I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Monday, December 9, 2013

THIRD DAY IN KOREA - GWANGHWAMUN & PALACES

Pagi hari ketiga,.. keluar dari GH ( rumah yang berhampiran dgn lelaki berdiri yg nampak kepala Van tu GH kami). Nampak macam biasa saja kan,.. sejuk tergiler tu,...... Sedang bergerak menuju ke Sinchon Station kira2 400 meter dari situ. 


Sempat adik berposing di anak tangga,..nak turun ke bawah tu jalan short cut ke subway Sinchon....



Nampak macam panas matahari tapi hakikatnya memang sejuk sampai ke tulang,... kemaruk betul dengan sejuk macam dalam peti ais ni,.sebab kat Malaysia kan panas sepanjang tahun....Uhuk..



Sampai dah subway Sinchon,.. Nak cari subway Line ke Jeongno sebelum transfer Line subway ke Gwanghwamun Station



Keluar daripada subway Station Gwanghwamun. Nampak tak Statue kat belakang tu?.. Berhampiran tu ada tempat nak ambil Seoul City Tour Bus,.... Tapi kami terus menapak ke hadapan,.. Dihadapan kami terdapat patung besar warna kuning emas KING SEJONG TU....




Panas matahari tu macam cahaya pukul 8 pagi di Malaysia,.. tak panas malah angin sejuk halus ke tulang terasa.....

Pokok-pokok di Seoul, di Korea memang lawa dan cantik, berwarna-warni, itu yang aku suka ambil gambar sana sini tu,.... kecantikan alam semulajadi,kecantikan nature,....... Pokok tu yang menggamit aku bergambar disitu tu..




Cantik tak pemandangan dalam gambar ni?.. Pokok2 musim luruh yang sudah dipenghujung, yang sedang digamit oleh WINTER pula,.



Dihadapan tu ialah GEYONGBOKGUNG PALACE bertentangan dengan King Sejong,. boleh jalan kaki saja dari Gwanghwamun Station tadi,.. Di belakang bus BIRU tu adalah KOMPLEK PENTADBIRAN KERAJAAN SEOUL,.Macam kita komplek PUTRAJAYA lah kan,.. penuh dengan polis lah hadapan kompleks tu...



Dalam kawasan PALACE tu,.. terdapat juga Museum. Istana tu waktu kami sampai ni TUTUP/CUTI. Malang betul,.. Jadi kami melangkah masuk lah ke MUZEUM KOREA yang terletak di hadapan pintu masuk ke ISTANA yang tutup tu. ISTANA GEYONGBOKGUNG CLOSE ON TUESDAY WHILE NATIONAL MUSEUM CLOSE ON MONDAY.



Dapat bergambar hadapan pintu ISTANA saja lah jawapnya..



Rehat dan melepaskan lelah apabila ISTANA TUTUP....



aBANG LONG PENAT SEMALAM PUN BELUM HILANG, CAMPUR SEJUK DINGIN LAGI,.. Adik maintain....



Sebelum menaiki anak tangga untuk masuk kedalam Muzeum,....






Selepas ke National MUSEUM, kAMI menggunakan Gyeongbokgung Station, ambil subway ke ANGGUK STATION pula,.. Ingatkan nak pergi ke BUCKHON HANOK VILLAGE, tapi anak2 yang manja ni tak larat dan letih plus sejuk, jadi kami cuma pergi ke ISTANA KEDUA, CHANGDEOKGUNG PALACE sahaja...... bersebelahan dengan HANOK VILLAGE tapi nak buat macamana kalau anak2 tak larat,.....


Di bawah ini adalah gambar-gambar kenangan kami di CHANGDEOKGUNG PALACE,.......



















Bersambung pula,........






Sunday, December 8, 2013

SECOND DAY IN KOREA - COLD & SHIVERING

Pagi tu memang sangat dingin, susah hendak di gambar, yg kelakarnya aku pakai baju kurung tu,.nipis pulak tu, serasa macam duk kt negara sendiri kot,... Huuhu. Dari ICOS Guesthouse tu, kami pun menapak dalam kedinginan ke Sinchon Station. Dari Sinchon Station tu kami naik subway ke City Hall Station, transfer line pula ke Yongsan Station. Mula2 memang bengong dengan subway-subway disini, dah lama tu okay lah, agak cekap juga, kena pandai baca signboard Line warna apa, Line berapa, arah tuju hendak kemana, semua ada depan mata, cuma kena pandai baca. Dan, pengalaman aku ; JANGAN SEGAN NAK TANYA ORANG, TANYA ORANG MUDA, KALAU TANYA AHJUSSI DAN AHJUMMA( PAKCIK DAN MAKCIK), Memang x dapat lah .........

