I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me - My first mail ; imaninuryase@gmail.com / Whatsapp; 01125522013


Friday, September 20, 2013

Haiwan Vertebrata/ Nota untuk pembentangan KPD



- Secara umumnya, haiwan terbahagi kepada 2 merujuk kepada sistem sokongan tulang dan rangka.
 a. Haiwan Vertebrata – bertulang belakang
b.  Haiwan Invertebrata – tidak bertulang belakang

- Haiwan Vertebrata = Haiwan yang bertulang belakang.
Haiwan yang bertulang belakang mudah dikenal apabila daging haiwan tersebut  dibuang.

Contoh ; selepas kita makan ikan, kita dapat Nampak jelas tulang ikan itu.

Haiwan Vertebrata ini dikelaskan kepada 5 jenis ;


A.  Mamalia

Mamalia mempunyai ciri-ciri sebagai berikut :
  • Mempunyai rambut;
  • Mempunyai kelenjar susu;
  • Mampu bertahan hidup pada kondisi cuaca yang ekstrem;
  • Mempunyai saraf tunjang;
  • Bertulang belakang;
  • Mempunyai cuping telinga;
  • Mempunyai jantung yang ada 4 katup;
  • Mamalia betina melahirkan dan menyusui anaknya, kecuali mamalia primitif (Platypus dan Echidna);
  • Bernafas melalui paru-paru;
  • Homoiterm (berdarah panas).


B.  Burung

     *  Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
     *  Mempunyai paruh dan dua kepak.
     *  Mempunyai sisik pada kakinya.
     *  Bertelur dan telurnya dilindungi oleh  cangkerang keras.
     *  Bernafas melalui peparu.
     *  Berdarah panas.


C.  Ikan

Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwanmempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-
  • Hidup di dalam air.
  • Mempunyai sisik yang berlendir.
  • Mempunyai sirip untuk bergerak.
  • Bernafas melalui insang.
  • Membiak secara bertelur.
  • Berdarah sejuk.


D.  Reptilia

 *  Kulit bersisik kering.
 *  Bernafas melalui peparu.
 *  Biasanya bertelur dan telur bercangkerang keras.
 *  Sesetengah reptilia mempunyai empat kaki sesetengah tiada kaki.
 *  Berdarah sejuk (suhu badan berubah mengikut  suhu persekitaran).



E.  Amfibia

  *  Boleh hidup di darat dan di dalam air.
  *  Mempunyai kulit yang lembap.
  *  Bernafas melalui peparu dan kulit.
  *  Bertelur di dalam air, telur tidak dilindungi  oleh cangkerang.
  *  Anaknya yang disebut berudu hidup di dalam air dan bernafas melalui insang.
  *  Berdarah sejuk.
 















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.