Definisi
Kata dasar bagi perkataan ‘Relativiti’ adalah ‘relatif’ yang bermaksud saling berkaitan
atau yang berhubungan antara satu sama lain. Sebenarnya, konsep ini adalah
hampir serupa dengan konsep Subjektiviti. Relativisme - Menilai sesuatu
kebudayaan sebagai sesuatu yang relatif kerana ia tidak dapt dinilai secara
objektif. Penilaian sesuatu kebudayaan itu ditentukan oleh perspektif
kebudayaan itu sendiri. Relativisme
budaya adalah pandangan bahawa semua kepercayaan, adat, dan etika adalah
relatif kepada individu dalam konteks sosial sendiri. Dalam erti kata lain,
"betul" dan "salah" adalah budaya tertentu; apa yang
dianggap moral dalam satu masyarakat boleh dianggap tidak bermoral dalam satu
lagi, dan, kerana tiada standard universal moral yang wujud, tiada siapa yang
berhak untuk menghakimi budaya masyarakat. Relativisme budaya adalah
penghakiman budaya lain dengan standard budaya sendiri. Perintah sosial
masyarakat berbilang budaya kita dipertingkatkan apabila kita mengamalkan
relativisme budaya.
Manakala, ‘Budaya’ dalam sesebuah masyarakat itu
pula, bermaksud kumpulan masyarakat itu yang mengamalkan adat resam, makanan,
pantang larang, kaum dan sebagainya. Kebudayaan dalam Bahasa Inggeris dipanggil
sebagai “culture” merupakan perkataan yang paling sesuai untuk definisi
kebudayaan – Ia merupakan cara hidup
manusia di dalam kedua- dua bidang iaitu pemikiran dan kebendaan yang meliputi agama,
ilmu pengetahuan, sains teknologi, ekonomi, undang-undang, seni bina dan
sebagainya. Ia diwarisi dari satu generasi ke generasi lain dan berbeza dari
satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain (Collins, 1982: 126).
Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang
pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi,
ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya.
Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan
budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling. (E.B. Taylor) pula mentafsir makna Budaya sebagai
keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan
dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
Dalam semua perdebatan dan perbincangan
mengenai relativisme budaya, budaya di mana perkara-perkara seperti nilai-nilai,
moral, persepsi, piawaian, dan sebagainya dikatakan (atau tidak menjadi)
berbanding ditinggalkan sebahagian besarnya tidak pernah diselidiki dan
ditentukan. Relativisme budaya berkembang daripada perkembangan sudut antropologi
dan memandangkan kegagalan bidang yang diiktiraf secara meluas untuk mencapai
kata sepakat pada definisi yang tepat mengenai ‘budaya’, boleh dikatakan ini dapat difahami. Ahli-ahli antropologi
memperdebatkan dan membahaskan relativisme kadang-kadang telah dapat
mengetepikan banyak perbezaan mereka tentang bagaimana untuk menentukan budaya.
Mereka dari luar bidang disiplin ini yang mendapati diri mereka lebih tertarik
dengan perbahasan mengenai relativisme budaya bagaimanapun, telah dibiarkan
sesuka mereka sendiri ke atas makna bahawa ‘budaya’
adalah fenomena yang ini atau itu atau tidak relatif. Oleh itu, ia tidak
menghairankan bahawa sejenis definisi terpinggir mengenai ‘budaya’ nampaknya hadir dalam banyak literatur yang dialamatkan
kepada ‘Relativisme budaya’. Relativisme budaya menggambarkan kenyataan mudah
bahawa terdapat budaya yang berbeza dan masing-masing mempunyai cara yang
berbeza berkelakuan, berfikir dan perasaan kerana anggotanya belajar itu
daripada generasi sebelumnya. Terdapat sangat banyak bukti untuk mengesahkan
tuntutan ini. Adalah diketahui dengan hanya kira-kira setiap manusia di planet
ini yang dilakukan sesuatu yang berbeza di seluruh dunia. Orang berpakaian
berbeza, makan berbeza, bercakap bahasa yang berbeza, menyanyikan lagu-lagu
yang berbeza, mempunyai muzik dan tarian yang berbeza dan mempunyai banyak adat
yang berbeza. Relativisme budaya juga memandang bahawa tidak ada budaya lebih
unggul daripada kebudayaan lain ketika membandingkan sistem moraliti, hukum,
politik , dan lain-lain. Ini adalah sebuah gagasan filosofi bahawa semua
keyakinan budaya sama-sama sah dan bahwa kebenaran itu sendiri relatif,
tergantung pada lingkungan budaya tersebut. Mereka yang berpegang pada
relativisme budaya berpendapat bahwa semua keyakinan agama, etika, estetika,
dan politik benar-benar relatif terhadap individu dalam identiti budaya.
