I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Tuesday, December 10, 2013

FOURTH DAY - MORNING IN HONGDAE

 Pagi itu adik tak nak keluar GH,.. Tak nak ikut jalan2 sekitar Hongdae. Kaki semua sakit,. sejuk sangat, penat sangat. Okay lah adik sayang, adik tinggal dalam bilik, tapi mesti kunci pintu rapat(for safety). Lagi pun Hongdae tu jiran sebelah Sinchon saja, dekat sangat, 5 minit sampai.

Aku dan abang long keluar dalam keadaan salji turun, suhu -2'C . Sebab tak dapat pergi restoran Gary Leessang yang jauh dari situ, kami nak pergi jenguk RESTORAN HAHA OPPA RUNNING MAN tu. Tak dapat pergi ke RESTORAN GARY sebab cuaca,.. salji yang kami tak biasa,.lain lah orang korea, aku tengok skirt pendek selamba saja dalam salji, macam tak sejuk jer!!!


Salji turun dengan sejuk angin menyusuk tulang sum-sum ku sebaik pintu rumah GH dibuka..... CABARAN, FIGHTING!!


Macam tu rupanya salji!!!... Kemaruk pula aku,dalam sejuk menggigil,sempat lagi aku cuba nak tangkap salji yang turun tu,.hinggap di baju aku, hinggap di muka aku,.. OHHHH....Macam tenggelam dalam air batu jer!!!!


Singgah jap kat GS25, Kedai macam pasar mini lah disini. Apalagi kalau tak cari susu pisang,.abaang long suka cari pau red bean dan chocholatte panas.



Kami menaiki teksi ke Hongdae. Habis 5,000 won. Nampak bangunan bentuk macam kat bawah ni,iaitu bangunan SASANG MADANG ( Running man pernah filming di bangunan ni kan!),  kita tahu dah belakang bangunan tu arah kiri adalah RESTORAN HAHA,.Senang sangat nak cari restoran Oppa Haha tu,...

Nampak tak signboard kuning di belakang bangunan SASANG MADANG yang tersergam ni?. Restoran HAHA sebaris dengan bangunan yang nampak signboard kuning tu!!!...


Comel kartun tu!. Simbol HAHA OPPA yang comel dalam RUNNING MAN. Kami pun cross the road nak ke restoran tu,...


Tapi malangnya,. Haha tak ada,.. Restorannya tu buka dari petang ke tengah malam,. Pagi tutup. Haha pula katanya pergi filming.. SEDIH,. DATANG JAUH BERIBU2 BATU TAPI TAK DAPAT JUMPA ANY MEMBER OF RM ESPECIALLY MC.... Uhuk, uhuk..


Kami pun jalan-jalan sekejap sekitar Hongdae,... Cantiknya Hongdae, dengan poko berwarna-warni,. kagum sungguh, Hebat ciptaan ALLAH TAALA... 


Abang long terjumpa sebuah kedai jual seluar jean for men and women, skinny type of jean. Tersangkut sehelai seluar jean putih ( 19,000 WON). Okay lah, abang dah dapat sehelai seluar jean,.. cukup lah tu buat kenangan pernah sampai ke Korea ni....


Jalan ke arah HONGIK UNIVERSITY.  Teringat aku pak cik teksi tu, nak nyebut Hongik university sampai sengau hidung aku baru lah dia faham,... ;)


Tak dapat masuk restoran HAHA,.Kami pun terus lagi menuju ke arah TRICK EYE MUSEUM yang berhampiran. Cuma kena belok kiri dan kanan saja lah kalau jalan kaki, tapi kami ambil teksi,.tak sempat panas punggung dah sampai,.habis 3,000 won. Huhuhu.....


Walaupun dalam keadaan hujan salji yang amat4 dingin,.. ramai orang datang berkunjung ke museum ini termasuk lah aku dan anak ku,...Tiket dapat voucher aku ambil daripada Internet,.dapat lah diskaun sikit. 

