I am a Teacher, lecturer cum Private tutor, and Freelance writer for your thesis, essay,novel, cerpen, journal or assignment. I like writing blog, and novel in my free time. I love watching horror movie and variety show, especially RUNNING MAN. I love travel but it too costly,.. I am not smiling, but everyone will smile whenever they meet me,..


Please do contact me BY Email ; imaninuryase@gmail.com


Sunday, September 29, 2013

VIRGIN COCONUT OIL FOR HEALTH

Try to regularly use this coconut oil for your health,.... 


Memulihara retak pada tumit kaki


Kudis Buta Sembuh Dengan Minyak Kelapa Dara

disapu pada kulit kepala dan rambut.

Buang lemak berlebihan-Kegemukan

Menghaluskan kulit

menghindar sakt jantung dan darah tinggi

Membunuh kulat dan protozoa




Information you can read from these link below.....









Friday, September 27, 2013

DEFINISI REMAJA MENURUT ISLAM

Bagaimana pelajar perempuan yang rata-ratanya mempunyai pencapaian pelajaran lebih baik berbanding lelaki, termasuk mahasiswa institusi pengajian tinggi, boleh terjebak dengan masalah sosial terutama isu seks sehingga mengandung dan melahirkan anak luar nikah?

Jawapannya mudah. Pencapaian remaja perempuan di negara kita sebenarnya ketinggalan dalam hubungan sosial dan pengetahuan mengenai tubuh badan; terutama membabitkan isu seks, kedaraan, kitaran haid dan kehamilan.

Malah ada yang tidak tahu mengapa seseorang wanita mengeluarkan darah ketika haid, di mana letaknya selaput dara, berapa bukaan (lubang) yang ada di kawasan sulit dan sama ada seseorang wanita boleh hamil tanpa melakukan hubungan seks.

Ini adalah hasil penemuan beberapa kajian dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta KotexBody Life IQ. Yang lebih membimbangkan ialah remaja perempuan menjadikan seks untuk membuktikan cinta kepada pasangan mereka.

Ramai tidak tahu, persepsi atau impian cinta remaja perempuan tidak sama dengan remaja lelaki. Remaja perempuan menganggap teman lelaki sebagai bakal suami dan anggapan ini membuatkan mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga; sedangkan pada remaja lelaki, cinta ketika usia muda adalah untuk mencuba, mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan.

Ada tiga jawapan diberi remaja lelaki (pelajar sekolah menengah) dalam kaji selidik dijalankan LPPKN mengenai reaksi mereka jika teman wanita hamil iaitu:

* Menuduh teman wanita curang (melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Ini kerana jika perempuan itu mudah diajak untuk bersama, tidak mustahil dia juga boleh melakukannya dengan orang lain)

* Melarikan diri

* Sanggup membunuh teman wanita bagi menghapuskan bukti

Tidak ada seorang pun daripada responden dalam soal selidik berkenaan sanggup bertanggungjawab dengan mengahwini teman wanita mereka atas pelbagai faktor seperti tidak bersedia, umur terlalu muda, belum habis  sekolah dan tidak mempunyai pekerjaan.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 LPPKN (2004) mendapati 2.2 peratus golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) pernah melakukan hubungan seks luar nikah.

Kajian di Negeri Sembilan (2006) mendapati 5.4 peratus remaja melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 tahun manakala kajian media LPPKN pada 1998 mendapati 27.2 peratus golongan muda mengadakan hubungan seks pertama ketika berusia 16 tahun dan umur paling muda pernah direkodkan ialah sembilan tahun.

Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19 peratus kes hamil luar nikah membabitkan remaja di bawah 18 tahun dan lebih menyedihkan, 65 peratus daripada mereka adalah remaja Melayu.

Soal selidik seksualiti ke atas 1,303 remaja berusia 15 hingga 24 tahun mendapati lebih ramai remaja mula berpacaran pada usia awal (15 hingga 18 tahun) berbanding mereka yang tamat sekolah (18 hingga 20 tahun). Ketika bertemu janji, 65 peratus remaja di Semenanjung menganggap berpegang tangan adalah perkara biasa; 26.2 peratus pernah bercium dan 16.6 peratus pula pernah meraba-raba.

Itu belum masuk kes mengandung anak luar nikah, pembuangan bayi, pengguguran tidak selamat sehingga boleh mengancam nyawa atau mati ketika bersalin sendirian seperti pernah terjadi pada bekas pelajar pusat pengajian tinggi.

