Mendengar kisah seorang kawan yang ku kenali ketika di Kuala Lumpur dulu,.....
Ku namakan sebagai Sarah sahaja ( bukan nama sebenar). Sarah seorang yang sangat baik pada pandangan mataku sebagai kawan sembangnya. Seorang yang lemah lembut dan penyayang, mempunyai seorang suami yang baik juga.
Sarah tidak pernah bercerita tentang masalahnya dengan suami, seperti perfect couple sahaja mereka berdua. Dengan anak2 bertiga yang cantik dan sihat, dengan kerja yang bagus dan sempurna, suami pula baik. Suaminya bekerja sebagai seorang ustaz, bahagia sungguh.
Tup, tup,... Aku mendengar berita mereka berpisah. Terkejut besar aku. Bila ku tanyakan kepada Sarah, dia hanya menjawab ' JODOHKU DAN SUAMI HANYA DITAKDIRKAN SETAKAT ITU SAHAJA, WALAU APA PUN KAMI CUBA UNTUK BERSAMA, TETAP TIDAK BISA, KERANA TAKDIR ALLAH LAGI MAHA HEBAT!'.
Terpana aku.
Puncanya, suami tidak mahu bersolat jemaah dengannya, kerana sibuk mengajar kesana-kemari, isteri nak solat bersama pun tiada masa. Sentiasa menasihati orang lain, tetapi gagal memimpin keluarga sendiri. Itu saja.
Kesimpulannya, yang dapat aku fahamkan, tiada siapa dapat melawan takdir!!!.........

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.