'Relativisme budaya' juga difahami apabila, di
mana seringkaali orang kulit putih, golongan kelas menengah yang memiliki
sedikit dan / atau pengetahuan yang berprejudis mengenai budaya tertentu
menyumbang kepada perilaku yang berpotensi kasar kepada aspek budaya, yang
mereka percaya bahwa mereka tidak punya hak untuk 'mengkritik'. Dengan melihat
budaya yang berbeza dalam hal murni relatif, anggapan yang salah dapat dibuat
tentang apa yang dapat diterima.
Sejarah kewujudan konsep tersebut
Dari segi sejarahnya, perkataan ‘budaya’ telah
digunakan untuk menggambarkan pelbagai aspek kehidupan sosial. Hasilnya, label
'budaya' telah melekat pada banyak ungkapan kehidupan sosial, makanan, seni,
pakaian, muzik, dan amalan. Kebudayaan juga telah digunakan untuk membezakan
kumpulan-kumpulan sosial dari segi bahasa, kepercayaan agama, pendidikan, dan
faktor-faktor lain. Dalam sejarahnya, konsep Relativiti budaya ini didokong
oleh tokoh-tokoh seperti Fritz Stern, R.V. Daniels dan J.L.Gaddis dan E.H.Carr
dari England. Mereka digelar relativis, iaitu sebagai berbeza
dari objektivis dan subjektivis tadi.
Apabila kita membicarakan
peristiwa-peristiwa yang boleh kita berikan ukuran maka kita adalah objektivis.
Jika yang sebaliknya, maka subjektivislah kita. Apabila berlaku jujur terhadap
diri sendiri ketika berhadapan dengnan hakikat manusia, maka kita menjadi
relativis. Relativisme, iaitu, sebuah pemikiran bahwa kebenaran adalah gagasan yang
dikondisikan oleh sejarah yang tidak melampaui batas-batas budaya, sudah ada
sejak era Yunani, beberapa 2400 tahun yang lalu. Relativisme berpendapat bahwa
semua kebenaran itu relatif kecuali untuk dakwaan bahawa "kebenaran itu
relatif." Relativisme, pandangan bahwa kebenaran itu berbeda untuk setiap
individu, kelompok sosial, atau period sejarah, bermula sejak awal period
Yunani kuno lagi.
Apabila
merenung kembali kepada sejarah masyarakat majmuk bermula di Malaysia ini sejak
sekian lama, maka, perlu kepada pengamalan relativiti budaya antara satu kaum
dengan kaum yang lain dalam komuniti masyarakat ini. Pembentukan masyarakat
pluralistik di Malaysia adalah tertumpu kepada tiga kelompok komuniti etnik
utama, iaitu Melayu, Cina dan India walaupun
terdapat pelbagai suku kaum lain. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga
komuniti etnik tersebut telah memainkan peranan yang paling penting dalam
memenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politik British di Tanah Melayu. Yang
buruknya dalam sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini, ialah, ‘dasar pecah
dan perintah British’ yang menyebabkan kaum-kaum ini terpisah, dan kesannya,
walaupun tidak secara seratus peratus, adalah masih berterusan hingga ke hari
ini, iaitu, Kaum Cina dikawasan pusat ekonomi dan Bandar, Kaum India di lading
estet, manakala Kaum Melayu di kawasan kampung. Ditambah dengan cara hidup,
adat, kepercayaan dan budaya yang berbeza, mereka semakin terpisah. Namun, demi kemerdekaan negara daripada kuasa
monopoli penjajahan Barat, pada umumnya, mereka boleh bersatu dan bekerjasama,
serta terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti etnik
Melayu, Cina dan India. Keharmonian hubungan etnik ini berterusan dan terbukti
apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957. Dan, tiga kaum dan etnik utama ini
masih boleh tinggal bersama dalam sebuah negara dengan aman, walau jelas sekali
mereka mempunyai adat, kepercayaan, cara hidup dan budaya yang berbeza. Jelas
sekali, perspektif adalah penting untuk pemahaman kita tentang sejarah ,
psikologi, dan politik. Perspektif budaya boleh membantu kita memahami mengapa
tindakan tertentu dianggap betul atau salah dengan budaya tertentu. Sebagai
contoh, masyarakat purba mungkin telah mempertimbangkan rambut hijau pencelupan
seseorang sebagai kesalahan yang boleh dihukum, yang aneh bagi pandangan masyarakat
zaman moden.