Yang bagusnya disini; Orang Korea susah nak cari yang sombong, cuma mereka always in hurry, jalan cepat, terkejar-kejar, mengejar subway.... 

Backpacker macam aku ni, kena banyak tanya, melangkah jer tanya, melangkah jer tanya, lebih baik daripada TERSESAT ENTAH KEMANA.....

Aku rasa orang lain x da pilih pergi Yongsan kan, aku pergi sebab anak2 aku nak tengok gadget. Kami pergi Yongsan Electronic Market, tapi mana ada yang murah seperti khabar angin tu,. Handphone mahal lah, walaupun masih murah berbanding Malaysia.

Note 2 ; Duit MYR 900, Note 3 ; Duit MYR 1200, SIII Duit MYR 700

Yang murah tu untuk warga Korea, mereka most of them beli bayar bulanan, setiap bulan dalam 60,000won - 80,000won.... memang nampak murah. Mereka bayar selama 2 atau 3 tahun. Penjaga rumah GH aku duduk tu yang cerita, baharu lah aku faham yang sebenar. Handphone secondhand free sekarang dah tiada lagi ,......



Tengah siasat murah ke mahal nak beli handphone,...di Yongsan



Di kedai ni lah, abang long telah ditipu oleh ahjumma dalam tu, nampak baik jer ahjumma tu,. lesap abang long punya MYR150, Ah..... malas betul nak ingat, memang geram gila33...duit aku jugak tu!!!!



Dari Yongsan, kami naik TAXI ke Itaewon, sejuk macam dalam peti ais beku kat luar, tak larat nak tunggu bus ke nak menapak ke subway station ker,.naik teksi paling cepat,efektif dan paling menghabiskan duit. Ke Itaewon ni, bayar 5,000 won.



Dari sampai semalam mana ada jumpa nasi lagi, lapar campur sejuk beku = memang terbaik. Jumpa SULTAN KEBAB di lorong nak menghala ke masjid Itaewon tu, berhenti lah kami mengisi perut, bukan dengan nasi pun, dengan kebab saja






Terkejut campur seronok nampak matahari tiba2 keluar,.. apalagi, hajat nak panaskan badan lah. Tapi, cahaya matahari saja ada, namun, sejuknya badan tetap sama, cahaya matahari langsung tak panas..... huhuhu. Ketika ini,kami menyedari nikmatnya MATAHARI CIPTAAN ALLAH kepada manusia, berbagai kegunaan MATAHARI INI...MASYA ALLAH. 



dALAM MENGGIGIL kesejukan kami mendaki bukit ke MASJID ITAEWON, Solat zohor dalam pukul 12.30 tengahari gitu, ..Ramai sungguh lah orang Malaysia, orang Melayu. Ramai Malaysian bercuti di Korea rupanya!!



Semua orang Malaysia tu,.. nak sampai Masjid tu kena naik bukit lagi, memang masjid tu atas puncak bukit pun,.... huhu. Boleh kurus badan duk Korea ni, sana-sini memang bukit tinggi2 lah.....



Tempat imam tu, Gambar dari tempat solat orang perempuan di tingkat 3...... Cantik kan...




Dua orang anak kesayanganku,.. aku ambil gambar dari bawah, nak sampai masjid tadi bukit, nak sembahyang pun naik tangga tinggi lagi,.......



Ni KEBAB lain pulak,... Yang ini adik nak bungkus untuk bawak balik rumah, belum jumpa nasi lagi, tak tahu nak makan nasi dimana nie,.....huhu


Dari Itaewon kami ke NAMDAEMUN. Cuba teka naik apa?. Huhu....naik Teksi lagi,.memang lari budget betul lah. Pembukaan di Namdaemun,kami berhenti di kedai ahjumma ni, beli baju sejuk, pilih punya pilih, satu saja yang berkenan..... Baik makcik nie, boleh mintak kurang lagi, tak macam makcik sebelah tu, mintak kurang dia suruh blah......





