I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Friday, November 8, 2013

Mayat masih utuh kerana AL-QURAN



Terbaca berita bagaimana mayat-mayat masih utuh dagingnya dan berbau harum apabila pembongkaran dan peralihan kubur dilakukan di sebuah negeri,.. diamati sebabnya adalah kerana antara mereka itu, iaitu golongan ustaz yang mengajarkan Al-quran tanpa ambil upah, free of charge!. Masya ALLAH....

Apabila ku kongsikan dengan seorang sahabatku,... sahabatku ini berkata; Kita perlukan duit untuk belanja, untuk membayar sewa dan bil, bagaimana kita dapat berbuat seperti mereka. Aku terus berfikir, mungkin ya, apabila kita sudah kaya, kita ada harta ladang ternakan atau kebun atau rumah sewa, kita TIDAK PERLUKAN DUIT UPAH MENGAJAR AL-QURAN. Seperti seorang jiranku, beliau seorang yang kaya, hartanya saja tidak habis sampai ke anak cucu, ditambah dengan duit pencen lagi. JADI, BELIAU MENGAJARKAN AL-QURAN ANAK-ANAK JIRAN DENGAN PERCUMA JUGA, untungnya mereka ini.

Tapi, bagaimana dengan individu dan orang yang tiada harta, tiada wang beribu dollar, rumahnya perlu dibayar sewa bulanan, hutang keliling pinggang, gaji nya saja kecil, tidak cukup untuk membeli sebuah rumah pun. APAKAH SALAH DIA MEMINTA UPAH JIKA MENGAJARKAN AL-QURAN. GURU DATANG KERUMAH PULA, DENGAN DUIT MINYAK KENDERAAN NYA LAGI, APAKAH DIA TIDAK BOLEH MEMINTA UPAH, SIAPAKAH YANG MAHU MEMBERINYA DUIT MINYAK??

Aku punya seorang sahabat yang kerja lebih masanya adalah mengajar al-quran ke rumah orang di kawasan perumahannya. Dia memberitahu aku, Kita halalkan sedikit daripada bayaran upah kita, niatkan sedekah kerana Allah, muga itu ALLAH kira sebagai sedekah kita dengan RahmahNYA....

Aku hanya mengangguk setuju. Ya, jika kita tidak mampu seperti mereka yang mengajarkan AL-QURAN secara percuma, kita masih boleh bersedekah sedikit daripada bayaran upah kita. ALLAH MAHA TAHU SEDEKAH KITA ITU KERANANYA, DAN ALLAH MAHA ADIL, ALLAH TAHU KEBUTUHAN DAN KEMUSLIHATAN HIDUP SEHARIAN KITA... BERBAIK SANGKA LAH DENGAN ALLA TAALA......hingga lega hati kita....



“Majma’ al-Fiqh al-Islami ” [9] iaitu:

Jika tidak mengambil upah, nescaya meraka tidak akan mempunyai sumber untuk menyara kehidupan mereka. Jika perkara itu berlaku, agama Islam akan semakin dilupakan. Oleh itu, untuk menjaga kesinambungan agama Islam, para ulama Mazhab Hanafi telah membenarkan golongan ini mengambil upah. Para ulamak dari pada pelbagai mazhab juga telah mengambil pendapat ini demi menjaga kemaslahatan agama.

Ustaz Maszlee Malik mengatakan ulamak yang mengharamkan perbuatan itu kerana ia termasuk dalam amal ibadah dan tidak boleh diberikan upah. Pendapat ini disokong oleh polisi negara islam terdahulu yang menyara para pengajar al-Quran, fardu ‘ain, fardu kifayah, imam, muazzin dan sebagainya. Namun begitu, pendapat ini tidak lagi relevan apabila negara-negara Islam moden sudah tidak lagi menanggung mereka. Sumber ; Halaqah.net


...............................
Baca lagi disini ; http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/09/hukum-mengambil-upah-mengajar-al-quran






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.