Dalam
kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah.
Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri
atau orang lain.
Allah
menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Allah meringankan bagi mu
peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah‘- surah
al-Nisa’:8.
Perlakuan
manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti
kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah
serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur,
manusia mudah lupa dan sebagainya.
Beberapa
kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah
menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
*Solat
wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih
atau solat Awwabin).
*Puasa
wajib dan puasa sunat.
*Mengeluarkan
zakat (fitrah dan harta benda).
*Menunaikan
haji.
*Membaca
al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
*Berzikir
dalam bentuk perkataan dan hati.
*Bertafakur.
*Sentiasa
mengingati mati dan hari akhirat.
*Muhasabah
diri.
*Jihad,
selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
*Tawaduk’
dan sifat qanaah (berpada-pada).
*Ketahui
dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
*Ketahui
cara menghindar penyakit hati.
Sebagai
contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing
untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina
personaliti dan tingkah laku mulia.
……………………………………………………………………….
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.