I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Tuesday, July 7, 2015

PERKONGSIAN TENTANG BPG DAN PERGURUAN

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah sebagai peneraju utama dalam kontek latihan guru dalam perkhidmatan, badan pengawal kualiti pendidikan guru dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi penekanan untuk memastikan pemantapan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).  BPG  merancang dan menyelaras pelaksanaan inisiatif Kualiti Guru dalam PPPM (2013-2025) untuk memastikan pelaksanaan transformasi pendidikan.

BPG sebagai peneraju utama dalam latihan pendidikan guru bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti.  Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang.

PPGB merupakan salah satu inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. 

Menurut Huling-Austin (1990) dalam Modul PPGB edisi 2010, PPGB merupakan “planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year”.  BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GURU BAHARU bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. 

banyak hasil kajian menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk Guru Baharu (Humphrey, Wechsler, & Bosetti, 2007; Norasmah, Mohammed Sani, Zamri, 2007; Russell, 2006).

Antara masalah utama yang dihadapi oleh GB yang baru ditempatkan di sekolah adalah penyesuaian diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar.  Di samping itu, GB perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri dari pelbagai bangsa dan latar belakang (Bartell, 2005). 

guru yang mengikuti PPGB bagi sepanjang tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah telah dapat mempamerkan kualiti pengajaran yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid (Humphrey, et al., 2007).

Guru Baharu yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti pengajaran guru itu sendiri (Duke, Karson, & Wheeler, 2006).

Kebanyakan GB mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali (Norasmah, et al., 2007). 

Konsep pendidikan guru yang bersepadu menyarankan satu program perkembangan guru yang berterusan harus bermula daripada latihan perguruan pra perkhidmatan, program induksi sewaktu guru mula ditempatkan, dan seterusnya program perkembangan berterusan sehingga seseorang guru itu bersara (Norasmah, et al., 2007).



Tugas Guru Baharu      
-  Melaksanakan tugas sebagai guru seperti:
·         memasuki kelas tepat pada waktunya
·         menyiapkan buku rekod pengajaran
·         mengurus kelas 

·         memeriksa tugasan murid
·         memastikan kehadiran murid
·         menyimpan data sistem maklumat murid
·         melaksanakan pengurusan fail dengan sistematik
·         hal-hal lain yang berkaitan dengan tugas yang diarahkan
- Meningkatkan pengetahuan untuk pembangunan profesionalisme berterusan secara formal dan informal
- Mematuhi etika profesion keguruan


Tanggungjawab Guru Baharu
i.   Memberikan kerjasama terhadap pentadbir dan rakan sekerja yang memerlukan bantuan profesional
ii.             Menunjukkan sikap keprihatinan kepada keperluan pembelajaran murid
iii.           Berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat terutama masyarakat sekeliling
iv.         Sentiasa peka terhadap persekitaran sekolah sebagai satu kawasan yang selesa, selamat, bersih dan ceria yang dapat mewujudkan suasana PDP yang kondusif dan efektif
v.             Meneroka dan melaksanakan pelbagai pendekatan PDP
vi.           Membina jaringan dengan rakan, murid, ibu bapa dan komuniti sekolah
vii.      Mengurus hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stres, teknik belajar, motivasi kendiri dan pembentukan sahsiah
viii.     Mempamerkan tingkah laku yang boleh menjadi model atau contoh bagi murid
ix.           Menjaga kebajikan dan keselamatan murid
x.             Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa
xi.           Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan rakan sekerja.










WHAT MAKES A GOOD ESSAY - SPM STUDENTS

1.)    It aims to persuade readers

2.)    Based on an evidence

3.)    It should answer the topic

4.)    It must have reasons and examples

5.)    It should have thesis statement

6.)     Get yourself into the story/plots

.........................................................................................................

IMPORTANT RULES IN WRITING AN ESSAY

1.)     Stick to the topic

2.)     Focus on your writing

3.)     Don't scrambling your texts - must neat and organizable

4.)     Must put in paragraphs

5.)     Make one point in each paragraph using a topic sentence

6.)     The first paragraph outlining the rest of your story

...........................................................................................................................................