Bagaimana pula dengan kesan psikologi yang dialami remaja perempuan ini selepas melakukan satu demi satu kesilapan yang menjadi titik hitam dalam hidup mereka?

Ada ibu bapa bertanya, bagaimana anak yang dididik dengan baik dan dibekalkan ilmu agama sejak kecil boleh terjerumus dengan masalah ini pada usia muda?

Antara faktor dikenal pasti menjadi penentu kepada aktiviti seksual remaja ialah:

* Umur (biasanya berlaku pada akhir remaja) - Timbulnya keinginan untuk mencuba

* Status sosio ekonomi - Biasanya lebih banyak masalah dilaporkan di kalangan remaja daripada keluarga berpendapatan rendah

* Kurang pendidikan agama

* Kurang kawalan ibu bapa

* Pencapaian akademik yang rendah

* Tingkah laku ketika bertemu janji (jika banyak sentuhan fizikal, lebih tinggi kecenderungan melakukan hubungan seks)

* Ciri-ciri keluarga (latar belakang keluarga, sokongan dan kawalan ibu bapa)

* Pengaruh rakan sebaya

* Etnik (bangsa)

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Harlina Halizah Siraj, isu seksual membabitkan remaja kini semakin membimbangkan, terutama pada remaja perempuan, kerana setiap perlakuan seks bebas memberi kesan langsung kepada mereka.

"Antara punca masalah kesihatan reproduksi atau seksual remaja ialah kurang pengetahuan agama dan moral; keruntuhan institusi keluarga; gaya hidup materialistik (mementingkan kebendaan); pengaruh rakan sebaya dan media.

"Ini akan membawa mereka terbabit dalam masalah pergaulan bebas, seks luar nikah, seks rambang (dengan banyak pasangan) dan penagihan dadah dan alkohol.

"Akibatnya berlaku masalah lebih besar seperti kehamilan yang tidak dirancang, pengguguran tidak selamat, pembuangan bayi (sama ada dengan niat untuk diselamatkan atau mahu dibunuh), jangkitan penyakit kelamin dan virus HIV, keganasan seksual dan eksploitasi seksual (dipaksa menjadi pelacur atau dipergunakan untuk kepentingan lain).

Sikap terhadap seksualiti

"REMAJA adalah masa di mana seseorang paling bertenaga tetapi tenaga ini digunakan ke arah tidak sepatutnya. Ibu bapa perlu faham, remaja adalah zaman peralihan daripada kanak-kanak kepada dewasa. Semua proses yang berlaku ketika peralihan zaman ini memberi kesan kepada perkembangan psikologi mereka.

"Ketika inilah mereka memerlukan panduan supaya tidak terpengaruh dengan anasir tidak baik, terutama isu hubungan sosial dan seks.

"Malangnya, ramai ibu bapa melenting apabila kita mencadangkan pelbagai program untuk memperkasakan remaja dalam ilmu berkaitan hubungan sosial dan seks. Mereka bukan golongan bermasalah tetapi mengalami kesukaran," katanya.

Pelbagai cadangan diutarakan seperti menyediakan rumah perlindungan untuk remaja perempuan terlanjur, klinik khas untuk remaja, membabitkan remaja dalam pelbagai program sokongan (untuk remaja) dan memberi pendidikan seks di sekolah; semuanya mendapat bantahan pelbagai pihak yang beranggapan ia akan merancakkan lagi aktiviti seks di kalangan golongan muda kerana ada kemudahan dan diberi pendedahan awal mengenainya.

Menurut Dr Harlina yang juga Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia, sama ada kita suka atau tidak, kita kena terima hakikat semakin ramai remaja melakukan hubungan seks pada usia muda, malah ketika bersekolah lagi.

Bahkan ibu bapa sepatutnya memikul tanggungjawab memberi pendidikan seks kepada anak sejak kecil secara berperingkat sesuai dengan umur mereka.

Kajian menunjukkan 'seks' adalah perkataan paling banyak dicari di Internet. Ini menandakan remaja bukan saja mempunyai keinginan tinggi untuk mengetahui mengenainya, malah lebih selesa mendapatkan maklumat mengenai seks dan hubungan sosial daripada Internet atau rakan sebaya berbanding ibu bapa.

