Suka tengok gambar di atas, seorang anak lelaki mengikuti ibunya sembahyang, berdoa sama-sama. Teringat anak lelaki yang ku cintai, ku lahirkan pada jam 1.48 minit awal pagi ketika semua orang sedang nyeyak tidur, selepas menahan sakit daripada jam 9 pagi sebelumnya, lahir disambut oleh seorang doktor perempuan dgn kalimah LAILAHAILLALLAH, memeranjatkan dokotr dan misi disitu.
Dengan kalimah istimewa itu, aku yakin dia akan membesar menjadi anak yang soleh dan taat, yang ALLAH peliharakan dunia dan akhirat.
Anak yang ku ajar dari kecil apa yang boleh dan apa yang tak boleh, diajar menyayangi dan menjaga hati ibubapa, terutama ibu yang bergadai nyawa melahirkannya ke dunia.
Anak yang bijak, pandai membawa diri, baru berumur 1tahun setengah sudah mempunyai adik, menjadikannya anak yang cepat matang dan bijak sana.
Anak yang selalu menunggu di hadapan sejadahku, waktu kecilnya, sentiasa bersama ku, sanggup aku menahan kepayahan belajar sambil menjaganya sejak lahir, ke sana-ke mari dibawa tak pernah tinggal
Anak yang sangat menjaga hati ibunya, anak yang penyayang, yang mudah tersentuh dengan kesedihan orang lain
Sebelum tidur, akan ku ceritakan kisah2 perwira Islam seperti kisah Saidina Umar kepadanya, sampai dia mengantuk
Anak yang patuh,..... anak yang disenangi oleh orang-orang tua sekeliling kami bertinggal
Semuga anak lelakiku sentiasa dalam jagaan ALLAH dunia dan akhirat, menjadi anak lelaki yang dicintai, seorang suami yang soleh dan pemimpin yang dipeliharakan ALLAH.......AMIN AMIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.