Monday, July 6, 2015

ILMU DAN ADAB MENUNTUT ILMU

KELEB IHAN MENUNTUT  ILMU
Kata Saiudina Ali k.w:
Ilmu itu lebih baik dari harta kerana:
-Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan Fir’aun.
-Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaga.
-Orang yanh mempunyai ilmu, ramai sahabatnya, manakala orang orang yang mempunyai harta ramai musuhnya.
-Ilmu itu jika diajarkan akan bertambah, manakala harta pula jika dibelanjakan akan berkurangan.
-Orang yang berilmu diseur dengan nama kebesaran dan kemuliaan, manakala orang yang berharta pula diseur dengan kecelaan dan kebakhilan.
-Ilmu tidak peerlu dijaga daripada pencuri, manakala harta pula perlu dijaga dari kecurian.
-ilmu dapat member syafaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat member syafaat kepada orang lain, manakala orang yang berharta, akan dihisab di Hari Kiamat.
-Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.
-Ilmu dapat menerangkan hati, manakala harta pula akan mengeraskan hati.
-Orang yang berilmu mendakwa kehambaan ( bersifat rendah diri), manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.


Kata Imam Al-Ghazali:
العلم بلا عمل جنون  * والعمل بلا علم لا يكون
 Ertinya:
“Ilmu tanpa amal adalah gila, manakala amal tanpa ilmu adalah sia-sia.”





ADAB-ADAB SEORANG PELAJAR MUSLIM
Adab terhadap Allah SWT
1.       Cintakan Allah SWT
2.       Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.
3.       Takut dan harap kepada Allah SWT.
4.       Bersyukur apabila diberi nikmat.
5.       Bersabar apabila diberi nikmat.
6.       Melihat taufik dan hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
7.       Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah SWT.
8.       Tidak berputus asa, sentiasa  mengharapkan rahmat daripada Allah SWT.
9.       Melakukan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
10.   Beriman dengan penuh keyakinan terhadap qadha’ dan qadar Allah SWT, kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmat disebaliknya yang tidak diketahui.


Adab terhadap Nabi saw
1.       Cintaka Nabi saw.
2.       Beriman dan percaya dengan segala perkara yang dinyatakan oleh Baginda saw.
3.       Kasihkan keluarga, sahabat dan sekelian umat Baginda saw.
4.       Memperbanyakkan selawat keatas Baginda saw.
5.       Memulia dan mengamalkan sunnah Baginda saw.
6.       Sentiasa mengharapkan syafaat Baginda dan bertawassul dengan Baginda saw.
7.       Mengadakan majlis memperingati Baginda saw seperti sambutan Mailidur Rasul, peristiwa Isra’ Mikraj dan sebagainya.
8.       Menyebut nama Baginda saw dengan penuh adab seperti ‘Saidina Muhammad’ atau ‘Rasulullah’ atau ‘Nabi Allah’. Jika nama Baginda dan nama para anbia’, aulia’ dan orang-orang soleh tidak disebut dengan panggilan yang mulia, amalan seseorang itu boleh gugur dan dia akan mendapar dosa dan azab di akhirat kelak (sekiranya tidak bertaubat).
9.       Selalu menziarahi makam Baginda saw samaada dengan roh atau jasad.
10.   Selalu memuji Baginda saw dalam semua keadaan dan berakhlak dengan akhlak-akhlak Baginda saw.


Adab Bersama Guru
1.       Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul.
2.       Bertutur dengan lemah-lembut dan mudah dan penuh rendah diri.
3.       Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
4.       Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormatkannya.
5.       Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
6.       Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
7.       Hindari dari menyinggung perasaan guru.
8.       Mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka.
9.       Selalu menziarahi mereka atau menziarahi makam mereka setelah mereka meninggal.
10.   Mengambil berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.