Ramai tidak faham mengenai seksualiti. Ia bukan hanya mengenai hubungan seks atau kelamin, tetapi aspek penting dalam kehidupan manusia yang merangkumi dimensi biologi (fizikal atau tubuh badan), emosi (perasaan sayang, cinta dan hormat), akal (organ seks yang paling penting), sosial (interaksi antara sesama dan berlainan jantina) serta spiritual (memberi makna kepada diri sendiri).

Satu perkara yang tidak kurang pentingnya ialah sikap kita sendiri terhadap seksualiti. Adakah kita bersikap:

* Liberal (bebas dan terbuka) - menganggap seks sebagai ekspresi diri dan tidak boleh ada kekangan dalam ekspresi).

* Seimbang - Seks adalah komponen penting dalam kehidupan tetapi ia perlu diatur dan ditangani dengan baik.

* Konservatif - Memandang seks sebagai kerendahan moral dan seseorang itu dianggap mulia jika mampu mengekang nafsu seksnya.

Mungkin juga pelbagai masalah hari ini disebabkan golongan muda lebih bersikap liberal terhadap hubungan sosial dan seksual.

Hasil kajian diketuai Prof Dr Mazlin Mokhtar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2006 ke atas sikap belia institusi pengajian tinggi (18 hingga 25 tahun) terhadap seksualiti juga mengejutkan. Lebih 50 peratus responden menganggap tidak mengapa untuk remaja perempuan dan lelaki berciuman, berpelukan dan menyentuh satu sama lain dan 25 peratus berpendapat tidak salah untuk melakukan hubungan seks jika pasangan remaja saling bercinta!

Itu pada golongan muda. Pada ibu bapa, keadaan sedikit berbeza. Ibu bapa sekarang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu yang hidup moden tetapi sangat konservatif dalam isu hubungan sosial dan seks sehingga ia tidak boleh dibincangkan langsung.

"Kumpulan kedua pula konservatif dan sangat alim tetapi dalam bab hubungan sosial mereka bersikap liberal atau terbuka pula. Contohnya seorang ibu pernah meluahkan rasa 'lega' selepas anaknya bertunang. Jika sebelum ini dia sentiasa risau apabila anak daranya terpaksa menaiki kenderaan awam untuk pergi kerja, tetapi kini hati tenang kerana kini anaknya pergi dan balik kerja bersama tunang.

"Salah tanggapan ini tebal dalam masyarakat kita. Ramai ibu bapa menganggap tidak mengapa anak dara keluar berdua-duaan bersama tunang; sedangkan hukum Islam terang-terang mengatakan ia tidak boleh.

"Ikatan pertunangan tidak menghalalkan hubungan dan apabila sering berdua-duaan, peluang melakukan seks (zina) terbuka luas. Cara terbaik ialah menyegerakan perkahwinan.

"Islam mengharamkan zina (seks luar nikah) tetapi sangat menggalakkan perkahwinan. Selain itu kita perlu mencari pendekatan untuk membendung perkara ini," kata Dr Harlina.

Antara pendekatan dicadangkan untuk menangani isu seksual remaja ialah memberi pendidikan seks di sekolah. Namun cadangan ini mendapat bantahan pelbagai pihak yang menganggap ia boleh menjadi pemangkin kepada masalah berkenaan dan menjadikannya lebih buruk.

"Memberi pendidikan seks bukan bermakna mengajar bagaimana aktiviti seksual itu dilakukan, tetapi lebih menjurus kepada memperkasakan remaja supaya mereka mengenal dan menghargai diri sendiri; apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan pada kita dan risiko hubungan seks rambang.

"Ini penting, terutama pada remaja perempuan, supaya mereka ada kemampuan menahan diri supaya tidak mengandung pada usia yang sangat muda dan hanya mengadakan hubungan seks apabila tiba masa sesuai.

"Di kalangan remaja bukan Islam di luar negara, mereka yang mempunyai ilmu akan melengahkan hubungan seks pertama sehingga berumur 17 atau 18 tahun. Pada masa sama mereka juga mengamalkan seks selamat; jadi jumlah kehamilan yang tidak dikehendaki agak rendah," katanya.

Tugas ibu bapa

RAMAI ibu bapa kini sedar kepentingan pendidikan seks, tetapi tidak tahu bila dan bagaimana hendak memulakannya. Bila pendidikan seks perlu dimulakan?

