DAGING RUSA GORENG CILI PADI
Kebetulan balik raya 2013, adik lelakiku bawa baik daging rusa,1 Kg rm50. Aku dah lama mengidam daging rusa ni,happy sungguh aku dapat juga masaknya dan makannya. Daging rusa goreng cili padi, tapi tak pedas sangat kerana cili padi tak banyak pun.
RESEPI nya senang saja ; Jika tahu bagaimana nak buat ayam goreng cili mesti tahu lah nak buat resepi ni,.. ;)
KETUPAT DAUN PALAS
Ketupat beras pulut dalam daun palas, payah juga nak buatnya. Kena kukus dulu beras pulut tu, tengok emak buat macam tu, cerewetnya. Kalau aaku, ambil saja ketupat dah siap packing kat Mydin tu, rebus jer dalam periuk.... hehe
GULAI DAGING RUSA ADIK BUJANG AKU INSIST NAK MAKAN
DODOL DURIAN KAMPUNG
Ini memang makanan tradisional kegemaran aku, terutama makan nya masa sedang dimasak, tengah panas-panas tu,huh!!! menjilat jari!.
RESEPI ; Kita perlukan - tepung pulut, tepung beras, santan, gula kabung, gula pasir, durian kampung,
CARA BUATNYA ; Yang penting kena KACAU ATAS API, kalau berhenti kacau boleh hangit lah. Dalam sejam lebih juga lah mengacau nya dalam kawah baru lah masak.
P/S; Sesiapa yang nak tahu resepi tepatnya atau rasa nak cuba dodol emak ini boleh telefon, 019-9948960
..............................................................................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.