Adab Bersama Ibubapa
1.       Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.
2.       Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
3.       Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
4.       Segera menjawab panggilan mereka.
5.       Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan)
6.       Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
7.       Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
8.       Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menhadiahkan kepada mereka bacaan ayat-ayar Al-Quran, tahlil dan sebagainya.
9.       Memohon dan mendoakan untuk kesejahteraannya di dunia dan di akhirat.
10.   Berbincang apa-apa masalah dengan mereka dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.

  
ADAB MEMILIH SAHABAT
1.       Pilih rakan yang berakhlak mulia dan taat pada agama.
2.       Pilih rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
3.       Pilih rakan yang ikhlas dalam segala perkara.
4.       Pilih rakan yang mahu membantu di waktu susah dan senang.
5.       Pilih rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
6.       Pilih rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7.       Pilih rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
8.       Pilih rakan yang mengingatkan kita kepada ALLAH dan p[erkara kebaikan.
9.       Hindari teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
10.   Hindari teman yang pemalas dalam segala perkara 

ADAB BELAJAR
1.       Sentiasa beristighfar, memohon keampunan kepada AllahSWT kerana dosa adalah kegelapan.
2.       Berwudhu’, membersihkan diri, persekitaran dan pakaian.
3.       Perbetulkan niat , belajar untuk menghilangkan kejahilan, untuk meninggi kan syiar-ayiar agama Alah dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4.       Membaca Al-Fatihah, selawat dan doa-doa belajar sebelum memulakan pelajaran atau sebelum mengulangkaji.
5.       Memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran. Sebaik-baik waktu untuk mengulangkaji ialah pada waktu 1/3 akhir malam (waktu sahur), antara Maghrib dan Isya’ dan pada waktu pagi.
6.       Selalu merijuk kepada guru.
7.       Selalu berbincang atau membuat ‘study group’ bersama rakan-rakan.
8.       Sentiasa bersifat sukakan ilmu dan rendah diri.
9.       Menunjuk ajar apabila diminta.


PETUA  DAN HIKMAT
4 PERKARA YANG DAPAT MENAMBAHKAN AKAL DAN MENGUATKAN  MINDA:
1.       Meninggalkan perkataan yang sia-sia.
2.       Bersugi.
3.       Duduk bersama orang-orang soleh.
4.       Duduk dalam majlis para ulama’.






ITAEWON MAP FOR BACKPACKERS TO SEOUL, SOUTH KOREA



Backpackers especially muslim can choose to stay here, muslim food stalls and restaurants can be found, also a homestay by malaysian is there, behind the white building about 200meters from the subway exit...


safe, and can walk to the mosque too......

.................................................................

BUCKHON HANOK VILLAGE MAP FOR BACKPACKERS TO SEOUL, KOREA


LOVE IN SCHOOL, IT IS APPROPRIATE??


               Teenagers is a very valuable asset for a country, this is a generation and future leaders in the continuing struggle of the present leaders towards the development and progress of the society and the state. Therefore, any question arises as to the teenagers, either directly or indirectly, is a very sensitive issue and a major focus in the society, especially the government.

               In the new edition of Kamus Dewan (1993: 1046), youth is defined as "old enough or young. They generally have a different feeling in life; by location of residence and identity are influenced by the culture of their own lives. However, as teenagers, they share certain things in common, for example, the feeling of wanting to love and be loved, love and ambition. Teen word in English is called 'adolescence' and, often referred to the period of transition between childhood and adulthood in one's life. The period is usually divided into what can be termed early teens. The age of the reference period is between 12 to 16 or 18 years (Anuar bin Puteh, 2001). This time period is the most challenging for a young person, because it is they need someone or a group of 'Role Model' in the live well.

               Fair if a girl had feelings for other boys in a school, because this is a natural phenomenon of adolescent boys and girls in physical and mental development process from childhood to adolescence in the maturation process. Drs Awang Sudjai (19771903) believes that, adolescence is the age when a person is growing up, puberty and already old enough to get married. Some also define adolescence as a time of transition in the process of human development among the youth and adults (Khadijah Haidi Khalid l994: l). He noted that the youth is a stage marked puberty or old enough that the indications referring to the process of menstruation for women and for men they are starting to produce seeds through semen. In psychology, they began to be attracted to someone of the opposite gender, the boys started to attract girls, while girls start to take care of their physical appearance to draw attention to the teenage boy.

