat Sofiya landing tadi di ruang tamu.
‘okay, okay, meh aku urutkan, engkau ni kan, tadi meeting, esok meeting lagi, dari dulu tiap hari kau meeting, tak da kerja lain ka?’, pelat Kedah Melisa mula berterabur jika dia tidak puas hati sambil tangan andamnya mula mengurut bahu dan belakang badan Sofiya.
‘Eh, kau ni pulak yang lebih, ikut suka hati boss aku lah!, Sofiya menyiku sahabatnya yang bermulut becok itu sambil merasakan nikmatnya diurut ketika sedang letih. Dan, akhirnya matanya terpejam sambil mulut Melisa belum bernoktah membebel, bercerita tentang kerenah pelanggan yang datang ke salonnya sepanjang hari. Sofiya mendengar sahaja tanpa menyampuk sedikit pun, Cuma tangannya menjamah dan mulutnya mengunyah fun fries yang dibawa oleh Melisa.
‘Lisa, baru habis kerja ke?’, Puan Salmah menyapa dari arah belakang usai solat Isyak. Melisa yang baru selesai mengurut Sofiya yang sedang berangan itu menoleh.
‘ya auntie, malas nak balik rumah sewa, singgah sini lah dulu, hajat nak ganggu dia ni, tapi kena jadi tukang urut pulak!’, Melisa tersenyum lebar sambil menumbuk bahu Sofiya.
Aduh!
‘kalau begitu, makan disini dulu lah, auntie ada masakkan ketam lemak cili api untuk Fiya, boleh kita makan sekali!’, Puan Salmah tersenyum sambil memegang bahu anak perempuannya.
‘Owhhh, sedapnya!’, Melisa menoleh Sofiya mengangguk tanpa kata lagi.
‘mama tak panggil abang ke?, Fiya rindu lah nak makan dengan abang!’, Sofiya mencubit pipi Melisa lalu menapak kearah ruang makan di dapur kering membontoti mamanya.
‘mama telefon dia petang tadi, kak Bie kamu kata abang out-station pergi Kedah, mama telefon handset dia tak dapat!’, Puan Salmah menghidang makanan sambil dibantu oleh Melisa dan Bik Siti yang dipanggil keluar oleh mama. Sofiya sudah duduk di meja makan, masih keletihan.
‘ Uhhh baunya!’, Sofiya memerhati mamanya menghidang semangkuk besar ketam lemak cili api dihadapannya. Sungguh menggoda!
Masing-masing sudah mengambil tempat. Sofiya yang duduk di sebelah mama menadah tangan ketika mama membaca doa makan.
‘ermmmm, sedapnya auntie!, rezeki Lisa ni!’, Melisa tersenyum lebar sambil menikmati rezeki di hadapan matanya. Puan Salmah senyum mengangguk kearah Melisa.
‘Siti, mari makan sekali!’, Puan Salmah mendongak Bik Siti, amah Indonesia sekitar umur 30-an yang sedang menuang air jus ke dalam gelas itu.
‘Oh, tidak mengapa buk,selepas ini saja!’, Bik Siti menolak dengan sopan.
Sofiya terus saja meratah ketam yang enak tanpa mempedulikan sesiapa lagi,dek kerana lapar bercampur penat.

Melisa baru saja pulang, Sofiya menyisir rambut perangnya yang panjang paras pinggang di balkoni selepas naik mandi, sambil menikmati angin malam yang segar dan mendamaikan. Biar pun tiada bintang, malam tetap terang dek simbahan lampu jalan yang menerangi Taman perumahan Selesa Home seluas puluhan ekar itu.
Klik!
Sofiya menoleh kearah komputer pribadinya di atas meja berhampiran katil. Ada emel? Sofiya melangkah perlahan kearah komputer yang sudah lama tidak dijamahnya. Dia tiada masa untuk duduk menghadap komputer hanya untuk membuang masa.
‘Hai, saya ni, Farid, you remember?. Ini ada I attachkan file pelan kawasan Sungai Merbok yang mungkin boleh esok you tunjukkan dahulu kepada Dato Kasrin ya!. Sweet dream beautiful woman!