Masuk kedalam pasar Namdaemun, memang TERBAIK!!!. Lorong sana, lorong sini... semua jualan yang mencabar iman, yang bestnya ; DISINI MURAH DAN BOLEH MINTAK TAWAR,KENA PANDAI BODEK,KENA SENYUM, KENA PUJI SIKIT TUKANG JUAL TU,.... Ahjumma tukang jual memang baik lah......


Adik menggigil kesejukan......


Susu Pisang, memang sangat sedap,kat sini macam dadih, tapi susu pisang lagi sedap..... Aku alas perut dengan susu ni lah, kejap beli,kejap beli,...... Harga; 1,200 won.



Abang Long dapat beg sekolah ; 18,000 won. Dan kasut ; daripada 40,000 won, abang long dapat 28,000 won, puas menawar dengan makcik tu......



Topi LEESSANG; 18,000 won. Abang long duk pakai sepanjang berjalan-jalan. Baju adik yang cantik itu harga; 23,000 won, asal harga 25,000 won,....



Baju adik dan baju abang....... Kurang daripada 15,000 won. Memang sangat murah. Ada baju yang harganya cuma 5,000 won, kain nya sedap pakai.... Puas hati lah membeli-belah di Namdaemun Market




Kebab yang adik bungkus tadi, makan sambil tengok2 barangan shopping di Namdaemun tadi......



Sempatkan posing dengan baju sejuk beli di Namdaemun......



T-Money, Sampai saja di Seoul, terus beli T-Money nie........ mudah nak naik subway ker, bus ker, teksi ker..... Ada diskaun pulak... Seminggu di Seoul, cukup topup 20,000 won.


Barangan souvenir untuk ahli keluarga, diperbuat daripada kain sutera korea,... dalam 5,000 won - 7,000 won 







Bersambung.......................................





TRAVEL TO KOREA - FIRST DAY IN KOREA

Abang long duk study jadual penerbangan dan lorong check-in

Subuh lagi aku dah keluar dari Salak Tinggi ke LCCT,.. orang kata better tunggu awal,.aku 5 jam awal dah ada di hadapan lorong2 check-in,... Lebih baik tunggu daripada terlepas dan macam2 masalah yang tak dapat diduga......




Document have been verified ( pASSPORT & Boarding pass)

Tepat kul 5 subuh, kaunter check-in ke Busan pun buka,.... antara orang terawal berurusan di kaunter,. Tunjukkan passport dan boarding pass, letak luggage dalam tray,... dalam 10 minit siap,.... Alhamdulillah tiada masalah



Duduk menunggu di balai pelepasan selepas imigresen gate

Maklum saja dalam tu sejuk, asyik ke tandas lah sampai waktu nak berlepas.....



Tiba waktu untuk nak terbang......

Memang tak sabar lah nak terbang, beli tiket dah lama,.. mesti dah tak sabar nak tengok mcamana lah negara orang nanti ya,.... ini semua RUNNING MAN punya pasal lah,.. mujur dengan rezeki ALLAH TAALA, Ada orang sponsor tiket, dapat lah aku pergi dgn anak2,.....



Dalam AIR ASIA X....

Semua perkara lah antara paling awal,... naik flight pun awal,. orang tengah sibuk2 cari seat, kami dah duduk dah....



Cari seat nombor berapa..



Dah nak terbang,..

Cahaya pagi di LCCT, cerah cuaca negaraku ini,.. Baca ayat Qursi dulu, 4 Qul dulu,.. Bismilahillazi dulu....Semuga ALLAH TAALA peliharakan sepanjang penerbangan, sepanjang pengembaraan ke negara orang nanti, sampai lah kembali semula ke tanah air tercinta



Langit Malaysia lagi....

Langit sekitar Malaysia masih cantik kan,.. cerah, terang, bersih.....



Tak nampak apa2 kat luar,...

Ini pula rupa langit swaktu nak sampai di Busan,.menandakan lapisan awan tebal pekat,.. matahari x dapat tembus, sejuk beku lah negara di bawah lapisan awan tebal ini



BUSAN dari atas.....

