Orang tanya saya apakah kunci rezki murah?
Saya jawab dermawan dan syukur... SUNGGUH!!!
kalau tak dapat balik duit yg kita dermakan, Allah jarang berikan kesakitan.. Kereta jarang rosak... Tayar susah nak pancit, orang selalu belanja makan, tambang orang selalu bayarkan, mudah berurusan dengan orang..
Hairan kan, jalan yg sama di lalui oleh orang yg selalu pancit tayarnya.., Tapi tayar kita tidak pancit pancit...!!!
Sabda nabi saw:-
حسنوا اموالكم بالزكاة، دوا مرضاكم بالصدقة...
Sucikan harta kamu dengan zakat, ubatilah pesakit kamu dengan sedekah...
Sakit mmg boleh di ubati dengan sedekah.. Setiap kali bersedekah terus berdoa.. Sebab itu ketika kesakitan kita di anjurkan bersedekah, kerana itu adalah rawatan untuk melegakan sakit... Tetapi masalah setiap kali hati hendak bersedekah, terasa begitu berat dan terlalu memikirkan duit yg diberikan.. Terlalu berkira membuatkan dunia dan sekeliling terlalu berkira juga untuk kita..
Tak percaya tgok org kedekut.. Urusannya sukar, duit walaupun byk cukup berkira nak belanja orang.. Tambang rakannya seringgit di tuntut kembali.. Maka di uji Allah kesakitan, setiap ujian walaupun kecik dirasakan berat, urusannya selalu sukar...resah dan gelisah..
Syaikh Muhammad Ratib An Nabulsi ketika menafsir ayat 39 surah Sabak, :-
وما انفقتم من شيء فهو يخلفه....
Apa yg kamu belanjakan dr sesuatu (atas jalan Allah) akan diganti kan oleh Allah...
Kata Syaikh Muhammad Ratib, dengan harta itu ada ujian, dan sentiasa di uji Allah untuk kita belanjakan, tapi sekiranya di belanjakan Allah pasti gandakan sedekah itu kerana itu adalah janji, tetapi majoriti manusia masih gusar janji ini yaitu mereka berfikir "kekurangan harta".. Maka Allah terus mengurangkan hartanya...
Maka dia pun hairan, walaupun tak bersedekah, harta tetap kurang... Dan tambah Syeikh Ratib, suatu petua yg orang selalu langgar pantang, dan ini menurut Syeikh Ratib merupakan kaedah emas yg orang selalu lupa yaitu apabila kita melakukan kebaikan kepada orang, terus kita lupakan.. Biarkan ia berlalu supaya tidak timbul soal ungkit suatu masa..
لا تبطلوا صدقاتكم بالمن والاذى
Jangan kamu membatalkan pahala sedeqah kamu dengan ungkit dan kata kata kesat.. Kerana di dalam agama, dua golongan yg diberikan kelonggaran untuk mengungkit, yaitu guru terhadap anak muridnya yg biadap, dan ayah ibu yg anaknya kurang ajar... Kalau tidak silap, pandangan ini saya naqal dari secebis pandangan Syeikh Muhammad bin Ismail Uthman Zein Al Yamani Hafizahullah...
Tulisan; sahabat fb,hadi Johari
................................................................................
SMILE IS A REMEDY FOR SADNESS. NO NEED TO EXPOSE YOUR GRIEF AND GLOOMY DAY, JUST SMILE, ONLY THE ALMIGHTY GOD KNOWS HOW ARE YOU TODAY....SO, SMILE AND KEEP SMILING! THANKS A LOT FOR VISITING AND VIEWING MY GARDEN, THIS IS MY PERSONAL BLOG AS MY DIARY. HOPE YOU WILL BE HAPPY AND CAN TAKE AWAY SOMETHING BENEFICIAL ... SHARING IS CARING - MY SECOND BLOG, AT http://yaseminemohamad.blogspot.com
I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..
Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com
Wednesday, August 28, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.