Sofiya sekadar membaca, tidak pula membalasnya. Dia membelek CD muzik Kitaro sebelum memasukkannya kedalam CPU, dan kemudian alunan indah muzik Kitaro berkumandang perlahan memenuhi ruang bilik berwarna purple dan kuning air itu. Matanya sudah layu, segera dia menghempaskan tubuhnya keatas tilam empuk di katil kayu jati antik itu.
‘Nak tidur dah sayang?’, matanya yang hampir lelap dibuka berat. Puan Salmah membetulkan comforter yang menutupi sebahagian tubuh anak nya.
‘mama, selamat malam ma!’, Sofiya membiarkan mamanya mencium dahinya lembut, sebelum dia mencium tangan Idola hidupnya itu.
‘ya nak, esok ada meeting lagi kan!’, Puan Salmah duduk dibirai katil anak perempuannya. Sofiya hanya mengangguk perlahan, matanya sangat mengantuk, tak tertahan. Puan Salmah mengusap rambut anaknya, sebelum menutup lampu dan keluar dari bilik itu.
  

BAB EMPAT;  MENAHAN SERIBU RASA
Suasana di ruang tamu rumah Dato Hashim agak tegang. Masing-masing menegakkan pendapat mereka sendiri. Dato Hashim mengurut dada, menahan panas hatinya dengan tingkah-laku anak lelaki sulongnya yang menolak mentah-mentah permintaan Tengku Mazlan, sahabat karib dalam perniagaan nya yang telah diusahakan belasan tahun itu.
‘bertenang lah papa, beri masa pada abang Qal, kasihan Una tengok abang tu!’, Husna mengurut bahu papanya sambil menoleh Datin Kasidah yang sibuk mengetik SMS pada Note 6 di tangannya. Entah siapa lah yang mami SMS waktu-waktu begini!
‘mana abang kamu dah pergi?, papa belum habis ayat lagi dia dah hilang!’ Dato Hashim menoleh kearah Husna, anak bongsunya yang manja itu. Dia akur yang dia memang kalah jika berhadapan dengan satu-satunya puteri tunggalnya itu. Itu lah kelemahannya sebagai seorang bapa.
‘apa lagi lah abang, kalau bukan ke futsal, atau pun pergi melukis di kedai dia!, papa nak minum air tak?’, Husna memeluk lutut papanya kasih. Dia kasihkan papanya, dia juga kasihkan satu-satunya abangnya! Dalam banyak keadaan, Husna selalu tersepit ditengah-tengah, tidak tahu siapa yang harus disokongnya.
‘abang, ini SMS daripada Tengku Norani, dia kata, Kina masih menangis dalam bilik tidak mahu makan!’, cuak Datin Kasidah memandang wajah suaminya
‘bik!’, Husna memnjerit memanggil Bik Munah yang tidak nampak kelibatnya. Papa dan mami sedang berdiskusi dengan serius tentang masalah abang Qal yang menyerabutkan kepalanya.
Husna bangun menuju ke ruang dapur Banglo Sri Wangi itu, mencari bibik nya entah dimana.
‘Bibik!!!’ Hingga ke laman belakang dapur basah, Husna menempik lagi.
‘Owhh maafkan bibik Una, bibik menyiram anak pokok chili abang Qal dibelakang itu!’, termengah-mengah seorang perempuan Indonesia dalam lingkungan umur 30-an muncul dihadapan Husna Syana.
‘papa dengan mami sedang tegang tu, bibik kena lah buatkan air, bibik buatkan jus orange ya!’, Husna membebel memerhatikan langkah bik Munah ke ruang dapur, segera menenggek air panas atas dapur.
‘air sejuk bik, papa suka jus orange sunquick kan, bawakan kek cheese sekali!’, Husna geram pula melihat cara bibiknya melakukan kerja waktu itu, lalu, ditinggalkan menuju ke ruang tamu dimana papa dengan mami masih berbincang.
‘cepat bik!’, Husna sekali lagi memecah kesunyian di rumah besar itu.
