Petang itu kami bergerak nak jalan2 ke Dongdaemun lagi sekali, dan MYEONGDONG. Adik dah rehat sepanjang pagi, okay lah tu .. Dari Sinchon Station pergi ke Seoul Station dulu,.. dari situ transfer ke Dongdaemun, sebelum ke Myeongddong. Dongdaemun dan Myeongdong ni bersebelahan saja, macam Petaling jaya dan Suabng Jaya,.lebih kurang lah...
Nampak macam KUBAH HIJAU tu betul lah ianya SEOUL STATION.....
Station subway dan train utama,.. Sesiapa nak pergi Busan pun boleh ambil segala jenis train disini,. samada nak naik KTX atau pun Mugunghwa train atau pun Samaeoul train,..etc
Nak transfer ke Dongdaemun cari ikan bakar semalam sebelum jalan2 di Myeongdong..
Underground shopping di MYEONGDONG STATION,... Kat bawah tu macam2 jualan, murah pun murah juga. Antara jualannya ialah kedai K-pop,..macam2 artis ada. Kebetulan terserempak dgn satu family Malaysian, anak2 nya cari Running man, ada yang cari CD Gary leessang. Berebut pula dgn aku,.. tapi aku bagi saja pada dia sebab aku dah ada SEMUA LAGU2 GARY LEESSANG.
Lagi pun, aku dah beli TOPI GARY LEESSANG cukup lah...
Aku pilih untuk beli dan miliki CD KIM JONG KOOK,.. Harga CD ni 11,000 won. Sebab aku suka dia dalam RM dan aku suka suara unik dia jugak.... ;)
Keluar daripada subway tadi, terus nampak terang-benderang dan orang yang ramai. Myeongdong ni bukak sampai 5 pagi,.jadi sesiapa yang terlepas subway boleh lah duk merayau dsini yer.....
Sempat adik beli potato,.. tadi dah makan nasi di Dongdaemun dah...Potato ni 2,000 won sebatang,..
Banyak jualan kosmetik dan barangan kecantikan disini,.. tapi harganya x lah murah....
Aku makan PAT nie,... sedap,.. kat Malaysia macam kueh BOM pun ada lah, dalam nya tu inti sesame seed dan sugar.... PAT ni 1,500 won sebiji
Letih lah duk dalam 2 jam jugak kat sini,.. lama kat bawah subway tadi....
Dah dalam kul 12 malam jugak,.. kami pun mencari pengalaman berehat di Silloam.
Ini gambar sebelah siangnya esok hari,.. Malam ni aku tak boleh snap picture dengan sejuk giler, dengan angin beku dan salji turun lagi,..gila lah kalau nak amik gambar pulak,..Lebih baik segera masuk kedalam SPA yang panas suam nie...
SILLOAM ni senang saja,.. boleh jalan kaki dari SEOUL STATION. Keluar dari Station tu belok kanan terus jalan dalam 200 meter,.cross the road bawah fly over tu,.. jalan terus ke depan dalam 50 meter nampak dah bangunan tinggi tulis GRAGON HILL SPA & SILLOAM.
Besar lah SPA nya, 5 tingkat, setiap tingkat lain fungsinya, contohnya. Underground tempat mandi,.. Kolam air panas. Jangan terkezut pulak,..semua mandi BOGEL DAN TELANJANG TANPA SEURAT BENANG....Macam dalam NERAKA pun ada....
Tingkat 1 tempat tukar baju, kita dapat LOCKER masing2.......semua sedang bukak baju or pakai baju or sikat rambut tanpa tuala pun dibadan,.. Huhuhu,.. memang takut, tapi buat hal masing2 saja lah.
Harga; Dewasa 13,000 won Youth pula 9,000 won. Dengan harga tu kita bebas pergi kelima2 tingkat, nak mandi ker, nak gim ker, nak sauna ker...nak tidur ker....
Kat tempat locker nie,.. Walaupun kami diberi seluar pendek dan t-shirt khas mereka ( macam dalam RUNNING MAN JIKA FILMING DALAM SPA DAN SAUNA TU),.. Tapi aku tetap dgn tudung dan seluar panjang,.. aku plan dah kalau dia paksa aku nak say the words yg sepatutnya lah, tapi Alhamdulillah ALLAH peliharakan MEREKA TAK PAKSA PUN, .....Cuma masing2 tengok kami anak beranak nie dua macam jer lah,.....
Tingkat 2 nie,. tempat rehat dan tidur. Kami nak rasa tidur disini,... macam dalam dewan besar,. benas tidur sana sini,... Aku pilih tempat disudut dgn anak2 aku,...Baring disini lantainya tu laantai panas,..ONDOH lantai Korea kan,.. sedap lah x sejuk.. dibawah makcik yang tidur berkeruh,.... Ada yang tidur dgn anak ada yang dengan couple,... lelaki perempuan campur,......
Makcik di belakang adik tu berkeruh bukan main kuat lah,.....
Siapa yang tak nak tidur,.. ada yang makan di Cafe depan tu,.. ada yang duk berehat,... Macam2 aktiviti lah ada,......
Dengan muka tak cukup tidur di SPA aku keluar pagi itu,...... meneruskan aktiviti pengembaraan kami dalam dingin sejukya Korea,......
SELEPAS INI KAMI BERSAMA SEOUL CITY TOUR BUS PULA,.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.