Rindu akan para pelajar ku ini
Pelajar perempuan yang pemalu dan si Hero... Zulhilmi
Mengajar itu tugas utama seorang guru. Mengajar jangan hanya untuk makan gaji. Mengajar jangan hanya itu saja pilihan kerja yang ada. Biar mengajar kerana hendak melihat anak-anak ini berjaya cemerlang, mereka boleh mengubah nasib keluarga mereka kelak, mereka menjadi seorang pemimpin, seorang yang berguna.
Mengajar kelas yang agak dibelakang menuntut kesabaran yang tinggi. Namun, bagi ku, yang penting mereka itu minat pelajaran kita,contoh minat bahasa Inggeris. kERANA dengan adanya minat, mereka boleh mencantas segala kesusahan, mereka boleh mengatasi segala kesukaran.
Contoh, ada seorang budak. Dia berusaha memahami, mencuba latihan seperti yang ku tunjuk ajar walaupun dia tak tahu apa-apa.. Kasihan dan simpati aku melihat nya, namun,masa yang terbatas menyekat aku drpd terus menolongnya,.. sedih lah.....
Aku cuma mampu doakan dia berjaya. Guru berusaha membantu dan mendoakan anak-anak muridnya. Jangan jadi guru yang asyik mencemuh anak muridnya. Ada cikgu yang cakap, kelas bodoh tetap bodoh tak perlu ajar lebih. Ya Allah, kata-kata guru kan doa, jangan lah sampai cakap macam itu. Aku dah 12 tahun mengajar ni, dlu aku ngajar kelas akhir,menangis jugak lah nak bagi mereka buleh pandai, akhirnya berkat kita sabar,sekarang ada antara kelas akhir tu dah jadi pegawai sekarang, entah dimana dia kerja pun dah tak tahu, tapi yang penting dia boleh berjaya
Kita tak tahu nasib anak-anak ini, jangan putus asa mengajar mereka, bantu mereka dengan ikhlas,SELEBIHNYA allah YANG MEMUDAHKAN JALAN BAGI MEREKA,PELAJAR KITA, BERKAT USAHA DAN DOA KITA JUA.....
LOVE ALL MY STUDENTS...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.