Apabila anak mula bertanya soalan yang ada unsur seks (termasuk mengenai organ seks mereka) dan biasanya ketika berumur tiga atau empat tahun.

"Memang remaja akan bertanya tetapi disebabkan ibu bapa tidak bersikap terbuka dan memarahi anak apabila bertanya soalan berkaitan seks, mereka akan mencari jawapan dari rakan sebaya atau Internet.

"Berikan jawapan ringkas yang sesuai dengan umur mereka. Pada umur ini antara soalan yang biasa ditanya ialah bagaimana bayi boleh ada dalam perut dan bagaimana ia dikeluarkan?

"Anda boleh beri jawapan ringkas, dengan mengatakan Tuhan menciptakan bayi dan ia keluar melalui vagina (tempat kita buang air kecil) dengan bantuan doktor di hospital.

"Dalam tempoh berpantang anda akan berasa sakit dan perlukan banyak rehat, tetapi ia bukan masalah kerana anda dapat meluangkan banyak masa bersamanya. Jawapan seperti ini sudah cukup untuk kanak-kanak.

"Katakan juga padanya, jika dia ada soalan lain ajukan pada anda atau suami. Untuk anak lebih besar, jika anak lelaki, suamilah yang perlu menjawab soalan berkaitan seks dan sebaliknya. Bagaimanapun, anda perlu menyiapkan diri dengan ilmu mengenai seksual," katanya.

Ramai tidak sedar bahawa remaja masih memerlukan kata pujian dan penghargaan daripada ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa hanya memberi pujian seperti 'pandai', 'baik', 'cantik' dan 'rajin' ketika anak kecil dan berhenti mengucapkan kata-kata manis ini apabila anak memasuki umur remaja.

"Anak perempuan terutamanya sangat memerlukan perhatian, penghargaan dan kasih sayang ayah. Anak akan tertanya adakah dia cantik, nampak menarik dan disayangi, malangnya penghargaan daripada ayah tidak pernah datang.

"Jiwa mereka kosong dan dahaga kasih sayang; jadi akan mudah tertarik pada lelaki lain yang kata mereka cantik atau 'saya sayang awak'.

"Tidak hairan jika ramai remaja perempuan kita lari ikut lelaki Lombok yang tidak kedekut dengan kata-kata manis. Mereka mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bapa remaja itu.

"Namun apabila perkara ini terjadi, kita menyalahkan lelaki Lombok dan bukan cuba menyelidik punca sebenar mengapa anak gadis sanggup lari walaupun tahu mereka bakal menempuh pelbagai kesusahan," katanya.

Jadi dalam isu ini, remaja perlu diperkasakan dengan empat perkara iaitu menghargai tubuh badan sendiri; bertanggungjawab dengan keputusan dan apa yang mereka lakukan (kerana ramai remaja menyalahkan orang lain atas kesalahan mereka); berkomunikasi dengan berbudi bahasa, tegas dan berkesan serta melahirkan kasih sayang dan keintiman bersesuaian dengan umur mereka.

Bagi ibu bapa pula, mereka mestilah mempunyai sikap betul terhadap isu seksualiti; melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai seksualiti dan tahu cara terbaik untuk menyampaikannya kepada anak; ada kemahiran untuk bertindak sewajarnya dan boleh berbincang secara terbuka mengenai isu seks - sesuai dengan umur si kecil.

Jangan disebabkan kekurangan ilmu dan sikap kurang terbuka kita membuatkan anak menjadi mangsa. Kita bertanggungjawab mengikis kemiskinan kemahiran dan pengetahuan ilmu hubungan sosial dan seks anak remaja supaya mereka tidak mudah 'cair' dengan kata-kata manis lelaki hidung belang yang cuba mengambil kesempatan.

Sentiasa ingatkan anak perempuan, jika teman lelaki meminta untuk 'mencuba' walaupun sekadar 'ringan-ringan', itu bermakna cinta mereka tidak ikhlas dan cuba mengambil kesempatan kerana lelaki baik akan melindungi dan menjaga kehormatan si perempuan serta sanggup menunggu sehingga hari diijabkabulkan.

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

………………………………………………………………………………………………….