               That is what is happening among young people in schools, especially secondary schools the majority of students from the age of 13 years (level 1) to the students aged between 19 years (grade 6). And, in this age range we often hear the term 'Love Monkey', that love which is often impermanent and not be based on 'marry' agreement. Most of them, only because it meets the requirements of a feeling of 'wanting to love, to be loved' alone.

              It becomes worse when the issue of 'puppy love' or the 'coupling' in this school days led to moral decadence and moral issues, where the term 'dating' came into existence. Dating is not only, but also began action 'holding hands', kissing, groping, touching, and ultimately lead to the occurrence of an intimate relationship, where all the action is clearly forbidden in the religion of Islam.

ALLAH TAALA says in the Holy Quran:
"Say to the believing men: should lower their gaze and guard their modesty; That is purer for them; surely Allah is Aware of what they do. "
(Surah An-Nur: Verse 30)

That is, men are prohibited from seeing the woman's body except the face and palms. Because the other parts is an aurat (Nik Hazwan Hamizan, 2012). The aurat alone was illegal, how about hold or touch the opposite sex bodies outside of marriage? Though from a hadith narrated from Ibn Majah states that;
"Enlivening swine (pigs) are better than contact or touch (intentionally) with a non-mahram woman."
 Which means, in contact with her skin, holding hands between couples of the opposite sex who are not married are prohibited outright by Islam.

               Deputy Minister of Development, Women and Community Development Minister Datuk Azizah Mohd Dun said to the hearing in Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, as many as 26 cases of abandoned babies were reported nationwide in the first quarter of 2014 (http://peraktoday.com.my/, June / 2014), which, according to the statistics of the Royal Malaysia Police (PDRM), Selangor recorded the highest cases of five cases, four cases followed by Sabah and Sarawak and Pahang each of the three cases. This new small fraction of cases are reported, how about the cases which are deliberately marginalized or hidden? And, more unfortunately, when majority of the babies involved teenagers, mostly Malay Muslims. Such a shameful to the name of religion among multicultural and multi-religious nation.

The question that arises in this paper is that, should this 'puppy love' or monkey love is left spreading freely among teenagers and secondary school students?


CLOSING
..................................................................................................................................................


REFERENCES
Anuar bin Puteh (2001) .Development AND YOUTH FORMATION BY ISLAM TIF perspex. Malaysia Review, vol. XIX, N0. 2 / December 2001. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
Nik Hazwan Hamizan (2012) .Why COUPLE IS ILLEGAL? COUPLE WHO SAID WHAT NAS IS ILLEGAL? Published in the http://www.nikhanz.com/

http://peraktoday.com.my/?p=190653

Sunday, July 5, 2015

WRITING SERVICES IS TO HELP YOU BUT NOT FOR FREE

Hi and Assalamualaikum everybody....

It takes long time to write here, in a gap i am very busy writing tesis, assignments, journal, or even review journals for my clients. Yeah.... writing is so tiredsome but what to say it is my hobby to write. But, please, dont take advantage on me, i am your writer, your tesis writer not your servant or tea lady!

It just a month ago, while a guy looking at me urgently. He said that he was cheated by another writer, and he nearly dropped from the semester. Well, i am a human being, with sense of pity and urge to help. So, i agree to help, but, if you want your urgent work within a very limited time, you must pay double or triple, because it is not an easy work you know, to finish 30000 words within a week like that, are you crazy? I am not a robot!!!!!!!!!!!!

Push and push, push and push...push and push..... totally different from his humble voice and manner t the first time he asked me to help, and agree with the payment, even PROMISE to pay.

Day and night, hours and hours... with a texting without reply, just then i realize, ohhhh.... he deserved to be treated like that by another writer, look at him, how he treat others??

