I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 01125522013


Friday, December 20, 2013

KISAH SEORANG FREELANCE WRITER

   Hampir 3 tahun aku menceburkan diri dalam bidang penulisan di alam maya ini. Semua bertitik-tolak daripada minatku untuk menulis. Aku memang suka menulis. Menulis cerpen, menulis madah, menulis novel, menulis karangan, ,menulis diari. Tapi yang lecehnya adalah menulis surat kerana perlu berformat.

Dalam masa 3 tahun ini, berbagai jenis ragam orang yang aku jumpa. Ada yang okay, ada yang cerewet, ada yang baik hati, ada yang berkira, ada yang over demand, ada yang itu dan ada yang ini.....

Tapi, disini juga aku menemui insan yang boleh dijadikan kawan, seorang kakak, seorang abang, seorang adik,....... Ada yang sampai jemput datang ke rumah... itu lah istimewanya ukhwah dalam talian. Bermula daripada upah menaip tesis dan esei, atas dasar saling mempercayai, saling memahami, saling 'give and take', yang jauh bisa menjadi dekat. Yang tak kenal bisa menjadi kenal. ...

Apakah TIPS seorang freelance writer?. MUDAH SAHAJA ...... MEMANG KERJA UNTUK MENCARI WANG TAMBAHAN , TETAPI BIAR JUJUR DAN IKHLAS KERANA ALLAH TAALA.

Siapa kata kerja menulis ni senang?. Guna OTAK DAN MINDA UNTUK BERFIKIR - MENGARANG - MEMANIPULASI KARANGAN = MIGRAIN. Kerana itu tadi dikatakan saling memahami. Pemilik tugasan pun akur upah sepadan dengan otak yang bekerja... jika hendak merasainya,.. cuba saja menulisnya sendiri, boleh rasa otak yang berasap untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan orang kepada kita. Jadi, memang WANG upah itu diambil kira. Tetapi, JANGAN LUPA PULA MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN KERJA KITA INI DENGAN ALLAH. Kerana ALLAH JUA LAH YANG MEMBERI ILHAM KEPADA KITA MENULISNYA, ALLAH YANG MEMBANTU DAN MEMBERI PANDUAN KITA MENYIAPKANNYA.... KERANA AMANAH YANG TELAH DIBAYAR UPAH KEPADA KITA.

Teringat seorang customer Indian pernah menelefon ku dan mengadu ' dia ada meminta tolong kepada seorang penulis dari utara tanah air, wang sudah dibayar, tetapi bila hendak minta tugasan, penulis itu matikan telefonnya. Sampai kesudah the teacher tidak dapat tugasannya, jadi, dia terpaksa meminta aku menulis untuknya. Aku pun berkata kepada kakak itu ; The lady yang senyap saja selepas ambil wang upah itu pun bukan senang hatinya. Berani pula dia guna wang itu untuk makan anak2 nanti?.

Jangan lah begitu... NAU'ZUBILLAH. Bagaimana menyuapkan makan anak2 dengan wang yang tidak halal?. Menjadi darah daging, mempengaruhi hati dan akhlak peribadi.

KERANA ITU LAH.... PENTINGNYA JUJUR DAN IKHLAS DALAM BEKERJA, WALAUPUN DI DALAM TALIAN, SEMUANYA DALAM PENGETAHUAN ALLAH JUA.

Ada juga customer yang cerewet dan menyalahkan penulis bila dapat markah rendah... Atau kerana mahal. MUDAH SAJA; Cari saja penulis lain ramai di dalam talian ini, atau buat sendiri!!. Penulis menulis berdasarkan tajuk dan GUIDELINE or rubrik yang diberi, markah diluar KUASA penulis. Seorang penulis yang baik biar lah menulis tugasan orang ITU SEPERTI MENULIS TUGASAN SENDIRI, SEOLAH DIA SENDIRI HENDAK MENGHANTAR KEPADA LECTURER NYA, JADI DIA AKAN BUAT SEBAIK MUNGKIN. Selepas itu.... SERAHKAN PULA KEPADA ALLAH TAALA ,.. TAWAKKAL. Selalunya yang tidak yakin tidak perlu lah diterima tugasan itu, lebih baik pemiliknya menulis sendiri. Sedangkan kita ini sekadar hendak membantunya, mungkin saja kesibukan masa, kebutuhan idea, sakit, banyak urusan, jadi dia mengupah kita membantu nya.....

Sesungguhnya, dalam hal ini, dalam apa urusan pun,.. pemberi dan penerima itu harus saling percaya, saling faham dan saling bertolak-ansur... sama2 IKHLAS KERANA ALLAH, PASTI SAHAJA ALLAH AKAN MEMBANTU. BUKAN KAH ALLAH ITU SELALU SAJA MEMBANTU DAN MENOLONG KITA.......

Pemilik tugasan boleh berehat, upah sudah diberi,..... Relax /Gambar hiasan.





................................................................






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.