MENGENALI & MEMAHAMI SURAH AL-KAFIRUN

by Abu Basyer on Sunday, 13 February 2011 at 23:24



Sahabat yang dirahmati Allah,

Surah ini diturunkan di Makkah mengandungi enam ayat menyatakan dengan jelas tidak ada tolak ansur darisegi akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir. Surah ini ditujukan kepada  kaum musyrikin, yang kafir kerana mereka tidak mau menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad S.A.W. kepada mereka.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣)وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٥)لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)

1. Katakanlah: “Hai orang-orang kafir!”.

2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.

 (Surah al-Kafirun ayat 1-6)


Asbabun Nuzul surah ini :
Telah diriwayatkan bahwa Walid bin Mugirah, 'As bin Wail As Sahmi, Aswad bin Abdul Muttalib dan Umaiyah bin Khalaf bersama rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang menemui Nabi SAW. menyatakan, "Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun.

Jika agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bagian darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bagian pula daripadanya".

Baginda S.A.W.  menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari mempersekutukan-Nya".

Lalu turunlah surah Al Kafirun sebagai jawapan terhadap pelawaan mereka.

Kemudian Nabi SAW pergi ke Masjidilharam menemui orang-orang Quraisy yang sedang berkumpul di sana dan membaca surah Al Kafirun ini, maka mereka berputus asa untuk dapat bekerja sama dengan Nabi SAW. Sejak itu mulailah orang-orang Quraisy meningkatkan permusuhan mereka ke pada Nabi dengan menyakiti baginda dan para sahabatnya, sehingga tiba masanya hijrah ke Madinah.

Dalam ayat-ayat ini Allah memerintahkan Nabi-Nya agar menyatakan kepada orang-orang kafir, bahwa "Tuhan" yang kamu sembah bukanlah "Tuhan" yang aku sembah, kerana kamu menyembah "tuhan" yang memerlukan pembantu dan mempunyai anak atau ia menjelma dalam sesuatu bentuk atau dalam sesuatu rupa atau bentuk-bentuk lain yang kau dakwakan.

Sedang aku menyembah Tuhan yang tidak ada tandingan-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya; tidak mempunyai anak, tidak mempunyai teman wanita, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak menjelma dalam sesuatu tubuh. Akal tidak sanggup menerka bagaimana Dia, tidak ditentukan oleh tempat dan tidak terikat oleh masa, tidak memerlukan perantaraan dan tidak pula memerlukan penghubung.

Maksudnya; perbedaan sangat besar antara "tuhan" yang kamu sembah dengan "Tuhan" yang aku sembah. Kamu menyakiti tuhanmu dengan sifat-sifat yang tidak layak sama sekali bagi Tuhan yang saya sembah.

Sahabat yang dimuliakan,

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

"Katakanlah," – olehmu hai utusanKu – kepada orang-orang yang tidak mau percaya itu: "Hai orang-orang kafir!" (ayat 1).

Hai orang-orang yang tidak mau percaya. Menurut Ibnu Jarir panggilan seperti ini disuruh sampaikan Tuhan oleh Nabi-Nya kepada orang-orang kafir itu, yang sejak semula berkeras menantang Rasul dan sudah diketahui dalam ilmu Allah Ta'ala bahwa sampai saat terakhir pun mereka tidaklah akan mahu menerima kebenaran. Mereka menantang, dan Nabi  S.A.W. pun tegas pula dalam sikapnya menantang penyembahan mereka kepada berhala, sehingga timbullah suatu pertandingan siapakah yang lebih kuat semangatnya mempertahankan pendirian masing-masing. Maka pada satu waktu terasalah oleh mereka sakitnya pukulan-pukulan itu, mencela berhala mereka, menyalahkan kepercayaan mereka.

Maka bermuafakatlah pemuka-pemuka Quraisy musyrikin itu hendak menemui Nabi. Mereka bermaksud hendak mencari, "damai". Yang mendatangi Nabi itu menurut riwayat Ibnu Ishaq dari Said bin Mina – ialah al-Walid bin al-Mughirah, al-Ash bin Wail, al-Aswad bin al-Muthalib dan Umaiyah bin Khalaf. Mereka kemukakan suatu usul damai: "Ya Muhammad! Mari kita berdamai. Kami bersedia menyembah apa yang engkau sembah, tetapi engkau pun hendaknya bersedia pula menyembah yang kami sembah, dan di dalam segala urusan di negeri kita ini, engkau turut serta bersama kami. Kalau seruan yang engkau bawa ini memang ada baiknya daripada apa yang ada pada kami, supaya turutlah kami merasakannya dengan engkau. Dan jika pegangan kami ini yang lebih benar daripada apa yang engkau serukan itu maka engkau pun telah bersama merasakannya dengan kami, sama mengambil bahagian padanya." – Inilah usul yang mereka kemukakan. Tidak berapa lama setelah mereka mengemukakan usul ini, turunlah ayat ini;

١)لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣)وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ(٥)لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

2. aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.