Ciri-ciri konsep
Relativisme budaya
memegang bahawa tidak ada moral sejagat yang biasa di kalangan semua budaya. Asas
kepada relativisme budaya adalah kepercayaan yang menghargai perubahan. Tetapi
jika nilai yang menghargai perubahan itu sendiri tidak berubah, maka teori ini
mendakwa nilai tidak berubah bahawa semua nilai-nilai berubah dan berkembang. Dalam sebuah artikel relativisme budaya, oleh
James Rachels menyatakan ciri-ciri relativisme budaya adalah seperti berikut,
iaitu:
1) masyarakat yang berbeza
mempunyai kod moral yang berbeza;
2) Tidak ada standard
objektif yang boleh digunakan untuk menilai satu kod masyarakat yang lebih baik
daripada yang lain;
3) Kod moral masyarakat
kita sendiri tidak mempunyai status yang istimewa, ia adalah hanya satu antara
banyak;
4) Tidak ada
"kebenaran sejagat" dalam etika - iaitu, tidak ada kebenaran moral
yang memegang untuk semua orang pada setiap masa;
5) Kod moral masyarakat
menentukan apa yang betul dalam masyarakat itu; iaitu, jika kod moral
masyarakat mengatakan bahawa tindakan tertentu yang tepat, maka itu tindakan
adalah betul, sekurang-kurangnya dalam masyarakat itu;
6) Ia adalah keangkuhan
semata-mata untuk kita cuba untuk menilai kelakuan orang lain. Kita perlu
mengamalkan sikap toleransi terhadap amalan budaya lain.
Relativisme budaya adalah
satu pandangan bahawa semua kebenaran etika adalah relatif kepada budaya
tertentu. Apa sahaja yang sesebuah kumpulan budaya atau etnik luluskan dianggap
betul dalam budaya itu. Sebaliknya, apa sahaja kumpulan budaya atau etnik itu kecam
adalah salah.
Perbincangan di kalangan sarjana tentang konsep
tersebut
Abdala (2008) menyatakan bahwa relativisme
budaya adalah paham bahwa semua budaya baik; tidak ada budaya yang dianggap superior,
sementara yang lain inferior; budaya adalah hasil dari kesepakatan sosial (social
construction). Budaya tidak mengandung keperluan tertentu yang membuatnya
“baik” atau “buruk”.Mungkin saja sebuah perilaku budaya dinilai baik pada suatu komuniti masyarakat tertentu, tetapi sebaliknya ia dinilai
aneh, ganjil, atau bahkan lucu oleh komuniti masyarakat yang lain. Relativisme sosial adalah sebuah teori
yang menyatakan bahwa setiap masyarakat berhak menentukan norma-norma moralnya
sendiri. Hal ini seperti dinyatakan (Donaldson, 1989) bahwa kebenaran moral
hanyalah kesepakatan budaya dalam masyarakat. Konvensionalisme (istilah
lain dari relativisme sosial) memandang bahwa prinsip-prinsip moral
secara relatif benar, sesuai dengan kovensi budaya atau masyarakat tertentu.
Nama lain dari relativisme sosial adalah Relativisme
budaya (Shomali, 2005).
Relativisme budaya, secara Epistemologi,
berasal dari Jerman, sebagai tanggapan terhadap adanya etnosentrisme barat,
yang jika dibiarkan berkembang akan melahirkan rasisme, iaitu adanya kebencian
dari suku bangsa terhadap suku bangsa yang lain, atau istilah Mulyana (1996)
etnosentrisme adalah akar rasisme.
Relativisme budaya
merupakan satu kelompok doktrin yang lebih khusus yang akan dibezakan daripada
satu sama lain. Relativisme budaya deskriptif memegang yang meluas dan
perbezaan asas budaya wujud lebih kumpulan yang berbeza. Epistemologi
budaya relativisme memegang bahawa perbezaan ini tidak boleh dihukum supaya
beberapa kepercayaan bertukar menjadi lebih baik atau lebih teruk lagi dari
segi kebenaran. Pada satu tahap, relativisme budaya adalah penegasan bahawa
perbezaan budaya penting untuk wujud. Ini adalah komponen deskriptif
relativisme budaya. Seperti yang akan dibincangkan, kebenaran atau
kepalsuan relativisme budaya deskriptif bukan sekadar memerhatikan perbezaan
dan kemudian melaporkan kepada mereka. Ia adalah suatu perkara yang
kumpulan mentafsirkan orang dan mengenal pasti nilai-nilai dan cara-cara untuk
mengetahui yang mereka telah melakukan untuk diri mereka sendiri.
