KELEB IHAN MENUNTUT
ILMU
Kata Saiudina Ali k.w:
Ilmu itu lebih baik dari harta kerana:
-Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah
warisan Qarun dan Fir’aun.
-Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula,
tuannya perlu menjaga.
-Orang yanh mempunyai ilmu, ramai sahabatnya, manakala orang
orang yang mempunyai harta ramai musuhnya.
-Ilmu itu jika diajarkan akan bertambah, manakala harta pula
jika dibelanjakan akan berkurangan.
-Orang yang berilmu diseur dengan nama kebesaran dan kemuliaan,
manakala orang yang berharta pula diseur dengan kecelaan dan kebakhilan.
-Ilmu tidak peerlu dijaga daripada pencuri, manakala harta
pula perlu dijaga dari kecurian.
-ilmu dapat member syafaat kepada tuannya. Orang yang
berilmu dapat member syafaat kepada orang lain, manakala orang yang berharta,
akan dihisab di Hari Kiamat.
-Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak
akan kekal.
-Ilmu dapat menerangkan hati, manakala harta pula akan
mengeraskan hati.
-Orang yang berilmu mendakwa kehambaan ( bersifat rendah
diri), manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.
Kata Imam Al-Ghazali:
العلم بلا عمل جنون * والعمل
بلا علم لا يكون
Ertinya:
“Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu
adalah sia-sia.”
ADAB-ADAB SEORANG PELAJAR MUSLIM
Adab terhadap Allah SWT
1.
Cintakan Allah SWT
2.
Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah
SWT.
3.
Takut dan harap kepada Allah SWT.
4.
Bersyukur apabila diberi nikmat.
5.
Bersabar apabila diberi nikmat.
6.
Melihat taufik dan hidayah daripada Allah SWT apabila
dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
7.
Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan
selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT.
8.
Tidak berputus asa, sentiasa mengharapkan rahmat daripada Allah SWT.
9.
Melakukan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan
segala laranganNya.
10.
Beriman dengan penuh keyakinan terhadap qadha’
dan qadar Allah SWT, kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmat disebaliknya
yang tidak diketahui.
Adab terhadap Nabi saw
1.
Cintaka Nabi saw.
2.
Beriman dan percaya dengan segala perkara yang
dinyatakan oleh Baginda saw.
3.
Kasihkan keluarga, sahabat dan sekelian umat
Baginda saw.
4.
Memperbanyakkan selawat keatas Baginda saw.
5.
Memulia dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
6.
Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda dan
bertawassul dengan Baginda saw.
7.
Mengadakan majlis memperingati Baginda saw
seperti sambutan Mailidur Rasul, peristiwa Isra’ Mikraj dan sebagainya.
8.
Menyebut nama Baginda saw dengan penuh adab
seperti ‘Saidina Muhammad’ atau ‘Rasulullah’ atau ‘Nabi Allah’. Jika nama
Baginda dan nama para anbia’, aulia’ dan orang-orang soleh tidak disebut dengan
panggilan yang mulia, amalan seseorang itu boleh gugur dan dia akan mendapar
dosa dan azab di akhirat kelak (sekiranya tidak bertaubat).
9.
Selalu menziarahi makam Baginda saw samaada
dengan roh atau jasad.
10.
Selalu memuji Baginda saw dalam semua keadaan
dan berakhlak dengan akhlak-akhlak Baginda saw.
Adab Bersama Guru
1.
Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali
perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul.
2.
Bertutur dengan lemah-lembut dan mudah dan penuh
rendah diri.
3.
Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari
majlis.
4.
Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa
hormatkannya.
5.
Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru,
duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
6.
Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
7.
Hindari dari menyinggung perasaan guru.
8.
Mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka.
9.
Selalu menziarahi mereka atau menziarahi makam
mereka setelah mereka meninggal.
10.
Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka,
bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka
mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.
Adab Bersama Ibubapa
1.
Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah
oleh syara’.
2.
Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati
keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
3.
Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
4.
Segera menjawab panggilan mereka.
5.
Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang
dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan)
6.
Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
7.
Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan
petang atau waktu-waktu yang munasabah.
8.
Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka
meninggal dunia disamping menhadiahkan kepada mereka bacaan ayat-ayar Al-Quran,
tahlil dan sebagainya.
9.
Memohon dan mendoakan untuk kesejahteraannya di
dunia dan di akhirat.
10.
Berbincang apa-apa masalah dengan mereka dan
jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.
ADAB MEMILIH SAHABAT
1.
Pilih rakan yang berakhlak mulia dan taat pada
agama.
2.
Pilih rakan yang tidak mementingkan diri
sendiri.
3.
Pilih rakan yang ikhlas dalam segala perkara.
4.
Pilih rakan yang mahu membantu di waktu susah
dan senang.
5.
Pilih rakan yang rajin dan mahu diajak
mengulangkaji pengajian.
6.
Pilih rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7.
Pilih rakan yang bersifat rendah diri dan tidak
sombong.
8.
Pilih rakan yang mengingatkan kita kepada ALLAH
dan p[erkara kebaikan.
9.
Hindari teman yang suka berdusta dan tidak
jujur.
10.
Hindari teman yang pemalas dalam segala perkara
ADAB BELAJAR
1.
Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada
AllahSWT kerana dosa adalah kegelapan.
2.
Berwudhu’, membersihkan diri, persekitaran dan
pakaian.
3.
Perbetulkan niat , belajar untuk menghilangkan
kejahilan, untuk meninggi kan syiar-ayiar agama Alah dan untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
4.
Membaca Al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar
sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji.
5.
Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran.
Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam (waktu
sahur), antara Maghrib dan Isya’ dan pada waktu pagi.
6.
Selalu merijuk kepada guru.
7.
Selalu berbincang atau membuat ‘study group’
bersama rakan-rakan.
8.
Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.
9.
Menunjuk ajar apabila diminta.
PETUA DAN HIKMAT
4 PERKARA YANG DAPAT MENAMBAHKAN AKAL DAN MENGUATKAN MINDA:
1.
Meninggalkan perkataan yang sia-sia.
2.
Bersugi.
3.
Duduk bersama orang-orang soleh.
4.
Duduk dalam majlis para ulama’.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.