So, tiket masuk kami pada pagi itu ialah 12,000 won seorang ( TRICK EYE MUSEUM + ICE MUSEUM). SAYANGNYA GAMBAR2 AKU DAN ANAK KU BERPOSING DALAM MUSEUM2 TU TAK DAPAT LAGI KU TUNJUKKAN DISINI KERANA TERSIMPAN DALAM KAMERA LUMIX DAN USB PUN TAK ADA. INSYA ALLAH, Nanti aku masukkan gambar2 kami dalam MUSEUM ini di lain halaman .



Ini adalah sarapan kami dua beranak pagi ini. SEDAP NYA LAH!!!!. Nasi nya macam beras + pulut + nasi dagang kita. Di tengah2 nasi gumpal tu ada tuna dan cheese. SEDAP TAK TERKATA LAH, Harga nya 1,500 won. Nak cuba buat sendiri lah nanti!!


Pukul 12.30 kami dah balik ke Sinchon semula. Singgah beli kek dulu, abang long nie, macam2 nak,asyik lapar saja.....


Macam2 kek ada,.. Abang nak kek oreo. Kami tanya ada campur apa2 yang tak sepatutnya tak?. Bila dah yakin tak ada, abang pun beli satu. Aku beli sandwich tuna untuk adik. Kek OREO tu 7,000 won, dan sandwich adik 5,000 won termasuk AMERICANO FREE. 


Sementara tunggu kek dan sandwich siap,.... Aku lihat sekeliling kedai, kedai high-class jugak lah. Macam mak2 datin jer yang hangout kat situ, chatting among them,.....


Mungkin tempat lepak yang suitable sebab salji turun lebat kat luar tu. Di bahagian belakang bangunan kedai ni adalah GH aku,... jalan kaki laju2 dalam salji, nak cepat masuk kedalam rumah,... SEJUK!!!!!



Bersambung ke sesi petang di MYEONGDONG................




3RD DAY - NATIONAL MUSEUM OF KOREA

Selepas Geyongbokgung Palace tutup,.kami pun masuk kedalam museum ini. Dimana?. Geyongbokgung Station - keluar tu terus nampak PALACE dan museum ini berhadapan sahaja dengan PALACE ini,.. Dari PALACE ini sebenarnya, jalan terus ke belakang akan jumpa dengan THE PRESIDENT BLUE HOUSE,.. tapi aku tak pergi sebab anak2 aku ni kejap2 penat,.kejap2 penat... Manja...



NATIONAL MUSEUM OF KOREA


Dalam museum yang aman, sunyi, panas... rehat sambil cari internet....



Antara yang dipamerkan dalam Muzeum itu.....










Hampir sejam duduk dalam museum tu,.. kami pun bergerak ke Geyongbokgung Station untuk pergi ke Angguk Station...




Bersambung lagi.....





Monday, December 9, 2013

3RD DAY - DONGDAEMUN MARKET

Cantik kan, CHEOGYECHEON STREAM ni panjang (5.8 km) lebih kurang lah, sampai ke Myeongdong entah kemana lagi....
Kanan sungai tu komplek beli-belah, yang ada medan ikan bakar tu...
Kiri sungai tu pulak PYONGHWA CLOTHING MARKET... Berhadapan dengan PYONGHWA TU ADA BANGUNAN DOOTA. Dalam DOOTA tu, naik ke tingkat 5, ada kedai jual souvenir dan cenderahati murah lah,ramai orang malaysia kat situ masa aku sampai....


Pyonghwa Clothing market






Bangunan DOOTA



Keluar dari bangunan DOOTA, aKU PATAH BALIK KEARAH KANAN SUNGAI TADI, ADA MEDAN IKAN BAKAR SITU KAN,.... Kedai ikan bakar ni tersembunyi sikit, cari saja PAKCIK JUAL STRAWBERRY TU, depan gerai pakcik tu lah kedai ikan bakar nie, memang terkenal dalam kalangan traveller malaysia. Vegetarian, jadi kita pun yakin,. nama lagi di negara orang,.. TAWAKKAL..


