I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Monday, August 19, 2013

INSAN YANG PERNAH BERJASA KEPADAKU telah tiada lagi,..


Photo
Paksu Dahlan,. 2 dari kiri,....



\]

Dan sekarang beliau sedang terlantar sakit. Beliau ialah Tuan Haji Dahalan bin Haji Arshad, tok saudaraku.
Mujur aku jumpa gambar ini dalam FACEBOOK aku, berguna juga FACEBOOK dalam menjejak kasih,.

Dulu, ketika aku mula melangkah ke UIA matrikulasi,.. Tok saudara yang ku panggil Pak su ini lah yang banyak membantu aku dari segi wang belanja. Arwah ayah ku susah ketika itu,.. dengan adik beradik yang ramai.
Adakala pak su datang ke kampus waktu cuti minggu dan membawa aku pulang ke rumahnya, yang ketika itu di kuarters TNB Kajang. Dan bila hantar ku kembali ke asrama,dibekalkan duit belanja buatku.

Sudah lama aku hendak ke rumahnya, tetapi terputus hubungan kerana pak su berpindah rumah, dan hilang nombor telefonnya.

Sesiapa yang mengunjungi lamanku ini, tolong lah doakan agar pak su sihat, diberi kesihatan yang baik,kesembuhan dengan Rahmah ALLAH,.. jasa dan kebaikan pak su hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.....Aaamiiin. Ditulis pada 19/8/2013


..............................................................................

Masa aku tulis esei di atas, perasaan ku sungguh kuat untuk berjumpa pak su,...hanya kerana anak dalam wad sebab denggi sahaja,aku menahan rasa itu...

Semalam, pada 15hb September,..aku mendapat call daripada anaknya Hammad,...pak su sudah tiada,pergi meninggalkan kita semua pada 21 Ogos, selepas raya 2 minggu.... Aku ingat kembali, itu lah waktunya hatinya kuat sungguh untuk bertemunya, deria keenamku mendesak-desak,rupanya itu tanda pak su telah meninggalkan ku untuk selamanya,....

Syukur lah bila Hammad memberitahu pak su pergi dalam keadaan baik sekali,.wajah seolah senyum dan tidur sahaja

Teringat kebaikan pak su pernah menjaga ku ketika di universiti, pak su sangat baik dan penyayang... YA ALLAH, AMPUNKAN LAH DOSA PAK SU, LETAKKAN ROHNYA BERSAMA PARA SYUHADA DAN PARA AHLI SYURGA DENGAN RAHMAHMU ALLAH.....AMIN




AL-FATIHAH BUAT PAK SU ARWAH HAJI DAHALAN HAJI ARSHAD





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.