And, finally where is my last payment? Never mind, ALLAH is there for me, for what you have done! Then, cant texting him for the balance anymore, maybe gone!!

LESSON; ALLAH IS THERE FOR ME, WHATEVER PEOPLE DOING THEY CAN RUN AWAY IN THIS WORLD, BUT WITHOUT A PEACE IN HEART MAYBE, FOR SURE THEY CANT RUN AWAY FROM ALLAH TAALA..........

LESSON; DONT SAY 'I PROMISE' BECAUSE WE DONT KNOW WHETHER ALLAH LET US TO KEEP A PROMISE OR TO BETRAY IT.

LESSON; IF SOMEONE SAY 'I PROMISE' IT TELL YOU 'DONT TRUST ME!'


....................................................................... 

Tuesday, April 7, 2015

BOOKS AND PERSONAL JOURNAL FOR EVERYDAY LIFE

THIS IS A STORY OF MY BOOKS, MAY IT BECOMES AN ASPIRATION FOR YOU TO HAVE BOOKS LIKE THIS, OR, FOR STUDENT, YOU HAVE IDEAS TO WRITE AN ESSAY ABOUT 'BOOK' .


             Personally, I have THREE BOOKS, First, as shown in the picture below, is  A BOOK FOR TRAVEL. Everything about travel is in there, started form KLIA departure hall - the country I go, in the book below is about TRAVELLING TO KOREA, 2013. Everything in details, which I cant write them all here. Such as, the place I go in the town, the food, can or cannot eat, the subway map, the police emergency number, hospital number just in case, Malaysia ambassador in Seoul, their address and phone number, details about timetable day by day I in there, since morning ......



You should have one if you like travel......




The book below is ' AN ENGLISH BOOK' - my personal notes, a guideline and preparation for me to teach my classes, from Grammar, Writing, Formats, etc.....

Special about this book is, I have a collection of vocabulary, new words or phrases in movies I'm watching in the TV...... Students should do like this, collect your vocab while watching or listening to the song.................









The book below is 'A BOOK OF WORK' -which contains all about my work, my tuition classes, my typing job, in details, everything is in here............................



.................................................................................................................................

So, how many book you have? These books will teach you about PLANNING EVERYTHING... MANAGEMENT IN LIFE, SO LIFE INSYALLAH WILL BECOME ORGANIZED WELL...... 


MONEY, PLANNING AND TRAVEL 2015




Today, money is valuable for everything and anything. No money no talk, no money no travel, no money no food, no money no wife, no money no study, and many other things we cannot do without money. Money seems like a king in our life today, even to a humble and 'zuhud' person, still they should use money to have food and shelter. In brief, money is everything for everything. 

Money may become a difficult task for some and an easy one for the others. It depends on what we have as a ticket for it. An excellent student may become an officer and will collect a lot of money for themselves, otherwise the SPM leaver just do a usual labor job with a small income and collect money just enough for a month. But, it is unpredictable matter. Sometime the SPM leaver can makes a lot of money as he open a business by the help of his family and so on. Anyway and anyhow, finding a job and getting a lot of money is a necessary for everybody.

After you have a sum of money, you must have a plan for it. What is the priority use of the money - completing your dream - keep a few for your insurance - and if you have an extra, it will become a preparation for your hobby. What is your hobby? Singing, fishing, collecting a video, food, or travel.

If your hobby is travel, so keep aside sum of the money for that, and always check a cheap offer in AIRASIA (www.AirAisa.com) website for a ticket. The best is if you register to be a member of AIRASIA like this -  http://www.airasia.com/my/en/home.page, so you always get the offer from them, in addition to that, you also can collect your BIG POINT which you can change it with a free ticket one day, just be a member of YouGov Survey, you want to see the benefits, you can click mine as an example, https://ap.yougov.com/en/account/register/. It is very easy, you just answer a few question in a simple survey free as I do, collect POINTS to replace it with a free ticket and more benefits. It is easy right? 