Tukang masak ikan ni peramah dan baik,..Ikan bakar tu semuanya dalam 7,000 won




Side dish mereka,... Nasi tu nampak macam sikit kan, tapi cukup utk perut kita, kenyang makan, nasinya sedap, macam beras pulut pun ada tapi bukan pulut..... SEDAP!!


tUNGGU ikan bakar,.. borak dulu...


Mackerel punya lah SEDAP, Alhamdulillah!!!
Kami makan disni habis dalam 14,000 won.


Nampak TAE'S COFFEE tu?. Sebelahnya kedai ikan bakar nie....


Gerai jual jus strawberry, anak2 suka sangat, SEDAP mereka kata....



Pakcik tu bagi mereka rasa strawberry nya..



Antara cenderahati yang aku beli untuk family n friends di BANGUNAN DOOTA tadi......



Suratkhabar korea,.saja beli bawak balik Malaysia,..untuk kenangan pernah sampai aku ke KOREA,... ;)



Bersambung pula tentang National Museum nanti ya,......





3RD DAY - WALKING IN INSADONG STREET




Di Insadong penuh dengan wajah -wajah artis,.. My daughter memang gilakan artis Korean nie,... Seronok lah dia.. Yang paling banyak adik fokuskan adalah TOP, Lee Min Ho, Bigbang, dan Kim Woo Bin serta Jong Shuk..







Selain daripada muka-muka artis ni,. terdapat banyak cenderahati lain seperti dalam gambar di bawah nie,. Aku tak beli apa2 cuma cuci mata sahaja. Aku lebih cari makanan, Nasi dari kelmarin tak jumpa-jumpa nie.....






Lorong semua diredah, survey kedai makan yang memang banyak di Insadong nie,. Cari yang HALAL boleh dimakan, dan murah... Huhu NASI OOO NASI,....







aKHIRNYA KAMI JUMPA LAH SATU KEDAI IKAN BAKAR NIE,.... KAMi pastikan NO PORK, NO ALCOHOL. mEREKA ADA YANG TAK FAHAM KALAU CAKAP no pork ATAU no meat NIE,.. Kami cuba cakap cakap guna bahasa mereka, main tibai cakap.... KOGI ANDEH!!, SIAP DENGAN BAHASA ISYARAT JARI DAN TANGAN TUNJUKKN TAK NAK tu,... Seksa betul nak makan di negara orang nie,... Rindu kat negaraku yang aman harmoni, banyak nasi dan lauk!!!



Mereka memang sediakan banyak SIDE DISH,.. Tempah apa nak dimakan, side dish macam ni memang akan dihidang,... Aku paling suka KIMCHI lah, sedap,.pedas campur masam,....
Hidangan side dish kat dalam gambar tu ; sup rumpai laut, Kimchi, salad kubis, taugeh celup, dan cendawan celup...


Aku makan tu BIBIMBAP, iaitu Nasi korea, campur kacang tanah masak pedas, sayur-sayuran spt kangkung dan taugeh, ditengahnya ada telur mata kerbau... DELICIOUS!! Adik makan Nasi goreng kimchi, pun sedap. Aku kongsi dengan abang long yang tak lalu nak makan sebab penat,. Kami makan tu habis  13,000 won.



Lorong nak datang ke restoran aku makan tadi....



Snack yang dibeli di INSADONG.  Lepas makan kami terus berlari ke elevator tak jauh dari restoran tu, waktu tu anging kencang yang sejuk tergiler ,.. Huhuhu, menggigil kami kesejukan. Dalam elevator pun boleh rasa lagi sejuknya. Dari Insadong Station tu, kami mengambil subway ke Dongdaemun pula,.. berhenti di Dongdaemun Station.




Bersambung lagi,.....