I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Monday, September 23, 2013

KEAJAIBAN DI KAABAH KETIKA UMRAH

pADA DINDING DI HADAPAN ITU LAH AKU MELIHAT BAYANG SEPERTI BENTUK KEPAK BURUNG YANG SANGAT BESAR, REDUPNYA MENUTUPI SELURUH UMAT YANG SEDANG BERDIRI HENDAK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT TENGAHARI ITU,... MEMANG REDUP BAYANG ITU MEMPUNYAI BENTUK KEPAK BURUNG YANG AKU BOLEH NAMPAK LAGI DI MATA, AKU BOLEH LUKISKAN LAGI,..... SANGAT AJAIB KUASA DAN KEBESARAN SERTA KEAGUNGAN TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG......


PERASAAN KETIKA BERSUJUD BETUL2 DI HADAPAN KAABAH INI DI WAKTU JAM 3 PAGI WAKTU MAKKAH ADALAH MEMORI YANG SANGAT INDAH,... PERASAAN YANG DATANG DALAM JIWA TAK DAPAT DIGAMBARKAN,..KETENANGAN, KETENTERAMAN,KEANEHAN PERASAAN TENANG DAN DAMAI HINGGA MENYEBABKAN AIRMATA MENGALIR TANPA SEDAR,...... KETIKA DAHI BERSUJUD PADA LANTAI MAR-MAR NYA YANG DINGIN KAKU SEPERTI AIS MENUSUK KEDALAM JIWA KETENANGAN NYA,KEJERNIHANNYA YANG LANGSUNG TAK DAPAT DIUCAP DENGAN KATA-KATA, HANYA BISA MENANGIS...... KENAPA MENANGIS??. KERANA HATI TERASA BEGITU SAYU TAK TERGAMBAR, DIRI YANG HINA PENUH DOSA NODA INI BISA DITERIMA OLEH ALLAH UNTUK DAPAT DUDUK,BERTAWAF,BERSUJUD DI HADAPAN KAABAH NYA YANG MULIA. DARI SITU DAPAT KITA RASAKAN BETAPA KEMULIAAN DAN KEBESARAN ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN,.... HINA DI MATA MANUSIA BELUM TENTU HINA DIMATA ALLAH,... BETAPA BAIKNYA ALLAH MELAYAN HAMBANYA YANG HINA DINA INI......ALLAHU AKBAR,TAKBIR!!!



KISAHKU JADI PENGAJARAN


          Sebelumnya aku ini bukan sesiapa pun,sekadar guru disebuah sekolah swasta ,berapa sangat gaji aku. Petang dn malam adalah 4 or 5 buah kelas tusyen dan mengaji,...lepas lah duit utk anak2 ku belanja dan sedikitnya ku simpan dalam bank.Dengan hutang bekas suami yang ku tanggung lagi hngga blacklisted namaku,berapa lah yang dapat ku simpan.Gaji memang habis cukup2 bayar semua hutang yang ada,belum lagi bil2 yang wajib dilunaskan tiap bulan.Aku tahu ramai diluar sana begitu dan ada yang lebih susah lagi.Tapi inilah realitinya kehidupanku di Negeri Kelantan buat masa ini.

Dari dulu aku mengimpikan utk ke Mekah.Aku pernah terbayangkan bersujud dihadapan Kaabah itu dalam doaku dalam sujudku.Sekelip mata ku ingat itu hanya angan2,kerana aku bukan pegawai tinggi tambahlagi bergaji besar.

        Tahun 2011.ibuku pergi menunaikan umrah.Beliau mengajakku bersama.Ketika itu ku kira duit tabunganku,dan ku congak dosa2ku.Rasa gerun juga hendak ke Mekah.Balik dari Mekah ibu bercerita betapa seronoknya indahnya dapat melihat kaabah dan mengerjakan ibadah disana.
Ibu kata akan pergi lagi tahun 2012.Ibu mengajak aku pergi.Aku sekadar menyatakan insyallah.

         Kemudian,tergerak hatiku utk pergi.Aku minta ibu mendaftarkan namaku sekali dan seorang sahabatku yang bernama M.Ibu memberi nasihat,kena banyak solat taubat,banyakkan sedekah,ganti puasa sebelum ke Mekah.Baca selawat Nabi banyak2 juga.Aku cuba mengerjakan apa yg dikatakan ibu  setakat mana yg aku mampu.

Aku selalu bertanya kepada ALLAH dalam doaku..Apakah aku ini layak YA ALLAH utk menghadapkan wajah bersujud dihadapan Kaabah,rumahMU yang mulia sedangkan diriku ini terlalu bnyk berdosa,seorang hamba yg sangat hina.Terimalah diriku yg hina ini YA ALLAH,dapat ku nikmati indahnya ibadah dirumahMU dgn tubuh badan yg sihat serta tutupkanlah keaibanku WAHAI YANG MAHA PENGASIH.

      Aku pergi dalam debar apakah aku diterima ALLAH.Namun aku pasrah.

Sampai aku di tanah suci Makkah pada 13hb Mac 2012 yang lalu.
Tidak dapat digambarkan betapa indahnya Kaabah pada kali pertama aku melihatnya malam itu,bersinar bercahaya,tersergam penuh megah benar2 dapat kurasakan keagungan dan kebesaran RAJA SEGALA ISI LANGIT DAN BUMI,ALLAHU AKBAR!.Menitis airmataku.