Dah nak landing, nampak lah bandar BUSAN dalam kabus dan asap putih tebal. Dari dalam flight macam tak ada apa2 saja kan,... tunggu lah dah sampai nanti,..Uhhhhh



Gimhae airport

Kami sampai tepat jam 4.05 waktu Korea



Sempat bergambar dengan seorang budak kindergarten yang cekap bermain smartphone,.. kecik-kecik un jarinya macam jari orang besar jer bermain atas papan smartphone tu,..



Canggih

Peti makanan kat atas tu macam betul2 punya, bukan lukisan,.. Boleh beli kalau  sedang lapar sangat nie,. 



Actress 'The Strange Housekeeper'

Sempat lagi adik posing depan gambar pelakon korea yang cantik tu,.. tak dapat jumpa artis, jumpa gambarnya pun okay lah,...



Busan scenery from the train

Dari Gimhae airport, kami terus keluar cari subway ke Busan Station untuk ke Seoul. Keluar saja daripada Gimhae airport tu, YA ALLAH,.. sejuk giler2 punya sejuk lah. Terperanjat kami. Abang long kata, ibu, sejuknya aircond kat Korea ni!. Huhu... Dah lah memang belum beli baju sejuk, kononya nak beli kat Seoul nanti lah.... Ini pengalaman pertama kami apabila menjejakkan kaki di bumi ini



Satu perkataan - cantik!

Dari dalam metro subway ke Busan Station,.kami merakam pemandangan sekitar. Memang cantik kan, dengan pokok2 berwarna merah, oren dan jingganya,.. memang beautiful!! Macam jakun jer, ambil gambar sana, snap sini,.. orang korea yang duk bersumbat dalam metro tu tengok jer kami kejakunan,.sebenar mereka pun jakun tengok kami, x pernah nampak orang Malaysia kot,...Hihi



Busan Station...


Busan Station Building

Keluar dari Metro elevator, jalan ke depan sedikit, nampak dah dataran lapang Bangunan Busan Station, memang besar lah bangunan nya. Dengan mengusung beg besar, memanjat tangga tinggi pulak tu nak masuk ke dalam bangunan tu,... Beli tiket KTX untuk 3 orang 39,000 WON X 3 person. Mahal sedikit berbanding Mugunghwa Train ( 28,000 won x 3 person), tapi cepat sampai sebab keretapi laju kan,. 2 jam lebih dah sampai ke SEOUL. Kalau Mugunhwa Train kena tunggu 5 jam setengah baru sampai SEOUL,....



Dalam KTX, Adik dah letih dan mengantuk....

Apabila sampai di Seoul Station ,.. Kami terus sahaja keluar cari teksi ke Sinchon nak check-in guesthouse disitu,.. x larat dah nak menapak ke subway platform. Teksi ke Sinchon dalam hujan ribut yang very34 sejuk menusuk ke tulang berharga 5,600 won.



............... BERSAMBUNG...................






TAKDIR DAN JODOH milik ALLAH TAALA

Mendengar kisah seorang kawan yang ku kenali ketika di Kuala Lumpur dulu,.....

Ku namakan sebagai Sarah sahaja ( bukan nama sebenar). Sarah seorang yang sangat baik pada pandangan mataku sebagai kawan sembangnya. Seorang yang lemah lembut dan penyayang, mempunyai seorang suami yang baik juga.

Sarah tidak pernah bercerita tentang masalahnya dengan suami, seperti perfect couple sahaja mereka berdua. Dengan anak2 bertiga yang cantik dan sihat, dengan kerja yang bagus dan sempurna, suami pula baik. Suaminya bekerja sebagai seorang ustaz, bahagia sungguh.

Tup, tup,... Aku mendengar berita mereka berpisah. Terkejut besar aku. Bila ku tanyakan kepada Sarah, dia hanya menjawab ' JODOHKU DAN SUAMI HANYA DITAKDIRKAN SETAKAT ITU SAHAJA, WALAU APA PUN KAMI CUBA UNTUK BERSAMA, TETAP TIDAK BISA, KERANA TAKDIR ALLAH LAGI MAHA HEBAT!'.

Terpana aku.

Puncanya, suami tidak mahu bersolat jemaah dengannya, kerana sibuk mengajar kesana-kemari, isteri nak solat bersama pun tiada masa. Sentiasa menasihati orang lain, tetapi gagal memimpin keluarga sendiri. Itu saja.



Kesimpulannya, yang dapat aku fahamkan, tiada siapa dapat melawan takdir!!!.........