Menurut tafsiran Ibnu Katsir yang disalinkannya dari Ibnu Taimiyah erti ayat yang kedua:

"Aku tidaklah menyembah apa yang kamu sembah," ialah menafikan perbuatan (nafyul fi'li) ertinya bahawa perbuatan begitu tidaklah pernah aku kerjakan.

"Dan tidak pula kamu menyembah apa yang aku sembah." (ayat 3). ertinya persembahan kita ini sekali-kali tidak dapat  di gabungkan atau di satukan. Kerana yang aku sembah hanya Allah kan kalian menyembah kepada benda; iaitu kayu atau batu yang kamu perbuat sendiri dan kamu besarkan sendiri.

"Dan aku bukanlah penyembah sebagaimana kamu menyembah." (ayat 4).

"Dan kamu bukanlah pula penyembah sebagaimana aku menyembah." (ayat 5).

Maka selain dari yang kita sembah itu berlain; kamu menyembah berhala , aku menyembah Allah Yang Maha Esa, maka cara kita menyembah pun lain pula. Kalau aku menyembah Allah maka aku melakukan solat di dalam syarat rukun yang telah ditentukan. Sedang kamu menyembah berhala itu sangatlah berbeda dengan cara aku menyembah Allah. Oleh sebab itu tidaklah dapat pegangan kita masing-masing ini didamaikan;

"Untuk kamulah agama kamu, dan untuk akulah agamaku." (ayat 6).

Soal akidah, di antara Tauhid Mengesakan Allah, sekali-kali tidaklah dapat dikompromikan atau dicampur-adukkan dengan syirik. Tauhid kalau dicampurkan dengan syirik, ertinya ialah kemenangan syirik. Tauhid itu akan tosak dan tidak boleh diterima.

Syaikh Muhammad Abduh menjelaskan perbedaan ini di dalam tafsirnya; "Dua jumlah kata yang pertama (ayat 2 dan 3) adalah menjelaskan perbedaan yang disembah. Dan isi dua ayat berikutnya (ayat 4 dan 5) ialah menjelaskan perbedaan cara beribadat.

Tegasnya yang disembah lain dan cara menyembah pun lain. Tidak satu dan tidak sama. Yang aku sembah ialah Tuhan Yang Maha Esa, yang bersih daripada segala macam persekutuan dan perkongsian dan mustahil menyatakan diriNya pada diri seseorang atau sesuatu benda.

Allah, yang memberi  kurniaNya kepada siapa jua pun yang tulus ikhlas beribadat kepada-Nya. Dan Maha Kuasa menarik ubun-ubun orang yang menolak kebenaranNya dan menghukum orang yang menyembah kepada yang lain.

Sedang yang kamu sembah bukan itu, bukan Allah, melainkan benda. Aku menyembah Allah sahaja, kamu menyembah sesuatu selain Allah dan kamu persekutukan yang lain itu dengan Allah. Sebab itu maka menurut aku, ibadatmu itu bukan ibadat dan tuhanmu itu pun bukan Tuhan. Untuk kamulah agama kamu, pakailah agama itu sendiri, jangan pula aku diajak menyembah yang bukan Tuhan itu. Dan untuk akulah agamaku, jangan sampai hendak kamu campur-adukkan dengan apa yang kamu sebut agama itu."



Al-Qurthubi meringkaskan tafsir seluruh ayat ini begini:

"Katakanlah olehmu wahai UtusanKu, kepada orang-orang kafir itu, bahwasanya aku tidaklah mahu diajak menyembah berhala-berhala yang kamu sembah dan puja itu, kamu pun rupanya tidaklah mahu menyembah kepada Allah saja sebagaimana yang aku lakukan dan serukan. Malahan kamu persekutukan berhala kamu itu dengan Allah. Maka kalau kamu katakan bahwa kamu pun menyembah Allah jua, perkataanmu itu bohong, kerana kamu adalah musyrik. Sedang Allah itu tidak dapat dipersyarikatkan dengan yang lain. Dan ibadat kita pun berlain. Aku tidak menyembah kepada Tuhanku sebagaimana kamu menyembah berhala. Oleh sebab itu agama kita tidaklah dapat di gabungkan atau dipersatukan.