Malam itu,selepas tawaf aku bersujud lama diatas lantai yg dingin sekali,bertafakur dilantai kaabah itu pukul 3 pagi waktu Makkah.Segensab tubuhku bergetar merasai keagungan ILAHI yang menerima hamba ini.Aku menangis lagi,sayu sungguh.Mengenangkan dosa2ku sedangkan kebaikan ALLAH Maha Melimpah buatku.

Dapat aku bersolat didalam dan luar MASJIDIL HARAM,mendengar imam masjid besar itu mengalunkan bacaan Al-quran yang indah nian.Setiap waktu solat,berduyun manusia bergerak kearah yg satu,menghadap wajah kepada YANG ESA.Pemandangan yg tiada nampak dimana-mana di tempat lain.

Nikmatnya mengaji Al-quran,.berbeza dgn sewaktu di sini.Disini banyak x khusyuk bnyk gangguan.Nikmatnya disana,boleh berhelai2 baca dengan jiwa yg seribu damainya,sukar digambarkan dgn kata2!.Tambah lagi bla kita niat supaya ALLAH suka mendengar bacaan kita.Owh ALLAH Tuhanku!!!!.
Damai dan tenangnya hatiku bila dekat dgn rumahMU,rasa dekat denganMU.Airmata ini kerap mengalir.

Kejadian pelik; Bukan sekali,tapi 4 dan 5 kali.Swaktu aku mengelilingi Kaabah.Bila sampai saja di kawasan Hajarul aswad,seperti ada tenaga halus dan lembut mendorong badanku kearah hajarul aswad.Tapi segera ku tahan dn bersabar kerana tidak mahu rosak umrahku.Pernah sekali,aku khusyuk membaca sambil berjalan menyusur arus jauh dari Kaabah kerana manusia bersumbat.. Tiba2 ku dongak aku sudah di dinding Hajarul aswad.Bagaimana aku boleh tiba kesitu padahal orang beribu sendat mengelilingi kaabah.Aku benar2 terkejut dan secara spontan ku pegang Hajarul aswad tanpa lengah,. harumnya melekat pada tapak tanganku.Ku sedar rosak ujga pusinganku itu,lantas ku buat pusingan extra menggantikannnya dan membayar fidyah kpd mutawwifku.
Satu lagi kejadian,... tawaf umrah yg akhir.Selepas pusingan ke-7 tamat,.. aku mengajak kawanku membuat pusingan lagi supaya boleh pergi ke MULTAZAM.Sampai dipintu kaabah,memang benar,. dalam ramai manusia beribu itu,tiba2 ada ruang kosong betul2 pada dinding multazam,...lebih kurang berapa kaki saja dgn dinding kaabah.Seperti cukup utk aku dn kawan.Aku pun segera bersolat sunat tawaf disitu,.. aman tanpa dipijak krn pertolongan ALLAH.Selepas berdoa,tiba2 kosong pula ruangan dinding multazam dihadapanku seolah aianya utk aku,muat2 utk dua badan orang.Aku segera menarikk tgn kawanku kearah dinding kaabah itu,kelambu kaabah itu kuletakkan tapak tangan,pipi kananku menyentuhnya juga.Meraung aku disitu,.dgn doa kudusku sbg seorang hamba yg amat hina,.....ALLAH Maha BAIK HATI,MAHA PENGAMPUN,MAHA MENDENGAR,MAHA MENGETAHUI.OH ALLAH,TERIMA KASIH KERANA MENERIMA DIRIKU YG SERBA KURANG DAN HINA INI ,....

Di Makkkah ini,kita bulat berserah kepada SANG PEMILIKNYA.Ada seorang hamba ALLAH itu menangis mengadu padaku.Dia tak dapat ketenangan di Makkah,kerana memikirkan kawannya yg sama2 pergi selalu meningggalkannya dan tidak memperdulikannya.
Aku hanya mampu menjawa.,. kita pergi ke rumah ALLAH.Perancangan ALLAH lah yg berlaku disini.Masing2 urusan dgn ALLAH,utk beribadah.Jangan terlalu ambil hati tentang kawan itu,sibukkan diri dgn ibadah kpdNYA jgn yang lain.Apa yg berlaku di Makkah adalah urusan ALLAH memang mngkin diluar dugaan kita.
Bila hati tidak tenang,mngkin ALLAH mengkehendakki begitu.Mngkin ada yg kita tak sedar kita lakukan yg tidak disukai oleh ALLAH lalu tidak diberinya ketenangan walaupun dirumahNYA.....

    Kita bukan sesiapa utk menentukan kita dapat tenang atau tidak.Disana semua ALLAH punya,berserahlah kepadaNYA DAN BANYAKKANLAH ISTIGHFAR,.. SESUNGGUHNYA DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYANYANG.



Bagiku,aku sangat bersyukur.Terima kasih ALLAH atas layanan first class MU padaku hambaMU yang selalu berdosa dan hina ini.Aku beruntung kerana mempunyai ENGKAU sebagai Tuhanku.

ALLLAHU AKBAR,ALLAHUMMA LAKA LABBAIK,........




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.