Franz
Boas, awalnya sebagai pengajar dalam ilmu fizik dan ilmu geografi, dan
dipengaruhi begitu kuat oleh pemikiran Immanuel Kant (1724-1804) yang berdebat
bahawa manusia tidak mampu mengarahkan dan memediasi pengetahuan di dunia.
Semua pengalaman kita di dunia dimediasi menjangkau pikiran
manusia, yang secara universal menyebabkan persepsi
terbentuk berdasarkan pada kondisi wilayah dan waktu tertentu. Suatu budaya
dapat menjadi media dalam pemahaman yang terbatas terhadap realiti yang
samar. Ia memahami bahawa "budaya" termasuk bukan hanya
seperti rasa dalam makanan, seni dan muzik, atau kepercayaan dalam agama. Ia beranggapan
jauh lebih luas dalam memberi maksud ‘budaya’, yang didefinisikan
sebagai: the totality of the mental and physical reactions and
activities that characterize the behavior of the individuals composing a social
group collectively and individually in relation to their natural environment,
to other groups, to members of the group itself, and of each individual to
himself (Boas:1963)
Gilbert Harman pula merupakan salah satu tokoh yang berpengaruh di era moden dalam memperkukuh fahaman definisi ‘Relativisme budaya’, khususnya di bidang moral sebagai bahagian daripada unsur budaya. Dalam
pandangan Harman, versi standard ‘relativisme’ yang ada selama ini tidak lagi efektif. Oleh karena itu, dia
bersama-sama dengan David Wong – tokoh relavisme mengembangkan bentuk relativisme
yang rumit tapi bersifat sederhana untuk menghadapi kelompok-kelompok
yang menentang fahaman ini (Shomali: 2005, 178). Teori
relatisme etika David Wong pula disedarkan atas pernyataan bahawa tidak ada satu
pun moral yang benar, dan bahawa moral merupakan ciptaan sosial yang dirancang untuk mengatasi pertentangan
batin dan peribadi. Menurutnya,
kesulitan utama dalam menjelaskan pengalaman moral adalah mendamaikan ciri
pengalaman kita yang menyatakan bahawa objektiviti moral dengan ciri lain yang menyatakan subjektiviti moral. Secara teorinya, Wong
menerima konsep “kebenaran”, tetapi membuat “kebenaran” itu menjadi
relatif. Secara tegas dia menyatakan bahwa tidak ada dasar objektif dan
independen bagi moral karena moral didasarkan atas kepentingan dan keinginan
manusia (Moh. A. Shomali: 2005, 242)
Pengamalan konsep tersebut kepada masyarakat
Lumrah bagi manusia untuk menyokong etnik dan
budayanya sendiri. Setiap etnik terikat kepada sentimen primordial mereka (Geertz 1963).
Sentimen primordial menguatkan
kesetiaan dan ikatan kepada kelompok sendiri. Apabila kelaziman fikiran dan
tindak-tanduk berakar umbi, adalah sukar untuk manusia itu berubah. Hal ini
menyebabkan ramai yang bersikap stereotaip dan prejudis terhadap masyarakat
etnik yang lain. Relativisme budaya adalah diterima secara meluas dalam antropologi moden.
Relativists budaya percaya bahawa semua budaya yang layak dalam hak mereka
sendiri dan mempunyai nilai yang sama. Kepelbagaian budaya, malah mereka dengan
kepercayaan moral yang bercanggah , tidak boleh dianggap dari segi betul dan
salah atau baik dan buruk. Antropologi hari ini menganggap semua budaya sebagai
ungkapan sama sah kewujudan manusia, yang perlu dikaji dari perspektif neutral
semata-mata. Tentu saja, relativisme budaya tepat dalam beberapa
hal. Misalnya, dalam hal makanan, pakaian, bahasa, dan aturan mengemudi yang
berbeda dalam budaya, dan sangat penting bahwa perbedaan relatif yang tetap.
Namun, ini bukan masalah universal "benar" dan "salah". Ini
bukan masalah kepastian matematik. Ini bukan masalah "kebenaran."
Dalam masyarakat relativistik, kita tidak mempunyai hak untuk menghakimi atau
menghukum siapa pun. Benar dan salah sekarang didefinisikan oleh sosialisasi.