"Bagi kamu agama kamu, bagiku adalah agamaku pula." Tinggilah dinding yang membatas, dalamlah jurang di antara kita."

Surah ini memberi pedoman yang tegas bagi kita pengikut Nabi Muhammad bahwasanya akidah tidaklah dapat di gabungkan kerana Tauhid dan syirik tak dapat dipertemukan. Kalau yang hak hendak dipersatukan dengan yang batil, maka yang batil jualah yang menang.

Sahabat yang dikasihi,
Dalam hadis-hadis Nabi S.A.W yang lain ada menceritakan fadilat dan amalan baginda yang membaca surah ini semasa solat-solat sunat .


Berkata Ibnu Katsir dalam tafsirnya:

Tersebut dalam Shahih Muslim, diterima dari Jabir bin Abdillah, bahwa Rasulullah S.A.W. membaca Surat al-Kafirun ini bersama Surat Qul Huwallaahu Ahad di dalam sembahyang sunnat dua rakaat sesudah tawaf.

Dalam Shahih Muslim juga, dari Hadis Abu Hurairah, bahwa Rasulullah S.A.W. membaca surah ini dan Qul Huwallaahu Ahad pada sembahyang dua rakaat sunnat Fajar (sebelum solat Subuh).

Demikian juga menurut sebuah hadis yang dirawikan oleh al-Imam Ahmad dari Ibnu Umar, bahwa Nabi S.A.W. membaca kedua surah ini dua rakaat Fajar dan dua rakaat sesudah Maghrib, lebih dari dua puluh kali.

Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari Farwah bin Naufal al-Asyja'iy, bahawa beliau meminta pertunjuk kepada Nabi S.A.W. apa yang baik dibaca sebelum tidur. Maka Nabi S.A.W. menasihatkan supaya setelah beliau mulai berbaring bacalah Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun, sebab dia adalah satu pernyataan diri sendiri bersih dari syirik.

Dan telah kita jelaskan bahwa Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun, sama dengan seperempat dari al-Quran. Surah ini mengandungi larangan menyembah yang selain Allah, mengandungi pokok akidah, dan segala perbuatan hati. Dia selari dengan Qul Huwallaahu (Surah al-Ikhlas)

Marilah sama-sama kita memahami dan hayati tafsir dan maksud yang terdapat dalam surah al-Kafirun ini supaya kita dapat menjaga akidah kita supaya tidak syirik kepada Allah S.W.T. Dalam bab akidah dan tauhid kita langsung tidak boleh berkompromi atau bertolak ansur kerana akidah ini adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh disekutukan dengan perkara-perkara syirik kepada-Nya.


 ………………………………………………………………..

Amalan penenang jiwa MANUSIA



Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.

Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah‘- surah al-Nisa’:8.

Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.

Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:

*Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).

*Puasa wajib dan puasa sunat.

*Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).

*Menunaikan haji.

*Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).

*Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.

*Bertafakur.

*Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.

*Muhasabah diri.

*Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.

*Tawaduk’ dan sifat qanaah (berpada-pada).

*Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.

*Ketahui cara menghindar penyakit hati.
Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.


……………………………………………………………………….

MENGUBAT SAKIT MIGRAIN CARA ISLAM

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Monday, 24 January 2011 at 00:03


Ambil daun misai kucing  dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'

"Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"
Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

NOTA: Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.



………………………………………………………………………………..



KNOWING THE MEAL OF OUR PROPHET S.A.W

Setelah subuh, Rasulullah SAW meminum segelas air yang dicampur dengan sesendok madu asli.

Ketika masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh butir kurma matang.

Menjelang petang hari, Rasulullah SAW makani cuka dan minyak zaitun, tentu saja dimakan dengan makanan asas, seperti roti.

Di malam hari, menu utama Rasulullah SAW adalah sayur-sayuran.

Jika sedang berpuasa, Rasulullah SAW berbuka dengan segelas susu dan kurma, kemudian shalat maghrib.

Tidak makan lebih dari satu jenis makanan panas atau makanan dingin secara bersamaan.
Tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu.
Tidak langsung tidur setelah makan.
Tidak terlalu banyak makan daging.

Wallahu a'lam...

…………………………………………………………………………………………….