I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 01125522013


Monday, September 23, 2013

CONTOH REFLEKSI PnP PENDIDIKAN ISLAM


Refleksi  tentang  sesi  pengajaran dan   pembelajaran  Pendidikan Islam.


          Kelas; 1 Al-firdaus
          Matapelajaran; Pendidikan Agama Islam
         Tajuk; Adab2 menuntut ilmu
         Tarikh; 22 hb Mac 2012
         Masa; 9.00 pagi – 10.20 (80 minit)


       Refleksi ini adalah berkenaan dengan tajuk pengajaran saya pada tarikh dan masa seperti diatas dalam kelas tingkatan 1 Al-firdaus. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah berjaya disudahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu  selama 80 minit  dengan jayanya.
Seramai 30 orang murid-murid kelas itu dengan pecahan 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan masing-masing memberikan respond an tindakbalas yang menggalakkan ketika sejak sesi mula pengajaran dan pembelajaran hinggalah kepada sesi aktiviti iaitu memadankan contoh ilmu dengan bahagian-bahagiannya,fardu ain dan fardu kifayah. Dalam aktiviti itu, sebahagian besar murid berjaya memadankan contoh gambar dengan bahagian ilmu yang ditampal oleh guru pada kertas mahjong.
Dalam antara 30 orang pelajar tingkatan 1 Anggerik itu,seramai 4 orang dikesan lemah dalam membaca teks dalam tulisan jawi berkenaan dengan gambar apabila disuruh oleh guru..Manakala,sebahagian besarnya dapat membaca tulisan jawi dengan lancar.
Murid-murid yang lemah ini iaitu seramai  4 orang tanpa mengira jantina akan dikumpulkan dalam satu kumpulan supaya senang bagi guru membuat kelas pemulihan mengenal dan membaca tulisan jawi mereka. Pemulihan bermaksud objektifnya memulihkan sesuatu kekurangan atau kecacatan  dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid. Sebelum mengadakan sesi pemulihan kepada murid-murid ini,saya terlebih dahulu patut menyelidiki faktor-faktor penyebab kelemahan mereka ini.Banyak sebab yang memungkinkan perkara ini,mungkin sahaja faktor genetik, persekitaran rumahnya, tahap kesihatannya, emosinya yang terganggu dan sebagainya. Terdapat murid yang tidak dapat menyebut ejaan perkataan jawi  dengan betul dan tepat,ada yang tidak dapat membezakan antara huruf kecil dan huruf besar,keliru dengan sebutan suku-kata perkataan terbabit.
Maka,saya sebagai guru pendidikan Islam harus tahu kelemahan setiap daripada 4 orang murid ini.Saya akan pergi kepada setiap daripada mereka dalam kelas pemulihan,lalu saya akan membantu mereka meahirkan otot-otot tangan dan jari menulis tiap-tiap hruf besar dan kecil pada setiap perkataan jawi itu berulang kali hingga mereka diyakini dapat sebelum berpindah kepada pemulihan bacaan jawi.
Bagi murid-murid yang boleh membaca dibahagikan dua,iaitu sederhana dan sudah betul-betul mahir membaca tanpa sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa. Selepas melakukan pengelasan ,saya akan memberikan latihan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan tahap kefahaman dan kemahiran mereka ketika saya menjalankan sesi pemulihan.
      Semasa saya menjalankan aktiviti memadankan contoh gambar pekerjaan dengan bahagian2 ilmu bersama murid dihadapan kelas.Saya dapati bahawa keseluruhan murid mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ini secara bersaing hendak ke hadapan kelas.
Saya yakin  yang murid-murid ini menyukai aktiviti yang saya pilih untuk mereka. Saya rasa  aktiviti ini berkesan dalam menguji daya ketajaman mata mereka melihat kepada perkataan yang ditunjukkan lalu dapat mengelaskannya mengikut gambar yang betul.Selepas siap mengelaskan gambar2  tersebut,mereka sudah memahami perbezaan antara ilmu fardu ain dengan ilmu fardu kifayah.
Seterusnya,dalam sesi pembacaan  teks dalam buku teks berkenaan tajuk adab menuntut ilmu ini, beberapa orang murid dipanggil untuk membaca dengan kuat dalam kelas.Saya melihat bahawa murid-murid pada tahap awal sekolah menengah begini harus didedahkan dengan teknik membaca yang betul. Membaca tulisan jawi yang betul penting untuk meneruskan kefahaman dan penguasaan mereka terhadap pendidikan Agama Islam.

           Saya menyedari kesan kelemahan membaca dan menulis ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran saya ialah  menjadi gagal dan objektif  pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ini tidak tercapai sepenuhnya.Saya harus sentiasa proaktif mencari pelbagai cara dan kaedah untuk memperbaiki mutu pengajaran saya supaya mencapai matlamat penguasaan 3M  dalam matapelajaran Pendidikan Islam dengan jayanya dalam kalangan murid-murid saya ini. Cadangan  saya disini supaya murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan  ICT dalam pembelajaran, supaya murid-murid ini lebih seronok dan dapat fokus dalam  matapelajaran  Pendidikan Islam. Saya juga bercadang akan mencipta dan mereka  aktiviti permainan yang lebih ‘hidup’  dan menceriakan murid-murid saya  dan terkesan kepada peningkatan kemahiran mereka membaca dan menulis Jawi bagi matapelajaran Pendidikan Islam.

Saya juga sedar bahawa kemahiran membaca dan menulis dan memahami teks jawi. Oleh itu,saya harus lebih memantapkan kemahiran mengajar yakni kemahiran dan strategi penyampaian pengetahuan dan kemahiran ini kepada murid-murid dengan lebih baik lagi,agar mereka terkesan dengan cara dan strategi pengajaran saya serta mengubah mereka menjadi seorang murid yang mahir dan cekap membaca dan menulis dan memahami teks jawi bagi matapelajaran Pendidikan Islam ini, sekurang-kurang pada akhir tahun ini iaitu sebelum mereka melangkah ke tingkatan  2.

REFLEKSI SESI PnP

……………………………………………………………..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.