Pagi tu memang sangat dingin, susah hendak di gambar, yg kelakarnya aku pakai baju kurung tu,.nipis pulak tu, serasa macam duk kt negara sendiri kot,... Huuhu. Dari ICOS Guesthouse tu, kami pun menapak dalam kedinginan ke Sinchon Station. Dari Sinchon Station tu kami naik subway ke City Hall Station, transfer line pula ke Yongsan Station. Mula2 memang bengong dengan subway-subway disini, dah lama tu okay lah, agak cekap juga, kena pandai baca signboard Line warna apa, Line berapa, arah tuju hendak kemana, semua ada depan mata, cuma kena pandai baca. Dan, pengalaman aku ; JANGAN SEGAN NAK TANYA ORANG, TANYA ORANG MUDA, KALAU TANYA AHJUSSI DAN AHJUMMA( PAKCIK DAN MAKCIK), Memang x dapat lah .........
Yang bagusnya disini; Orang Korea susah nak cari yang sombong, cuma mereka always in hurry, jalan cepat, terkejar-kejar, mengejar subway....
Backpacker macam aku ni, kena banyak tanya, melangkah jer tanya, melangkah jer tanya, lebih baik daripada TERSESAT ENTAH KEMANA.....
Aku rasa orang lain x da pilih pergi Yongsan kan, aku pergi sebab anak2 aku nak tengok gadget. Kami pergi Yongsan Electronic Market, tapi mana ada yang murah seperti khabar angin tu,. Handphone mahal lah, walaupun masih murah berbanding Malaysia.
Note 2 ; Duit MYR 900, Note 3 ; Duit MYR 1200, SIII Duit MYR 700
Yang murah tu untuk warga Korea, mereka most of them beli bayar bulanan, setiap bulan dalam 60,000won - 80,000won.... memang nampak murah. Mereka bayar selama 2 atau 3 tahun. Penjaga rumah GH aku duduk tu yang cerita, baharu lah aku faham yang sebenar. Handphone secondhand free sekarang dah tiada lagi ,......
Tengah siasat murah ke mahal nak beli handphone,...di Yongsan
Di kedai ni lah, abang long telah ditipu oleh ahjumma dalam tu, nampak baik jer ahjumma tu,. lesap abang long punya MYR150, Ah..... malas betul nak ingat, memang geram gila33...duit aku jugak tu!!!!
Dari Yongsan, kami naik TAXI ke Itaewon, sejuk macam dalam peti ais beku kat luar, tak larat nak tunggu bus ke nak menapak ke subway station ker,.naik teksi paling cepat,efektif dan paling menghabiskan duit. Ke Itaewon ni, bayar 5,000 won.
Dari sampai semalam mana ada jumpa nasi lagi, lapar campur sejuk beku = memang terbaik. Jumpa SULTAN KEBAB di lorong nak menghala ke masjid Itaewon tu, berhenti lah kami mengisi perut, bukan dengan nasi pun, dengan kebab saja
Terkejut campur seronok nampak matahari tiba2 keluar,.. apalagi, hajat nak panaskan badan lah. Tapi, cahaya matahari saja ada, namun, sejuknya badan tetap sama, cahaya matahari langsung tak panas..... huhuhu. Ketika ini,kami menyedari nikmatnya MATAHARI CIPTAAN ALLAH kepada manusia, berbagai kegunaan MATAHARI INI...MASYA ALLAH.
dALAM MENGGIGIL kesejukan kami mendaki bukit ke MASJID ITAEWON, Solat zohor dalam pukul 12.30 tengahari gitu, ..Ramai sungguh lah orang Malaysia, orang Melayu. Ramai Malaysian bercuti di Korea rupanya!!
Semua orang Malaysia tu,.. nak sampai Masjid tu kena naik bukit lagi, memang masjid tu atas puncak bukit pun,.... huhu. Boleh kurus badan duk Korea ni, sana-sini memang bukit tinggi2 lah.....
Tempat imam tu, Gambar dari tempat solat orang perempuan di tingkat 3...... Cantik kan...
Dua orang anak kesayanganku,.. aku ambil gambar dari bawah, nak sampai masjid tadi bukit, nak sembahyang pun naik tangga tinggi lagi,.......
Ni KEBAB lain pulak,... Yang ini adik nak bungkus untuk bawak balik rumah, belum jumpa nasi lagi, tak tahu nak makan nasi dimana nie,.....huhu
Dari Itaewon kami ke NAMDAEMUN. Cuba teka naik apa?. Huhu....naik Teksi lagi,.memang lari budget betul lah. Pembukaan di Namdaemun,kami berhenti di kedai ahjumma ni, beli baju sejuk, pilih punya pilih, satu saja yang berkenan..... Baik makcik nie, boleh mintak kurang lagi, tak macam makcik sebelah tu, mintak kurang dia suruh blah......
Masuk kedalam pasar Namdaemun, memang TERBAIK!!!. Lorong sana, lorong sini... semua jualan yang mencabar iman, yang bestnya ; DISINI MURAH DAN BOLEH MINTAK TAWAR,KENA PANDAI BODEK,KENA SENYUM, KENA PUJI SIKIT TUKANG JUAL TU,.... Ahjumma tukang jual memang baik lah......
Adik menggigil kesejukan......
Susu Pisang, memang sangat sedap,kat sini macam dadih, tapi susu pisang lagi sedap..... Aku alas perut dengan susu ni lah, kejap beli,kejap beli,...... Harga; 1,200 won.
Abang Long dapat beg sekolah ; 18,000 won. Dan kasut ; daripada 40,000 won, abang long dapat 28,000 won, puas menawar dengan makcik tu......
Topi LEESSANG; 18,000 won. Abang long duk pakai sepanjang berjalan-jalan. Baju adik yang cantik itu harga; 23,000 won, asal harga 25,000 won,....
Baju adik dan baju abang....... Kurang daripada 15,000 won. Memang sangat murah. Ada baju yang harganya cuma 5,000 won, kain nya sedap pakai.... Puas hati lah membeli-belah di Namdaemun Market
Kebab yang adik bungkus tadi, makan sambil tengok2 barangan shopping di Namdaemun tadi......
Sempatkan posing dengan baju sejuk beli di Namdaemun......
T-Money, Sampai saja di Seoul, terus beli T-Money nie........ mudah nak naik subway ker, bus ker, teksi ker..... Ada diskaun pulak... Seminggu di Seoul, cukup topup 20,000 won.
Barangan souvenir untuk ahli keluarga, diperbuat daripada kain sutera korea,... dalam 5,000 won - 7,000 won
Bersambung.......................................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.