Refleksi tentang sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Kelas; 1 Al-firdaus
Matapelajaran; Pendidikan Agama Islam
Tajuk; Adab2 menuntut ilmu
Tarikh; 22 hb Mac 2012
Masa; 9.00 pagi –
10.20 (80 minit)
Refleksi ini adalah berkenaan dengan tajuk pengajaran saya pada tarikh dan masa
seperti diatas dalam kelas tingkatan 1 Al-firdaus. Sesi pengajaran dan
pembelajaran telah berjaya disudahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan
iaitu selama 80 minit dengan jayanya.
Seramai 30 orang
murid-murid kelas itu dengan pecahan 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid
perempuan masing-masing memberikan respond an tindakbalas yang menggalakkan
ketika sejak sesi mula pengajaran dan pembelajaran hinggalah kepada sesi aktiviti
iaitu memadankan contoh ilmu dengan bahagian-bahagiannya,fardu ain dan fardu
kifayah. Dalam aktiviti itu, sebahagian besar murid berjaya memadankan contoh
gambar dengan bahagian ilmu yang ditampal oleh guru pada kertas mahjong.
Dalam antara 30
orang pelajar tingkatan 1 Anggerik itu,seramai 4 orang dikesan lemah dalam
membaca teks dalam tulisan jawi berkenaan dengan gambar apabila disuruh oleh
guru..Manakala,sebahagian besarnya dapat membaca tulisan jawi dengan lancar.
Murid-murid yang
lemah ini iaitu seramai 4 orang tanpa mengira jantina akan dikumpulkan
dalam satu kumpulan supaya senang bagi guru membuat kelas pemulihan mengenal
dan membaca tulisan jawi mereka. Pemulihan bermaksud objektifnya memulihkan
sesuatu kekurangan atau kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran
murid. Sebelum mengadakan sesi pemulihan kepada murid-murid ini,saya terlebih
dahulu patut menyelidiki faktor-faktor penyebab kelemahan mereka ini.Banyak
sebab yang memungkinkan perkara ini,mungkin sahaja faktor genetik, persekitaran
rumahnya, tahap kesihatannya, emosinya yang terganggu dan sebagainya. Terdapat
murid yang tidak dapat menyebut ejaan perkataan jawi dengan betul dan
tepat,ada yang tidak dapat membezakan antara huruf kecil dan huruf besar,keliru
dengan sebutan suku-kata perkataan terbabit.
Maka,saya sebagai
guru pendidikan Islam harus tahu kelemahan setiap daripada 4 orang murid
ini.Saya akan pergi kepada setiap daripada mereka dalam kelas pemulihan,lalu
saya akan membantu mereka meahirkan otot-otot tangan dan jari menulis tiap-tiap
hruf besar dan kecil pada setiap perkataan jawi itu berulang kali hingga mereka
diyakini dapat sebelum berpindah kepada pemulihan bacaan jawi.
Bagi murid-murid
yang boleh membaca dibahagikan dua,iaitu sederhana dan sudah betul-betul mahir
membaca tanpa sebarang kesalahan ejaan dan tatabahasa. Selepas melakukan
pengelasan ,saya akan memberikan latihan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan
tahap kefahaman dan kemahiran mereka ketika saya menjalankan sesi pemulihan.
Semasa saya menjalankan aktiviti memadankan contoh gambar pekerjaan dengan
bahagian2 ilmu bersama murid dihadapan kelas.Saya dapati bahawa keseluruhan
murid mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti ini secara bersaing hendak
ke hadapan kelas.
Saya yakin
yang murid-murid ini menyukai aktiviti yang saya pilih untuk mereka. Saya
rasa aktiviti ini berkesan dalam menguji daya ketajaman mata mereka
melihat kepada perkataan yang ditunjukkan lalu dapat mengelaskannya mengikut
gambar yang betul.Selepas siap mengelaskan gambar2 tersebut,mereka sudah
memahami perbezaan antara ilmu fardu ain dengan ilmu fardu kifayah.
Seterusnya,dalam
sesi pembacaan teks dalam buku teks berkenaan tajuk adab menuntut ilmu
ini, beberapa orang murid dipanggil untuk membaca dengan kuat dalam kelas.Saya
melihat bahawa murid-murid pada tahap awal sekolah menengah begini harus
didedahkan dengan teknik membaca yang betul. Membaca tulisan jawi yang betul
penting untuk meneruskan kefahaman dan penguasaan mereka terhadap pendidikan
Agama Islam.
Saya menyedari kesan kelemahan membaca dan menulis ini kepada proses pengajaran
dan pembelajaran saya ialah menjadi gagal dan objektif pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam ini tidak tercapai sepenuhnya.Saya harus
sentiasa proaktif mencari pelbagai cara dan kaedah untuk memperbaiki mutu
pengajaran saya supaya mencapai matlamat penguasaan 3M dalam
matapelajaran Pendidikan Islam dengan jayanya dalam kalangan murid-murid saya
ini. Cadangan saya disini supaya murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan
ICT dalam pembelajaran, supaya murid-murid ini lebih seronok dan dapat fokus
dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Saya juga bercadang akan
mencipta dan mereka aktiviti permainan yang lebih ‘hidup’ dan
menceriakan murid-murid saya dan terkesan kepada peningkatan kemahiran
mereka membaca dan menulis Jawi bagi matapelajaran Pendidikan Islam.
Saya juga sedar
bahawa kemahiran membaca dan menulis dan memahami teks jawi. Oleh itu,saya
harus lebih memantapkan kemahiran mengajar yakni kemahiran dan strategi penyampaian
pengetahuan dan kemahiran ini kepada murid-murid dengan lebih baik lagi,agar
mereka terkesan dengan cara dan strategi pengajaran saya serta mengubah mereka
menjadi seorang murid yang mahir dan cekap membaca dan menulis dan memahami
teks jawi bagi matapelajaran Pendidikan Islam ini, sekurang-kurang pada akhir
tahun ini iaitu sebelum mereka melangkah ke tingkatan 2.
REFLEKSI SESI PnP
……………………………………………………………..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.