Selang beberapa minit kemudian, Bik Munah berlari anak dengan dulang di tangan, Husna mengambil tempat duduk dihadapan Skrin TV besar di sudut kanan ruang tamu itu, tidak mahu masuk campur perbincangan ibubapa nya.

Dato Hashim berdiri di ambang pintu rumahnya, Datin Kasidah setia menemani Dato Hashim sementara menunggu Talib membersihkan Mercedes-Benz GL 63 AMG,  SUV putih metallic kesayangannya di garaj. Entah mengapa dalam banyak-banyak kereta mewah yang ada di garaj, itu sahaja pilihan suaminya!
‘Qal balik pukul berapa malam tadi?’, Dato Hashim memandang wajah isterinya.
Talib membuka pintu kereta untuk majikannya.
‘dalam pukul 2 pagi, abang, abang jangan berkeras sangat dengan dia ya, kasihan Sidah tengok anak kita tu, dia seorang saja anak lelaki kita bang, kalau jadi apa-apa nanti macamana?’Ayatnya mati disitu, suara Husna dan Hayqal dari dalam rumah membantutkan bicaranya.
‘baik lah Sidah, abang ni kan papa mereka, nanti abang fikirkan Sidah, abang nak pergi ni!’, Datin Kasidah mencium tangan suaminya, sejurus menoleh kedalam rumah, tiada pula bayang anak-anak mereka muncul.
‘tak mengapa tu, mereka sedang makan breakfast!’, Dato Hashim masuk kedalam perut kereta mendengarkan kata-kata isterinya. Sudah lambat dia masuk pejabat hari itu.
Datin Kasidah mengiringi pemergian suaminya hingga hilang disebalik pagar tembok yang  tinggi mengelilingi rumahnya, sebelum menjengok anak-anaknya di ruang makan
‘sedap nya mee goreng ni, mami masak ke?’, Husna yang sudah siap berbaju kurung untuk ke kampus sedang menikmati hidangan pagi di meja.
‘ya lah, mami masak kan sedap!’, Haiqal menolak kepala adiknya.
‘abang!’, Husna membalas pula.
‘eh, mana adab di meja makan ni?, cepat lah makan tu?, Una kelas tambahan pukul 9 kan?, sekarang dah pukul berapa? Datin Kasidah turut menikmati juadah pagi yang disendukkan oleh Bik Munah dihadapannya
‘biasa lah dia ni mami, suka ponteng!’, Haiqal menghirup air Nescafe panas dihadapannya usai menikmati mee goreng masakan ibunya
Husna menjelir lidah kearah abangnya.
‘Qal hantar adik biar sampai depan pusat tusyen nya, jangan di bahu jalan, nanti adik tak masuk kelas pulak!’, Datin Kasidah seolah memahami kerenah anak-anak bersuara.
Haiqal ketawa berdekah-dekah. Pandai mami nya menyindir Husna Syana.. Ha ha ha
‘Una tak nak abang Qal hantar, Una nak mami hantar!’, Husna membuat memek muka merajuk, geram disakat oleh abangnya begitu.
‘mami tak ada apa nak dibeli, mami tak keluar hari ni, Qal jangan lah usik adik lagi!’, Datin Kasidah menjeling anak lelakinya. Pemuda yang sudah berusia 25 tahun itu, tetapi masih suka menyakat adiknya, belum matangg lagi, pantaskah hendak ditunangkan kerana urusan bisnes orang tua, huh!
Haiqal masih ketawa.
‘Una mintak belikan kereta, mami dan papa tak bagi, Una nak naik dengan mami, tak nak naik dengan orang separuh cacat ni!’, Husna meneguk air susu segar di cawannya geram.
‘okay lah mami, Qal pergi kedai dulu ya, mami settle kan lah budak tak cukup umur tu!’, Haiqal dengan ketawa yang masih bersisa menicum tangan ibunya sebelum mencapai baju kot yang tersangkut di kepala sofa dan menuju ke garaj.
Husna menjelir lagi kearah abangnya, Datin Kasidah menggeleng kepala, memang boleh pening menghadapi kerenah dua orang anaknya itu. Dari kecil sampai ke besar lah mereka macam tu!