I like travel, even I have many debts and have no money, but I keep cents and ringgits for my hobby. Travel is IBADAH. Travel with the intention to view the great and marvelous creation of ALLAH TAALA in another country, ALLAH will help you before the travel, within the travel even after the travel, just believe in ALLAH will and power, The Almighty One God can gives you anything everything just in a second by HIS Will and Power.

...... keep working hard, keep saving even cents, keep praying to the Almighty One God ALLAH TAALA..... Everything will become an orderly arrange.....






UPAH MENYIAPKAN TESIS/ASSIGNMENT

UPAH TAIP ASSIGNMENT, TESIS, ESEI, REVIEW, DLL - WHATSAPP ONLY; 0129199728 NOT CALL..PLEASE RESPECT.

Kali ketiga aku  melayan kerenah seorang klien ni, pertama dulu; Gara-gara percaya ada dia, seorang kakak (lebih tua daripada aku), seorang guru, seorang ibu, aku pun serahkan assignment walaupun dia belum bayar. Walaupun jumlah yang kecil, walaupun dua puluh ringgit ke sepuluh ringgit ke, tetap kena bayar. Lama aku tunggu, kakak ni lupa ke? Aku sms dia told her about my money, then dia cakap, akk dah bank in. Hah? bila? Akk x cakap pun, xda pun. Lama dah akk bank in, akk x sempat bagitahu. Aku check at the bank, xda pun jumlah yg sepatutnya dia bagi tu.

Setahun kemudian, dia suddenly sms, akk nak mintak tolong kamu buatkan assignment boleh? Akk x cukup masa. Tajuk bulan depan baru tahu. Aku pun cakap...okay. Bulan depannya tu, aku tanya, jadi kak buat assignment? Jadi, dia cakap. minggu depan akk send tajuk. Aku pun tunggu lagi, boleh lah aku nk bayar bil guna duit tu nanti. Minggu depan berlalu, seminggu, dua minggu... bulan yang bru pun tiba, aku sms dia. Jadi kak buat assignment? Tiba2 dia jawab. Owhh.. maaf lah yasmin, akk dah siapkan, dh hntr kpd lecturer pun. Ya Allah, sedih betul aku, dipermainkan pulak. Kenapa akk x bgtahu sy? x kisah x jadi tapi bgthu lah awal2...akk tahu rasanya menunggu............. Maaf ya yasmin, akk sibuk. Okay fine...
Tiba2 lagi sekali bulan lepas, dia hntr sms urgent. Yasmin, tolong akk, akk sakit, esok nk kena hntr assignment, nanti akk bayar, buat lah dulu, send ke emel akk yer. Aku jadi kesian, sbb aku dah kenal dia lama. Aku pun tengok tajuk assignment, okay, malam itu jugak aku siapkan, sampai kul 3 pagi aku menulis. Panas kepala aku jangan, cakap lah, stuck dan jammed rasanya dalam kepala, esoknya morning aku dapat siapkan, biasalah kerja emergency! Peliknya tu, napa dari dulu x bagi aku buat, esok nk hntr hari ni suruh buat. Esoknya, aku msj dia, maaf kak, akk kena bank in dulu then sy terus emel, aku dah standby dalam draft pun, dia byr aku akan terus send saja. Bila kerja emergency, kena lah byr cas kerja overtime, macam kerja kilang, ini kerja otak manusia, bukan robotik, aku berikn sejumlah harga, double drpd biasa, aku rasa dia faham akan apa yg dia suruh aku mcm org gaji dia tu, rupanya dia x faham - macam2 alasan demi alasan diberi, cuma nk byr 100 saja utk kerja emergency!!! Lebih akk xnk byr. Ada kwn akk tu buat 100 jer dia amik. Ya Allah, menangis aku, Allah jer tahu aku ketepikan anak2 aku dan perah otak depan laptop utk beberapa jam itu tidak dihargai...... Aku pun msj dia, 'kenapa akk x suruh kwn akk tu, dia kan murah? napa akk buat sy mcm ni? xper lah kak...'
tamat disitu........ will never have any connection anymore. End.