Perubahan masyarakat dan moraliti menjadi target bergerak. Sebenarnya, jika
standard benar dan salah didasarkan pada relativisme, maka masyarakat tidak
memiliki standard sama sekali.
Relativisme budaya berkait rapat dengan
relativisme etika, yang melihat kebenaran yang berubah-ubah dan tidak mutlak.
Apa yang menjadi benar dan yang salah ditentukan semata-mata oleh individu atau
masyarakat. Sejak kebenaran tidak objektif, tidak ada sebarang standard
objektif yang terpakai kepada semua budaya daripada berbilang etnik. Tiada
siapa boleh mengatakan jika orang lain yang betul atau salah, ia adalah suatu
perkara yang pendapat peribadi, dan tiada masyarakat dapat menghukum kepada
masyarakat lain. Konsep relativiti budaya, yang dibangunkan oleh ahli
antropologi untuk mendorong kepada saling menghormati perbezaan, sering
dikerahkan untuk memaafkan, merasionalkan, atau menjelaskan perbezaan peraturan
dan undang-undang budaya mereka seperti dalam undang-undang wanita, golongan
minoriti dan kumpulan pribumi dan hak asasi manusia. Setiap kelompok atau
etnik multi-budaya memiliki realiti sendiri, logiknya sendiri, kebenaran dan
kepalsuan sendiri, dan hak sendiri dan salah. Oleh karena itu tidak mungkin
untuk membahas, berdebat, atau menilai kebenaran salah satu kelompok atau etnik
tersebut sebagai yang lebih baik dari yang lain. Dengan ada cara untuk alasan
antara kelompok-kelompok, satu-satunya alternatif yang baik isolasionisme atau peperangan anatara kelompok
atau etnik di mana kekuasaan politik digunakan untuk menyusup keluar daripada perbedaan
antara etnik atau kelompok.
Kesan
dan pengaruh konsep tersebut kepada hubungan etnik serta penilaian terhadap
konsep tersebut
Masyarakat yang berbeza mempunyai
kod moral yang berbeza, sama ada masyarakat kaum Melayu, Cina mahupun India. Kod
moral masyarakat menentukan apa yang betul dalam masyarakat itu; iaitu, jika kod
moral masyarakat mengatakan bahawa tindakan tertentu yang tepat, maka tindakan
yang tepat, sekurang-kurangnya dalam masyarakat itu dilaksanakan. Contoh,
seperti adat perkahwinan dalam masyarakat India pasti berbeza dengan masyarakat
Cina, dan harus lah kedua etnik ini saling menerima budaya, adat dan moral
dalam komuniti masing-masing. Tidak ada standard objektif yang boleh digunakan
untuk menilai kod satu masyarakat sebagai lebih baik daripada orang lain. Tiada
kebenaran moral yang memegang untuk semua orang pada setiap masa. Tidak perlu
pula suatu kaum dan budaya menuding jari atau mempersoalkan adat, kepercayaan
dan budaya kaum lain, walaupun bagi mereka ia suatu yang bersalahan. Jelas
bahawa, kod moral masyarakat kita sendiri tidak mempunyai status yang istimewa
, ia hanya satu di kalangan ramai. Masing-masing harus saling menghormati kod
moral atau budaya yang lain walaupun bercanggah dengan mereka. Ia adalah angkuh
untuk menghukum kelakuan masyarakat lain, kita perlu bersikap toleransi
terhadap sesama etnik dan kaum dengan budaya dan cara hidup yang berbeza demi
menjaga keharmonian dan keamanan sejagat bagi sebuah negara yang kekal aman,
makmur dan harmoni juga.
....................................................................................................................................
Rujukan.
David
B. Wong.ISU INSTITUSI MELIBATKAN ETIKA DAN KEADILAN - jilid I - Relativisme
Kebudayaan - © Ensiklopedia Sistem Sokongan Hayat (EOLSS).
Dalam laman web; http://www. eolss.net/sample-chapters/c14/e1-37-01-03.pdf
Endang Saifuddin Anshari.
1980. Agama dan Kebudayaan. PT. Bina Ilmu: Surabaya.
Wong D. (1996). Relativisme majmuk. Konsep
Moral (Ed. PA Perancis, TE Uehling, Jr, dan HK Wettstein; Kajian
Midwest dalam Falsafah, 20), ms 378-400. Notre Dame, Ind: University of
Notre Dame Press. [Artikel ini membincangkan kekangan yang semua kod etika
yang mencukupi perlu bertemu]
……………………………………………………………………………………