I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Thursday, September 5, 2013

KPD ; JENIS PENGAJARAN - Kaedah Kelas

Kelebihan

a)                  Kaedah ini memberikan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah dengan pengajaran yang sama, cara yang sama dan dalam tempoh masa yang sama.
b)                  Kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerana ramai daripada murid-murid mempunyai kesulitan yang sama dan minat yang sama.
c)                  Mengajar secara kelas menggunakan naluri berkelompok kanak-kanak untuk bersama-sama apabila bekerja atau bermain. Perasaan menjadi anggota sesebuah kumpulan yang mempunyai minat yang lebih kurang sama akan membantu mereka untuk belajar.
d)                 Lebih senang membangkitkan kegembiraan dan minat apabila mengajar kanak-kanak sebagai sebuah kelas kerana kedua-duanya berjangkit.
e)       Kerjasama boleh dibentuk dengan mengajar secara kelas. Seorang guru yang baik boleh membangkitkan minat kanak-kanak untuk memberi sumbangan mereka terhadap kejayaan sesuatu pelajaran, kerja atau projek. Kanak-kanak boleh bekerjasama di bawah panduan yang teliti daripada guru.
f)          Kanak-kanak mendapat rangsangan daripada pertandingan yang sihat yang berlaku di kalangan mereka.
g)                  Kaedah kelas adalah cara yang baik sekali untuk memberi saranan-saranan kepada murid-murid dan menyampaikan pengetahuan yang mesti diberitahu bukan yang didapati atai dijumpai (discovered).




Kelemahan

a)      Dalam sebuah kelas terdapat murid-murid yang berbeza dari segi watak, keperluan-keperluan, pengetahuan dan latar belakang walaupun dalam bilik darjah yang dikumpul mengikut tahap pencapaian yang sama. Kaedah kelas menganggap semua kanak-kanak adalah sama. Oleh itu, guru menggunakan satu kaedah yang sesuai bagi murid-murid yang sederhana sahaja tetapi mereka yang lemah akan ketinggalan dan yang cerdik akan tersekat kemajuannya.
b)                  Kaedah kelas biasanya mengakibatkan sikap yang pasif di kalangan murid-murid.
c)                  Kaedah ini juga mengarahkan perhatian guru terhadap usaha ramai tetapi tidak menimbangkan usaha perseorangan daripada setiap murid.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.