Minggu lepas ada seorang budak Master... dalam masa 5 hari dia kena hntr bab 1 dan bab 2, tapi dia hanya ada tajuk, yg lain zero. Kesiannya aku bila orang kelam kabut begitu. Bagi aku, kita give and take lah..... aku kesiankan kamu aku tolong kamu, kamu hargai lah idea2 dlm otakku, kerahan masa singkat yg kau bagi...kau tahu harganya jika kau yang jadi aku buatkan orang punya!!!!

Adik tu pun masukkn deposit, aku terus buat....siang dan malam, pagi petang, sampai 3 pagi, sampai kepala ku migrain, panas otak. Bakinya aku berthu adik tu, sekali dgn cas sbb bagi kerja dlm masa singkat 5 hari. bukan 10 muka surat kan, lebih 50 muka surat. Adik tu faham, dia pun bayar, xda bnyk kerenah pun, sbb dia tahu dia dah lambat, dan dia x pandai nak buat. jadi dia bayar penuh..... Terima aksih dik, kerana menghargai kerja-kerja ku.

.................................................................................................
Kalau tak nak keluar duit bayar orang, buat sendiri, habis cerita. Kalau masa xda, sibuk sangat, x sempat, kita minta tolong orang buatkan, faham lah, at least ada orang nak buatkan kerja aku ketika aku sibuk dan stuck... Bayangkan kalau aku ditempat dia, bagaimana? Fikirlah begitu...........

Mungkin upah dengan aku agak tinggi, tapi Alhamdulillah, dgn IZIN TUHAN, aku belum lagi pernah nak tipu, aku selalu buat seolah2 itu assignment aku punya..... tapi biasalah, mana ada orang yg perfect. Sebab tu aku selalu bagi awal utk orang2 yg x loghat/nak cepat, jadi mereka ada masa check dan adjust semula atau add/on apa yg aku dah tulis..... sbb aku tak repair, aku just buat/tulis sahaja.
.................................................................................................
Syukur pada ALLAH TAALA beri aku ilham, aku selalu doa, tolong lah aku Ya Allah utk siapkan kerja dia ini, dan ALLAH yang beri rezeki ini, ALLAH lah yg tolong aku dari awal hingga akhir kerja2 ku.
..................................................................................................

Monday, March 30, 2015

CONTOH RPH GAYA UPSI 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama Guru Pelatih                 : .....................................................

Mata Pelajaran            :  Bahasa Melayu

Bilangan Murid                       :  20 orang

Tahun                                      : 1 Melati

Tarikh                                      :  10/2/2015

Masa                                        :  7.45 – 8.45

Tajuk                                       :  Cerita Huda

Objektif Pembelajaran :  Pada akhir pembelajaran, mereka dapat;
 (Hasil Pembelajaran)             1) Mengecam dan mengajuk bunyi dalam persekitaran
                                                    yang didengar dengan betul.

                                                2) Menyenarai sekurang-kurangnya lima binatang dengan
                                                   Bunyi yang berlainan

                                                3)  Membaca sekurang-kurangnya 10 abjad dengan sebutan
                                                    yang betul





Hasil Pembelajaran Khusus


Huraian Hasil Pembelajaran
Fokus Utama

- Mengenal pasti bunyi-bunyi setiap bentuk dan abjad disebut dengan betul dan tepat
-   Contoh yang digunakan adalah bunyi haiwan


Kemahiran Bahasa                  :  Mengeja, membaca, menyebut, membunyikan sebutan


Sistem Bahasa                         :  Kata nama am, terutama nama-nama haiwan, bunyi suku kata,


Pengisian Kurikulum              
                        Ilmu                 :  Pendidikan muzik, Pend. Moral

                        Nilai                :  Nilai kerjasama, nilai kesungguhan, nilai menghargai alam
                                                    sekeliling

                        KBT                :  Kemahiran mengecam, menghubungkait,


Alat Bantu Mengajar              :  Buku teks, lembaran aktiviti, kad imbasan, gambar pada kad
                                                   Manila, pembaris panjang,


