I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 01125522013


Wednesday, October 30, 2013

MAJLIS "REWANG" ORANG MELAYU-BANJAR

Apakah MAJLIS REWANG?. Atau dipanggil HARI REWANG. Iaitu, hari sebelum kenduri besar dalam sesuatu kenduri perkahwinan. Jika duduk kenduri kahwin adalah hari SABTU, maka, hari REWANG NYA adalah hari JUMAAT.Terdapat juga hari rewang nya 2 hari, iaitu Khamis dan Jumaat. Bergantung kepada besar atau kecil kenduri yang hendak diadakan. Atau, berapa banyak hidangan lauk-pauk yang hendak disediakan untuk hari duduk kenduri.

Ia juga dipanggil hari persediaan. Para ibu, iaitu jiran tetangga perempuan lebih awal sibuknya. Hari Khamis lagi, mereka sudah berkunjung ke dapur rumah kenduri, untuk menyediakan kueh-mueh, ole-ole bagi para jemputan nanti. Hari jumaat adalah lebih sibuk lagi. Biasanya, sehari sebelum kenduri begini, makcik2, jiran-jiran perempuan berkumpul di dapur dengan kerja masing-masing. Ada yang mengupas bawang cabai, ada yang merebus telur, ada yang memotong sayur-mayur, ada yang menyediakan rempah-ratus, ada yang menyediakan lauk-pauk untuk para pekerja hari rewang tersebut.

Dirumah emak baru-baru ini telah diadakan kenduri kahwin adik ku yang keenam, hari JUMAAT adalah hari rewang utama untuk majlis kenduri kahwin itu. Para jiran telah mengadakan mesyuarat 2 minggu sebelum ini, dimana mereka telah diagihkan tugas awal-awal lagi, supaya majlis rewang dan kenduri berjalan lancar.Dua orang ketua juga dilantik oleh tuan rumah sebagai wakil untuk menguruskan majlis rewang dan kenduri nanti.

Antara kerja-kerja yang dilakukan mereka dalam majlis HARI REWANG Ialah;


Kumpulan ibu ini duduk diruang tamu rumah emak, mereka sedang membungkus telur yang telah direbus semalam



Kaum ibu ini pula berkumpul di ruang Beranda, mereka sedang mengupas bawang cabai dan kentang



Makcik-makcik ini pula di ruang Beranda dapur, mereka sedang menyediakan kueh dan lauk makan pekerja2 hari rewang ini



Sambil masak lauk hari rewang, mereka makan sambil berbual/bersembang



Makcik ni basuh pinggan, emak berbaju purple ni nak keluar, ada lah yang memanggil emak di luar tu



Para bapa di belakang rumah, mereka sedang melapah, merebus daging lembu, serta menanak seperiuk besar nasi untuk hari rewang


Kenderaan jiran-jiran diparking di rumah jiran sebelah, sebab depan rumah emak sudah ditegakkan SERUBUNG atau Khemah besar untuk para tetamu



Meja untuk MAKAN BERADAP yang belum dihias oleh tukang hias pengantin & andaman
Boleh nampak khemah besar turut dipasang di hadapan rumah jiran sebelah kanan pula, untuk para tetamu lelaki esok hari



Ini BUNTRUT untuk keluarga sebelah pengantin perempuan yang akan datang esok hari


YANG MENARIKNYA, semua dengan tugas masing-masing dalam menjayakan kenduri kahwin ini, mereka bekerjasama, tolong-menolong, saling membantu menyiapkan kerja kenduri. Sambil bersembang, ini dapat mengeratkan silatur rahim antara jiran. Ukhwah dan saling kekitaan masih tampak jelas dalam menjayakan hari kenduri kahwin di kampung-kampung begini.

Pernah aku terfikir, 10 tahun dari sekarang, apakah majlis REWANG ini masih wujud???



25/oktober/2013 - hari REWANG di rumah emak di kampung sempena perkahwinan adik HANIF ku






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.