‘terpaksa lah mami keluar, Una Una!’, Datin Kasidah menghabiskan mee gorengnya sebelum naik ke tingkat atas menyalin pakaian.
‘sayang mami!’, Husna yang masih mengunyah mee dipinggan menjerit kearah ibunya yang berlari anak ke tingkat atas rumah besar itu.

Haiqal mundar-mandir dalam ruang kedainya. Dia benar-benar tertekan. Permintaan dan desakan papa bermain dalam kotak fikirannya. Dia tak mungkin dapat mengahwini perempuan yang dia tidak cinta. Dia bukan lelaki yang mudah jatuh cinta kot! Apakah cinta dan perkahwinan boleh dipaksa? Bahagia ke berkahwin tanpa ada perasaan cinta dan sayang?
‘Encik Haiqal, Dato panggil encik datang ke pejabatnya!’, Murni, kerani dari pejabat Dato Hashim menelefon telefon Sony Xperia S2 miliknya.
‘sekarang?, saya baru buka kedai ni!’.
‘ya, dato kata sekarang encik!’, suara gusar Murni melelahkan Haiqal. Papa selalu macam tu, buat muka serius sampai kerani dia pun takut!
‘okay, kejap lagi saya datang!’, Huh!, papa, papa, selagi aku tak bagi jawapan yang memuaskan hati nya, pasti tak akan selesai! Haiqal duduk dimeja, gambar potret lama seorang gadis tersenyum manja sambil memeluk anak kucing diatas mejanya direnung lama, hiba terasa menekan dada!
‘dimana aku nak cari engkau wahai permaisuri hatiku?’, gumam hati lelakinya sambil melangkah berat menuju ke pejabat pengarah urusan Titian Network Sdn Bhd, sebuah syarikat pengiklanan yang megah di Lembah Kelang itu.


BAB LIMA; DIPAKSA DAN TERPAKSA.
‘duduk Qal!’, Dato Hashim yang sedang berbual dengan Tengku Mazlan di sofa mendongak kearah  pintu bilik pejabatnya. Owhhh, serba salah Haiqal dibuatnya, dia tidak tahu pula papanya ada tetamu, tetamu yang membuatnya menjadi semakin tertekan lagi!
Haiqal bersalaman dengan Tengku Mazlan, sebelum mengambil tempat duduk berhadapan mereka berdua. Dato Hashim dan Tengku Mazlan memandang tepat kearahnya. Dada Haiqal berdebar, namun sedaya-upaya bibirnya mengukir senyum.
‘Uncle nak dengar sendiri daripada mulut Haiqal, supaya semua perkara jelas!’, suara garau lelaki hartawan yang selalu menolong papa dalam dunia perniagaan itu menjadikan Haiqal terasa disepit dan terhimpit.
Dato Hashim mengangguk setuju.
‘papa, uncle, Haiqal belum bersedia menerima Tengku Syakinah menjadi isteri Haiqal lagi, Haiqal minta maaf banyak-banyak uncle, papa, ini soal hati dan Haiqal rasa tidak boleh dipaksa, Haiqal tidak mahu Tengku Syakinah tidak bahagia nanti, lagi pun Haiqal baru 25 tahun, terasa masih mentah lagi nak pikul tanggung-jawab yang besar begitu!’, tulus Haiqal bersuara, dan seketika menunduk merenung karpet coklat yang menghiasi lantai pejabat papa.
‘Haiqal kena faham bahawasanya umur bukan menjadi masalah, perniagaan papa dan uncle Tengku harus dijaga juga, ini melibatkan jatuh naik saham dalam perniagaan kita ni Haiqal, perniagaan keluarga kita!’, kata-kata papa bukan lah sokongan positif untuk nya kala itu, Haiqal mendiamkan diri. Hanya itu yang dia dapat buat ketika itu!


#UNTUK TAHU LEBIH LANJUT KISAH HAIQAL DENGAN CINTA ANEHNYA.... BOLEH PRE-ORDER NOVEL 38 BAB INI....Email kepada ALAMAT DIBAWAH.
 'PRE-ORDER' RM20 (hubungi: imaninuryase@gmail.com)