Pengetahuan Sedia Ada          :  Murid pernah mendengar bunyi beberapa ekor binatang sebelum
                                                    Ini


Isi Pelajaran


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan


Induksi Set ( 5 minit )

       I.            Guru menampal gambar pada kad manila pada papan putih
    II.            Murid ditanya tentang haiwan yang terdapat dalam gambar
 III.            Beberapa jawapan telah diperloeh daripada murid
 IV.            Guru mengaitkan jawapan mereka dengan isi kandungan pelajaran


ABM: gambar, kad manila,

Nilai: Berdikari, berani mencuba,

Integrasi Inovasi yang diterapkan : Berinteraktif dengan bahan




Langkah 1 ( 20 minit )

       I.            Guru merujuk kepada gambar alam haiwan yang terdapat pada kad manila dihadapan kelas
    II.            Guru menunjuk dengan pembaris panjang kearah seekor haiwan dalam gambar – murid akan mengajuk bunyi haiwan itu
 III.            Seterusnya, hingga hampir kesemua haiwan yang terdapat dalam gambar – diajuk bunyinya bersama-sama
 IV.            Setelah guru memastikan semua bunyi haiwan dapat diajuk – guru menulis semua bunyi itu diatas papan putih
    V.            Guru dan murid2 sekali lagi membunyikan suara haiwan2 itu secara berlagu
 VI.            Murid berasa seronok


ABM:  Gambar pada kad manila, marker, papan putih, pembaris panjang,

Nilai: kerjasama, minat belajar,



Integrasi Inovasi yang diterapkan : Menulis lirik tentang bunyi haiwan, melagukan bunyi2 haiwan,





Langkah 2 ( 15 minit )

       I.            Guru seterusnya mengadakan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan kad imbasan
    II.            Kali ini guru mengukuhkan kefasihan menyebut ABJAD2 sambil membunyikan bunyi yang ada
 III.            Murid menyebut ABJAD pada kad imbasan yang dikeluarkan oleh guru
 IV.            Murid cuba mengajuk bunyi haiwan yang ada pada kad imbasan guru
    V.            Guru mengulang aktiviti pengukuhan ABJAD dan BUNYI2 ini beberapa kali
 VI.            Guru mengulang kembali pengukuhan secara giliran antara kumpulan murid lelaki dan murid perempuan


ABM:kad imbasan, papan putih,

Nilai:

Integrasi Inovasi yang diterapkan :



Langkah 3 ( 15 minit )
       I.            Aktiviti pengukuhan dalam bentuk latihan
    II.     ....................................................            

ABM:
Nilai:
Integrasi Inovasi yang diterapkan :




Penutup ( 5 minit )
              Guru berpuas hati dengan aktiviti latihan murid2

                  Guru sekali lagi menyanyikan lagu yang ditulis pada papan putih dengan murid2

                          Guru memuji kerjasama yang diberikan oleh murid2 sepanjang sesi pengajaran berlangsung
                

Nilai: Hormat guru, syukur, 


Tugasan                                   :

Pengayaan/Pemulihan             :

Aktiviti Susulan (jika Ada)     :

Integrasi Inovasi yang diterapkan :

Catatan Guru Praktikum         :

Ulasan Pensyarah Penyelia/ Guru Pembimbing          :


REFLEKSI
Pendahuluan......................................

Kekuatan pengajaran saya ...................................

Kelemahan pengajaran saya .........................................

Rancangan peningkatan pada masa akan datang ..........................................

Kesimpulannya, .........................................


(DALAM 4 PERENGGAN)



LAMPIRAN SATU; GAMBAR ALAM HAIWAN PADA KAD MANILA
           
 Contoh ilustrasi daripada; http://balisaritour.com/balizoo.html




LAMPIRAN DUA; KAD IMBASAN




LAMPIRAN TIGA; LIRIK LAGU YANG DITULIS PADA PAPAN PUTIH



LAMPIRAN EMPAT; LEMBARAN KERJA